TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

TIDUR LAMBAT MAIN GAME, TENGOK MOVIE?


Jalan dakwah hanya satu. Hanya pembela-pembela agama Allah yang mampu melaluinya dengan keimanan, ketaqwaan dan kesabaran.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah…..” Surah as-Saff ayat 14

Berkata tentang pembela-pembela agama Allah, marilah kita menyingkap kembali sirah terdahulu pada zaman para sahabat.

Siapakah dia yang telah menjadi pejuang-pejuang agama Allah pada zaman dahulu?

Merekalah para pemuda yang kental hatinya, mantap imannya, sempurna akidahnya dan tidak terbuai dengan tipu daya dunia. Mereka inilah yang telah ditarbiyah oleh Rasulullah dalam perancangan menegakkan panji-panji islam.

Abu Bakar, lebih muda 3 tahun daripada Rasulullah, Umar, memeluk islam pada umur 27 tahun, Ali, menerima hidayah pada umur 10 tahun, Mus’ab bin Umair, Abdullah ibn Mas’ud, Bilal bin Rabbah, Salman al Farisi dan berpuluh lagi para sahabat merupakan golongan pemuda yang begitu kukuh akidah mereka hasil didikan tarbiyah daripada Muhammad saw.

Sekarang mari kita pergi ke depan sedikit, iaitu selepas zaman para sahabat. Siapakah pejuang-pejuang agama Allah yang telah menegakkan ketauhidan di muka bumi ini. Dialah Salahuddin al-Ayyubi, yang telah menakluk Jerusalem pada umur 40 lebih. Dialah Sultan Muhammad al-Fateh, yang telah menakluk Constantinople pada umur 21 tahun.

Maka pada hari ini, mari kita bertanya pada diri kita, siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali mendaulahkan Islam di muka bumi ini, siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali menegakkan panji-panji syahadah di masa depan.

Adakah kita akan tergolong dalam mereka-mereka yang menegakkan agama Islam?
Adakah pada hari ini kita sudah cukup bersedia untuk menjadi pembantu-pembantu agama Allah?
Mari kita tanya diri kita sendiri.


Adakah pemuda yang memenuhi masa lapangnya dengan movie akan dapat mencontohi Saidina Abu Bakar RA?
Adakah pemuda yang tidak lekang dengan lagu-lagu lagho akan dapat mencontohi sahabat Nabi, Salman al-Farisi?
Adakah para pemuda yang tidur lambat kerana bermain game sama dengan Sultan Muhammad al-Fateh yang tidak pernah terlepas solat tahajjudnya di malam hari sesudah baligh?
Di mana tahap kita pada hari ini?

Suka saya untuk membawa beberapa hadis yang berkata tentang para pemuda, yang sepatutnya diketahui dan diambil pelajaran oleh setiap daripada kita:

1.  Rasulullah saw bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara…masa mudamu sebelum masa tuamu” (HR al-Hakim)
2.  Rasulullah saw bersabda: “ Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada perlindungan Allah……..pemuda yang sentiasa mengabdikan diri pada Allah pada masa umurnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
3.  Rasulullah saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah sangat mengkagumi pemuda yang tidak ada baginya masa muda (berhibur dan bersuka ria).” (HR Ahmad dan Abu Ya’la)
4.  Rasulullah saw bersabda: “ Tidak akan melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga ditanya kepadanya tentang 4 perkara:…..masa mudanya, pada apa dia telah habiskan.” (HR Tirmizi)

Mungkin ada yang di antara kita merasakan dirinya tidak perlu untuk turut sama dalam perjuangan ini, merasakan dirinya cukup untuk sekadar memerhati. Di sini saya mahu membawa satu perumpamaan perbezaan bagi mereka yang sekadar memerhati dan bagi mereka yang turut bersama dalam perjuangan.

Baru-baru ini pasukan bola sepak dari Malaysia menang 1-0 dengan Taiwan. Oleh itu saya mahu bertanya, adakah sama perasaan para penyokong dengan pemain bola sepak? Adakah sama perasaan mereka yang sekadar bersorak dengan pemain bola sepak itu sendiri? Dan adakah sama imbalan mereka yang sekadar memerhati permainan dan mereka yang bersusah payah memenangi perlawanan bola itu?Tidak sama sekali!

Perasaan mereka yang hanya memerhati akan pasti berbeza dengan mereka yang turut berjuang.
Imbalan mereka yang hanya memerhati pasti akan berbeza dengan mereka yang bersusah-payah.

Saya ingin menjadi sebahagian daripada sejarah kebangkitan generasi pembela Islam walaupun masih banyak kelopongan diri. Bagaimana dengan anda?

2 comments:

  1. salam ukti..jazakallahu khairan kathira sbb b'kongsi note nh..hrap note nh dpat mmberi pngjaran kpd pmuda2 sprti ana..dan ana nk buat pmbetuln fakta skjap..utk p'lwnn malaysia lwn taiwan..home kite mng 2-1 and away kite kalah 3-2..agregat 4-4 tp kite dpat mara ke next round sbb kelebihan gol ditmpt lwn..=)

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST