Manusia suka buat kesalahan. Bila silap, rasa berdosa manusia suka salahkan syaitan. Asyik-asyik salahkan syaitan. Pemerintah yang zalim, disalahkan syaitan. Wanita tidak menutup aurat, disalahkan syaitan.
Bangun lambat sampai subuh gajah, disalahkan syaitan kononnya menggari badan dia ketika tidur, padahal begitu khusyuk sekali layan cerita Korea di laptop. Tak sedar sudah pukul 4 pagi. Orang lain bangun untuk tahajjud, dia baru nak lelapkan mata.
Terfikir kisah datuk nenek moyang kita dahulu. Beza sekali dengan kita.
Apabila Allah mencipta Adam dan Hawa sebagai makhluk manusia yang awal, mereka berdua tidak dibiarkan bertelanjang malah diberikan pakaian. Buktinya ketika Adam di syurga dan melanggar perintah agar jangan makan pohon terlarang, pakaiannya tertanggal. Ia menunjukkan sememangnya mereka berdua berpakaian di syurga.
Apabila mereka berdua diturunkan ke bumi dan lahir zuriat manusia yang ramai, mereka diberikan tanggungjawab untuk berpakaian dan tidak bertelanjang.
Allah SWT berfirman :
“Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf : 26)
Fakta ini menafikan sejarah manusia rekaan barat yang menyatakan bahawa manusia awal bertelanjang tidak berpakaian. Apabila mereka semakin maju barulah mereka menyedari keperluan berpakaian. Teori ini sebenarnya adalah rentetan teori sesat dan kufur yang menyatakan manusia adalah hasil evolusi yang panjang daripada kejadian binatang seumpama kera.
Kera adalah binatang yang tentu sahaja tidak berpakaian. Apabila bertukar menjadi manusia yang berfikir maka manusia barulah berfikir tentang pakaian. Ini adalah teori sesat lagi kufur yang telah berjaya diserapkan dalam pemikiran masyarakat Islam menerusi pendidikan barat.
Teori ini menafikan sejarah manusia bermula dengan Adam dan Hawa yang ditegaskan oleh islam dan diyakini juga oleh agama Yahudi dan Nasrani. Cuba cek buku sejarah pada tahun 1987, jelas menjadikan teori ini sebagai sebahagian sukatan yang mesti dipelajari. Malang sungguh pemikiran kufur ini boleh meresap masuk dalam sistem pendidikan negara yang majoritinya adalah muslim!
Hatta manusia moden walaupun berada di zaman era globalisasi, pemikiran dan tamadun ideologi mereka seperti ke belakang. Tak tahu kenapa suka sangat berpakaian seperti spesies kera. Berpakaian tetapi telanjang. Tak reti nak bezakan yang mana salah dan yang mana benar.
Rasuah versus sedekah. Jauh beza.
Orang hulur duit jangan dianggap sedekah semata tetapi fikirkan niat dan impaknya. Bila sekali rasa, mesti nak lagi. Lama-lama ketagih. Sudah sebati dengan darah daging. Anak bini pun diberi makan duit haram. Bila masa pula solat, ibadah lain dan hukum islam tertegak di dalam institusi keluarga?
Firman Allah lagi "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (2:30).
Berat tanggungjawab khalifah. Khalifah bukan sekadar hidup saja, tapi maksud khalifah itu adalah sebagai "pengganti" Nabi dalam menyampaikan ajaran Islam dan memakmurkan bumi. Sebagai rantai-rantai perjuangan meyebarkan risalah agama.
Sebab itu, jangan salahkan syaitan. Syaitan cuma engkar kepada Allah sekali sahaja. Tetapi kita engkar perintah Allah saban waktu. Syaitan setiap waktu tidak pernah "miss" menjalankan tugasnya dengan menyesatkan anak Adam. Kita pula selalu "miss" kewajipan menunaikan solat. Kadang-kadang sengaja lambat-lambatkan.
Banyak yang perlu diubah. Mari kita berubah sama-sama!
Penat sudah asyik-asyik nak salahkan syaitan.
^_^ thankz for sharing ya ukhti,, may ALLAH bless.. sungguh jom sama2 jihad lawan nafsu !!
ReplyDeletehoho. itulah kan.
ReplyDeletemanusia. suka mencipta alasan dan menyalahkan orang lain.
muhasabah diri semula. adeeh!
terima kasih atas perkongsian ini.
Jom berubah!! Biar sikit asalkan istiqamah!! ^__^
mari renung seketika kalimah Allah ini~
ReplyDelete"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) tlh dselesaikan, 'sesungguhnya Allah tlh mnjanjikan kpdmu janji yg benar, dan aku pun tlh mnjanjikan kpdmu tetapi aku menyalahinya. tidak ada kekuasaan bgku terhadapmu, melainkn (sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu jgnlh kmu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sndiri. aku tidak dpt menolongmu, dn kmu pn tidak dpt menolongku. sesungguhnya aku tidak mmbenarkan perbuatanmu mempersekutukn aku (dgn Allah) sejak dahulu.' sesungguhnya, org yg zalim akn mndpt seksaan yg pedih."
(surah Ibrahim,14:22)
wallahualam~