Tetap semangat walau tertekan! |
Masihkah ada yang setia mendengar?
Masihkah ada insan yang merasa?
Di saat ini, aku akui aku tertekan dengan pelbagai perkara yang sememangnya sangat mengganggu aturan seharian. Aku cuba untuk tidak mengeluh kerana aku tahu semua ini Allah turunkan kerana aku layak dan mampu untuk menanggung.
Tetapi kadang kala aku letih untuk terus menahan perasaan tanpa membuka mulut bercerita. Terasa membengkak dan kesakitan dek nanah yang semakin membusuk. Hanya tunggu masa untuk meletup tetapi apakan daya aku?
Ingin diceritakan kepada teman, tiadalah yang sudi mendengar. Tiada siapa yang boleh membantu. Lagipun, aku masih ada Allah, Tuhan yang Maha Mendengar. Aku tahu, akan ada pahala buat aku selagi mana mulut tidak mengeluh dengan ujian yang diberikan.
Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon pada-Mu dengan setiap nama baik-Mu, jadikanlah Al-quran sebagai penenang hatiku, cahaya bagi dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.
Allah benar akan janjinya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Yang membebankan tidak bermakna kesusahan.
Kalau diukur banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah berikan sungguh jauh berbeza. “Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya.” (QS Ibrahim 14: 34).
Pandang di sekitar, apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang.
Allah tarik balik sedikit sahaja daripada kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Itu tidak mustahil.
Kerana Allah bersama orang yang sabar. Kerana hanya Iman yang akan meredhakan setiap yang berlaku. Walau apa pun yang terjadi, pastikan Allah yang disebut, daripada Dia ujian ini datang, daripada Dia juga jalan penyelesaian akan datang.
Ketika aku lelah dan tidak berdaya seperti usaha yang sia, Allah tahu betapa keras aku sudah berusaha.
Ketika aku fikir bahawa sudah berusaha dan tidak tahu hendak buat apa lagi. Allah ada jawapannya.
Ketika aku menangis sekian lama dan hati masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung air mata aku.
Ketika aku merasa sendirian dan sahabatku terlalu sibuk. Allah sentiasa berada di sampingku.
Ulama' sufi pernah menyebut, "Makhluk yang meminta pertolongan kepada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta bantuan daripada banduan yang juga terpenjara."
Harus ada sabar untuk ketemu kemanisan ujian. Harus bersangka baik untuk meraih redha Allah.
Aku perlu tabah dan kuat untuk hadapi semua ini. Semangat walau tertekan!
Tidaklah seseorang yang ditimpa masalah dan kesedihan lalu mengingati Allah sehingga menghilangkan duka laranya dan Allah gantikan tempatnya kegembiraan. Yakinlah! "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
bersabarlah.ujian tanda kehidupan.
ReplyDeletenti seorang doktor dalam specialist ape?
bagaimana boleh ada masa untuk tulis blog dalam keadaan yang sibuk dengan urusan kedoktoran?
timbul persoalan sebab saya pun berminat untuk menceburi medik lepas ini.
nuruddin : hehe...artikel ni ditulis special utk somebody :)
ReplyDeleteana stdnt lagi..boleh je kite menulis kalau? ...kalau "kita mahu" :)
baguslah...insyaAllah..matrix ke skang dik?
darul quran
ReplyDeletebagus2...sangat2 kekurangan, salah, bukan kurang, takde langsung adik2 darulquran setakat ni di UKM. Harap adik dan sahabat2 mai ngaji sini.
ReplyDeleteBila lagi nak bina bi'ah solehah di kalangan dr2 UKM dgn kehadiran para huffaz. insyaAllah :)
assalamualaikum..izinkan saya share artikel ini...terima kasih..
ReplyDeleteTechnology and Gadgets: Tech-focused blogs and articles offer insights into the latest innovations, trends, and product reviews. They help readers stay updated on technological advancements and make informed decisions when purchasing gadgets.
ReplyDelete