TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BUKAN DENGAN AIR LIUR LA....

Anda hanya akan mendapat mesej dan peringatan sebegini jika berusrah. Percayalah! Dengan usrah anda lebih bersemangat untuk hidup, belajar dan bekerja untuk cita-cita duniawi wa ukhrawi. 

Kekuatan tidak dibina dengan air liur dan cakap sahaja. Kekuatan dibina dengan usaha keras yang istiqamah. Begitulah Islam. Dakwah Nabi SAW sendiri bermula dengan usrah di rumah sahabat, Al Arqam bin Abi Al Arqam.

Tertonggaknya gerakan Islam adalah kerana usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.


Usrah : anda bagaimana?

Usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan umat islam khususnya ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.


Apa maksud usrah? Apa itu usrah dalam kehidupan? Pentingkah berusrah?

Usrah bukan semata-mata majlis ilmu, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkan tertegaknya syiar Allah. Usrah merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.


Islamik sangatlah usrah. Tak “up-to-date” dengan zaman moden sekarang.

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.

Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.



"GILA BERUSRAH, PERLU KOMITED!"

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST