Hujan rintik-rintik membasahi alam. Terik mentari semakin hilang sirnanya. Ku renung langit sedalamnya. Setitik, demi setitik, demi setitik. Ia jatuh menutupi permukaan bumi.
Menggambar sepi di hati.
Kilat sambar-menyambar membelah langit. Guruh berdentam-dentum menyentak jiwa. Helaian daun berguguran menyisip di celahan rimbunan pohon.
Jiwa nan sepi semakin memberontak hebat. Bisakah ku tipu perasaan ini?
Keadaan suram seketika. Iman kembali bermuram durja. Aku menyendiri. Mencari makna pada tadabburnya. Sedangkan burung berpasangan. Adam dan Hawa berpasangan. Mata berpasangan.
Inikan aku pula?
Semalaman lenaku terganggu. Perasaan ini kadangkala mengetuk jiwa jantanku. Aduhai....Imanku hanya senipis kain sutera. Usahlah kau datang menerpa kegoyahan imanku. Baru sahaja aku tambat dengan keazaman yang jitu. Aku tak ingin kalah.
Aku akui kau muslimah solehah dambaanku. Aku jatuh cinta pada perwatakan islam yang kau bawa. Tudung labuh yang sentiasa menutup pandangan liar buat aku terpesona. Khemah bergerak ini buat hatiku layu meyakinkan kepatuhan syariat. Mataku sejuk memandang tiada jemu. Aku tenang dibuai pemandangan indah.
Akhlak dan budi bicaramu meruntun jiwa kejantananku. Tidakkah kau tahu?
Betapa aku perlukan teman hidup. Menjadi permaisuri hatiku dunia dan akhirat. Aku rintihkan seorang ibu yang solehah mendidik anak-anakku agar bergelar pejuang islam kelak.
Semua ini sentiasa membuatkan ku terfikir, apakah aku layak untukmu?
Sebab ku lihat kau terlalu 'tinggi'. Aku ini sentiasa terasa rendah di hadapanmu. Katakanlah, apakah aku layak memetik bunga mawar di taman larangan?
Berilah tanda isyarat.
Tunjukkanlah reaksimu.
Gerakkanlah hubungan ini.
Diammu. Sepimu bagai menyeksa pilu di ulu hati. Benar-benar mahal hargamu.
Aku malu keseorangan.
Mujahadahku biarlah bernama. Kerna masanya pun masih belum tiba. Tidak berani untuk aku usik hatimu yang terjaga.
Ku pendamkan perasaan ini. Ku rahsiakan hati ini. Kerana aku tahu muslimah solehah hanya untuk muslimin yang soleh. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)
Prinsipmu sungguh teguh membuatkan aku bersemangat untuk berjaya dalam hidup menggapai redha Ilahi. Kerana batasan ini mengajar aku untuk merangkak, bertatih, berjalan dan berlari di jalan dakwah.
Aku cinta pada muslimah solehah. Tetapi jangan singgah di hati aku. Belum masanya.
:)Mujahadahku biarlah bernama. Kerna masanya pun masih belum tiba. Tidak berani untuk aku usik hatimu yang terjaga.
ReplyDeleteyeah.. suka ini.. keep mujahadah.may ALLAH bless.. together seeking for MARDHATILLAH. insyaALLAH