"Seorang penguasa adalah pemelihara atas rakyatnya dan dia bertanggung awab atas mereka. Seorang lelaki adalah pemelihara atas keluarganya. Dan dia bertanggungjawab atas mereka. Seorang wanita adalah pemelihara atas rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dan dia bertanggung jawab atas mereka. Seorang budak adalah pemelihara atas harta tuannya. Dan dia bertanggungjawab atasnya. Ketahuilah! Setiap kalian adalah pemelihara dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipeliharanya.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Di mana kita saat tahun baru? Ada sebarang komen?
1. BERPELUK TUBUH
Macam-macam hadis dan fatwa dikeluarkan untuk mengelak dihukum dan diperli oleh kawan kerana tidak ikut serta sambutan alternatif tahun baru. Namanya pun alternatif. Tahun ini begitu banyak jemaah dan badan NGO mensajikan program-program ilmiah dan hiburan mendidik jiwa. Satu pun tak terliur untuk pergi.
Fiqh aulawiyyat.
Sekadar berpeluk tubuh dan mendiamkan maksiat itu tidak rasional. Para dai'e perlu meWAJIBkan diri turun ke lapangan dakwah. Cuba lihat situasi di Dataran Merdeka, sebagai contoh. Perlukah dibiarkan remaja berpesta seks di sana?
Kita masih ada kudrat untuk mengintima'kan diri atau berpartisipasi dengan mana-mana badan/gerakan menjalan amar makruf nahi mungkar. Hanya tanya pada iman.
2. KEINDAHAN BUNGA API
Ada 2 ragam manusia di atas muka bumi ini.
"Wow!!! Cantiknya bunga api. Tengok tu! Colourful lah ayang!" sambil merakam di handphone yang tak berapa canggih. Sebelah tangan lagi pegang awek. Terkinja-kinja mereka dalam lautan manusia di Dataran Merdeka. Banyak aksi begini.
"Allah...bunga api meletup. Duit rakyat hangus terbakar. Allah..Allah.." sambil memegang periuk nasi yang kosong. Mulutnya ternganga. Matanya membulat. Air liurnya hanya mampu ditelan melihat bunga api di TV. Anak-anaknya yang merengek lapar tadi terbisu seketika apabila "jakon" tengok bunga api.
Berapa agaknya kerajaan sedekahkan duit untuk membakar bunga api? Kos bersih tidak termasuk dengan amukan konsert di atas pentas.
Gemuruh jiwa Faizal Tahir memang "gila"! Macam dirasuk dibuatnya. Terpukau dengan kegemuruhan. Ada melompat-lompat. Menjerit histeria. Tidak ketinggalan semakin rancak dengan aktiviti ringan-ringan tadi.
3. LAWAK BODOH SI ULAMA UMNO'
Ada orang kata mereka bodoh sebodohnya. Sesat. Pelik. Kenapa?
Ulama' UMNO serang Ustaz Azhar Idrus gara-gara main gitar dalam satu persembahan bersama Zizan Raja Lawak di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
"Orang buat benda baik dilarangnya. Kecoh! Masjid Shah Alam sudah la tak bagi. Nasib baik dapat Dataran. UMNO buat pesta seks takde nak kecoh plak. Ibarat mencari popular. Dialah jaguh agama yang paling bertauliah. Tak payahlah jeolus dengan Ustaz Azhar yang ramai peminat"
Saya tak hairan orang komen begitu. Bak kata Nabil "Lu pikirlah sendiri!"
Fiqh aulawiyyat.
4. MACAM MINTA BALA ALLAH
Dalam satu forum sempena tahun baru di Masjid Jamek, ada seorang pak cik bangun bertanya soalan.
"Adakah bala Allah turun baru manusia tidak menyambut tahun baru? Seperti yang berlaku tsunami di Aceh pada hari sambutan Christmas, bulan Disember Tahun 2004. Semua masjid diarahkan membaca yaasin dan tiada sambutan tahun baru ketika itu!"
Mengancam soalan pak cik. Takut semua orang dibuatnya. Tanda-tanda hari kiamat.
5. AMBANG ATAU MAMBANG TAHUN BARU?
Mari berkongsi fakta.
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Dan statistik tertinggi anak luar nikah dilaporkan pada bulan 9! Selain bulan-bulan yang ada pesta besar sempena peristiwa bear negara.
Runtuhkan sahaja Sekolah "mari mengandung" Ketua Menteri Melaka, DS Ali Rustam. Tidak berguna.
6. TAHUN DEPAN PASTIKAN GEMPAK!
Kebanyakan jemaah sambut tahun baru di masjid. Macam syok sendiri. Dia dengan dia sahaja. Dunia assobiyah kata orang. Tertutup dan terkunci kemas.
GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia) seperti tahun-tahun lepas, juga menyambut di masjid. Bezanya diselitkan aktiviti praktikal dakwah. Edar flyers, kad GAMIS dan buah tangan kepada target.
Wakil ABIM dalam satu forum juga komen benda yang sama.
Gerakan dakwah perlu agresif dan fleksibel. Bukan buat program di masjid tertutup. Tetapi terbuka seperti di dataran. Wajar menganjurkan program bersifat syariah compliance yang funky, hip dan adventorous. Kena pada selera remaja.
Ustaz Azhar Idrus telah buktikan. Anak muda bila lagi?
Jangan jadi seperti UMNO. Bak kata pepatah arab. Sebelah tangan kanan membina bangunan. Sebelah tangan kiri meruntuh.
7. PESTA DARAH MAHASISWA
UPSI bermandi darah di tahun baru 2012. Hadiah untuk mahasiswa yang berani bersuara demi keadilan. Bagi masyarakat di luar sana, rentetan daripada peristiwa ini panjang. Sangat panjang. Tidak perlu terus meletakkan noktah tanpa selidik di awal cerita.
Banyak persoalan.
a) Salahkah anak muda berhimpun secara aman menuntut keadilan? Tanpa bersenjata? Setelah segala rundingan aman dan diplomasi secara berhemah dibakulsampahkan?!
Info lanjut (klik)
b) Kenapa Aspirasi (pro-kerajaan) dan pemuda UMNO boleh dibenarkan berdemonstrasi pada 21 Disember yang lepas tanpa sebarang gangguan?
c) "Polis binatang!" Satu pekikan lantang untuk sifat kebinatangan polis berlagak seperti samseng terhadap batang tubuh mahasiswa. Anda yang mulakan provokasi dahulu dengan mengacah mahasiswa supaya bertindak agresif.
Selepas itu rakus sekali dengan aksi kebinatangan. Tumbuk, sepak terajang, belasah dan menangkap mahasiswa sesuka hati!
Tidak berhati perut! Merampas kunci kereta bila saudara Safwan Anang hendak dikejarkan ke hospital kerana pengsan setelah anda kerjakan. Mahasiswa merempuh klinik untuk selamatkan nyawa sahabat kami, tapi anda masih nak bergelut dengan kami.
Hari ini, anda tulis di akhbar kami pukul sesama kami. Anda layan kami dengan cukup baik! Najib kata "baru kena sikit tu!"
Tahniah dan syabas atas sandiwara kebodohan politik UMNO. Tahniah atas layanan yang cukup mesra kepada mahasiswa berbanding Aspirasi dan pemuda UMNO.
Cukuplah nikmat akal yang diberi.
Sikap "double standard" dan tidak peduli dengan suara mahasiswa pastinya mempercepatkan proses pacakan batu nisan di atas robohan entiti kezaliman dan penindasan. Korban darah keganasan polis dan FRU sudah tentu dibayarbalik dengan "cash" di dunia lagi. Tidak perlu tunggu lama.
Benar!
Jika mahasiswa tidak boleh bersuara, apa guna mahasiswa belajar tinggi-tinggi? Bersuara terhadap keangkuhan diktator tidak dibenarkan. Apa guna menjadi cerdik jika hanya diperbodohkan oleh kezaliman? Tak apa. Sekatan itu cuma sementara. Terima kasih kepada semua pejuang mahasiswa. Jutaan lagi anak muda yang mahukan perubahan dan ramai lagi cerdik pandai mahasiswa yang akan bangun dan memimpin negara pada masa depan.
Hancurkan kezaliman!!!
dulu berminat dengan blog Dr, selalu datang melawat menambah ilmu.. tapi biladr dah mencampurkan isu pOLitik, agak tersentap, dan semakin kurang rasa ingin menjejakkan kaki ke blog dr :(
ReplyDeletesangat suka entry nie...;)
ReplyDeletesebab sy salah seorang penuntut di U tersebut..
simpati kpd mereka yg dibelasah.....
ReplyDeletesmoga saudara safwan cpat sembuh dn kembali pulih sperti biasa.....
smoga keadilan dpt ditegakkan...
smoga kebenaran siapa salah dan siapa betul dpt ditegakkan...kalau bukan di bumi mgkin d akhirat!