Dia Allah..seringkali membuatkan hamba menjadi "angau". Sendirian tersenyum bahagia. Mengelamun juah entah ke mana. Nikmat bahagia terasa tidak puas dan ingin berkekalan sebegitu. |
"Ya Allah! Romantiknya suami dia! Dah beranak 3 tapi still berjalan memimpin tangan isteri dia. Tapikan aritu aku nampak dyorang dating kat tepi pantai berdua-duaan. Jeles aku, Itulah MAKIN TUA MAKIN SAYANG" kecoh seorang jiran tetangga
"Mak ai...boyfirend dia suapkan nasi, bergaul mesra nampak. wah..wah..macam dah kahwin plak. Tengok tu, ada sejambak bunga ros dengan coklat berjenama mahal! Siap dengan I LOVE YOU HONEY, BE WITH ME. So sweeeeettt," usik seorang kawan.
ROMANTIK MEMANG TERUJA
Apabila hari kekasih ataupun besday si dia makin tiba, bermain persoalan di minda, hadiah buat si dia? Dimana hendak bertemu dengannya? Suasana romantik yang menghangatkan cinta? Nak pakai baju apa?Haruman?
Si gadis rasa terharu, makin bertambah kasih kepada si jejaka. Baju couple, gelang ikatan, tali handset, cincin sepasang, menunjukkan diri mereka sehati sejiwa.
"Tiada wanita sehebatmu di dunia, mampu menggetarkan jiwa tatkala terpandang wajah, kekal cinta berkasih di hari membahagiakan. Dirimulah lelaki idaman wanita, setiap detik bersama memancarkan sinar bahagia, terima kasih wahai cinta. Sungguh..aku mendambakan cintamu. Ikhlas dari hatiku."
Sweetnya, namun romantik itu hanya sia-sia, tanpa tujuan yang nyata. Hanya mengisi hati yang kosong dan sepi. TIdak pernah puas menagih kasih dan rindu. Cinta oh cinta!
Sifat romantik sememangnya menjadi kegilaan dan mengkhayalkan sesiapa. Membuatkan hati seseorang cair dan mudah terpikat. Kadang-kadang senyuman atau jelingan matanya sudah cukup menjadi igauan mimpi. Bak kata orang-orang tua tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah tapi paling menakutkan sembahyang tak khusyuk!
Panahan mata si dia adalah panahan dari syaitan yang terus menerus menggoda anak Nabi Adam untuk turut sama berpimpinan tangan, menemani dia di Neraka jahannam (naudzubillah).
ANUGERAH KEHIDUPAN
Tataplah hidup ini dengan penuh cinta dan harapan...
Hidup adalah anugerah Allah kepada makhlukNya. Justeru, terimalah hadiah dari yang Maha Esa, ambillah dengan senang dan bangga. Hadiah Allah ini lebih bernilai daripada hadiah si dia, membuktikan betapa romantiknya, hangatnya cinta Allah sepanjang masa.
Allah tidak memberi hadiahnya pada masa tertentu, malah sepanjang masa.
Cinta Allah tidak pernah berhenti, mengajuk, sakit hati atau sekejap cuma.
Dia sentiasa dekat dengan hambaNya walaupun hambaNya tidak mahu menyembah dan mengesakan Allah
Hamba sedemikian tetap merasai kehadiran Allah dengan nikmat yang berada di sekeliling. Kerana sifat Allah ar-Rahman ar-Rahim. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sifat Maha Pemurah Allah, maknanya Dia memberi rezeki dan nyawa kepada semua hambaNya sama ada yang beriman atau tidak, Melayu atau Cina, jahat atau baik, gila atau tidak. Manakala Sifat Maha Pengasih Allah hanyalah dikhususkan untuk hamba yang beriman.
Lihatlah betapa baiknya Allah. Betapa romantiknya Allah!
MENIKMATI KEHANGATAN ROMANTIKNYA ALLAH
Sambutlah waktu pagi yang cerah dengan senyum yang indah. Sambutlah malam yang tenang dan sunyi. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Minumlah air yang jernih sambil memuji dan bersyukur. Hisaplah harum bunga dengan bertasbih. Dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pengajaran yang berharga darinya.
Nikmatilah anugerah apa sahaja yang ada di bumi, di kelopak mawar, di panasnya matahari dan lain-lain. Jadikan anugerah itu sebagai penyokong untuk taat, bersyukur dan memuji Allah.
Namun, di sebalik itu Allah berpesan berhati-hatilah, janganlah sampai kita diliputi oleh kedukaan, kebingungan dan keadaan yang tidak menentu kerana nikmat-nikmat ini, sehingga kita menjadi orang yang keras kepala dan bongkak.
Ketahuilah bahawa Allah tidak menciptakan nikmat-nikmat ini kecuali dijadikan sebagai cara untuk menyembahNya, merasai kehadiranNya, bercinta denganNya.
SEMOGA ADA SINAR KEBAHAGIAAN
"Ya Allah..
kurniakanlah kebaikan bagiku dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagiku.
Kurniakanlah kebaikan bagiku di dunia yang merupakan tempat aku menjalani hidup. Kurniakanlah kebaikan akhirat bagiku yang merupakan tempat aku kembali.
Jadikan kehidupanku senantiasa lebih baik. Jadikan kematian sebagai kebebasan aku dari segala keburukan..
Ya Allah..
Jadikan umur terbaikku di penghujungnya,
Jadikan amal terbaikku di penutupnya
dan jadikan hari-hari terbaik ku saat bertemu dengan Mu..
Ameen.."
Subnallah.. Teruskanlah usaha anda untuk mengubati hati hati Muslim yang belum lagi memilih Allah sebagai kekasih. Walaupun.. Ada ayat alQuran yngg mengingatkanhalini secara khusus:)
ReplyDelete