TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BILA SEORANG PECINTA BERBICARA


BERTAFAKUR SEJENAK

Alhamdulillah hari ini, hari yang penuh barakah, seperti hari-hari yang selalunya. Betapa nikmat Allah itu sangat luas. Jika hambaNya itu sedar akan nikmat NYA sebenarnya ia amatlah tidak terhitung.

Hari-hari yang dilalui akan menjadi kosong dan cair ibarat ais yang diletakkan di bawah cahaya matahari. Oleh itu pentingnya perkhabaran iman dalam diri. Bertambahkah? atau berkurangkah?

Pasti pembaca ada sedikit kejemuan kenapa laman sesawang ini, terus menerus membincangkan soal hati, iman, taqwa dan sebagainya, sedikit sahaja menyentuh soal politik, isu semasa, idealisme malah bidang perubatan.

Jawapannya ialah kita manusia akan tidak dapat lari dari hakikat kemanusiaan. Kerana ia adalah kesedaran jiwa hamba itu. Ana juga manusia biasa kadang-kadang boleh terus jatuh dan down, tapi apabila ada peringatan, ia akan buat diri terus menerus bermuhasabah. Kadang-kadang apabila kita meluahkan apa yang terbuku ia akan menerbitkan muhasabah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Jadi mungkin ada sesetengah pembaca menyedari akan perkara ini sehingga beliau berkata..

"Daripada keseluruhan blog ini, anda sebenarnya masih lagi mencari diri anda sendiri".

Betul! Hakikatnya ana sentiasa mencari diri yang masih lagi perlu dicambah, diserap dan dirotan selalu dengan peringatan, amaran jua muhasabah. Yup! Dirotan. Dahulu waktu kecil, ayah sering merotan untuk mendidik, sudah besar perlu merotan jiwa untuk peringatan.



MENGENAL  ALLAH

Ketenangan diri itu akan hadir apabila hamba itu mengenal Rabbnya. Ujian satu ketenangan, yang mampu membuat diri itu selalu berfkir, muhasabah akan hidupnya. Kata orang ujian itu warna kehidupan, tanpa ujian tiada warnalah kehidupan.
Mungkin ramai yang sedang menderita hati dan jiwa tapi mereka tidak menyedari akan penderitaan itu kerana hati yang dahagakan iman tidak akan berbunyi seperti perut yang lapar melainkan empunya diri sedar bahawa perlunya keseimbangan antara makanan rohani dan jasmani.

Biasanya orang akan bertanya " Dah makan hari ini?"
Tapi jarang kita dengar " Iman dan cas hari ini?"

Walau apa pun bentuk muhasabah diri dalam mengingati hakikat sebagai hamba, Allah tak akan tanya, yang penting, usaha kita ke arah itu, walau sedikit tak mengapa, asalkan istiqamah.

Teman-teman, renung sedalamnya setiap kejadian dalam diri kita sendiri, pasti kalian akan merasakan Agungnya RABB itu. Jika kamu kenal diri kamu maka kamu akan kenal penciptamu.

Sama-sama kita cas iman, berbicara dengan Allah (tahajjud) pasti ketemu charger yang lebih berkualiti.

IJLIS BINA NU'MIN SA'AH (duduk dan beriman sebentar )


p/s : Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari banyak yang melalaikan.

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST