TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

HIMPUNAN BERSIH TIDAK HARAM!!







HIMPUNAN BERSIH 2.0 TIDAK SALAH DARI SEGI TUJUAN, KATA DR ASRI - minsider

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.
Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.
“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.
“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.
“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.
Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.

Menurut Asri , beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.
Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.
“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.
“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.
Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.
“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.
Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.
“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.
“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.
Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.
“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.
“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.




LAWAK JENAKA

1.  BERSIH HARAM, PATRIOT HALAL - Sampai bila pun perhimpunan tak jadi halal tanpa wakil BN
2.  SIAPA YANG HARAM? : Tujuan BERSIH untuk perjuangkan sistem demokrasi yang BERSIH. PATRIOT pula hanya semata-mata nak menentang BERSIH. agak-agak siapa yang akan timbulkan provokasi dan rusuhan?
3.  Kementerian Pengajian tak bagi mahasiswa turun BERSIH atas nama keamanan tapi bagi turun PATRIOT pula.



Pemuda UMNO lancar Perhimpunan PATRIOT 2011

KEMASKINI Perhimpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.
Pengerusi bersama perhimpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.
"Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi 'majority senyap of rakyat Malaysia'," katanya dalam sidang media di ibu kota.
Bernama melaporkan, beliau meminta agar penganjur perhimpunan haram itu supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.
"Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima," katanya.
Sementara itu, ketua penyelaras himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur perhimpunan haram itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.-26/6/2011



Amaran kepada mahasiswa jangan sertai perhimpunan haram

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada mahasiswa supaya tidak menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa seharusnya mempertimbangkan semula cadangan sekiranya ingin menyertai perhimpunan berkenaan kerana usaha itu tidak akan mendatangkan apa-apa hasil melainkan menimbulkan huru-hara.
"Ia sekali gus akan merugikan bukan sahaja mahasiswa malah negara kerana ia telah menjejaskan kehidupan dan menjejaskan rezeki orang lain," katanya selepas merasmikan Bangunan Kompleks Kejuruteraan dan Teknologi Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Mengulas mengenai laporan bahawa mahasiswa Malaysia di luar negara akan turut mengadakan demonstrasi pada 9 Julai ini, Mohamed Khaled menegaskan kementerian tidak memberi jaminan keselamatan golongan itu kerana mereka boleh ditangkap mengikut undang-undang negara lain.
"Jangan ingat mereka boleh lakukan apa sahaja secara sesuka hati di negara orang kerana sudah tentu pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.



TERLALU TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG BERSIH

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaannya bahawa Bersih 2.0 adalah haram.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali kerana Bersih 2.0 dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berdaftar secara sah.
"Saya cabar menteri membuat penjelasan mengenai kedudukan Bersih itu sendiri. Tolong nyatakan apa kesalahan Bersih (2.0) sehingga mengatakan ia pertubuhan haram sedangkan pertubuhan-pertubuhan yang menyertai Bersih ialah parti (politik) dan NGO yang berdaftar dengan pertubuhan dan tak ada kumpulan yang tak berdaftar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz turut menyanggah dakwaan Hishammuddin bahawa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai ini adalah haram sedangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengiktiraf perhimpunan aman sebagai tindakan yang sah di sisi undang-undang.
Tambahnya, Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan melakukan perhimpunan malah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekacauan tidak pula diambil tindakan.
"Pemuda Umno, Perkasa dan pertubuhan silat lincah, mereka pertubuhan berdaftar tapi akan berhimpun dan sudah buat kenyataan yang boleh mencetuskan peperangan.
"Kenapa mereka boleh memakai baju yang melambangkan pertubuhan mereka contohnya pemuda Umno pakai baju Patriot warna merah . Kenapa baju kuning Bersih tak boleh?" katanya yang juga naib presiden PAS.
Beliau turut meminta kerajaan berfikiran positif dengan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman seperti yang dirancang pihak penganjur.
"Saya minta kerajaan berfikiran positif, membenarkan himpunan ini. kalau dia membenarkan himpunan ini boleh meredakan kemarahan rakyat tapi sekarang kerana kepentinagn politik Umno BN menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.
"Najib kata sekarang kebangkitan rakyat menyokong BN. Kalau dah rakyat sokong kenapa takut dnegan Bersih? Mesti Bersih tak dapat sokongan jadi tak perlulah halang," katanya.
Kutuk tekanan terhadap Bersih 2.0
Sementara itu, Tian Chua (PKR-Batu) mengutuk tindakan terdesak kerajaan yang mengenakan tekanan ke atas pihak yang menyokong Bersih 2.0.
Beliau merujuk tindakan terbaru polis menyerbu dan menggeledah pejabat Sekretariat Bersih 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini.
Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.
"Pakatan Rakyat mengutuk keras tindakan ini. Kenapa bertindak keras terhadap NGO yang menjalankan tugas mereka sebagai warga Malaysia dalam lunas undang-undang?" katanya yang juga naib presiden PKR.
Dalam pada itu, beliau merayu pemuda Umno dan Perkasa memberikan komitmen untuk memastikan perhimpunan 9 Julai ini bebas daripada sebarang pertembungan.
"Saya mengulangi rayuan saya supaya Pemuda Umno dan Perkasa bersama-sama memberi komitmen untuk menunjukkan perhimpunan ini aman, katanya.
Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) pula mahu Kerajaan Pusat mengambil contoh kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang sentiasa konsisten membenarkan sebarang perhimpunan diadakan oleh Umno BN yang merupakan pembangkang di negeri itu.
"Di Kelantan banyak perarakan dilakukan kononnya tak puas hati isu air dan sebagainya. Tapi menteri besar terima dan hantar wakil untuk terima memorandum.Kita konsisiten membenarkan sebarang perarakan," katanya.






p/s :

MAKLUMAN
Saya dah compilekan segala isu, kupasan, bahan bukti serta bahan edaran mengenai BERSIH di album FB saya. Terlalu banyak menyebabkan tidak sesuai dimuat turun di dalam blog yang kecil ini.
 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1821228413907.90847.1336091729&notif_t=photo_album_comment

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST