MENGENALI SEJARAH HAWA
Asalkan mempunyai kromosom XX, daripada perkataan 'hawa' beranak pinak menjadi perkataan yang seerti dengannya iaitu :
- gadis
- wanita
- perempuan
- muslimat
- betina
Golongan hawa ini sinonim dengan sifat lemah lembut, ayu, sopan santun, berbudi bahasa dan mudah sensitif. Tetapi tidak semua yang begitu. Ada juga di kalangan mereka yang agresif, aktif dan lincah. Jiwa mereka sangat kental seperti seorang lelaki. Kadang kala lebih isi daripada kuah. Terkehadapan dan memimpin segerombolan pemuda.
Tetapi tahukah kamu wahai lelaki, wahai kaum muslimin?
Wanita (muslimat) yang nampak lembut di luar tak semestinya lembut di hati. Dan wanita yang nampak keras di luar tak semestinya keras di hati. Barangkali yang lembut di luar, sangat degil dan keras kepala! Dan yang keras di luar, jiwanya sangat lembut, mudah tersentuh dan mudah memaafkan orang.
Pernah jumpa orang sebegini? Ramai bukan?
Ada segolongan kelompok yang menjadi pujaan persatuan, organisasi, gerakan mahu pun jemaah. Tetapi sayangnya mereka tidak tersenarai sebagai pilihan hati si muslimin untuk berlayar di bahtera yang sama. Bukan "taste" mereka katanya.
"Dah.....sudah!" keluh seorang muslimat yang runsing dengan proses baitul muslimnya yang lambat.
Kasihan mereka. Macam-macam ragam yang mereka terpaksa telan.
ADUHAI MUSLIMAT, KASIHAN KAMU
Muslimat yang telah dikategorikan sebagai aktif, outspoken , lincah, suka merayau ke sana sini, jenis yang tak boleh duduk diam, superbusy women, minah rempit, berkepimpinan, berwibawa dan tegas adalah kelompok yang sangat EKSLUSIF untuk tuntutan jemaah.
Tetapi muslimat yang lemah lembut pendiam, humble, pandai masak, mengemas, suka terperok dalam bilik dan kurang mendedahkan mukanya di khalayak ramai adalah kelompok INKLUSIF untuk tuntutan baitulmuslim.
Golongan lemah lembut ini bagai "pisang goreng panas" begitu terlaris di pasaran. Menjadi rebutan di mata-mata yang mengintai peluang. Sebolehnya mahu setel cepat, nak cepat cop sebelum dicop dan dikebas orang lain. Lebih-lebih lagi jika ada added value seperti bentuk fizikal tubuh badan.
Sudahlah bilangan muslimin sedikit, muslimat pula ramai, dicarinya pula bukan sefikrah. Kasihan si muslimat. Terpampan dek ragam muslimin. Mahu diluah, takut tidak bertempat. Hanya memendamkan rasa di sebalik wajahnya yang tegas.
Maaf kepada sesiapa yang terasa. Sedar atau tidak kita telah menganiyai dan menzalimi saudara kita, sahabat kita. Jika semua muslimin punya persepsi sedemikian rupa, apa akan jadi pada nasib muslimat yang lain?
Tidakkah kita melihat ramai muslimat yang sudah lama grade masih lagi tidak berkahwin? Mereka dengan sabar sanggup menanti bagai "bulan jatuh ke riba", yang ditunggu tidak pula kunjung tiba. Justeru, timbullah pula peribahasa "gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tak nampak" di mulut orang kampung.
Oleh kerana tidak sanggup digelar andartu, berkahwinlah mereka dengan sesiapa. Sama ada orang yang bukan sefikrah atau pun langung tiada fikrah itu bukan isu utama. Berita buruknya, futur pula semakin mengintai-ngintai alam rumahtangga mereka.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini?
Walau sesiapa pun yang bersalah, pokok pangkalnya unit baitulmuslim perlu proaktif dalam tangani isu ini. Kenal pasti siapakah yang telah dan bakal hadapi dilema ini. Jejaki mereka. Jangan sampai satu masa nanti ada bibir yang gatal menyalahkan jemaah kerana tidak tolong mereka.
Kita mahu lahirkan generasi seperti sosok tubuh Sultan Muhammad Al Fateh. Untuk itu kita perlu serius dan cerdik dalam merancang. Masing-masing perlu hadirkan rasa tanggungjawab dan korbankan nafsu untuk perjuangan islam yang panjang.
Muhasabahlah wahai jundullah.
Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.
Makluman ye. Artikel ini tidak ada kaitan dengan mahkluk bernyawa. Termasuklah diri penulis mahu pun orang-orang sekitarnya.
ReplyDeletepembetulan pd perkataan "test".actually, taste sbenarnya kan..
ReplyDeletebdw, post yg mendalam maksudnya.byk perkara yg perlu dipertimbangkan dlm urusan BM ni, unit BM pun pecah kepale nak tangani mslh2 yg dihadapi..mesti timbul pny maslah2 spt2 ni..
terima kasih post yg b'manfaat utk jundullah
huhu.. malunye.. tak sengaja lah.. camne leh tertulis "TEST" utk "TASTE" harap je blaja medic dlm english.
ReplyDeleteSubhnallah..perkongsian yg menarik..
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeleteSekadar muzakarah saja.
Biarlah muslimin itu membuat pemilihan sebegitu krn mrk sebenarnya tidak mengikut AlQuran dan Sunnah. Biarlah mrk tanggung sendiri kesan penghujungnya. Mencari jodoh dlm Islam, berasaskan pada Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗ Sekiranya kedua2 (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin, sesungguhnya `berat sangka` Kami bahawa kedua2nya dapat menegakkan hukum (batas) Allah`.
W/pun ayat ni mengenai perkahwinan kali ke 2, tetapi para Imam Mazhab telah menetapkan bhwa itulah dalil dlm Istinbat Hukm dari segi Usul AlFiqh. Pengajaran dan `nas dalil` adalah mengikut pengajaran umum.
Sunna Rasulullah saw yang wajib adalah mengikut AlQuran. Allah SWT hukumkan harus dlm istilah perkahwinan iaitu `dzonna` (berat-sangka Kami). Jadi tidak hairanlah, Imam Syafie dan Imam Nawawi rah. alaihuma sehingga akhir hayat mrk tidak kahwin krn berpegang pada kedua2nya mesti menegakkan hukum Allah.
Jika suami-isteri teruis menerus tidak dapat atau tiada masa utk belajar memahami `hudud Allah melalui AlQuran, maka itu adalah janji yang sgt dituntut. Walau kita beri pelbagai alasan nanti Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,﴿١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Wallahualam
rupanya kat u lain pn mcm ni jgk ^^
ReplyDeleteinfonya sangat menarik...
ReplyDeletemantap...
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny