HAKIKAT SEBUAH PERJUANGAN
" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya."
Sungguh. Hakikat perjuangan bukanlah begitu, banyak pahit daripada manis
perjuangan menuju syurga Allah memang banyak mehnahnya (ujian)
andai tersungkur, terasa berat untuk bangkit kembali
sedih, pilu, marah, letih, sakit hati bercampur baur
tetapi hakikatnya bukanlah Allah sengaja mentakdirkan begitu
ujian Allah datang kerana kasihNya pada hamba
tidak sesekali Allah bebankan sesuatu buat hambaNya
melainkan dengan kemampuan yang ada pada hambaNya
Menyingkap kembali sirah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah jemu menyebarkan dakwah. Biarpun bermandikan cela dan hina, terlalu banyak rintangan yang baginda tempuhi.
Tubuh Nabi Muhammad SAW tidak terdiri besi tetapi daging dan tulang biasa. Kulitnya pernah robek, pelipisnya pernah terluka parah dan pilihan dan pandangannya pernah kurang tepat, arahannya pernah tidak dipatuhi. Di Uhud, Muhammad SAW sebagai Perdana Menteri Madinah adalah manusia paling berani dan paling hampir dengan musuhnya di medan tempur. Utbah bin Abi Waqqas pernah berjaya mengatasi abangnya Saad ketika membaling batu besar ke arah baginda sehingga terluka kepala Muhammad SAW. Abdullah bin Syihab hampir berjaya memukul kepala Nabi sehingga dahi Nabi terluka.
Membaca Ar-Raheeq Al-Makhtum karangan Syekh Al-Mubarakfuri rahimahullah mampu menitiskan airmata. Kalau tidak kerana dua lapisan baju besi yang dipakai sebaik sahaja keputusan musyawarah yang tidak menyebelahi pandangan baginda diputuskan, sudah pasti Abdullah bin Qami'ah mencatat nama sebagai pembunuh dan pemenggal kepala Nabi Muhammad S.A.W Rasulillah.
Apakah Allah membiarkan RasulNya pada masa ini? Sudah pasti tidak. 1001 hikmah buat ummah meneladani dari sakit perit pahitnya roda perjuangan Nabi.
Perbezaannya cuma SATU. Baqinda diamanahkan dengan wahyu (plus mukjizat sebagai alat pembuktian) dan sentiasa 'online' dengan Allah jika melakukan suatu tindakan yang kurang tepat. Baginda tidak pernah miss online di sepertiga malam, diibaratkan seorang kekasih yang kemaruk dengan cinta. Datingnya sentiasa dibasahi dengan doa dan zikir-zikir memuji kebesaran Allah.
Itulah Rasul pilihan, kekasih Allah. Lihat sajalah baginda tetap teguh, tabah dan sentiasa tersenyum dan menyemarakkan lagi usaha islamisasi baginda.
Tetapi kita pada hari ini?
Tersungkur lemah di pertengahan jalan dan berputus asa dengan mudahnya. Inikah syabab yang diharapkan dapat mendokong agama kelak? Tentu sekali tidak. Perjuangan Islam memerlukan insan-insan yang tabah dan rela berkorban seadanya..
Perjuangan Islam benar-benar menuntut pengorbanan.
Islam tidak memerlukan tenaga kita
Malah Islam tidak menginginkan kita bersamanya
Tetapi kitalah yang memerlukan Islam
Kitalah yang perlu memperjuangkan Islam
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."