TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BULAN SYAABAN : PERLU CERIA

hari terus berlalu pergi, Syaaban kini, Ramadhan menanti


Anda ceria hari ini?
Anda sepatutnya ceria sepanjang sebulan Syaaban
Sebabnya Nabi kita ada berpesan "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." (riwayat dari Umamah Al Bahili ra)
Masih belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban

REJAB sudah berlalu. Entah bagaimana pengisian Rejab kita. Kini Syaaban menjelang. Peluang untuk upgrade amalan masih belum terlambat. Lambaian Ramadan pula tidak sampai sebulan lagi.

Anda berdebar?
atau tidak merasa apa-apa?
Ada yang merindui Ramadhan sahaja, tidak pula bulan-bulan yang lain
Ada yang declare Ramadhan sebagai kekasihnya
Ada pula yang menganggap Ramadhan sebagai Universiti Tarbiyyah
Jadi mereka menunggu dengan mempersiapkan diri dengan keindahan ibadah
Mereka mengoptimakan 2 bulan sebelumnya sebagai latihan tarbiyyah
Anda begitu?




PERSEPSI SYAABAN 


1.  Syaaban adalah detik memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.
2.  Antara perkara disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal (qada' puasa) sebelum  ini. Syaaban bulan melangsai hutang.
3.  Kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah.
4.  Masa sesuai muhasabah diri.



MENGHIDUPKAN BULAN SYAABAN


1.  Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:"Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa balliqhna Ramadan, bermaksud :"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Sebab apa berpecah? Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

2.  Antara perkara yang disyariatkan pada bulan Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab keuzuran dibenarkan. Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat ke atas setiap hari ditinggalkan.

Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud: "Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123).

3.  Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.

Kita disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata: "Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban".
(ana petik dari risalah JIM, tolong cek sama hadis sahih atau tidak)

4.  Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.

Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan dengan ikhlas dan reda.
Adakalnya terfikir, apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut mengamalkan lihat perkara yang 'syubhah'. Apalah ertinya setiap tahun kita mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka dipuji?

5.  Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Itu semua adalah ibadah umum dan tiada amalan spesifik yang telah dihighlightkan oleh Al-quran dan sunnah Nabi. Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh Allah.

6.   Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.

Lebih 50 tahun lalu pejuang negara berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda. Namun realitinya, sistem Barat masih digunapakai oleh pihak pemerintah demi  kepentingan-kepentingan tertentu. Masih terlalu jauh untuk mengamalkan sistem Islam. Usahkan bermimpi. Usaha walau selangkah ke arahnya dengan memberi pendedahan dan pencerahan kepada masyarakat masih lagi tinggal hanya harapan.

Harapan yang hanya tinggal harapan. Mengharapkan satu perubahan pada sistem pemerintahan. Nampaknya 50 tahun lebih itu sudah cukup untuk menilai, jalan alternatif lain dengan membuat perubahan pada tampuk pemerintah. Pilihlah pemerintah yang telah Allah gariskan dalam Al-quran.

Nabi kesayangan kita juga ada bersabda "tidak boleh TAAT kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (bukhari)

Bayangkan dan rasakan ucapan pemimpin dan pejuang Islam bertubuh sasa, Saidina  Umar al-Khattab ketika dilantik menjadi khalifah nombor 2 selepas Saidina Abu Bakar :

“Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah di lantik memimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku. Kebenaran itu amanah dan dusta itu khianat. Orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya jika Allah mengkehendaki. Tidak ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menjatuhkan mereka dengan kehinaan. Tidak akan berlaku kemungkaran yang berleluasa di dalam sesuatu kaum melainkan Allah akan menurunkan bala’ kepada mereka seluruhnya. Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Maka sekiranya aku memaksiati Allah dan Rasul-Nya, maka tidaklah perlu kamu mentaatiku. Bangunlah untuk menunaikan solat., semoga Allah mengasihi kamu".

Bayangkan dan rasakan bagaimana dalam masa dua tahun setengah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, tiada seorang pun rakyatnya yang miskin. Beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Bahkan, pemerintah Umar turut membiayai perkahwinan kepada golongan muda yang mahu mendirikan rumah tangga. Sebagai pemimpin rakyat, kehidupan Umar Abdul Aziz semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama sahaja sebagaimana kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa.

Bayangkan dan rasakan, apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?

Anak muda,  masyarakat Islam. Kita perlu bangkit dari kesedaran. Bukan soal patut bersyukur atas keharmonian dan kemerdekaan yang kononnya diperjuangkan oleh pejuang bangsa Melayu seperti yang dibukukan dalam buku teks sejarah bersilibuskan Barat, bahkan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu ini yang sebenarnya telah bermula sejak awal lagi oleh golongan kiri. Siapakah golongan kiri? Ulama'? Homework. Sememangnya kita telah disistemkan dan ditipu.

Dalam buku-buku teks sejarah sekolah, perjuangan kemerdekaan negara hanyalah milik Umno dan Perikatan. Hanya perjuangan mereka ditonjolkan, sementara perjuangan orang-orang kiri pelbagai bangsa digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat.- malaysiakini

Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa" – (Surah Al-Baqarah: ayat 177).

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST