bercinta secara luar biasa ATAU luar biasanya bercinta? |
Cinta luar biasa memang menyentuh jiwa. Akhirnya, ukuran kebahagiaan itu terletak pada betapa kuatnya hubungan kecintaan kita kepada si Dia. Dengan menjadikan hubungan cinta tersebut sebagai asas mengikat cinta dengan yang lain, InsyaAllah, cinta luar biasa akan digapai.
Suatu hari seorang sahabat Nabi saw telah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, kenapa hatinya keras dan tak mahu menangis dan menitiskan air mata, seperti sahabat-sahabat yang lain.
Lalu baginda saw pun menasihatkan sahabat tersebut untuk mengulurkan sedekah, (dalam riwayat lain, baginda menasihatkan sahabat baginda itu untuk menyapu kepala anak yatim) Alhamdulillah setelah sahabat tadi bersedekah (atau mungkin menyapu kepala anak yatim) maka sahabat tadi mula lembut hati dan menitiskan air mata.
Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapus segala keburukan. namun begitu juga sebaliknya, sesungguhnya air bah itu juga akan mengubah pantai.
Oleh itu buat baik sebanyak-banyaknya, dan buat jahat jangan sekali.
Semakin banyak kita membuat kebaikan dan semakin jauh kita dari sebarang keburukan maka hati kita akan semakin cinta kepada Allah swt. sepertimana kata-kata saidina Ali RA :
“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal”.
Kalau kita mahu menjadi seorang pencinta yang luar biasa kepada Allah, maka teguhkanlah ketaqwaan, buatlah semua kebajikan walaupun hanya sekadar membuang duri dari jalan. Dan jauhilah sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran itu walaupun ia cuma sekadar makruh, namun ia mendatangkan kebencian juga pada Allah swt.
Kerana Makruh bererti yang dibenci.
Kalau kita membuat suatu yang dibenci oleh orang tua kita, maka adakah hubungan kita dengan orang tua akan rapat atau renggang?
p/s :
Sejenak diri ini berfikir dan tertanya-tanya. Apakah diri ini mampu meraih cinta luar biasa ini?
Yang pasti, soalan ini tiada jawapan yang solid.
Apapun, berusahalah ke arah mencontohi Nabi saw dalam menggapai cinta luar biasa ni. Selebihnya, samaada kita mahu raih atau tidak cinta luar biasa ini, ukurannya biarlah Allah swt yang tentukan
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."