TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BAGAIMANA MENJADI HAMBA YANG BAIK?


Bagaimana kita hendak menjadi hamba yang baik?

Sesungguhnya telah banyak Allah memberi kita nikmat bukan?
Oleh itu,kita mestilah menjadi hamba yang baik
Tetapi,bagaimana hendak menjadi hamba yang baik?

Allah Taala telah memberikan kita garis panduan bagaimana untuk menjadi hamba yang baik melalui Al-quran dan hadis. Nabi Muhammad saw sebagai qudwah hasanah, contoh teladan yang baik buat ummat akhir zaman. Hanya kita sahaja yang masih sambil lewa terhadapnya.

Sahabat-sahabat yang dikasihi , mari kita rajinkan diri sebentar untuk sama-sama membaca, menghayati dan mentadabbur surah Al-Furqan ayat 63-76 :

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila datang kepada mereka orang-orang yang jahil, mereka akan membalas dengan kata-kata yang baik.(63)
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.(64)
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan(65)
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk(66)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.(67)
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya(68)
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,(69)
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(70)

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat(71)
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.(72)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.(73)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(74)
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(75)
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.(76)”

Surah Al-Furqan ayat 63-76


Mulai saat ini,berazamlah kita bahawa kita akan menjadi hamba yang baik dan mensyukuri nikmat nikmat dari Ilahi.


p/s : Mampukah kita seandainya Allah meminta ganti bagi segala nikmat yang telah Dia beri? Jika kita tak mampu jadilah hamba yang baik, beriman dan bertaqwa. Jika kita tidak mampu sekalipun menunaikan dan menjaga solat fardhu, maka persilakan untuk keluar dari bumi. Anda boleh cipta bumi anda yang lain.

Pesanan untuk diri sendiri yang malas

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST