TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI
ROH UMMAH SUDAH TERCABUT
Dahulu kita sangat bangga dengan pencapaian umat islam. Mana tidaknya, 2/3 dunia pernah kita takhluki. Zaman kegemilangan islam melahirkan para cendiakawan, agamawan dan masyarakat yang berilmu. Orang bukan islam sangat tertarik dengan layanan baik yang diberikan oleh pemerintah dan masyarakat islam. Tetapi kini sudah berubah.
Umat islam tidak seperti sejarahnya. Mereka lebih cintakan dunia daripada menjejaki syurga. Mereka memakai tudung tetapi seolah-olah bertelanjang bulat. Mereka berkahwin dan beranak pinak tetapi keturunan mereka dibenci oleh Allah. Mereka menjadi ketua dalam keluarga tetapi tidak pernah menegur dan saling memperingati ahli keluarganya.
Bagaimana orang bukan islam hendak tertarik? Mereka keliru. Islam agama yang sempurna. Mengapa tidak umatnya?
Penganut agama islam adalah cerminan kepada agamanya. Jika akhlak, ibadah dan penghayatan islamnya hilang jadi ada apa dengan kalimah syahadahnya? Ada apa dengan puasanya? Hari rayanya? Sekadar sambut-sambutan untuk menzahirkan syahadahnya yang semakin goyah.
ROH UMMAH SUDAH TERCABUT
Umat islam sudah kehilangan roh yang sempurna. Apakah roh umat islam? IslamLah roh mereka. Islamlah kekuatan mereka. Roh mereka tidak sempurna jika islam mereka tidak sempurna. Roh yang sempurna dapat dihasilkan dengan mengambil islam secara keseluruhan seperti firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 208 “ wahai orang-orang yang beriman , masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN…”
Kesempurnaan roh akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada pemiliknya. Pemiliknya akan mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi tanpa masalah. Cabaran iman pada abad moden ini begitu sadis dalam erti kata lain propaganda untuk memurtadkan umat berlaku secara halus dan perlahan-lahan tanpa sedar.
Iman mereka saban hari saban terhakis!
Seperti mana sahabat Rasulullah SAW dahulu, mereka tidak pernah merasa lemah di hadapan manusia dan mereka mampu menguasai dunia, islamlah yang telah memuliakan mereka di hadapan manusia kerana mereka yakin segala sesuatu yang wujud adalah datangnya dari Allah SWT. Setiap cabaran dan rintangan yang mereka hadapi adalah merupakan ujian dari Allah yang akan menambahkan iman mereka. Mematangkan mereka dan menambahkan pengertian mereka tentang hakikat kehidupan yang sebenar.
Zaman seperti sahabat Rasulullah SAW pasti akan kembali semula. Kebangkitan islam pada akhir zaman adalah janji Allah. Namun, persoalannya siapakah umat islam itu?
Adakah kita akan menjadi perintis dalam pergerakan revolusi tersebut? Ataupun kita hanya menjadi penonton sahaja? Renung-renungkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THE MOST POPULAR POST
-
TERLALU EGO Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah denga...
-
Saban hari, para doktor dan pelajar perubatan seringkali ditayangkan adegan "malaikat izrael mencabut nyawa" pesakit di hadapan...
-
Jangan disangka blog, FB dan penulisan tidak mampu menyindir pedas! Sindiran pedas.... Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak s...
-
Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu. Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar...
-
Hati memberontak! Fikiran meracau-racau. Jiwa benar-benar kacau, tidak keruan otak menafsirkan saat beperang dengan emosi. Terasa kegersang...
-
"Arghhh!!! Assignment lagi, bosanlah belajar! Masuk ni, dah 5 assignment pensyarah bagi. Mane satu aku nak siapkan dulu ni? Stress be...
-
Hanya kerana cinta yang tidak pasti, malu dan takut kepada Allah sudah tidak lagi bertakhta di hati “Bermula dengan ruang chatting ...
-
Mendengarkan ceramah "Ustaz Cinta", Ustaz Emran Ahmad dengan kata-kata : "Kadang-kadang kerana mengelak daripada dosa kec...
-
Assalamualaikum sahabat-sahabat. Teringin sangat untuk sama saya kongsikan artikel cinta sejati yang sangat sedih ini. Walaupun artikel in...
semoga kita juga antara perintis. walaupun usaha sekelumit cuma :)
ReplyDeletejazakillah atas artikel yg menarik :)
moga tsabit
mudah-mudahan kita juga menjadi perintis..perlu ada usaha ke arah itu.
ReplyDeletesatu perkngsian yg baik & membuka minda.
jzkk.
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteTiada apalah yang hendak dibanggakan apabila sesuatu kaum dahulu telah melebarkan sayap empayar mrk ke 2/3 dunia tetapi kini umat Islam telah kehilangan ruh dari urusan Allah (AlQuran). Surah AsSyura:53 وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَـٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚDan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Sekiranya umat Islam tidak digerakkan dgn AlQuran, maka umat itu adalah ibarat ketiadaan ruh dan hidup dalam kegelapan. Malah umat yang tidak bertenaga. Lebih malang lagi, kita tidaklah dianap apa2 disisi Allah SWT sehinggalah kita kembali dirikan AlQuran s/b/mana terjadi pada Ahlil Kitab. Surah AlMaidah:68 لْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu apa2 sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)"
Samada umat Islam dapat mengubah atau tidak, bergantung kepada pengubahan nasib mereka sendiri. Surah `ArRa`du:11 إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.+
Sudah menjadi sunatullah bahawaa sesuatu kaum itu tidak juga mahu mengubah, Allah SWT akan menggantikan kaum yang lain dan Allah SWT telah memilih org2 ya dikehendakiNya. Surah AlMaidah:54 فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
Wallahualam
setuju dgn tajuk di atas. moga kita diberi hidayah dan taufik oleh Allah dlm meniti dunia akhir zaman. slm juang
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny