TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BERSEMANGATLAH DIRI!



Memori berusrah bersama kakak-kakak dan abang-abang seperjuangan masih segar lagi di benak pemikiran. Buat pertama kalinya juga terasa dibuai nyanyian lagu syurga apabila naqib kami menyanyikan lagu "sunnah orang berjuang" secara live demi menyuntik semangat berjuang dalam diri kami. Itulah sentuhan nasyid yang menggegar jiwa dalam era "ketulusan nasyid ukhrawi". Menghayati setiap bait kata-kata yang tersirat amat meruntun hati yang hina.




SUNNAH ORANG BERJUANG 
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga




JIHAD TIDAK PERNAH TIDUR. 

Jihad tidak pernah tertidur. Perjuangan tidak pernah mati. Berani mencuba dan tidak takut gagal adalah sebuah kemenangan serta belajar dari kegagalan adalah suatu kebijaksanaan. Jangan menghakimi tetapi memberi khabar dan berita gembira. Jangan mudah mengangkat muka, tapi serulah dan bawalah kepada kebenaran.

Sekumpulan ex-aktivis pendakwah kampus mengadakan "reunion" setelah sekian lama tidak berjumpa. Mereka menceritakan kehidupan dan tekanan kerja dan keluarga yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, seorang sahabat segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal.

Sahabat itu menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah mengambil kopi masing-masing, sahabat itu berkata : “ Jika antum semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana antum semua mahukan yang terbaik dalam diri antum, tetapi itulah punca kepada semua masalah malah mendekati ‘kefuturan’ yang tidak kita cita-citakan.

Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi antum sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi antum memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain.

Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, wang dan masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut.

Bagaimana penulis ingin mengaitkan dalam apa situasi sekalipun kita memerlukan Allah dan para sahabat sebagai seseorang untuk mendengar dan memberi tarbiyyah di kala diri lemah.

Bagaimana sahabat-sahabat itu tadi saling memerlukan antara mereka. Sebagai penasihat dan pembimbing tika diri sedang hanyut dibawa arus modenisasi dan alam fatamorgana. Oleh itu, janganlah mengabaikan atau memutuskan ukhwah yang terjalin kerana kesibukan duniawi. Hargailah ukhwah kesatuan (berjemaah) yang pernah berikrar untuk sama-sama dahagakan tarbiyyah dari Allah. Serta tidak lupa juga, membumikan konsep baitul muslim dengan memilih pasangan soleh solehah, punya fikrah Islami sebagai kredit keluarga sakinah lantaran melahirkan "rantai-rantai" penyambung perjuangan Rasulullah SAW.

Dahulu, setiap pagi dan petang kita tidak pernah jemu malah bibir seringkali basah dengan doa rabithah agar hati kita sering bertaut dengan khayalan keseronokan berjuang dan berdakwah. Air mata kita seringkali tumpah dengan kehangatan ikatan yang terjalin kerana Allah. Tetapi sekarang?

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya


Apa akan jadi jika tidak berterusan dalam proses tarbiyyah?

Pastinya jiwa kita kosong. Mati. Jiwa yang kosong itu adalah sebenarnya jiwa yang mati. Tiada rasa lagi untuk menjadi hamba Allah yang haya', berbuat segala macam yang Allah larang. Jiwa daie perlu sentiasa didisplinkan dengan istiqomah dalam memohon agar Allah mengurniakan qalbun salim iaitu hati yang sihat. Ya, proses tarbiyyah itu perlu berterusan.




MUHASABAH 

Pengorbanan untuk terus ditarbiyyah adalah harga yang harus dibayar dalam sebuah perjuangan, tidak terkecuali baik itu untuk kepentingan dunia mahu pun akhirat.

Sahabatku yang dimuliakan Allah, kita sudah mafhum kalau hidup dunia ini adalah ujian semata, hidup di dunia adalah perjuangan untuk dapat menggapai redhaNya hingga kelak kita akan dikembalikan dengan terlebih dahulu dihisab atas segala amal dan ibadah kita.

Dan kelak hanya ada dua tempat kembali saja, surgakah atau neraka. Dan sudah dapat dipastikan tidak ada seorang pun dari kita yang mahu mampir ke neraka (Na’udzubillah min dzali) kerana neraka adalah tempat yang sangat mengerikan dengan segala bentuk azab yang tidak pernah habis-habis.

Kita pasti akan memilih syurga bukan untuk tempat kembali kita kelak. Untuk mencapai syurga itu ada harga yang harus dibayar, ada usaha yang harus dilakukan dan ada pengorbanan yang harus dicurahkan.
"syurga adalah tempat mulia yang tidak setiap orang bisa meraihnya…"



p/s :

1. .Sedikit coretan nota kaki sebagai pemerhati tegar. Harap sahabat semua berlapang dada, tidak semestinya bercakap hal politik, orang itu adalah fanatik politik. Ingat, islam itu syumul. Dan kebebasan bersuara adalah satu hal yang islam anjurkan demi menjaja kesuburan intelektual selagi bertepatan dengan norma-norma islamika.

2.  Masihkah antum ingat amanat bekas Presiden PAS, iaitu al-marhum Ust Fadzil Nor di penghujung usianya, yang mana cukup mengharukan. Arwah selalu berpesan tentang beberapa perkara yang hampir menjadi kenyataan kini.Sungguh tajam daya fikir arwah waktu menerajui Pas.

3. Pertamanya arwah mendoakan agar Allah panjangkan umur Dr Mahathir.Tujuannya supaya Dr Mahathir sempat melihat kemusnahan politik di Malaysia hasil kesilapan beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Kini Dr Mahathir cukup menderita melihat legasi yang ditinggalkan. Lihat sahaja di dada-dada akhbar dan media elektronik, terlalu busuk dengan najis fitnah dan politik lucah. Menjengkelkan lagi menjelikkan.

4. Ucapan Dasar Presiden dengan tema FIKRAH MADHIAH sangat dalam maksudnya. Apa yang dibimbangi oleh arwah Ust fadzil kini hampir menjadi kenyataan. Lontaran idea juga amaran arwah terhadap mentaliti KEBENDAAN atau MATERIALISTIK agar jamaah lebih berwaspada jika ditakdirkan membentuk Kerajaan.

5.  Lupakah pada satu muktamar di PUTIK era arwah Ust Fadhil menjadi Presiden? Dengan tema WEHDATUL FIKR kita mendengar perbahasan yang penuh simbolik. Hakikatnya kita semua hampir lupa INTIPATI yang telah disetujui bersama.

6.  Perginya mengadap Rabbuljalil arwah Ust Fadhil sebelum melihat Pas mencipta tsunami PRU12. Sudah tersurat bukan rezeki arwah untuk melihat Pas menjadi tonggak siasah di Malaysia. Biarpun begitu arwah telah memPUSAKAkan Pas dengan landasan terbaik untuk meneruskan perjuangan.

7. Kekosongan selepas ketiadaan arwah Ust Fadhil masih belum terisi hingga kini. Jiwa,semangat kental dan bijak membuat keputusan politik adalah aset arwah yang sukar dicari ganti.

8.  Pas menerima kepimpinan Ust Hadi Awang sebagai Presiden dengan penuh tawadhu yang tinggi'. Garapan seni politik beliau juga cukup tajam berbisa. Sayangnya zaman beliau terlalu banyak cabaran dan dugaan menggugat perpaduan ahli-ahli parti.

9.  Tiba masanya generasi baru bermuhasabah atas mehnah dan tribulasi yang berlaku kini. Hidupkan kembali roh USRAH yang semakin dilupakan. Konsep TARBIYYAH juga mesti selari dengan tuntutan siasah abad ke 21.

10. Maksimumkan gerak kerja penerangan seperti CERAMAH untuk penjelasan isu-isu semasa yang semakin hilang identiti keagamaannya. Bangkitkan kembali semangat rakyat yang hampir luput dari kamus perjuangan. Rasailah denyut nadi rakyat marhaen yang menjadi ‘HARD CORE’ selama ini.

Kerana perjuangan rakyat sanggup berkorban harta benda. Rela terlepas nasi berlauk tengahari kerana meng-infaq-kan duit kepada perjuangan yang miskin dan papa! Sungguh...Rakyat marhaen menjiwai perjuangan sepenuh hati.

11.  Ada satu kata semangat yang ingin dikongsi bersama :

Insan yang hidup jiwanya. Tidak rela diperkotak-katikkan dengan agenda barat. Berlari tatkala datang usrah, berjalan longlai ketika majlis ditutup dengan istighfar munajat buat yang Empunya. Rindunya jiwa mereka untuk disirami dan dibajai spirit tarbiyyah.
Hey! Usrah sebenar bermula dengan tasbih Kifarah!

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST