TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

MOTIVASI DIRI : KUATKAN SEMANGAT!


Hati memberontak! Fikiran meracau-racau. Jiwa benar-benar kacau, tidak keruan otak menafsirkan saat beperang dengan emosi. Terasa kegersangan, kekosongan, menutup pintu mata hati untuk menerima sebarang peringatan mahupun teguran.

Rasa amarah, ego cepat melenting tatkala disuap kepahitan tarbiyyah. Hati tidak berhenti mengutuk badan.
Ahhhhhhhhh!!!!!!!!!!! Apa yang aku buat ni?! Mana semangat aku pergi? Kenapa aku lemas dalam nafsu?

Tolong kuatkan semangat aku! Aku amat memerlukannya!

Akhirnya, di sepertiga malam itu, ada air mata turun menyembah bumi. Rasa kehambaan tersungkur di sejadah buruk. Bibir masih tertutup terkunci rapat, bibir hati sibuk menyusun kata-kata yang mahu diluahkan kepada Dia. Dia tidak pernah lekang daripada mendengar luahan, permasalahan hati hambaNya.

Jari jemari yang mulus tersentak-sentak ke kaki keyboard, meluahkan rasa dan terasa. Blog menjadi tumpah taatnya perasaan memuhasabah diri. Sejak berkenalan dengan blog, jejak-jejak lama dahulu dilakarkan agar menjadi pengajaran membakar obor-obor semangat untuk terus tabah dalam kehidupan.

Ada sesuatu yang perlu dirungkaikan. Dari mana lahirnya semangat? Masihkah ada lubang rahsia yang belum dikorek? Hati belum berpunya, mungkin mereka kata tidak sebahagia, tidak sesemangat seperti mereka. Tapi yang pasti, hati ini sudah lama dilamar dan tergantung dek kerana masih rabun dalam pencarian. Terjumpa namun tercicir. Terus mencari semula, hakikatnya masih rabun mencari punca.



CINTA PEMBAKAR SEMANGAT 

Berkenalan dengan ciri-ciri Islam yang sebenar. Apabila sudah dapat berkenalan dengan baik maka akan mudahlah gerakan-gerakan indah akan bergerak dengan sendirinya.

Apabila sudah tahu akan soal hati budi, suka atau tidak, apabila terikat sayang, kasih pun akan terus terlekat. Berkenalan dan terus memahami, memahami membawa kefahaman, apabila ada kefahaman akan ada pula persamaan.

Malamnya bagai rahib merintih pada Allah dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singakuat berjuang - nasyid Raihan

Ya, persamaan, dengan persamaan kita akan lebih rapat kerana ada persamaan dan rasa saling memahami. Indah kan. Tidak dapat dibayangkan jika kehidupan ini hanya dipenuhi dengan irama-irama yang memuji yang Maha Esa, subhanallah.

Apabila adanya persamaan, dia dan aku akan mudah memahami, jambatan hati cepat sahaja terpatri utuh, terukir senyuman walau disakiti, hanya kerana kita ada persamaan dan rasa saling memahami.

Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi. Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna.

Kelompongan itu diisi, indah rasa apabila ada insan yang ingin memenuhi kelompongan di hati, kerana apa? adanya kemahuan gerak hati itu? kerana kita ada kefahaman dan berkongsi rasa walaupun kadang kala berlainan maksud.

Buku hasil tinta Abdullah Nasih Ulwan yang bertajuk “ Al-Islam Wal Hubb”. Katanya cinta itu ialah perasaan jiwa dan tarikan hati.

Bercerita akan kasih sayang dan fitrah terasa nikmatnya, namun nikmat ini perlu ditujukan kepada mahabbatullah, maka akan rasa nikmat yang sebenar, mari bersama menuju rasa nikmat rasa itu.

Sifat cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya, sifatnya juga sempurna. Jika tidak, cinta itu akan cacat. Itulah rasa cinta sebenar cinta, cinta Allah itu sempurna. Cinta yang membangkitkan semangat. 

Duhai diri, tidak salah berbicara pasal cinta. Andai ia bisa mengelak dari terpana. Cinta Allah atau cinta dunia.  Celik mata, celik akal, celik hati dalam meraih redhaNya. Ia bisa menaikkan berahi dalam meneruskan kehidupan seorang hamba Allah. Bersemangatlah!





p/s :

kuatkan semangat sahabat-sahabatku..adik-adikku..serta mereka yang sentiasa berjuang demi kebenaran..ingatlah Allah sentiasa bersama kita..tiada perjuangan tanpa mehnah dan kesusahan..pergantungan kepada Allah itu yang utama..

Ya Allah...tunjukkanlah kebenaranMU
semoga hati-hati kami sentiasa terikat bersamaMU
thabatkan jiwa kami dalam perjuangan ini
hanya padaMu kami berharap
hanya padaMU kami bertawakal
hanya padaMU kami memohon pertolongan
hanya padaMu...Ya Allah

4 comments:

  1. Assalamualaikum,saudari, Tulisan saudari sangat membantu saya. Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah....

    ReplyDelete
  2. Kepada pemilik blog,
    kenapa post tentang pengaduan anda pada ke blog anda, adakah anda cuba menunjuk nunjuk anda beribadah pada tuhan? Bukankah pengaduan anda sepatutnya menjadi privasi antara anda dan Tuhan... Itulah sifat manusia , walaupun sudah mengadu pada tuhan, masih perlu mengadu pada manusia....kerana manusia perlukan komunikasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa x salah kalau seseorang itu hendak berkongsi..bkn niat untuk menunjuk nunjuk tp hendak mengajak kita smua ke arah kebaikan..kita mestilah sentiasa bersikap rendah diri dan terima pendapat org lain bkn bangkang org..apa perasaan anda bila anda brkongsi tiba tiba ada orang komen benda yg kurang baik?..Allahulama.yg baik kita ambil yang tidak baik kita jauhi..

      Delete
  3. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST