TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

RESPON ISU : "NEGARA BERKEBAJIKAN"

mahasiswa cakna isu

1. Jawapan ana ringkas sahaja "PAS nak jadi kerajaan dah", sepertimana yang diperkatakan oleh TGNA dalam artikel “Jalan ke Putrajaya makin jelas” dalam Harakahdaily. Ditambah hasil analisa peningkatan statistik undian dan momentum perubahan sedari dari PRU 12 sehinggalah 4 PRK terakhir baru-baru ini.

"Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya,- TGNA

Hadis 26 berbuatlah baik dan berlaku adil :

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


2. Niat sebenar ana bertanya lebih kepada menyeru sahabat-sahabat, mahasiswa, anak-anak muda menghadam bersama, berfikir luar kotak dan kritikal (bukan provokasi) mengenai ucapan dasar Presiden PAS – negara berkebajikan. Satu isyarat jelas kepada anak muda sebagai kuasa penentu PRU 13.

3. Sejarah terhebat sudah tercipta pada Februari yang lepas, kejayaan Pro-M menawan 3 kampus utama di Lembah Klang dalam Pilihanraya Kampus, mungkin boleh mempengaruhi realiti politik di luar. Namun perkaitan itu tidak semestinya selari.

4. Sebagai bukti, misalnya, semasa PAS kalah teruk dalam PRU 1986, sehingga calonnya di Parlimen berbaki seorang sahaja, namun hampir semua kampus dibolot calon-calon yang mempunyai kecenderungan politik yang rapat dengan Parti Islam itu. Begitu juga ketika Pakatan Rakyat mencatatkan kejutan dan tsunami politik pada 2008, kumpulan Pro-Aspirasi menang selesa di kebanyakan universiti. Bagi bacaan politik pihak ana, dan sejarah telah membuktikan bahawa pendirian politik mahasiswa boleh dan mudah berubah apabila bergelar siswazah.

5. Justeru, jika anak muda terus teguh membawa gelombang kemenangan PRK ke PRU-13 dan membawa revolusi sebagai “pemimpin hari ini” (yang seharusnya segera terjun ke kancah) dan bukannya “pemimpin masa depan” (yang perlu menunggu giliran untuk berbakti), maka ianya adalah tidaklah mustahil Putrajaya bakal ditakhluk!

6. Bercakap mengenai sudut “Mahasiswa sebagai jurubicara ummah” : bagaimana kita bisa bercakap, menterjemahkan dan memasyarakatkan “negara berkebajikan” secara praktikal dalam kalangan masyarakat? Masyarakat (daie) kita bukan hanya golongan atas pagar, pro BN malah paling membimbangkan golongan yang mengalami syndrome “political allergy” atau “tidak pedulisme”.

7. Pun begitu, jangan sesekali kita lupa bahawa gerakan menghimpunkan rakyat jelata berdemonstrasi di Tunisia, Mesir, Algeria, Yaman, Libya, Bahrain dan lain-lain negara Arab, semuanya digerakkan oleh golongan muda melalui laman-laman sosial (blog, fb, twitter, dll). Orang awam pun tidak kenal siapa sebenarnya pemimpin kebangkitan rakyat, kerana semuanya digerakkan melalui alam maya. Itulah kejayaan anak muda!!

8. Kerja seterusnya yang paling relevan dengan anak muda ialah menarik golongan muda yang paling efisien dalam mempengaruhi golongan muda. Program-program kemasyarakatan meliputi golongan muda mesti ditingkatkan 5 kali ganda selari dengan slogan “orang muda geng kita”.

9. Jika 30 000 anak muda dapat menyambung semula misi Almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk memasyarakatkan PAS, melalui pelbagai program yang menyentuh hati nurani rakyat jelata, maka ledakan isu negatif yang dicanang oleh BN terhadap PAS dapat dipadamkan begitu sahaja. Kerana orang Melayu mudah lupa dan mudah termakan budi. Ingat, anak muda mampu meranapkan BN pada PRU 13!

Bangkitlah anak muda menggilap harapan rakyat!


DOUBLE KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS





p/s :

1. Berharap agar sama-sama lebih menjaga etika penulisan dan perbincangan baik dari segi konteks dan bahasa percakapan. Elakkan dari menyerang peribadi. Jangan melihat siapa yang bercakap tapi melihat apa yang dicakap. Ambillah yang baik dan tegurlah secara membina apa yang dilihat kurang elok.

Kita mahu mahasiswa cakna isu semasa. Berani berhujah secara ilmiah dan profesional tanpa melibatkan sebarang ketegangan emosi.

2. Masihkah ingat akan artikel pedas dan kontroversi ana bertajuk “MUSLIMAT KANGKUNG LAYU”? Ana menulisnya di blog lama (dah delete) selepas menganalisis ucapan dasar dan perbahasan perwakilan dari Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’. Sekali lagi, ana benar-benar mohon maaf, ana mengkritik pedas tetapi secara berhikmah iaitu menegur secara membina, bukan mengkritik kosong tetapi bersertakan jalan alternatif dan cadangan lebih praktikal.

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST