Perkara yang akan dikupas:
1. kenal pasti isu semasa yang membawa fitnah kepada Islam
2. muhasabah secara praktikal
3. usaha/sumbangan mahasiswa untuk membantu dakwah islam
Semalam, 23 Jun 2011, di surau Ar-razi HUKM, ana mendengar ceramah bertajuk "panduan beribadat di zaman fitnah. Ustaz Emran telah menggariskan beberapa point penting fitnah akhir zaman dari sudut syariat, keduniaan, wanita, kematiaan para ulama', tumpahan darah dan sebagainya.
Mungkin dari sudut mahasiswa ataupun remaja islam, ana ingin sekali menghuraikan tajuk secara membumi dan praktikal dengan mengaitkan realiti semasa. Kita sudah al-maklum tentang panduan beribadat dalam meningkatkan keimanan menangkis segala fitnah serta ujian secara umumnya.
Justeru, mahasiswa diseru agar berfikir luar kotak dan secara kritikal, mengeluarkan diri dari kepompong kesibukan duniawi yang mencengkam. Skop "view" perlu diluaskan, dengan melihat kepada dunia luar dan keadaan masyarakat pada hari ini.
Perhatikan, tafsirkan, kritiskan dan bertindaklah.
Apa yang sudah terjadi?
kepada masyarakat?
kepada anak muda sebaya?
kepada negara tercinta?
Isu-isu semasa yang berlegar :
1. 168 permohonan murtad diluluskan. walaupun jumlah sebenar 863 kes (sumber)
2. Program realiti TV Astro Oasis : "ustazah pilihan"
3. Karikatur Utusan Malaysia menghina hukum Islam (sumber)
4. Tugu 1 Malaysia berharga RM352K menyerupai berhala (sumber)
5. Akaun termahal dunia : Facebook Kementerian Pelancongan berharga RM1.8 Juta (sumber) dan (sumber)
6. Email 1 malaysia yang berharga RM50 juta (sumber)
7. 41 laman web kerajan digodam oleh Hackers - isu keselamatan negara (sumber)
8. Video dan gambar seks anwar disiar tayang di youtube, TV, akhbar dan radio (sumber)
9. Tarif air Melaka naik melampau : 5-25 sen (sumber)
10 . FELDA hutang RM 6 billion. (sumber)
11. Isu buang bayi yang tidak pernah selesai
12. 60 % gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun .(sumber)
ADA AKU KESAH???
Yup. Memang bukan urusan kita. Itu urusan negara, ahli politik, badan NGO, ulama', ustaz dan pihak penguatkuasa. Mak bapa kita pun hanya kena "ikat perut" untuk bayar bil-bil yang semakin mahal walaupun gaji tidak pernah dinaikkan. Kita, mahasiswa tidak pernah kena tempias. Tugas kita hanya belajar dan terus belajar. Sudah habis belajar, apabila turun di lapangan masyarakat baru "terkejut beruk" dengan iklim politik dan kebejatan kuasa menyeksa rakyat zahir dan batin.
MAHASISWA : WITH SOLUTION or PART OF PROBLEM?
Dari sudut penyumbang gejala sosial dan pembuangan bayi, mungkin mahasiswa boleh membantu meningkatkan peratusan zina, anak luar nikah dan kes buang bayi.
Mahasiswa terlalu sibuk dengan urusan dunia, mereka hanya mengisi kekosongan hati dan jiwa dengan buah hati mereka. Mereka lagi seronok dating di kafe atau di bandar. Surau dan masjid bagi mereka terlalu warak.
Mahasiswa terlalu sibuk untuk pergi program keagamaan/ kerohanian, apatah lagi program dakwah dan usrah. Tetapi mahasiswa ada masa untuk lepak, menonton movie, melihat bahan porno, bermain game, bercouple, dating, keluar bersuka ria bersama kawan dan buah hati. Mereka hanya ingin kebebasan dan "enjoy". Kata mereka "hidup hanya sekali, waktu mudalah kena enjoy dengan kekasih hati".
Mahasiswa terlalu sibuk untuk fikir soal masyarakat. Mereka menyampah dengar pasal politik. Tak kisah jika harga gula, beras, minyak dan barang-barang keperluan lain naik. Jika sebarang pengumuman projek bernilai jutaan ringgit yang tidak masuk akal mahasiswa masih redha dan terima bulat-bulat.
Jangan salah faham, mahasiswa suka berhibur sebab terlalu stress dengan kehidupan yang sibuk, belajar dan peperiksaan. Mereka masih muda, masih ada masa untuk bertaubat.
APA YANG AKU BOLEH BUAT?
1. Kesedaran. Umumnya, mahasiswa menyandang tiga fungsi strategi ini iaitu :
a) Sebagai penyampai kebenaran (agent of social control)
b) Sebagai agen perubahan (agent of change)
c) Sebagai generasi penerus masa depan (iron stock)
Mahasiswa diseru untuk mengenalpasti dahulu apakah bentuk-bentuk fitnah yang berlaku lewat dewasa ini. Apakah isu-isu semasa yang berlegar, yang mana boleh mendatangkan fitnah kepada ummat islam dan agama islam itu sendiri. Untuk itu mahasiswa perlukan kesedaran untuk peka dan ambil cakna terhadap masalah ummat. Nilailah antara KEWAJIPAN ataupun KEPERLUAN.
Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".
2. Turun ke medan masyarakat
Fungsi mahasiswa satu ketika dahulu sangat signifikan dalam pergerakan roda masyarakat. Dengan nilai ilmu yang dituntut di universiti, mahasiswa menjadi "jurubicara ummah". Masyarakat memandang tinggi dan memerlukan golongan intelektual untuk bercakap mewakili keperitan dan kesengsaraan mereka. Namun, generasi mahasiswa kini punya sikap mementingkan diri dan "aku tidak pedulisme" yang menebal. Mereka acapkali diperli oleh masyarakat dan disinonimkan dengan "mahasiswa mandul" dan sombong. Balik bercuti di kampung hanya duduk menyendiri di rumah, tidak pernah bercampur dan bergaul dengan masyarakat kampung.
Malah, lebih teruk dari itu, mahasiswa menjadi agen penyubur zina serta menjadi penyebab gejala keruntuhan akhlak, moral dan jenayah. Mahasiswa sudah tidak bertamadun dengan menambah angka peratusan kes anak luar nikah dan kes buang bayi di Malaysia.
Apalah ertinya, jika negara semakin maju tetapi akhlak remajanya semakin merundum?
Apalah ertinya jika kecerdikan remaja Islam itu tidak disertai dengan kecerdikannya dan kefahamannya dalam agama?
Apalah ertinya cemerlang akademik tetapi solatnya tidak cemerlang?
Apalah ertinya jika cemerlang akademik tetapi tidak disertai dengan kecemerlangannya membaca Al-Quran?
Tiada gunanya juga jika kecemerlangan akademik tidak disertai dengan kecemerlangan akhlak.
Jadi bagaimana hendak mewujudkan benteng pertahanan diri dalam diri mahasiswa itu sendiri. Jika mahasiswa yang cemerlang akademik ini mudah terjebak dalam kegawatan sosial, bagaimana keadaannya dengan remaja Islam lain, yang tidak mementingkan ilmu sebaliknya hanya mementingkan keseronokan semata-mata?
Senario ini sebenarnya telah mewujudkan suatu kondisi yang mencemaskan bagi umat Islam. Kesan tarbiyyah (didikan) ideologi barat yang diserap masuk sejak kemerdekaan melahirkan remaja acuan ala-ala barat. Jenamanya (luaran) bukan barat tapi isinya (dalaman) adalah barat. Begitu juga, islam hanyalah pada nama.
Mahasiwa, remaja dan anak muda perlu bangkit. Yahudi tidak pernah kalah. Malah mereka sentiasa menang. Kejayaan mereka bukan terletak bila mana agama islam itu kalah, lenyap dan lupus. Tetapi kejayan mereka apabila ummat islam terutamanya generasi muda hilang ketaatan dan penghayatan beragama dalam kehidupan sehariannya. Mereka jauh daripada Allah apatah lagi menyeru seruan jihad mempertahankan serta menegakkan Islam.
Mahasiswa seharusnya keluar dari jajahan keselesaan dan kesenangan berada di kampus. Turun ke medan rakyat, bersama masyarakat menghidupkan program-program keagamaan dan kebajikan. Menjadi contoh dan teladan anak muda, berdakwah dan menjiwai permasalahan mereka. Cakna isu semasa dan menjadi "agent check and balance" bagi pihak pemerintah.
Biarpun bersifat idealistik mahasiswa perlu belajar untuk berdikari, berfikir secara krtikal, analitik, konstruktif dan demokratis. Sentiasa membaca daripada sumber bahan alternatif. sebagai contoh blog, fb, twitter, dan akhbar online. Jika mahasiswa tidak suka akan politik lucah, kotor dan jijik, maka tugas serta tanggungjwab sosial mahasiswa adalah menegur dan memberikan cadangan yang lebih praktikal berpatutan dengan lunas-lunas Al-quran.
MUHASABAH : FITNAH PEROSAK AGAMA
Baginda Rasulullah saw pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud :
Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.
(Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah)
Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah saw menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.
Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu 'ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam. Golongan-golongan ini sedang berselindung di sebalik kuasa, nama dan agama. Mereka sedang mencatur masa depan islam yang gelap demik kepentingan-kepentingan tertentu.
p/s :
1. So, are you here with SOLUTION or are you here with part of PROBLEM?
2. Anak muda turun BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.
Fatwa Perhimpunan BERSIH 2.0 ini hukumnya HALAL. Sila ikuti penjelasan dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di bawah:
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."