TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

JANGAN KEDEKUT ILMU!



"Ima, boleh tolong ajarkan saya buat poster dengan Adobe. Lepas tu nak belajar cara menulis dalam blog. Boleh?"

"Saya nak tanya sikit, boleh awak tolong ajarkan saya? Saya tak berapa faham, apa perbezaan demam KUNING dengan demam denggi? Kenapa demam KUNING kena pada bayi sahaja? Bagaimana mekanisme berlakunya demam KUNING"


BELAJAR DAN MENGAJAR - kedekut ilmu

Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi' tabiin..yang kini sudah semakin hilang.


Pernahkah anda berjumpa seseorang yang sangat kedekut ilmu?
Minta tolong ajarkan itu dibalas dengan memek muka, mintak ajarkan ini dijawab seacra acuh tak acuh.
Bertambah cerewet "owh, saya tak tahulah" atau "ntah..tak ingat. Saya nga bz ni"

Apa alasannya?
Alasannya, ilmu yang ada pada dia bukan senang nak dapat. Dia belajar siang malam nak berkongsi dengan orang lain pula. atau tak pandai dan tak reti nak terangkan pada orang lain, faham sendiri sendiri sahaja boleh.

Adakah anda bersikap seperti sedemikian? Mungkin kadang-kadang?

Tahukah anda, jika anda mengajar orang lain. anda semakin bijak dan mudah mengingat serta menguasai ilmu tersebut? Malah yang paling penting, ilmu tersebut diberkati dan diredhai oleh Allah. Kita belajar bukan untuk lulus exam atau menjadi pandai tetapi sebagai ibadah dan saham untuk akhirat. 




FAKTA : BELAJAR DENGAN MENGAJAR LEBIH BAIK

Hampir setiap orang memperakui bahawa kita belajar sesuatu dengan lebih baik apabila kita mengajar orang lain dan apa yang kita pelajari dapat dihayati apabila kita hidup dengan menggunakan apa yang kita pelajari. Apabila kita mengajar kita sebenarnya belajar dengan lebih baik. Setiap pelajar menjadi seorang guru, dan setiap guru manjadi seorang pelajar. Cara terbaik untuk mempelajari sesuatu bahan adalah apabila kita mengajarnya.

Pada masa kini, paradigma yang sedia ada membuatkan nisbah guru-pelajar menjadi kritikal; kurang pelajar bermakna pengajaran menjadi bermutu tinggi, akan tetapi sekiranya pelajar-pelajar bertukar menjadi guru-guru, kita mendapat peningkatan dan ia menjadikan pergerakan fulkrum ke tepi.

Untuk lebih memahami, pada masa kita mengajar atau berkongsi apa yang kita pelajari dengan orang lain, secara senyap(suara hati) kita berjanji kepada orang ramai untuk hidup dengan mengikuti apa yang kita ajar kepada mereka. Kita bersemangat untuk memahamkan mereka sedaya upaya dengan pelbagai teknik mudah.

Secara semulajadinya kita akan lebih bermotivasi untuk hidup dengan mengikut cara bagaimana yang kita pernah pelajari. Perkongsian ini akan menjadi asas untuk pembelajaran, komitmen dan motivasi yang mendalam, yang menjadikan perubahan sesuatu yang sah, dan kita menggembeling satu pasukan bantuan.

Kita akan juga dapati bahawa dengan cara berkongsi akan mengeratkan perhubungan sesama manusia, terutama sekali dengan keluarga kita (contoh terdekat). Bagi sesiapa yang mempunyai anak atau adik beradik yang masih bersekolah atau rakan-rakan seperjuangan, minta mereka ajar kita dengan lebih kerap apa yang mereka pelajari di sekolah atau mana-mana institusi pengajian.

Dengan melakukan perkara yang mudah ini pada dasarnya melenyapkan keperluan untuk memotivasikan mereka untuk belajar. Mereka mengajar apa yang mereka pelajari, sesungguhnya menjadikan mereka pelajar cemerlang dan ilmu yang dipelajari diberkati dan diredhai Allah.


FAHAMKAN KATA-KATA INI

Untuk mengetahui dan untuk melakukannya, sebenarnya adalah untuk tidak mengetahui. Untuk belajar dan untuk tidak melakukannya adalah untuk tidak belajar. Dalam kata lain, untuk memahami sesuatu tetapi tidak melakukan seperti apa yang difahami sebenarnya adalah untuk tidak memahaminya. Hanya apabila dilakukan, dilaksanakan maka pengatahuan dan pemahamannya dapat dihayati.

Contohnya, kita boleh belajar mengenai pengisan Adobe dan blog sebagai satu wadah dakwah atau mengisi masa lapang, dan hanya membaca buku-buku mengenainya dan mendengar beberapa syarahan, tetapi sehingga kita membuat blog, kita tidak akan mengatahui blog itu.
Untuk mengatahui dan untuk tidak melakukannya adalah untuk tidak mengetahui. Cara terbaik mempelajari tentang pengatahuan kendiri, bukanlah dengan cara memikirkannya secara mendalam, tetapi dengan melakukannya. Berusahalah untuk melaksanakan tanggungjawab kita dan kita akan menemui kita diperbuat dari apa.

p/s : jadilah orang suka menolong,insya Allah Dia akan tolong kita balik..jadi,tak payah la mengharapkan balasan dari manusia..

1 comment:

  1. Yupp betul apa yang dikatakan penulis apabila kita mengajarkan ilmu kepada orang lain insyaAllah Allah akan tambahkan ilmu yang sedia ada..ilmu milik Allah ..Allah yang memberikan kita kefahaman dalam sesuatu perkara

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST