TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

LAYAKKAH AKU DISAYANGI?

Aku ingin disayangi dan menyayangi. Layakkah aku?
.
Apabila mengenangkan nasib diri hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang aku sedang lalui. Begitu pahit aku rasakan, tapi terpaksa juga aku telan kerana aku tahu ini sebahagian dugaan Allah SWT untuk aku. Aku selalu berlakon di hadapan orang-orang yang aku sayangi, bukan bermakna aku seorang yang hipokrit tapi aku tidak mahu siapapun tahu apa yang aku rasakan dan apa yang telah dan sedang aku tanggung selama ini.

Kadang-kadang aku merasakan jiwaku ini terlalu kosong, seperti kain putih lama yang tidak mempunyai nilai, tidak dipandang, tiada juga kegunaannya. Sebab itukah aku dilahirkan ke dunia ini?

Aku juga punya keinginan untuk bahagia seperti orang lain, bukan hanya ingin menjadi hamba yang selalu berduka. Kadangkala aku gembira tetapi hanya sebentar. Aku selalu berkata pada diriku " Tak pa mungkin Allah menyayangi aku. Tu la aku diberikan dugaan sebegini, biar aku dapat dugaan kesusahan daripada aku mengecapi dugaan nikmat sehingga lupa diri".

Walhal dalam pada masa yang sama aku juga ingin merasakan nikmat kesenangan, kasih sayang seperti orang lain. Aku begitu tidak bersyukur?!

"Ya ar-Rahman ar-Rahim...Buangkanlah sifat mazmumah ini dari diri aku", isi hatiku berkata sendirian.

Aku sedar tiada sesuatu pun kepuasan di dunia ini, malah aku hanya impikan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat sana. Tapi layakkah aku ? Seorang hamba yang hina yang selalu lalai dengan keseronokan dunia.

Layakkah aku untuk memperolehi syurga Allah?
Layakkah aku untuk disayangi oleh Allah?
Astaghfirullahal'azim....

Ya ar-Rahman ar-Rahim...
Aku ingin berubah! Aku ingin berjaya! Aku ingin kebahagiaan dan kasih sayang. Aku inginkan kasih sayangMu Ya Allah. Rintihanku ini hanya padaMu cinta agungku.

Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar..
Ampunilah segala dosa hamba-hambaMu ini yang selalu leka

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim
Ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini, kecil mahupun besar...terutama dosa kedua Ibu Bapaku,
kaum kerabatku, guru-guruku dan saudara se-islamku di dunia mahupun akhirat..

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim
Engkau berkatilah kehidupanku ini, dalam meniti kehidupan seharianku ini.
tetapkanlah kakiku semasa melalui Titian siratMu untuk selamat sampai ke SyurgaMu,
terutama kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku dan suamiku di akhirat kelak..

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim,
Engkau tambahkan dalam diriku sifat mahmudah, buangkanlah segala sifat mazmumah
dan jauhilah aku dari sifat munafiq dan fasiq,
Peliharalah aku dari melakukan kemaksiatan dan melakukan perkara yang sia-sia
Berikanlah petunjukMu kepadaku agar kembali ke jalan yang lurus

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim,
Jauhilah hambaMu ini dari seksaan alam kuburMu dan seksaan nerakaMu kerana ia amatlah perit,
terutama kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku dan suamiku..
Kau berikanlah hambaMu ini jodoh yang terbaik untuk membimbingku ke arahMu
agar aku tidak tersimpang dari landasan yang telah Engkau sediakan,
untuk memperolehi syurga yang telah Engkau janjikan....

"Robbana atina fitdunya hasanah, wafil r qirotihasanah waqina azabannar wasallallah hu a'la saiyidina muhammadin wa' ala alihi wasahbihi wasalam....amin ya robbal a'lamin."


p/s : hanya perkongsian dari hati. "Suami" boleh dibaca "bakal suami" bagi sesiapa yang masih single like me :)

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST