TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BILA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA


APABILA rakyat mencintai rajanya, itu adalah perkara yang lazim dilakukan. Namun begitu, suatu perkara yang pelik dan sungguh menyentuh hati apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.

Begitulah cinta Allah kepada hamba-Nya. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya. Firman Allah bermaksud :

“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.

Dalam riwayat Imam Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah ra, dari Nabi SAW :

“Apabila Allah Ta’ala mencintai hamba, maka Jibril mengumandangkan, “Sesungguhnya Allah sedang mencintai si fulan, maka cintailah dia. Lalu penghuni langitpun mencintainya, baru kemudian diterima oleh penghuni bumi.”

Dalam satu riwayat Muslim dusebutkan:

“Apabila Allah Ta’ala mencintai hamba, maka Allah memanggil Jibril dan berfirman ; “Sesungguhnya Aku mencintai si fulan maka cintailah dia”. Kemudian Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumandangkan, "Sesungguhnya Allah sedang mencintainya, baru kemudian diterima oleh penghuni bumi.”


Apakah kita memerlukan tanda-tanda tertentu terlebih dahulu untuk menentukan kecintaan Allah SWT kepada kita?

Tidak cukupkah dengan makanan,udara dan tempat tinggal di bumi untuk membuktikan kecintaan Allah SWT kepada hambaNya?

Sedangkan, ini pun hanya merupakan sebahagian kecil nikmat Allah yang dapat kita kecapi tanpa mengira tahap ketaatan kita kepada Allah SWT. Tanpa sebarang nikmat ,sudah pasti kita tiada di muka bumi.
Tetapi sebagai seorang Muslim yang memang mengharap kecintaan Allah SWT Yang Maha Agung, seorang hamba yang sepatutnya mentaati pencipta-Nya tanpa diskriminasi ,yang hanya bergantung harap kepada-Nya setiap waktu, perlukah kita membalas segala pemberian dan kecintaan Allah ini?


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-ku." (adz-Dzariyat:56)"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya," (al-Baqarah :195)"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat,dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri." (al-Baqarah 222)

Yang berat menjadi ringan .Yang pahit pun terasa manis,Yang sulit menjadi mudah.
Jikalau sudah membara cinta di hati, dan akan berbuah rindu. Rindu yang menggelorakan semangat dan pengorbanan, dan siapakah yang paling layak untuk mendapatkan semua perbuatan dan pengorbanan kita?

Dialah Allah,Allah yang menciptakan , Allah yang tiada pernah terputus memberikan nikmat walaupun kita masih berkhianat.

Sesuai dengan panduan yang telah diberikan dalam al-Quran, manusia perlu membalas cinta Allah dengan melaksanakan segala tuntutan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.


p/s :

1.  Setiap Muslim sangat menginginkan agar doanya dikabulkan, amalannya diterima, permintaannya diberi serta mendapatkan perlindungan dari-Nya. Perkara ini adalah tuntutan yang amat berharga dan anugerah yang agung yang tidak akan dapat dicapai kecuali oleh orang yang menempuh jalan menuju wilâyatullâh, iaitu melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan-Nya plus ibadah-ibadah sunnah seoptima mungkin diiringi dengan niat yang tulus (an-Niyyah al-Khâlishah), mengikuti Nabi serta berjalan diatas manhajnya (al-Mutâba’ah).

2.  Apakah tanda-tanda Allah mencitai hambaNya? Akan dijawab pada entri berikutnya. Selamat beramal!

3. Cuba tanya diri, adakah kita solat kerana takutkan Allah, sayangkan Allah, rindukan Allah, mencintai Allah, atau hanya sebagai kewajipan seorang hamba? Bersama kita renungkan semula.

1 comment:

  1. assalamualaikum w.b.t...
    entry2 yy ckup mentarbiah diri...
    m0ga thabat dalam tinta dakwah...
    m0ga redha ALLAH sentiasa dganmu...
    teruskan berkarya kerana ALLAH...~

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST