TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

ORANG TAK SABAR : PENDEK AKAL



AL MULK (KERAJAAN)
1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

Jika kita berfikir secara logik dan kritikal dengan melihat kesempurnaan ciptaan-ciptaan Allah di semesta alam, kita dapat merasai getaran Kehebatan kerajaanNya. Bagaimana sistem solar boleh berfungsi dengan penuh keteraturan.

Bukankah itu menunjukkan logik bahawa ada Satu Kekuasaan Yang Maha Agung?

Dan untuk menguji manusia, Dia hanya berikan dua nilai yang berbeza. Bukan tiga, empat, lima atau lebih. Hanya dua sahaja Allah suruh kita pilih. Sebab itu di dalam alam ini diciptakan berpasangan iaitu ada pasangan baik atau buruk, hidup atau mati, bijak atau bodoh, mulia atau keji dan sebagainya.

Terpulanglah kita hendak berfikir secara waras memilih nilai-nilai mana yang kita fikirkan logik untuk mendapat hidup yang bahagia. Jika kita anggap dengan menjadi seorang yang keji, hati kita akan tenang dan bahagia, teruskanlah bersikap begitu. Kelak setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan.

Hidupkanlah hati kita dengan membangunkan akal sehingga kita waras berfikir. Bukannya sekadar berfikir pendek. Orang yang tidak sabar sahaja suka berfikiran pendek.

Bila berfikiran pendek, hati manusia itu akan mati. Hati yang mati hanya suka guna mata zahir untuk menilai orang lain sebab mata hatinya tertutup untuk menilai dirinya sendiri.Berlakulah keadaan suka mencari keburukan dan mencela keburukan orang lain.

Adakah orang pendek akal adalah orang tak sabar?
atau orang tak sabar adalah orang pendek akal?




p/s :

1. Entri kali ini memaparkan slot tafsir pula. Pertama sekali menulis. Harap sahabat yang arif boleh menilai dan  menambah sebarang kekurangan. Teringat zaman sekolah agama, selalunya ustazah suruh hafal tafsir surah-surah tertentu dan baca semula depan dia. Ana memang suka menghafal tetapi ketika itu tidak pernah tadabbur dan memahami maksud ayat-ayat Al-quran

2. Terus terang, tidak pernah diajar pun. Sistem pendidikan Malaysia yang masih menggunakan sistem barat perlu diubah dan distrukturkan semula. Para guru dan ustazah perlu tukar sistem "exam-oriented" supaya ilmu yang diajar dihayati dan dipraktik dalam kehidupan.

3. Exam oriented culture memang tidak baik dan tidak sihat! Elemen persaingan dalam prestasi akademik pula mesti di'upgrade' untuk memastikan pelajar sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian akademik. Hanya pendapat peribadi ana.

~ Tiba-tiba dah masuk isu PPSMI : cadangan TPM supaya UPSR dan PMR dimansuhkan atas alasan sistem pembelajaran 'exam oriented'

1 comment:

  1. Saya suka artikel artikel disini...Ada yang saya baru jumpa dan ada yg sy telah baca. Namun begitu tahniah kerana berniat untuk berdakwah...Semuga kita sama sama berdakwah semampu yg mungkin....
    Saya mohon izin untuk share artikel yg disiarkan didalam blog ini...
    Saya dahulukan dengan ucapan terimakasih...Semuga kehidupan anda sekeluarga diberkati Allah SWT....Aamiin...

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST