Tiada sesuatu yang akan kita sekalian hamba ini perolehi dengan percuma. Apa jua, memerlukan usaha atau mungkin kita sekalian hamba ini harus membayarnya. Namun ada hal-hal yang kita sekalian hamba ini ingin perolehi tak boleh bayar dengan wang ringgit berjuta – kerana bukan itu nilainya. Mungkin sesuatu itu akan kita sekalian hamba perolehi hanya dengan keimanan, ketakwaan, keikhlasan, kejujuran atau segala macam bentuk nilai kejiwaan.
NILAI KEJIWAAN YANG TIADA HARGA : PENGORBANAN
Menghayati dan menyelami pengorbanan serta perjuangan insan yang membawa deen (Islam) kepada kita. Betapa kita sangat bersyukur kerana hari ini terus-menerus Allah memberi kita nikmat ini: IMAN dan ISLAM. Bukan mudah hakikatnya untuk sampai ke tangan kita kedua-dua nikmat ini.
Ia berjaya sampai kepada kita pada hari ini adalah hasil daripada usaha, pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w., insan yang tidak pernah putus asa dan penat dalam menyampaikan dakwah, Nabi yang sangat kasih dan prihatin pada nasib ummatnya.
Hari ini...,
dan hari-hari yang seterusnya....
Marilah kita belajar MENCINTAI baginda dengan sepenuh hati kita...
Mari sama-sama juga kita belajar untuk MENCONTOHI Nabi....
Keringat yang dialirkan oleh baginda, titisan darah yang mengalir ketika Perang Uhud, susah -payah berhijrah ke Madinah, sabar menerima tekanan dan seksaan kaum Musyrikin dan pelbagai macam lagi derita yang dilalui baginda tidak lain dan tidak bukan SEMUA itu adalah untuk KITA... UNTUK KITA ...
Semata-mata untuk pastikan ummatnya ini selamat dan sejahtera di hadapan Allah s.w.t. di akhirat nanti, maka segala halangan dan derita sanggup ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w. Tidak ada apa yang lain lebih berharga bagi Rasul s.a.w. melainkan ummatnya bersama-samanya di akhirat nanti, bersama dalam syurga Allah yang nikmatnya seluas langit dan bumi itu. Bahkan dalam satu peristiwa, sewaktu awal Islam.
Ketika Islam masih baru tersebar di Makkah, Rasul s.a.w. melakukan solat di depan Kaabah. Pembesar Musyrikin Quraisy,yang juga bapa saudara baginda, Abu Jahal yang begitu dengki pada Rasulullah benci melihat Rasul s.a.w. solat di depan orang ramai di Kaabah. Kebenciannya itu menyebabkan dia bertindak mengambil perut unta serta meletakkannya di atas leher Nabi ketika baginda sedang sujud.
MasyaAllah!!!
Bayangkan. Najis yang keluar dari perut kita dalam masa sehari pun sudah tidak terkira busuknya, inikan pula unta yang disimpan dalam badannya itu makanan dan minuman sebagai bekalan selama dua bulan.
Tidak cukup setakat itu, Musyrikin Quraisy mencaci maki Nabi s.a.w. di khalayak ramai. Menghina dan memfitnah Nabi sebagai tukang sihir, orang gila, dan sebagainya. Mereka tidak pernah berhenti dan berputus asa merancang dan berkonspirasi untuk menghentikan dakwah Nabi s.a.w.
Bahkan tetamu-tetamu yang hadir ketika musim ziarah ke Makkah pun sudah siap menerima perkhabaran daripada musyrikin Quraisy tentang Nabi s.a.w.
Tapi, adakah Nabi berhenti dan berputus asa dengan semua itu?
TIDAK.... TIDAK SEKALI....
Bahkan semua itu dihadapi Nabi dengan sabar dan penuh kekuatan daripada Allah. Baginda terus menyampaikan dakwah, menyampaikan Islam kepada orang ramai.
Semakin hari, semakin ramai yang memeluk Islam.
Berita ini mengakibatkan bertambah-tambah marah musyrikin Quraisy pada Nabi. Maka bertambah jahat pula konspirasi untuk menjatuhkan Nabi. Mereka tawarkan Nabi dengan harta, wanita dan takhta tapi semua itu ditolak oleh Nabi.
Bahkan mereka melaksanakan pula PEMULAUAN ke atas umat Islam. Selama hampir 3 tahun lamanya umat Islam bertahan diboikot oleh kafir Quraisy. Mereka tidak boleh membeli makanan, tidak boleh berhubung dengan orang ramai dan pelbagai lagi seksaan. Semuanya bertujuan menghentikan dakwah Nabi s.a.w.
Namun, Nabi s.a.w. tetap SABAR. Usaha untuk sampaikan ISLAM tetap diteruskan.
Lihatlah akan kegigihan Nabi untuk kita. Nak pastikan kita ini selamat bersamanya di akhirat nanti, sebab itulah baginda menempuh kesukaran-kesukaran ini.
Dalam Perang Uhud, Nabi diserang hingga berdarah. Hingga timbul pengkhabaran yang mengatakan Nabi sudah wafat, tapi hakikatnya tidak benar.
Susah-payah Rasul s.a.w. menggali parit ketika Perang Khandak bersama para sahabat.MasyaAllah....banyak sekali pengorbanan baginda untuk kita...
Bahkan ketika hampir wafat pun, baginda masih bertanya kepada malaikat tentang keadaan ummatnya. Bukan setakat itu, baginda minta pula untuk ditanggung seluruh kesakitan ketika sakaratul maut yang akan dilalui ummatnya. Baginda minta juga balasan untuk ummatnya ditangguhkan ke hari akhirat nanti.
Ucapan yang tidak pernah lekang daripada mulutnya ketika hampir wafat "Ummati ! Ummati ! Ummati !".Mengingatkan nasib ummatnya di akhirat nanti menyebabkan baginda mengulang-ulang,"UMMATKU....UMMATKU...UMMATKU"
Tapi sayang sekali....,
Begitu sedikit sekali di antara kita pada hari ini menghargai penat lelah Nabi ini
Tidak ramai yang CINTA pada Nabi s.a.w
Bahkan ada pula yang tidak mengenalinya....
Mengenali artis dunia berbanding artis dakwah ini
Lalu layakkah kita ini menjadi sebahagian daripada ummat baginda?
Nabi s.a.w. tidak pernah minta balasan daripada kita atas susah-payahnya itu.
Baginda cuma mahu agar kita semua berusaha mengikutinya.
Menggapai REDHA dan CINTA ALLAH dalam kehidupan...
Mendekati SYURGA-NYA...
Menjauhkan dan menyelamatkan diri kita daripada AZAB dan MURKA-NYA...
Menyelamatkan diri daripada seksa NERAKA....
Baginda tidak pernah minta balasan wang ringgit dan sebagainya.
Bahkan apa yang ditawarkan oleh kafir Quraisy pun ditolak oleh baginda.
Malaikat juga pernah menawarkan baginda sama ada baginda mahu menjadi Rasul
Saudagar atau Rasul Hamba. Jika baginda pilih menjadi Rasul Saudagar, maka baginda akan menjadi kaya-raya dengan harta hasil usaha dakwah baginda, tapi jika baginda memilih menjadi Rasul Hamba, maka segala balasan di akhirat kelak. Maka baginda memilih menjadi seorang Rasul Hamba.
Lalu, masih ada halangan apa yang menjadi tembok kepada diri kita untuk mencintai dan mencontohi Rasul s.a.w. dalam kehidupan kita?
Bahkan Allah s.w.t. telah firmankan dalam Al-Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh terbaik kepada sesiapa yang berharap kepada Allah dan hari akhirat."
Apa jua dalam kehidupan Rasulullah s.a.w., semuanya adalah baik. Semuanya merupakan contoh untuk diri kita. Sebab itu beruntunglah orang-orang yang cinta pada Rasul. Tapi tidak cukup setakat CINTA, mari kita hidupkan SUNNAH Rasul dalam kehidupan kita.
Marilah kita mengambil ISLAM sebagai deen kita, sebagai cara hidup kita.
Marilah hidup dengan faham tanggungjawab terhadap kita sebagai MUSLIM.
Kita bukan setakat mahu 'mencintai' Rasul ketika hari Sambutan Maulidur Rasul, dan bukan sahaja berselawat dan mengingati Nabi hanya pada hari jumaat.Bahkan cinta kita kepada baginda bertambah-tambah setiap hari dan bertambah pula amalan dan kefahaman kita dengan Islam.
Tanda kita mencintai Rasul apabila kita mengambil ISLAM dalam segenap kehidupan kita. Apabila kita hidup berpaksikan kepada mengambil apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah larang, maka barulah layak untuk kita ini digelar sebagai orang yang berusaha mencintai Rasul s.a.w.
Mari muhasabah diri
Bagaimanakah kita menghayati, menghargai pengorbanan dan perjuangan Rasul s.a.w. untuk ummatnya dalam kehidupan kita?
Sudahkah kita memahami dengan sebenarnya tuntutan dan tanggungjawab kita sebagai seorang ISLAM?
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."