”Dari sisi dakwah, kekuatan internet sangat potensial untuk dimanfaatkan” |
Cuba tanya semua orang :
1. Dalam 1 minggu, berapa kali buka internet?
2. Dalam 1 hari pula?
3. Apa benda yang dibukanya?
4. Berapa banyak status atau post yang dibaca berunsurkan dakwah?
5. Sedikit atau banyak?
IKLAN : MENCARI KEUNTUNGAN DALAM BERDAKWAH?
"Assalamualaikum.......Disini saya ingin menjemput saudara-saudari untuk menyertai satu lagi cara untuk berdakwah atau menimba ilmu!!!! Tanpa bayaran tambahan.
Dengan cara ini saudara-saudari dapat menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan kerana saudara-saudari akan berdakwah melalui lisan!!! Secara chat biasa juga ada. Ia akan kedengaran di seluruh pelusok dunia!
Subhanallah...
Jadi dakwah saudara-saudari dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Ingat tiada bil tambahan dikenakan!
Anda hanya perlu downloads Program "faham, ikhlas dan istiqamah dalam berdakwah" yang bersaiz 328 KB sahaja! yang mengambil masa tidak sampai 5 minit!! Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi admin di laman tersebut sila hantar biodata anda kepada Allah SWT. Kepada yang mempunyai latarbelakang agama islam dan berfikrah islami sahaja yang berpeluang menjadi admin dan menyelenggara laman ini.
Para pembaca dijemput memohon admin. Sebarang idea untuk memajukan lagi laman ini boleh disertakan bersama. Contohnya: cara istiqamah menulis. Sesiapa yang sedia memberi sedikit ilmu sila post kepada laman ini. Antaranya :
1. Facebook
2. Twitter
3. Blog
4. Tumblr
5. dll
Segala kerjasama saya dahului dengan syukran jazilan.
DILEMA PENULIS BLOGGER?
Untuk menulis blog, ramai yang buat. Untuk istiqamah menulis blog, kadang-kadang terabai. Untuk istiqamah menulis blog dengan jujur, matlamat jelas, jarang-jarang orang boleh lakukan.
Untuk menulis blog yang menarik, kreatif dan yang pentingnya bersabar dengan pembaca, pengomen dan memastikan orang-orang yang membaca blog boleh mendapat manfaat, bukan memprovokasi, bukan buang masa dan mendapat pahala dari Allah SWT, mungkin menjadi lebih sukar sekali.
PENDAPAT PENULIS
Metadologi dakwah melalui internet adalah termasuk jenis dakwah Dakwah bit-Tadwim iaitu pola dakwah (dakwah melalui tulisan) yang baik dengan menerbitkan buku, majalah, internet dan tulisan-tulisan yang mengandungi pesan dakwah yang sangat penting dan efektif. Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang da'ie, atau penulisnya sudah mati. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada”.
Bagi pihak penulis, blog yang tiada protokol adalah blog yang terbaik. Justeru, sedari awal lagi, penulis sudah pun memberi notis bahawa :
"Sebarang artikel, gambar terutamanya poster boleh diambil secara bersungguh dan konsisten! Kerana penulis men"ciplak"nya dari yang Maha Muthlak. Dialah Allah pemilik segala makluk."
SYUKRAN JAZILAN buat semua sahabat dan pembaca. Blog penulis tiadalah protokol yang rasmi, niat saya ikhlas, selepas ni tak perlulah sahabat-sahabat minta izin lagi untuk copy. Ilmu yang baik, perkongsian yang bermanfaat, dakwah yang efektif, tak perlu diprotokolkan bagi penulis. Sahabat-sahabat boleh share, ambil apa sahaja untuk disebarkan ilmu Allah ini.
Sesungguhnya, jari-jemari yang berlari-lari anak di papan keyboard ini juga milik dan pinjaman sementara daripada Allah SWT. Penulis cuma menciplak idea yang telah diilhamkan. Ingat, tak perlu minta izin selepas ini.
Mohon dihalalkan segalanya. Tidak mahu berhutang dan tidak ingin proses menghisab di"road block" kerana urusan mulia ini.
Great reaad thank you
ReplyDelete