Seorang sufi pernah berkata: keluarkan dunia darimu, dan simpankan ia dalam poket seluarmu. Jangan cintakan dunia..Tetapkan hati dengan ALLAH. |
CINTAKAN DUNIA : WAHAN
Acapkali kita dengar supaya jangan terlalu taksub dengan dunia, jangan terlalu terikat dengan dunia. Terkadang, kitalah yang menasihati mereka yang lain supaya jangan cintakan dunia.
Tapi, kadang-kadang kita juga yang tersingkuh. Dugaan dunia ini memang hebat. Siapa tidak mahu harta yang banyak. Hidup di dunia ni memang best kalau ada banyak harta, wang melimpah ruah. Tunjuk apa saja di kedai dan bayar. Best kan hidup macam tu?
Ditambah lagi dengan kekuasaan dan pangkat. Ke mana pergi orang menjunjung, ke mana pergi orang menghormati.
Tapi, adakah hidup dengan kekayaan dan pangkat ini betul-betul best? Bila terlalu dikejar harta dan wang ringgit, kadang-kadang keluarga terabai, ukhwah sesama kita terlerai, masyarakat jua tertindas. Cuba lihat, bila sahabat mengambil barang tanpa kebenaran, boleh bermasam muka 3 hari 3 malam. Ini baru contoh di sekitar kita.
Ambillah iktibar dari kisah Qarun, yang tenggelam bersama hartanya. Kejar dunia berpada-pada. Jangan jadi seperti pemuja dunia. Bila dunia pergi dia berasa rugi. Bila dunia datang dia lupa diri.
Hidup di dunia ini best, bila semua perkara yang dibuat berpaksikan Islam, mengharap hanya redha Allah dan syurga itu lebih berhak bagi orang yang melebihkan akhirat.
p/s :
Kehidupan di dunia adalah sementara. SEMENTARA jer. sebab tu ia merupakan jambatan menuju akhirat. Firman Allah yg bermksud: "setiap jiwa pasti akan merasai kematian..."
Untuk menjadi orang yangg IKHLAS, buangkan dunia dari hati.
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."