TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

Showing posts with label TAFSIR. Show all posts
Showing posts with label TAFSIR. Show all posts

MACAM TAKDE SURAH LAIN, SIKIT-SIKIT YAASIN



Cuba tanya mak cik-mak cik kat kampung, surah apa yang paling terror dibaca?
Cuba tanya remaja-remaja di bandar, surah apa yang reti dibaca tanpa tergagap-gagap?
Kalau tengok cerita hantu kat TV, yang selalu dipegang kat tangan Al-Quran ke?

Jawabnya pasti surah Yaasin. Kenapa?

Sebab kat sekolah, setiap hari jumaat baca Yaasin.
Kalau kat masjid, surau atau kenduri selamat surah Yaasin sahaja dibaca pada hari jumaat.
Dan surah Yaasin sangat sinonim dengan kematian.

"Macam takde surah lain, sikit-sikit Yaasin. Sudahlah buta rumi, takde usaha langsung nak lancarkan bacaan Al-Quran", keluh seorang pemuda.

"Aku setuju dengan kau. Kenapa pihak masjid takde nak ikhtiarkan baca surah lain pada hari jumaat? Surah al-Kahfi ke," jawab temannya sambil membilik-bilik tafsir surah al-Kahfi.




DI BAWAH NAUNGAN AL-KAHFI

Datang lagi hari Jumaat silih berganti saban minggu, dengan limpahan rahmat dan maghfirah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang mahu menyucikan jiwanya. Peluang hidup sehingga hari Jumaat ini adalah nikmat yang tidak terhingga yang perlu diisi dengan berteduh sebentar di bawah naungan surah al-Kahfi.

Bukan sahaja membacanya berkali-kali pada setiap hari Jumaat tetapi menghayati isyarat-isyarat penting yang dikehendaki Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang beriman.

Mengapa Rasulullah SAW. bersabda dengan hadith-hadith berikut?

"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :

"Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda :

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :

"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)






TADABBUR AL-KAHFI 

Membaca surah al-Kahfi bagaikan membaca cerita-cerita kehidupan manusia yang tergolong daripada kaum pemuda, kaum pekerja, kaum ilmuan, dan kaum penguasa. Indahnya menelusuri kisah dalam surah ini dan alangkah indah lagi apabila kisah-kisah di dalam surah ini disulami dengan nasihat-nasihat yang jelas dan terang bersifat rabbani, hakiki dan abadi.

Surah al-Kahfi membentangkan 4 kisah yang memfokuskan kepada fitnah yang akan datang dalam kehidupan manusia khususnya kepada golongan yang beriman iaitu :


1. Fitnah Agama - Kisah ashab al-kahfi


Ashabul Kahfi berjaya mempertahankan aqidah dan agama dengan mengorbankan diri, dan meninggalkan kedudukan dan kemewahan hidup. (ayat 9-25)

Bagi menghindari fitnah ini Allah SWT memberikan pertunjukNya dengan mendampingi orang-orang soleh, sentiasa sabar mengikuti golongan yang menyeru kepada kebaikan dan sentiasa mengingati akhirat.(ayat 28-31)


2. Fitnah Harta- Kisah Pemilik Dua Bua Ladang Anggur dan Tamar


Pemilik kebun ini mengkufuri nikmat dan lupa pada pemberi nikmat-Allah, berbangga-bangga, sombong dan menolak nasihat sahabatnya. (ayat 32-44)

Bagi menghindari fitnah harta ini Allah meminta orang mukmin agar memahami sebenar-sebanr hakikat dunia yang fana’ ini dan sentiasa mengingati akhirat yang kekal abadi. (ayat 45-53)


3. Fitnah Ilmu - Kisah Nabi Musa menuntut ilmu

Nabi Musa diuji dengan ilmu yang dimiliki pada mulanya terdetik di hatinya menyangka dia merupakan orang yang paling berilmu di dunia ini. Lantas Allah SWT memberikan teguran di atas sikap baginda itu dengan memerintahkan Nabi Musa supaya belajar dengan orang yang tidak dikenalinya dan tidak terkenal pula tetapi dikenali Allah iaitu Nabi Khidir AS. (ayat 60-82)

Bagi menghindari fitnah ilmu pula Allah SWT membimbing orang yang berilmu agar memiliki sifat sabar dalam menggali hikmah setiap ilmu yang diberikan dan tawadhu’ serta menghindari sifat ghurur dengan ilmu yang dimiliki. (ayat 69)


4. Fitnah Kekuasaan (pangkat dan kedudukan) – Kisah Zul Qarnain

Zul Qarnain seorang raja yang kaya, bijak dan soleh diuji dengan kuasa dan wilayah luas di timur dan barat tetapi bersifat adil dan sentiasa mengambil berat rakyatnya dan membimbing mereka kepada kebaikan dan keimanan.(ayat 84-98)

Bagi menghindari fitnah kuasa dan kedudukan ini Allah SWT menegaskan agar mengamalkan sifat syukur, redha dan pergantungan yang tinggi pada Allah walaupun memiliki kuasa (ayat 98) di samping sentiasa ikhlas dalam melakukan amal kebajikan tanpa mengira golongan dan sentiasa mengingati akhirat.(ayat 110)

Benarlah 4 perkara ini menjadi keinginan utama manusia di dunia ini agar dia disanjung dan berperoleh kemasyhuran. Namun, Allah SWT memberikan bandingan ke empat-empat perkara itu sebagai dunia yang fana dan sementara semata-mata.

Orang yang beriman hendaklah menjadikan ke empat-empat perkara ini sebagai alat semata-mata untuk memperolehi kehidupan yang hakiki kekal abadi di akhirat dengan menjadikan al-Quran sebagai pertunjuk dalam menghadapi ke empat-empat fitnah yang datang menguji mereka.




KOREKSI DIRI BERSAMA

Mari kita renung hakikat dunia yang fana ini di dalam ayat berikut :

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (45) 

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (46)

Sama-samalah kita bertanyalah pada diri kita apakah yang telah kita lakukan dengan Islam yang kita pegang ini, dengan harta yang kita miliki ini, dengan ilmu yang kita perolehi ini dan dengan kedudukan yg kita perolehi ini? 

Adakah semuanya itu telah mendorong kita mempertahan dan menyuburkan Islam dengan beramal soleh, membelanjakan harta untuk menyucikan jiwa dan diri kita, mengamalkan ilmu agar sentiasa dekat dengan Allah SWT dan menjadikan kedudukan dan pangkat itu untuk kita kongsikan dengan orang yang memerlukan berkorban mengenepikan keseronokan duniawi demi mengejar kenikmatan ukhrawi?






HIKMAH MEMBACA AL-KAHFI 

Sama-sama pula kita merenung dalam diri, bagaimana kita menghayati ayat ini?

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka. (47)

Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). (48)

Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya?
Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (49)

Inilah hikmah galakan Rasulullah SAW agar membaca surah al-Kahfi!
Dengan sabda baginda  :

"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka akan penuh limpahan cahaya dalam hidupnya di antara dua Jumaat dan akan terselamatlah dia daripada fitnah al-Dajjal yang melengkapkan segala fitnah dunia ini agar orang yang beriman itu dipalingkan dari aqidah yang benar setelah mereka terperangkap dengan fitnah agama, harta, ilmu dan pangkat".

Buat akhirnya:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.
Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29)

Marilah sama-sama kita beramal dengan bacaan surah ini pada kesempatan setiap Jumaat dan menghayati kandungannya pada hari-hari antara dua Jumaat yang diberikan kepada kita sementara nyawa masih ada.

Wallahu a’lam.

READ MORE

MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH


Dalam ayat ini, Allah menciptakan langit berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat. Kemudian Allah tanyakan, apakah ada sesuatu yang cacat atau retak di langit tersebut?

Jawabannya tentu saja tidak.

Kemudian Allah memerintah melihatnya berulang lagi (bahkan berulang kali), apakah ada yang cacat di langit itu?

Hasilnya, jika dilihat berulang kali tidak ada cacat sama sekali pada ciptaan Allah tersebut. Namun yang didapat adalah rasa payah kerana berulangkalinya menelusuri langit itu.

Syaikh As Sa'di mengatakan bahawa "jika sama sekali di langit tersebut tidak ada cacat, maka ini menunjukkan sempurnanya hasil ciptaan Allah. Ciptaan Allah tersebut begitu seimbang dilihat dari berbagai sisi, iaitu dari warna, hakikatnya, dan ketinggiannya. Begitu pula pada ciptaan Allah lainnya seperti matahari, rembulan dan bintang yang bersinar"

Subhanallah.



INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, wujudnya alam ini menunjukkan kekuasaan Allah. Tiada alam ini tanpa ada yang menciptakannya, dan sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan Allah SWT.

Surah Al-Baqarah ayat 29 :

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah telah mencipta alam ini dengan pelbagai hiasan, malam dengan gelapnya dan disinari dengan cahaya bintang dan bulan, siang pula dengan siangnya dengan hiasan matahari yang memancar. Allah juga menghiaskan lagi alam ini dengan pelbagai tumbuhan, bukit-bukau, gunung-ganang dan fenomena-fenomena alam yang mengikut peredaran yang ditentukan Allah SWT.

Semua yang diciptakan oleh Allah untuk hambaNya merasai kewujudan dan keindahan sifat-sifatNya.
Marilah sentiasa memuji-muja Allah tanpa jemu siang dan malam

READ MORE

MENGGIGIL KEPALA LUTUT JIN DAN MANUSIA


Diriwatkan dari Ibnu Abbas ra.: "Sesungguhnya pada hari kiamat akan didatangkan neraka Jahanam yang sekelilingnya dikelilingi oleh para malaikat sebanyak 70.000 baris. Setiap baris jumlahnya lebih banyak dari pada jin dan manusia. Para malaikat itu menarik neraka Jahanam dengan kendalinya. Neraka Jahanam mempunyai empat kaki yang jarak antara satu kaki dengan kaki yang lain adalah perjalanan selama 1.000 tahun, ia juga memiliki 30 kepala, setiap kepala terdapat 30.000 mulut, dan setiap mulut terdapat 30.000 gigi geraham, setiap gigi geraham besarnya adalah seribu kali gunung Uhud. 


Setiap mulut mempunyai dua bibir, dan setiap bibir besarnya adalah seperti luasnya dunia. Dan didalam dua bibirnya terdapat rantai dari besi. Setiap satu rantai terdapat 70.000 mata rantai, setiap mata rantai dipegangi oleh para malaikat yang tidak terhitung banyaknya.

Maka didatangkanlah neraka Jahanam itu disebelah kirinya Arasy. Dan mengenai hal itu, Allah Swt. telah berfirman: "Sesungguhnya neraka Jahanam itu melontarkan bunga api besar dan setinggi gedung (istana)." (Qs. Al-Mursalat: 32).


PENGIRING MANUSIA KE NERAKA

Musuh-musuh Allah diiring ke neraka dalam keadaan hangus (hitam) wajah-wajah mereka. Mata mereka tertutup dan mulut mereka terkunci, maka tatkala mereka telah sampai dipintu neraka, mereka disambut oleh malaikat Zabaniyah yang membawa beberapa belenggu dan rantai.

Rantai-rantai tersebut dimasukkan kedalam mulut orang-orang kafir dan dikeluarkan dari duburnya, dan tangan kirinya dibelenggu kelehernya, sedangkan tangan kanannya dimasukkan kedalam dadanya dan tangan tersebut ditarik diantara bahunya, lalu diikat dengan rantai.

Semua anak cucu Adam dari golongan mereka (orang kafir) diikat bersama syaitan dalam satu rantai, diseret pada wajahnya, dan malaikat memukulnya dengan gada (sejenis palu) dan besi. Sewaktu mereka menghendaki keluar dari neraka, maka dikembalikanlah dia keneraka, lalu dikatakan pada mereka: "Rasakanlah siksa api neraka ini yang dahulu kalian dustakan."

Kemudian Fatimah ra. bertanya: "Ya Rasulullah, apakah engkau tidak bertanya tentang umatmu, bagaimana para malaikat itu memasukkan umatmu?" Nabi Saw. menjawab:"Para malaikat itu mengiring umatku ke neraka dengan keadaan wajah mereka yang tidak hangus, mata mereka tidak tertutp, mulut mereka tidak terkunci, dan mereka tidak digiring bersama-sama syaitan dan tidak pula mereka dirantai atau dibelenggu."

Kemudian Fatimah ra. bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah cara para malaikat dituntun mereka?" 

Maka Rasulullah menjawab: "Adapun untuk orang tua dan anak muda keduanya dituntun dengan
jenggot-jenggot mereka. Dan untuk orang perempuan dituntun dengan gelungan (sanggul) rambut dan ubun-ubun mereka. Maka banyak orang yang mempunyai uban dari umatku yang dicabut ubannya lalu dituntun keneraka, dia merintih: "Aduh....ubanku, aduh...kelemahanku." Dan banyak lagi umatku yang diseret melalui jenggotnya, lalu dituntun keneraka, mereka merintih-rintih "Aduh...masa mudaku, aduh....ketampananku."

Dan banyak pula dari umatku yang perempuan diseret melalui ubun-ubunnya, lalu dituntun keneraka, mereka merintih-rintih "Aduh....rasa maluku, aduh.....kerusakan tutupku." Hingga mereka menemui malaikat Malik, ketika malaikat Malik melihat mereka, lalu ia bertanya kepada para malaikat yang menuntun mereka: "Siapakah mereka? Belum pernah datang kepadaku orang-orang yang celaka yang lebih mengherankan dari mereka ini, wajah mereka tidak hangus, sedangkan letak rantai dan belenggu dileher mereka."

Maka malaikat yang menuntun menjawab: "Kami diperintahkan untuk mendatangkan mereka dengan keadaan yang demikian." Lalu malaikat Malik bertanya kepada mereka: "Wahai golongan orang yang celaka, siapakah kalian?" Mereka menjawab: "Kami adalah umat Muhammad Saw."

Dalam hadits yang lain diterangkan: Ketika para malaikat sedang menuntun mereka, mereka sama memanggil "Aduhai...Nabi Muhammad" dan ketika mereka melihat malaikat Malik, maka mereka sama lupa dengan Nabi Muhammad Saw. karena rasa takutnya kepada malaikat Malik. Maka malaikat Malik bertanya kepada mereka: "Siapakah kalian ini?" Mereka menjawab: "Kami adalah umat dimana Allah Swt. telah menurunkan Al-Quran atas umat itu, kami adalah umat yang berpuasa dibulan Ramadhan." Lalu malaikat Malik berkata: "Al-Quran itu hanya diturunkan kepada Nabi Muhammad."

Ketika mereka mendengar Nabi Muhammad, berteriaklah mereka semua: "Kami adalah termasuk umatnya." Maka malaikat Malik berkata kepada mereka: "Apakah tidak ada peraturan buat kamu didalam Al-Quran, yang mencegah kalian untuk berbuat maksiat?"

Ketika mereka berhenti ditepi neraka Jahanam seraya melihat neraka dan melihat malaikat Zabaniyah, maka mereka berkata: "Wahai malaikat Malik, izinkanlah kepada kami untuk menangisi diri kami sendiri." Maka malaikat Malik mengizinkan kepada mereka, maka menangislah mereka dengan meneteskan air mata hingga tak tersisa sedikitpun air mata pada mereka. 
Lalu mereka menangis dengan mengeluarkan darah. Pada saat itu malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya kalau tangisan ini terjadi didunia karena rasa takutnya kepada Allah Swt. maka pasti api neraka tidak akan menimpa kepadamu."


Sumber : Terjemahan Daqoiqul Akbar

Karya: Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy

Alih bahasa: Musa Turoichan Al-Qudsiy

READ MORE

BAGAIMANA MENJADI HAMBA YANG BAIK?


Bagaimana kita hendak menjadi hamba yang baik?

Sesungguhnya telah banyak Allah memberi kita nikmat bukan?
Oleh itu,kita mestilah menjadi hamba yang baik
Tetapi,bagaimana hendak menjadi hamba yang baik?

Allah Taala telah memberikan kita garis panduan bagaimana untuk menjadi hamba yang baik melalui Al-quran dan hadis. Nabi Muhammad saw sebagai qudwah hasanah, contoh teladan yang baik buat ummat akhir zaman. Hanya kita sahaja yang masih sambil lewa terhadapnya.

Sahabat-sahabat yang dikasihi , mari kita rajinkan diri sebentar untuk sama-sama membaca, menghayati dan mentadabbur surah Al-Furqan ayat 63-76 :

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila datang kepada mereka orang-orang yang jahil, mereka akan membalas dengan kata-kata yang baik.(63)
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.(64)
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan(65)
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk(66)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.(67)
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya(68)
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,(69)
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(70)

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat(71)
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.(72)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.(73)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(74)
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(75)
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.(76)”

Surah Al-Furqan ayat 63-76


Mulai saat ini,berazamlah kita bahawa kita akan menjadi hamba yang baik dan mensyukuri nikmat nikmat dari Ilahi.


p/s : Mampukah kita seandainya Allah meminta ganti bagi segala nikmat yang telah Dia beri? Jika kita tak mampu jadilah hamba yang baik, beriman dan bertaqwa. Jika kita tidak mampu sekalipun menunaikan dan menjaga solat fardhu, maka persilakan untuk keluar dari bumi. Anda boleh cipta bumi anda yang lain.

Pesanan untuk diri sendiri yang malas

READ MORE

AIR MATA TAUBAT MEMADAMKAN API NERAKA

Wahai diri, usah terbuai dengan kesoronokan dan kebahagiaan duniawi yang sementara. Ingatlah gembira di fana' ini hanyalah sementara.  Jika hatimu keras,buas dan liar, bukalah Al-quran,baca dan tadabbur makna dan rasailah..

Namun jika masih keras juga,maka dirikanlah solat-solat sunat. Dan sekiranya masih lagi keras bagunlah  di dinihari,  berwudhuk, solat dan berdoalah pada Dia, pohonlah kepadaNya
Semoga dikurniakan hati yang baru...hati yg sentiasa basah mengingatiNya..

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia,
menangis kerana cinta manusia,
menangis kerana terluka dengan manusia,
menangis kerana membaca novel cinta,
menangis menonton filem cinta,
menangis kerana putus cinta,
Cinta! Cinta! Cinta duniawi.

Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung. Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya… dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah…” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu…




KISAH SEORANG LELAKI BERNIAT TIDAK BAIK PADA WANITA

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya: “Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu…”

Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”

Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”

Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”

Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”

Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”

Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.

Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”

Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

Rasulullah saw bersabda:“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”

Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:

“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”

Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.

Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” 

Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “… (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

READ MORE

SURAH YANG SANGAT "sweet"

SUBHANALLAH...membuatkan aku sedar indahnya alam ciptaan tuhan.....


TADABBUR RINGKAS

1.  Perkataan "demi" sebenarnya merujuk kepada sumpah Allah (qasam). ia menunjukkan kekuasaan Allah.

2.  Ayat 1-6 menunjukkan sifat ayat yang berpasangan (matahari dan bulan, siang dan malam, langit dan bumi). MasyaAllah... sangat cantik turutan ayat Allah ini. dan ayat-ayat ini sebenarnya mempunyai kaitan
dengan ayat 7

3. Ayat 7 iaitu mengenai jiwa manusia (nafs). iaitu ingin menunjukkan segala benda besar ciptaan Allah hanya boleh dikawal olehNya, dan tidak dapat dikawal oleh manusia. begitu juga dengan jiwa manusia.

4.  Seterusnya ayat 8-10 umpama soalan bocor dari Allah. di mana pada ayat 8, Allah sudah memberitahu Dia telah berikan 2 jalan iaitu jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan, manakala ayat 9 dan 10, Allah sudah berikan jawapan iaitu manusia akan beruntung jika memilih jalan taqwa dan akan rugi jika tidak memilih jalan tersebut.

Nah! jawapan free sudahpun diberikan oleh Allah, adakah kita masih lagi nak memilih jalan kejahatan?

5. manakala ayat 11-15 menunjukkan contoh golongan manusia yang memilih jalan kejahatan dan akhirnya mendapat balasan cash dari Allah. iaitu golongan kaum Thamud yang tidak mendengar kata Nabi Soleh lalu menyembelih juga unta betina yang diberikan Allah sebagai mukjizat.


" Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk dan pemandangan-pemandangan alam di samping bersumpah dengan jiwa manusia, penciptaannya yang sempurna dan ilham yang diterima olehnya.
Sumpah ini meletakkan nilai yang amat besar ke atas makhluk-makhluk ini dan mengajak manusia supaya merenungi dan meneliti apakah nilai-nilai dan erti-erti dari kejadian-kejadian itu hingga mewajarkan Allah Yang Maha Agung bersumpah dengannya.
Surah ini juga mengandungi kisah kaum Thamud dan perbuatan mereka yang mendustakan amaran rasul mereka Nabi Solah a.s, juga perbuatan mereka menyembelih unta mukjizat dan malapetaka yang menghapuskan mereka. Kisah kaum Thamud merupakan contoh dari kerugian yang menimpa manusia yang tidak membersihkan jiwanya, dan tidak memaksakannya menurut jalan taqwa, malah membiarkannya ditunggang kejahatan sebagaimana yang dijelaskan dalam ceraian pertama surah ini.

MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENCARI HIDAYAH

Manusia dikurniakan akal fikiran untuk membezakan perkara yang baik dan yang buruk sebagai tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. oleh itu, jelaslah bahawa orang yang menyucikan jiwa merekalah merupakan orang yang akan berjaya manakala orang yang membiarkan hati dan jiwa dipenuhi dengan kekotoran maksiat akan hidup dalam kerugian di dunia mahupun di akhirat kerana melalui sifat-sifat mahmudah itulah manusia akan mendapat penghormatan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.

Dalam Surah As Syams Allah berfirman,
" Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik (taqwa)" (Surah As Syams :8)

Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan kebaikannya maka akan diberi kefahaman Ilmu agama walau apa latarbelakangnya sekalipun.

Kita melihat bagaimana Pluto dan Xeno ahli falsafah Yunani yang diilhamkan pelbagai idea yang bernas dan baik untuk masyarakatnya. Tamadun ini juga menyediakan basis demokrasi yang dekat dengan sIstem keadilan Islam. Lantaran itulah ada yang berpendapat terdapat petunjuk atau Nabi yang diutuskan kepada bangsa Yunani ini.

Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. 

Jalan –jalan kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Disinilah perana manusia berdoa agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea untuk pembinaan yang muslih.

Perlunya manusia akan tali yang sejahtera.
Firman Allah
"Berpegang teguhlah dengan tali Allah secara beramai-ramai dan janganlah berpecah belah" (Surah Ali Imran : 103)

"DEMI MATAHARI"

p/s :

1.  Teringat lagu 'demi matahari' ini yang selalu dipasangkan, menjadi tema minggu orientasi adik-adik Form 1 Sekolah Maahad Ar-Rahmah, Solok Gaung, Melaka. Ketika itu, aku menjadi "fasilitator terjun" , kira volunteer last minute. Adik aku jadi ketua pelajar sekolah kebanggaan anak melaka yang dahagakan tarbiyyah Allah tersebut. Jadi kalau ada program atau ceramah memang senang nak sertai. 

2.  Pengetuanya pula Ketua Pemuda PAS Melaka. (baru turun pada muktamar bulan lepas). Seronok dengar lagu begini, memikirkan adik-adik yang bersekolah, lagi mudah mereka menghafal surah-surah beserta maksudnya. Moga semakin banyak lagu seperti ini dipasaran atau pun di persada dunia nasyid, yang lebih mendidik jiwa. Mungkin dari segi melodi atau muzik perlu dipertimbangkan, tidak perlu rentak hip-hop atau seangkatan dengannya. Yang penting lirik lagu menjadi taruhan redha AlAH.

Buat yang menghayati tahniah! Buat yang menitis air mata mengenangkan nikmat kebesaran Allah, syukur alhamdulillah..




READ MORE

ORANG TAK SABAR : PENDEK AKAL



AL MULK (KERAJAAN)
1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

Jika kita berfikir secara logik dan kritikal dengan melihat kesempurnaan ciptaan-ciptaan Allah di semesta alam, kita dapat merasai getaran Kehebatan kerajaanNya. Bagaimana sistem solar boleh berfungsi dengan penuh keteraturan.

Bukankah itu menunjukkan logik bahawa ada Satu Kekuasaan Yang Maha Agung?

Dan untuk menguji manusia, Dia hanya berikan dua nilai yang berbeza. Bukan tiga, empat, lima atau lebih. Hanya dua sahaja Allah suruh kita pilih. Sebab itu di dalam alam ini diciptakan berpasangan iaitu ada pasangan baik atau buruk, hidup atau mati, bijak atau bodoh, mulia atau keji dan sebagainya.

Terpulanglah kita hendak berfikir secara waras memilih nilai-nilai mana yang kita fikirkan logik untuk mendapat hidup yang bahagia. Jika kita anggap dengan menjadi seorang yang keji, hati kita akan tenang dan bahagia, teruskanlah bersikap begitu. Kelak setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan.

Hidupkanlah hati kita dengan membangunkan akal sehingga kita waras berfikir. Bukannya sekadar berfikir pendek. Orang yang tidak sabar sahaja suka berfikiran pendek.

Bila berfikiran pendek, hati manusia itu akan mati. Hati yang mati hanya suka guna mata zahir untuk menilai orang lain sebab mata hatinya tertutup untuk menilai dirinya sendiri.Berlakulah keadaan suka mencari keburukan dan mencela keburukan orang lain.

Adakah orang pendek akal adalah orang tak sabar?
atau orang tak sabar adalah orang pendek akal?




p/s :

1. Entri kali ini memaparkan slot tafsir pula. Pertama sekali menulis. Harap sahabat yang arif boleh menilai dan  menambah sebarang kekurangan. Teringat zaman sekolah agama, selalunya ustazah suruh hafal tafsir surah-surah tertentu dan baca semula depan dia. Ana memang suka menghafal tetapi ketika itu tidak pernah tadabbur dan memahami maksud ayat-ayat Al-quran

2. Terus terang, tidak pernah diajar pun. Sistem pendidikan Malaysia yang masih menggunakan sistem barat perlu diubah dan distrukturkan semula. Para guru dan ustazah perlu tukar sistem "exam-oriented" supaya ilmu yang diajar dihayati dan dipraktik dalam kehidupan.

3. Exam oriented culture memang tidak baik dan tidak sihat! Elemen persaingan dalam prestasi akademik pula mesti di'upgrade' untuk memastikan pelajar sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian akademik. Hanya pendapat peribadi ana.

~ Tiba-tiba dah masuk isu PPSMI : cadangan TPM supaya UPSR dan PMR dimansuhkan atas alasan sistem pembelajaran 'exam oriented'

READ MORE

THE MOST POPULAR POST