selalulah menatap islam seperti mana kita kerap menatap skrin hp, supaya setiap perasaan berkecamuk dan masalah yang menimpa dapat diselesaikan dengan mudah melalui cara islam. |
Adakala manusia rasa lemah. Atau istilah zaman sekarang - DOWN.
Tiada siapa terlepas daripada perasaan ini. Ditambah pula, angin kesedihan akan wujud memeluk kita apabila kita berada dalam situasi ini, tambah melemahkan lagi diri kita yang telah sedia lemah ini.
Orang selalu mencari jalan untuk ‘tidak disentuh langsung oleh kelemahan’. Tetapi ana nyatakan di sini, itu adalah jalan yang mustahil dan di hujungnya hanya ada kekecewaan. Kerana, rasa lemah adalah fitrah bagi mereka yang menjalani kehidupan.
Sepatutnya, kita melihat realiti. Dan mencari ‘bagaimanakah apabila disentuh kelemahan, kita mampu mencapai kekuatan’.
Ingatlah, kita manusia. tidak pernah akan terlepas dengan rasa DOWN. itu sesuatu yang pasti.
Tapi, kadang-kadang bila rasa kita jatuh, lambat untuk kita bangkit kembali.
Kita rasa kita yang paling teruk.
Kenapa Allah uji kita dengan ujian yang bagi kita cukup berat, kita sering terlupa.
Astaghfirullah.
terima kasih Ya Allah. Kiranya Kau telah menyedarkan hambaMu untuk terus berhusnuzon kepadaMu.
Kita kena bangkit. bergerak atas keimanan.
Sedar, setiap yang berlaku, telah Allah janjikan hikmah. jangan pernah putus asa dengan ujian dariNya.
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."