Membiaknya spesies mahasiswa yang alergi dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran. Dalam sopan mereka oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman, tetapi tidak mahu berusaha dan menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu memperbaiki apa-apa untuk kebaikan bersama.
Lantang mengkritik polisi-polisi yang membebankan tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain!
STIGMA KEHIDUPAN MAHASISWA 3K (KULIAH, KOLEJ, KAFETERIA)
Kalaulah bumi boleh menangis, sudah lama ia akan mengatakan bahawa ia sedang menangis menyaksikan bagaimana kehidupan manusia yang menumpang di atas bumi Tuhan ini sudah huru hara dan menyimpang jauh daripada landasan islam.
Mereka tidak lagi cakna apa yang berlaku kepada umat. Tidak giur ambil tahu situasi semasa.
Cita-cita anak muda menjadi mahasiswa yang terpimpin, bukan mahasiswa yang terkongkong.dek stigma 3K (kampus, kafe dan kolej). Anak muda sebagai generasi yang akan memimpin masa hadapan perlu melihat lebih jauh terkehadapan dengan keadaan sekeliling, jangan hanya tunggu dan terus menerima, kita mesti memberi untuk perjuangan agama.
"Dengan jiwa mahasiswa, kita menggapai alam dewasa. Jiwa mahasiswa adalah semangat terus belajar dan mencabar seiring dengan kematangan dan kecerdikan seseorang dewasa. Jalan ini cuba untuk menyuluh umat dengan revolusi."
Kita mempunyai pemuda yang berjiwa muda, sama umur seperti kita. Pemuda itulah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW daripada dibunuh oleh kafir Quraisy. Pemuda itulah yang memimpin bala tentera ketika Nabi kegeringan. Pemuda itulah yang membuka Kota Constantinople. Adakah anak muda sekadar mahu menjadi pelajar sahaja atau menjadi pemuda kebanggaan islam?
Mengambil roh daripada kata-kata Sayid Abu Al-A’la Al Maududi ketika memberi ucapan buat graduan-graduan yang sudah tamat universiti.
"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung jiazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu saat ini.
Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya. Alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
Benarlah satu ungkapan “Havard produce genius but not soul”. Graduan hidup di dalam jasad, tapi mati hatinya. Tidak ubah seperti robot yang diprogramkan. Tidak ubah seperti mayat yang hidup tanpa jiwa.
REVOLUSI : SATU TUNTUTAN
Kemenangan sebenar adalah kemenangan mempertahankan yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah dalam apa juga keadaan dan situasi, walaupun dalam nilaian manusianya kita kalah.
Revolusi selalunya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa, harta benda, keringat malah jiwa sekali pun. Segala rentak revolusi mahupun perubahan ini berlaku apabila rakyat sudah mula tidak tahan dengan pemerintah mereka yang bersikap zalim, diktator, menghalang kebebasan bersuara, rasuah, penyelewengan tidak adil, memanipulasi pilhanraya dan sebagainya.
Evaluasi realiti umat mungkinkah “dibenarkan dengan amal” masih tidak power aksinya dari umat Islam? Mari kita jujur merenung sebentar keadaan umat! Apa yang dapat dirumuskan? Situasi umat di Timur Tengah, di Palestin, di Sudan, di Indonesia, di Bosnia, di Iraq, di Selatan Thai dan di bumi tercinta Malaysia.
Dapatkah cluenya?
Menjauhi Islam dan Al-Quran dalam dipatuhi perintahnya dan siapa pula yang harus ditentang perintahnya, dengan siapa mereka harus memelihara hubungan dan dengan siapa tidak, siapa teman mereka dan siapa musuh mereka, di mana letak kehormatan, kesejahteraan dan keberuntungan mereka, dan di mana letak kehinaan, kegagalan dan kerugian mereka?
Rasulullah SAW dan para sahabat telah mencontohkan kepada kita. Sultan Al Fateh, Tariq Bin Ziad dan Salehuddin Al Ayubi pernah menemuinya, maka kini tiba giliran kita, para pemuda generasi baru. Mulakan dengan keaslian aqidah kita yang tetap, benar, diyakini dan dibuktikan dengan “total action”.
Ya, iman yang bukan mandul, tetapi iman dan aqidah yang melahirkan “total action”, berprestasi untuk Islam! Revolusi yang melahirkan natijah, bukan sekadar ilusi!
Anak muda pencetus revolusi. Akhirnya dunia ini anak muda yang punya!
Thanks, great post.
ReplyDeleteAku anak muda, tapi aku tak rasa dunia ini kita yang punya. Kekuatan anak muda perlu dipimpin oleh kebijaksanaan org tua. Kita tak boley bergerak sama kita sahaja. banyak lagi bende yg kiter tak tau.
Yup. seperti contoh kejayaan Sultan Muhammad al Fateh.
ReplyDeleteAnak muda berjaya menakhluk dunia dengan di belakangnya tersusun kemas barisan para guru @ ulama' yg mendidik & memberi inspirasi
sedih apabila stiap kali terbaca status update kwn2 d fb.. yang kebanyakkannya menjurus kpd cinta, hiburan dan perkara2 yang melalaikn.. status tntg cinta mendpt like yg banyak manakala status tntang salahlaku pentadbiran, situasi genting dunia skg dipandang sepi.. itu menandakan anak2 muda ini tidak cakna akan ummah dan hanya mementingkn kebahagian sendiri..tiada siapa yang peduli tentang penindasan n kezaliman..
ReplyDeletenice one; fascinating; interesting ... tapi perkara yang diutarakan mungkin (dan saya rasa memang) agak, sangat, sungguh, amat sukar diterima oleh insan2 yang belum lagi memperoleh "that particular understanding" ...
ReplyDelete