Jika kita berdiam, agama ini tidak tersebar. Buktikan pada diri sendiri bahawa, janji itu pasti akan ditunaikan. Insya Allah. |
"Adakah aku benar-benar penolong agama Allah? Adakah aku layak? " Hati kecil aku tertanya-tanya atas kejahilan diri sendiri.
Hakikatnya, Allah tak perlu aku, tak perlu sahabat-sahabat untuk menolong agama Dia. Tak perlukan sesiapa untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Kerana sifat Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Besar. Namun, kitalah yang memerlukan agama Islam untuk menjadi penolong Allah. Jika kita tak rebut jawatan ini, nescaya kita menjadi golongan yang paling rugi dunia dan akhirat.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang"
(QS 61:14)
Demikian ayat Allah dalam penghujung surah As-Saff. Dalam surah lain, Allah berfirman :
"Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) -Nya dan rasul-rasulnya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa." (QS 54:25)
Sebagai muslim yang beriman melaksanakan tugas kita sebagi penolong agama Allah menuntut pengorbanan yang besar. Jika kita berdiam, agama ini tidak tersebar. Buktikan pada diri sendiri bahawa, janji itu pasti akan ditunaikan. Insya Allah.
NAHNU ANSORULLAH!
Bukankah makan dengan tangan kanan adalah tuntunan agama Islam?
Bukankah tersenyum kepada saudara seiman adalah ajakan agama kita?
Bukankah menghormati yang lebih tua merupakan ajaran agama Allah?
Bukankah berbakti dan mendoakan ayah dan ibu kita adalah seruan agama Allah?
Bukankah membaca doa sebelum masuk bilik air adalah anjuran agama Allah?
Tentu semuanya menjadi bukti bahawa tidak ada yang disebut perkara remeh dalam Islam meskipun perkara itu kecil. Menjadi penolong agama Allah, sekali lagi merupakan amal dan profesyen yang sangat mulia.
Rasulullah SAW membina peribadi para sahabat, menjadi tauladan kepada mereka semua dengan nasihat dan amalan. Rasulullah SAW tidak berpeluk tubuh dan pasrah menunggu sehingga Allah berkata ‘kun fayakun’, lalu seluruh manusia beriman dengannya. Sekalipun Allah Taala Maha Kuasa untuk melakukan semua itu. Tetapi perkara itu berlaku dengan praktikal dan strategi yang dirancang oleh Rasulullah sehingga dakwah tersebar ke seluruh pelusuk alam.
Firman Allah Taala :
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.(Surah Al-Hajj, 22:78)
JANGAN TAKUT, JANGAN GENTAR
Tika lidah berkata..”aku takut, malu dengan mereka” Tika lidah bertutur..”aku kecewa dengan mereka”. Saat lidah terdiam, takut untuk menyatakan, Saat anggota kaku, segan untuk melaksanakan, Minda hilang dalam khyalan, Semangat sepi tidak dicambahkan, Dugaan itu cukup untuk melemahkan iman Ujian itu amat memeritkan hati insan.
Namun itu memang ketetapan bukan? Setiap liku tarbiyyah, Setiap cabang dakwah, pasti tumbuh duri-duri yang menyakitkan, Tentu ada paku-paku yang berselerakan. Namun, janji Allah itu pasti, Sabda nabi itu realiti, Usah gusarkan hati, jangan bersedih hati, Kita pemimpin, kita pendidik, Kita jua dipimpin, kita jua dididik, Manisnya pasti ada, senyuman pasti akan terukir jua, kerana kita tiada yang berseorangan, tiada yang bersendirian.
Diriwayatkan dari Abu malik Al-Asy’ari sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
“sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka di cemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah”. para sahabat bertanya,”wahai rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?” Rasullah menjawab,” mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan di antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka berada diatas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih".
Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud
“Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati”.(Yunus,10:62)
Jangan takut, jangan gentar! Nahnu Ansorullah! Kita adalah penolong agama Allah!
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."