TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts

“Jangan henti dakwah… hingga kamu mati.”

”Dari sisi dakwah, kekuatan internet sangat potensial untuk dimanfaatkan”


Cuba tanya semua orang :

1. Dalam 1 minggu, berapa kali buka internet?
2. Dalam 1 hari pula?
3. Apa benda yang dibukanya?
4. Berapa banyak status atau post yang dibaca berunsurkan dakwah?
5. Sedikit atau banyak?



IKLAN : MENCARI KEUNTUNGAN DALAM BERDAKWAH?



"Assalamualaikum.......Disini saya ingin menjemput saudara-saudari untuk menyertai satu lagi cara untuk berdakwah atau menimba ilmu!!!! Tanpa bayaran tambahan.

Dengan cara ini saudara-saudari dapat menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan kerana saudara-saudari akan berdakwah melalui lisan!!! Secara chat biasa juga ada. Ia akan kedengaran di seluruh pelusok dunia!

Subhanallah...

Jadi dakwah saudara-saudari dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Ingat tiada bil tambahan dikenakan!
Anda hanya perlu downloads Program "faham, ikhlas dan istiqamah dalam berdakwah" yang bersaiz 328 KB sahaja! yang mengambil masa tidak sampai 5 minit!! Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi admin di laman tersebut sila hantar biodata anda kepada Allah SWT. Kepada yang mempunyai latarbelakang agama islam dan berfikrah islami sahaja yang berpeluang menjadi admin dan menyelenggara laman ini.

Para pembaca dijemput memohon admin. Sebarang idea untuk memajukan lagi laman ini boleh disertakan bersama. Contohnya: cara istiqamah menulis. Sesiapa yang sedia memberi sedikit ilmu sila post kepada laman ini. Antaranya :

1. Facebook
2. Twitter
3. Blog
4. Tumblr
5. dll

Segala kerjasama saya dahului dengan syukran jazilan.





DILEMA PENULIS BLOGGER?

Untuk menulis blog, ramai yang buat. Untuk istiqamah menulis blog, kadang-kadang terabai. Untuk istiqamah menulis blog dengan jujur, matlamat jelas, jarang-jarang orang boleh lakukan. 

Untuk menulis blog yang menarik, kreatif dan yang pentingnya bersabar dengan pembaca, pengomen dan memastikan orang-orang yang membaca blog boleh mendapat manfaat, bukan memprovokasi, bukan buang masa dan mendapat pahala dari Allah SWT, mungkin menjadi lebih sukar sekali.




PENDAPAT PENULIS

Metadologi dakwah melalui internet adalah termasuk jenis dakwah Dakwah bit-Tadwim iaitu pola dakwah (dakwah melalui tulisan) yang baik dengan menerbitkan buku, majalah, internet dan tulisan-tulisan yang mengandungi pesan dakwah yang sangat penting dan efektif. Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang da'ie, atau penulisnya sudah mati. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada”.


Bagi pihak penulis, blog yang tiada protokol adalah blog yang terbaik. Justeru, sedari awal lagi, penulis sudah pun memberi notis bahawa :

"Sebarang artikel, gambar terutamanya poster boleh diambil secara bersungguh dan konsisten! Kerana penulis men"ciplak"nya dari yang Maha Muthlak. Dialah Allah pemilik segala makluk." 

SYUKRAN JAZILAN buat semua sahabat dan pembaca. Blog penulis tiadalah protokol yang rasmi, niat saya ikhlas, selepas ni tak perlulah sahabat-sahabat minta izin lagi untuk copy. Ilmu yang baik, perkongsian yang bermanfaat, dakwah yang efektif, tak perlu diprotokolkan bagi penulis. Sahabat-sahabat boleh share, ambil apa sahaja untuk disebarkan ilmu Allah ini.

Sesungguhnya, jari-jemari yang berlari-lari anak di papan keyboard ini juga milik dan pinjaman sementara daripada Allah SWT. Penulis cuma menciplak idea yang telah diilhamkan. Ingat, tak perlu minta izin selepas ini.

Mohon dihalalkan segalanya. Tidak mahu berhutang dan tidak ingin proses menghisab  di"road block" kerana urusan mulia ini. 

READ MORE

SINDIRAN PEDAS DARIPADA SAYA!

Jangan disangka blog, FB dan penulisan tidak mampu menyindir pedas!

Sindiran pedas....

Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak sengaja, walau tiada niat untuk menyindir sekalipun, namun KEPEDASAN sindiran atau kata-kata sudah cukup MELUKAKAN hati seseorang.

Sakit hati bukan?
Pernah terasa?

Namun, apa yang menjadi isu perlukah sindiran dalam hidup kita?
Bentuk sindiran bagaimana yang dibenarkan dalam islam?

Benar, ada sindiran berbentuk negatif dan ada pula negatif.
Benar, Al-Quran sendiri banyak menyindir manusia termasuklah diri ini.
Benar, hatta Rasulullah SAW sendiri pernah menyindir keluarga dan sahabat Baginda.




PEDAS ATAU TIDAK?

Nak tahu pedas atau tidak bergantung pada individu. Orang-orang tua suka kecohkan ayat ini sampai jadi peribahasa :
"Siapa makan cili, dia yang terasa pedas!"
Tahap kepedasan boleh dinilai jika ada respon seperti :

1.  Mengutuk dalam hati
2.  Menyumpah!
3.  Menangis
4.  Baling barang
5.  Angkat tangan, tak kisahlah tampar atau hentak-hentak kaki keyboard balas komen








PERLUKAH SINDIRAN DALAM HIDUP?

Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani serta menginterpretasikan sindiran tersebut.

Jika kita seorang yang positif dan sabar, maka sindiran pedas menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok berbanding siapa kita pada hari ini. InsyaAllah...

Mungkin ada di antara kita yang menginterpretasikan kata-kata tersebut sebagai nasihat , peringatan mahupun pesanan.

Menggunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang dirasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran?

Wallahu'alam.




SINDIRAN DARIPADA SAYA!

Di kesempatan ini, sambil melemparkan senyuman, saya juga ingin menyampaikan sindiran saya kepada sesiapa yang terasa :

"KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN!"


Kalau islamik sikit :

"KALAU TAK MAMPU MENJADI PENOLONG,  JANGAN SAMPAI JADI PENGHALANG AGAMA ALLAH!"

Kalau ambil ayat al-Quran :

"Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” - ayat 8, surah al-Mulk.

READ MORE

HIMPUNAN BERSIH TIDAK HARAM!!







HIMPUNAN BERSIH 2.0 TIDAK SALAH DARI SEGI TUJUAN, KATA DR ASRI - minsider

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.
Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.
“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.
“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.
“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.
Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.

Menurut Asri , beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.
Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.
“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.
“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.
Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.
“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.
Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.
“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.
“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.
Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.
“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.
“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.




LAWAK JENAKA

1.  BERSIH HARAM, PATRIOT HALAL - Sampai bila pun perhimpunan tak jadi halal tanpa wakil BN
2.  SIAPA YANG HARAM? : Tujuan BERSIH untuk perjuangkan sistem demokrasi yang BERSIH. PATRIOT pula hanya semata-mata nak menentang BERSIH. agak-agak siapa yang akan timbulkan provokasi dan rusuhan?
3.  Kementerian Pengajian tak bagi mahasiswa turun BERSIH atas nama keamanan tapi bagi turun PATRIOT pula.



Pemuda UMNO lancar Perhimpunan PATRIOT 2011

KEMASKINI Perhimpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.
Pengerusi bersama perhimpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.
"Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi 'majority senyap of rakyat Malaysia'," katanya dalam sidang media di ibu kota.
Bernama melaporkan, beliau meminta agar penganjur perhimpunan haram itu supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.
"Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima," katanya.
Sementara itu, ketua penyelaras himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur perhimpunan haram itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.-26/6/2011



Amaran kepada mahasiswa jangan sertai perhimpunan haram

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada mahasiswa supaya tidak menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa seharusnya mempertimbangkan semula cadangan sekiranya ingin menyertai perhimpunan berkenaan kerana usaha itu tidak akan mendatangkan apa-apa hasil melainkan menimbulkan huru-hara.
"Ia sekali gus akan merugikan bukan sahaja mahasiswa malah negara kerana ia telah menjejaskan kehidupan dan menjejaskan rezeki orang lain," katanya selepas merasmikan Bangunan Kompleks Kejuruteraan dan Teknologi Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Mengulas mengenai laporan bahawa mahasiswa Malaysia di luar negara akan turut mengadakan demonstrasi pada 9 Julai ini, Mohamed Khaled menegaskan kementerian tidak memberi jaminan keselamatan golongan itu kerana mereka boleh ditangkap mengikut undang-undang negara lain.
"Jangan ingat mereka boleh lakukan apa sahaja secara sesuka hati di negara orang kerana sudah tentu pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.



TERLALU TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG BERSIH

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaannya bahawa Bersih 2.0 adalah haram.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali kerana Bersih 2.0 dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berdaftar secara sah.
"Saya cabar menteri membuat penjelasan mengenai kedudukan Bersih itu sendiri. Tolong nyatakan apa kesalahan Bersih (2.0) sehingga mengatakan ia pertubuhan haram sedangkan pertubuhan-pertubuhan yang menyertai Bersih ialah parti (politik) dan NGO yang berdaftar dengan pertubuhan dan tak ada kumpulan yang tak berdaftar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz turut menyanggah dakwaan Hishammuddin bahawa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai ini adalah haram sedangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengiktiraf perhimpunan aman sebagai tindakan yang sah di sisi undang-undang.
Tambahnya, Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan melakukan perhimpunan malah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekacauan tidak pula diambil tindakan.
"Pemuda Umno, Perkasa dan pertubuhan silat lincah, mereka pertubuhan berdaftar tapi akan berhimpun dan sudah buat kenyataan yang boleh mencetuskan peperangan.
"Kenapa mereka boleh memakai baju yang melambangkan pertubuhan mereka contohnya pemuda Umno pakai baju Patriot warna merah . Kenapa baju kuning Bersih tak boleh?" katanya yang juga naib presiden PAS.
Beliau turut meminta kerajaan berfikiran positif dengan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman seperti yang dirancang pihak penganjur.
"Saya minta kerajaan berfikiran positif, membenarkan himpunan ini. kalau dia membenarkan himpunan ini boleh meredakan kemarahan rakyat tapi sekarang kerana kepentinagn politik Umno BN menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.
"Najib kata sekarang kebangkitan rakyat menyokong BN. Kalau dah rakyat sokong kenapa takut dnegan Bersih? Mesti Bersih tak dapat sokongan jadi tak perlulah halang," katanya.
Kutuk tekanan terhadap Bersih 2.0
Sementara itu, Tian Chua (PKR-Batu) mengutuk tindakan terdesak kerajaan yang mengenakan tekanan ke atas pihak yang menyokong Bersih 2.0.
Beliau merujuk tindakan terbaru polis menyerbu dan menggeledah pejabat Sekretariat Bersih 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini.
Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.
"Pakatan Rakyat mengutuk keras tindakan ini. Kenapa bertindak keras terhadap NGO yang menjalankan tugas mereka sebagai warga Malaysia dalam lunas undang-undang?" katanya yang juga naib presiden PKR.
Dalam pada itu, beliau merayu pemuda Umno dan Perkasa memberikan komitmen untuk memastikan perhimpunan 9 Julai ini bebas daripada sebarang pertembungan.
"Saya mengulangi rayuan saya supaya Pemuda Umno dan Perkasa bersama-sama memberi komitmen untuk menunjukkan perhimpunan ini aman, katanya.
Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) pula mahu Kerajaan Pusat mengambil contoh kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang sentiasa konsisten membenarkan sebarang perhimpunan diadakan oleh Umno BN yang merupakan pembangkang di negeri itu.
"Di Kelantan banyak perarakan dilakukan kononnya tak puas hati isu air dan sebagainya. Tapi menteri besar terima dan hantar wakil untuk terima memorandum.Kita konsisiten membenarkan sebarang perarakan," katanya.






p/s :

MAKLUMAN
Saya dah compilekan segala isu, kupasan, bahan bukti serta bahan edaran mengenai BERSIH di album FB saya. Terlalu banyak menyebabkan tidak sesuai dimuat turun di dalam blog yang kecil ini.
 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1821228413907.90847.1336091729&notif_t=photo_album_comment

READ MORE

LCD LAPTOP RETAK

alhamdulillah........


Genap sepurnama tak update blog. Bukan tak nak update, tapi LCD laptop retak, password dah siap save dalam laptop ni je. Memang tak hafal sebab susah giler. Masa tu plak tengah bajet duit. Pentingkan yang mana lebih penting (konsep aula'). Ingat tak nak hantar Lowyat takut harga mahal. Dah survey kat kekawan ramai cakap hampir RM600-1500.

Bawa balik Melaka, fikirkan hantar kat kedai komputer kawan boleh dapat cepat dan murah, tapi....hemmm..Allah saja yang tahu. Laptop rosak time exam, sabo je lah..Alhamdulillah ada adik kat KL ni, kebetulan dia tak guna sangat.

Lastly, hantar juga kat Lowyat, kawan adik cakap boleh dapat RM300-500. Survey mula-mula RM500 lebih, doa banyak-banyak.. survey kedua, syukur RM350 dari RM370. Aku minta RM300. kejam tak? Tapi adik minta RM350, orang tu setuju. Aku pun ok lah...

Aku suka giler menulis, membaca, pastu wat analisa ckit..lebih-lebih lagi bab politik/ isu / perbahasan semasa. Selama ni aku update kat FB tapi more kepada dakwah, buat poster dan melukis. Juga tidak ketinggalan brainstorming isu semasa. Pedas! tapi hangat! sangat teruja!

Kepada sahabat-sahabat tertentu, benar-benar minta maaf. Menyusahkan kalian..tak dapat bagi paperwork, penting pula tu. Sebab sumenye simpan dalam laptop ni. Memang amat terasa tak dapat berkhidmat dengan sempurna. Dah siap paperwork tapi tak boleh nak dihantar.

Banyak pengajaran boleh diambil. Tapi nak wat camne...benda dah jadi. Akan berusaha buat yang lebih baik lagi..

sekali lagi..benar-benar minta maaf

"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku sekalipun Engkau mengujiku dengan pelbagai ujian dan cabaran..kuatkanlah imanku, hatiku, i'tiqadku sepertimana Engkau berikan kekuatan kepada pejuang2 Islam di zaman Rasulullah SAW"



READ MORE

BERUZLAH SEBENTAR







PESANAN NABI S.A.W.

"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya
jalan ke syurga"
(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

READ MORE

THE MOST POPULAR POST