menjiwai hikmah ciptaan Allah |
Jalan Menuju Tuhan
Jalan tidak selalu lurus
Jalan tidak selalu berbelok-belok
Tetapi, jalan adalah dinamika hidup
Mungkin, jalan itu harus berputar-putar
Sehingga membuatkan kita tidak mahu berjalan
Tidak mahu berlari
Mencapai suatu tujuan
Memang, jalan menuju Tuhan
tidak hanya satu, tetapi banyak
Biarlah kita masing-masing tetap berlari
walaupun dengan jalan masing-masing
menuju Tuhan
Jalan menuju Tuhan
tidak boleh keseorangan
harus berjalan bersama Dia
maka kita akan terasa
Perjalanan hidup itu seakan-akan roda yang berputar
Kadang kita berada di atas, kadang kita berada dibawah
Rasanya seperti perjalanan yang tiada henti
capek, lelah, khawatir semuanya menjadi
Jalan buntu kadang menghantui setiap perjalanan kita
Rasanya sudah tidak ada jalan lagi
Apakah kita harus menerobos atau mundur ke jalan awal
yang tidak kita tahu di mana kita memulainya
Memang, perjalanan tidak selamanya terasa mudah
Tetapi, ketika kita punya Allah yang luar biasa
Kita tidak usah takut, kerana kita akan sampai pada tujuan-Nya yang abadi
Berlarilah dan berjalanlah dalam kehidupan ini bersama Dia, sahabat kita
p/s :
1. Kata-kata dalam poster tu memang nampak JIWANG. tapi tak salah berjiwang dengan "kekasih hati". cuba pembaca hayati lagu nasyid ini"kuharap cinta" daripada kumpulan now-c-heart
Dulu, time nak dekat SPM ada sedikit konflik diri. Masih ingat lagi, aku beli dua bijik radio, dan bermacam-macam kaset nasyid. Mahal-mahal pulak tu, habis duit mak ayah bagi. Aku pasang kuat-kuat sambil study kat dalam bilik study asrama. Memang slumber, tapi kekawan tak marah pun. Layan je dengan lagu-lagu nasyid yang dipasang. Mungkin aku seorang pengawas yang garang dan pengerusi surau, jadi ramai yang tak berani tegur kot. (baru tersedar. huhu. maaf)
2. Lirik lagu ini kalau dihayati seolah-olah perasaan meluap-luap seorang hamba yang terlalu mengharap cinta Tuhannya. Mudah dihafal dan boleh menenangkan hati yang resah. Nak tidur pun boleh nyanyi-nyanyi lagu ni sambil mengingati Allah (bukan ingat benda lain!). Walaupun tak pernah dan tak boleh melihat Allah tapi kehadiranNya dapat dirasai. Dia sangat dekat dengan kita.
3. Cubalah tersenyum sambil memejam mata dengan menghirup udara segar di waktu pagi ketika membuka tirai tingkap bilik. (Jangan skodeng plak). Sambil-sambil tu ucaplah alhamdulillah, subhanallah, allahuakhbar, masyaallah sambil lidah basah memuji kebesaran Allah. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."