TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BUKAN MALAIKAT YANG LALU



Sedang syok dengar pidato bersemangat, tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Tiada satu bunyi pun. Nak kata malaikat lalu, bukan. Semua hadirin terpana pada mata pemidato. Al quran yang dipegangnya dibelek-belek.

Saya tergamam. Pertama kali tengok.

Begitu bersungguh dia membelek helai demi helai. Mengambil masa hampir 2,3 minit. Benar. Tidak pernah saya tengok adegan ini. Nak dikata memalukan, tidak. Malah saya bersyukur berada di jemaah ini. Di jalan perjuangan ini. Pemidato tidak segan silu membuka Al Quran di hadapan para hadirin untuk dirujuk.

Air mata saya hampir memberi reaksi. Sambil berbisik ayat yang dicarinya.

Sebenarnya pemidato terlupa sesuatu. Dia lupa ayat 6 dalam Surah Muzzamil untuk dibakar semangat anak muda yang di hadapannya. Penekanan untuk bertahajjud dalam berjuang.

"Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan diwaktu itu) lebih berkesan." - ayat 6, surah muzzamil. 

Saya menghafal surah ini pun kerana pergi program. Masakan tidak. Banyak kali program yang disertai memberi penekanan yang serius mengenai tafsir surah muzzamil. Rasa seronok dapat aplikasikan secara berjemaah, bersama sahabat-sahabat yang mendambakan kehausan tarbiyyah (didikan).

Dengan perjuangan yang payah, kebebasan yang disekat dan ketidakadilan, anak muda perlukan stamina yang kuat dan konsisten. Motivasi yang tidak pernah utuh.

Sengaja bangun malam hanya bisa dilakukan oleh orang yang memiliki niat kuat. Niat yang kuat pasti didorong oleh motivasi yang kuat, sehingga setiap gerak kerja akan dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. 

Indahnya bangun malam semata-mata bertahajjud demi Allah. Apalagi solat tahajjud adalah solat sunnah. InsyaAllah orang yang melaksanakan solat sunnah adalah orang yang memang punya niat yang ikhlas dan bermotivasi tinggi.

Berbeza pula dengan solat wajib. Terkadang kita melaksanakan solat wajib hanya sekadar “gugur kewajipan”. Solat tahajjud dilakukan sebaiknya setelah tidur, meskipun sebentar.

Apa manfaatnya?

Bangun tidur pasti fikiran kita lebih segar. Bayangkan dalam 1 hari, jantung kita berdetak  100 000 kali, darah kita mengalir melalui 17 juta mil arteri, urat darah halus dan juga pembuluh-pembuluh darah. Tanpa kita sedari rata-rata sehari kita berbicara 4000 kata, bernafas sebanyak 20 000 kali, menggerakkan otot-otot besar sebanyak 750 kali, dan mengoperasikan 14 milyar sel otak.

Manusia perlukan istirehat.

Dan tidur adalah istirahat yang sangat baik menurut ilmu perubatan. Dengan tidur bererti terjadi proses pemulihan sel tubuh, penambahan kekuatan dan otak kita kembali berfungsi dengan sangat baik.

Tidak hairan jika Allah berkehendak agar solat tahajjud dikerjakan setelah tidur. Dengan fikiran yang fresh akan membantu kita untuk lebih khusyuk memaknai ayat-ayat Allah yang kita baca.

Lebih khusyuk belajar, merancang strategi  dan lebih penting meraih keberkatan dalam perjuangan anak muda khususnya. Kita perlukan medan yang jauh dari hiruk pikuk keduniaan untuk menyepi bersama Tuhan. John Kehoe, penulis buku terlaris “Mind Power” berkata melalui suasana kesepian, ia dapat menembus batas kesedaran tertinggi atau lapisan terdalam fikiran bawah sedar dalam proses pencarian diri.

Fenomena tahajjud anak muda patut diperkasakan. Inilah persiapan utama kita.

3 comments:

  1. alhamdulillah..semoga anti selalu diberikan kekuatan utk istiqomah dlm ibadah tahjjud...syukran kerana share2 psal ni...memg mnarik....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak, sy ad 1 soalan, berapa jam diperlukan minimum utk dptkn rehat secukupnya pd waktu malam? Sbb sy susah sgt nak tidur mlm..perkongsian yg bagus akak..moga kita diberikan kekuatan utk berjuang utk agama Allah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak, sy ad 1 soalan, berapa jam diperlukan minimum utk dptkn rehat secukupnya pd waktu malam? Sbb sy susah sgt nak tidur mlm..perkongsian yg bagus akak..moga kita diberikan kekuatan utk berjuang utk agama Allah

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST