TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

Showing posts with label AKIDAH. Show all posts
Showing posts with label AKIDAH. Show all posts

KENAPA IC KITA ISLAM?


Persoalan :

1. Mengapa orang islam ada yang bertudung dan ada yang tidak bertudung? Ada yang solat dan ada yang tidak solat?
2. Mengapa agama islam sangat sempurna tetapi tidak penganutnya?
3. Mengapa orang bukan islam tidak tertarik dengan islam sedangkan agama islam cukup indah dan agama yang terbaik dari semua hal?
4. Mengapa islam dipandang enteng dan buruk di mata masyarakat?

Bagi saya persoalan-persoalan ini saling berkait, iaitu menyentuh bab akidah dan iman. Tengok IC agama islam, tengok empunya tiada persis keislamannya. Mengapa?

Kita perlu tanya pada diri semula, "kenapa IC kita islam?"



ISLAMNYA KITA

Apabila kita telah dilahirkan dalam Islam, kita telah secara langsung terikat untuk berada di dalam lingkungan agama suci itu, dan menjadi penganutnya hingga hujung nyawa. Ini kerana, Islam adalah agama yang akhir dan benar yang akan membawa penganutnya ke destinasi terakhir yang kekal abadi, syurga.

Sepatutnya kita merasa beruntung apabila dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Islam, kerana melaluinya kita belajar mengenal Tuhan. Sebagai seorang Islam, kita mempunyai Al-Quran sebagai panduan utama yang merangkumi kesemua perkara dengan lengkap. Kita juga punya hadis-hadis sahih untuk dijadikan pegangan dan tauladan dalam menjalani kehidupan seharian.

Jadi soal mengapa mereka yang telah dilahirkan sebagai Islam tetapi tiada perwatakan sebagai seorang penganut islam sepatutnya difahami. Kerana pada dasarnya agama Islam itu sendiri telah sempurna dan lengkap, seperti firman Allah SWT :

"Dan pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maidah:3)

Malah islam sesekali tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memasuki islam. Tidakkah ia melambangkan betapa mulianya agama yang kita anuti?

"Tiada paksaan untuk memasuki Islam" (Al-Baqarah : 256)



AGAMA NADI KEHIDUPAN

Agama akan membentuk akidah yang sahih. Agama melatih melalui ibadah yang berterusan dan kesan kehidupan beragamalah akan melahirkan akhlak mulia. Akidah, ibadah dan akhlak merupakan ramuan penting kerana gabungan inilah yang akan membentuk tanggungjawab seorang hamba yang istiqamah dalam mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Justeru, kita wajar menjadikan agama sebagai batu asas dalam soal membuat setiap pertimbangan kehidupan. Jika kita salah memilih jalan, maka kita akan tersesat. Segala urusan yang kita lakukan seharian, serba tidak kena.

Sebagai contoh :

Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina atas kepentingan diri masing-masing.

Tanpa iman, maka tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Jika kita pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, maka kita akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.

Sebab itulah kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam setiap langkah kehidupan. Lahirnya jiwa yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya jiwa yang jahat membawa kemudaratan kepada empunya diri.

Sekejap level high
Sekejap level low.

Memang tidak stabil.
Hakikat Iman manusia ada TURUN NAIKnya

“ Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati ini di dalam agamaMu ”.  Bila Allah sentiasa di dalam hati, setiap perkara akan menjadi ringan dan mudah. 

READ MORE

"INILAH BUKTI CINTA KITA"


Jika hati sudah suka semua benda perihal si dia mesti kita suka juga. Semakin bermakna apabila dapat dibuktikan. Deklarasi cinta yang disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja mencukupi untuk membentuk cinta sejati.

Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan Nabi-Nya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”

Objektif pengutusan Rasulullah SAW oleh Allah SWT kepada umat manusia ini adalah untuk mengajar manusia tentang agama Islam. Di samping itu, sifat peribadi Rasulullah itu sendiri menjadi contoh tauladan kepada kita. Segala sifat, perbuatan, kata-kata dan perakuan baginda adalah sunnah. Baginda bercakap berpandukan ilham dan wahyu dari Allah, bukan dari hawa nafsu.

"Dan dia tidak berkata-kata daripada hawa nafsu melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya" (An Najm: 3-4)

Lantaran itu, Al Quran dan Al hadith kedua-duanya adalah sumber rujukan kita yang paling utama. Selari dengan ucapan syahadah yang kita sering ulang-ulang iaitu “aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah."

Inilah konsep dan objektif yang perlu di fahami oleh umat Islam.

Negara islam dipimpin oleh orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Pemimpin acuan Al Quran wajar dilentur sedari usia muda lagi. Jika sewatu di alam tadika anak-anak hanya menghafal fakta-fakta mudah mengenai peribadi nabi , maka di alam remaja dan dewasa sebagai seorang Muslim yang sudah baligh dan mukallaf, mereka perlu mempelajari bagaimana untuk memahami ajaran-ajaran yang dibawa oleh nabi. Bagaimana untuk menghayatinya dan bagaimana untuk menterjemahkannya dalam praktik amali kehidupan.

Kerana kita ingin melahirkan masyarakat yang faham.

Bukan hanya beremosi dan mengalirkan air mata apabila disebut-sebut tentang Rasulullah SAW. Bukan sekadar itu. Sedangkan banyak sunnah dan ajaran baginda yang diabaikan. Kita inginkan syafaat baginda di akhirat kelak, namun ajaran dan sunnahnya di dunia ini mestilah terlebih dahulu sudah terlaksana dengan sempurna.

Baginda wafat adalah realiti. Tapi itu tidak bermakna dunia kegelapan bagi ummah. Kita perlu hidupkan sunnah dan ajaran Nabi. Buktikan cinta kita kepadanya. Barulah dinamakan cinta yang tiada noktah.

Memang sedih mengenangkan generasi kita yang tidak berpeluang melihat kekacakan dan kehebatan baginda baik sebagai hamba mahu pun imej sebagai pemimpin. Syariat yang sempurna telah dibawa dan tiada lagi nabi selepas baginda. Justeru, kita perlu ambil semua itu secara total, tanpa pilih-pilih. Tidak hanya terhad dalam urusan nikah kahwin, poligami, makan minum dan pakaian sahaja.

Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwah semata-mata?

READ MORE

APA STATUS DIA DI HATI SAYA?


Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha’ dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.( al-iman asasun binnajah )

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

"Terbuka mata hati memperlihatkan kepada kamu akan hampirnya Allah SWT. Penyaksian mata hati memperlihatkan kepada kamu akan ketiadaan kamu di samping wujudnya Allah SWT. Penyaksian hakiki mata hati memperlihatkan kepada kamu hanya Allah yang wujud. Tidak terlihat lagi ketiadaan kamu dan kewujudan kamu."

Hati kita ini kalau dekat dengan Allah SWT, semua pekerjaan yang di lakukan menjadi mudah. Dan apabila dugaan mendatang, kita boleh menanganinya dengan tenang dan sabar.

"Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada." ( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)

Cuba kite bayangkan jika kita dekat dengan manusia dan cinta kepadanya melebihi cinta kita kepada Allah. Adakah manusia tersebut boleh membantu kita? Bolehkah memberi kita rezeki? Bolehkah memberi kita ketenangan apabila dalam keadaan susah mahupun senang?

Jawapannya tidak bukan?

Namun untuk berjiwa hamba, hati kita perlu bersih. Apabila hati sudah bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri.

Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan betapa hampirnya Allah SWT dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah SWT sentiasa mengawasinya. Allah SWT setiasa melihat segala gerak-gerinya. Mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya.

Jadilah dia seorang Mukmin yang cermat dan berwaspada.

Namun, ya sahabat untuk berlegar di daerah ketuhanan, daerah kehambaan kena selesai dulu. Di antara daerah ketuhanan dan kehambaan, ada suatu daerah yang bukan daerah. Tidak lagi berlegar-legar. Disinilah berdirinya apa yang tiada, tidak lagi bicara, yang ada itulah terlebih terang dan nyata.

Kita ini ingin sangat hidup hanya untuk- Nya. Berdiri untuk- Nya. Makan untuk-Nya. Berjalan untuk-Nya. Bernafas hanya kerana-Nya. Bagaimanakah mahu mencapai tahap sebegini?

Bukanlah semudah menulis dan mengaturkan bicara. Cek semula apa status Dia di hati kita? Di mana kita meletakkan hak Allah dahulu sebelum hak hamba?

READ MORE

ILHAMKAN KAMI HIDAYAH YANG DITERIMA



Kuasa luar biasa ayat 164 Surah al-baqarah mampu menggoyahkan ketidakpercayaan seorang hamba kepada Allah SWT. Begitu subhanallahnya setiap kejadian Allah menjadikan saya tergerak untuk berkongsi cerpen "Bukalah Matamu" bersama pembaca. Hayatilah dan menangislah dengan kuasa "kun fayukun!" Allah.

Aku tidak faham. Mereka berdiri, tunduk separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud. Mereka mengulang-ulang perbuatan itu dengan mengangkat tangan, terkumat-kamit seakan membaca mantera. Di akhir dengan menoleh kiri dan kanan, seakan-akan baru keluar dari alam lain.

Lama aku menjenguk mereka ini. Aku tidak faham.
Apa sebenarnya mereka lakukan. Tidakkah letih. 5 kali sehari, setiap hari tanpa ada keringanan?

Tetapi, tidak langsung pada wajah mereka riak kepenatan. Jauh sekali kebosanan.
Apa sebenarnya mereka ini?

Seakan-akan makhluk lain yang wujud di alam semesta hari ini.
Aku terus memerhati. Sambil mencari makna yang tersembunyi.
Di dalam kehidupan sekelompok manusia bergelar Muslim.

*****

“Hoi terroris.”
Dia tidak menoleh.

Aku memanggilnya sekali lagi. “Hoi terroris”
Dia tetap tidak menoleh. Jauh sekali mengendahkan. Seakan-akan itu bukan panggilan yang layak untuknya. Aku jadi sedikit geram. Lantas bergerak menarik bahunya.

“Aku memanggilmu tadi. Apakah kau tidak mendengar” Suaraku sedikit tinggi.
Kali ini dia menoleh. “Namaku Mursyid. Seorang muslim, bukannya terroris” Lembut dia memperkenalkan diri, tetapi terserlah ketegasan yang tinggi dalam nada suara. Tanda dia punya rasa kehormatan yang tinggi.

“Bukankah orang Islam yang menghidupkan keganasan, meruntuhkan bangunan, membunuh orang tua, perempuan dan anak-anak kecil?” Provokasi ku keluarkan. Sengaja ku simbah petrol pada api yang ku wujudkan.

Mursyid tersenyum. “Mari duduk saudaraku” Tangannya menarikku dengan lembut. Bangku kayu berdekatan menjadi tempat landasan punggung.

Dari sini, aku dapat melihat ramai muslim yang keluar dari masjid. Selesai solat waktu petang mereka. Di tengah keterasingan suasana kehidupan, memandangkan ini tanah airku, bukan negara orang-orang Islam.

“Islam agama kami bermaksud kesejahteraan.” Suara Mursyid tenang. Seakan-akan mengusap lembut jiwaku. Ditambah pula senyumannya yang manis itu.

“Dan kami tidak akan membawa apa-apa melainkan kesejahteraan”

“Bohong! Bukankah orang-orang dari agamamu yang menyalakan api kekacauan? Meruntuhkan World Trade Centre dan mengancam kedamaian ummat?” Aku tidak berpuas hati.

Mursyid menggeleng. “Kalau kami perlu berperang sekalipun, perang kami adalah yang membawa kesejahteraan”

Aku terdiam. Adakah wujud peperangan yang membuahkan kesejahteraan?

“Adakah kamu meneliti Sirah Rasulullah SAW?”
“Muhammad bin Abdullah yang gila seks dan dahagakan darah itu?”

Terkoyak senyuman Mursyid. “Nyata kamu tidak mengenalinya. Kamu sekadar membaca tulisan orang-orang kamu, kemudian kamu menilainya dengan penilaian kamu. Bukankah itu tidak adil?”

Ya. Jujurnya, tidak adil. Aku mengetahui itu. Sekarang aku seakan terperangkap.

“Baginda Rasulullah SAW, berpesan kepada kami agar tidak memotong rumput dan kayu sebarangan jika berperang, tidak menganggu rumah ibadah, dan tidak memperapa-apakan perempuan dan anak kecil”

Aku terdiam. Begitukah?

“Dan kalau kamu ingin tahu, baginda Rasulullah SAW memaafkan semua kaum yang menyeksanya dahulu, ketika baginda telah berjaya menguasai kembali Makkah”

Aku terdiam sekali lagi.

“Bagaimana kamu boleh nyatakan bahawa baginda dahagakan darah?”

“Habis, kenapa ummat Islam hari ini mengganas? Membunuh orang, dan merosakkan kedamaian kehidupan masyarakat? Lihat apa terjadi pada negaraku hari ini. Kacau bilau dan ketakutan disebabkan orang Islam”

Mursyid kulihat tidak berubah wajah. Tetap tenang dan menyenangkan. Aku yang melihatnya juga, secara tidak langsung seakan tersapa dengan ketenangannya. Seakan-akan dia menghidupkan jiwaku yang selama ini kacau.

“Ketahuilah saudaraku…” Mursyid mengurut lembut bahuku. “Aku tidak percaya itu dilakukan oleh orang Islam yang betul-betul beriman kepada Allah SWT dan taat kepada rasulNya. Dan jika benar sekalipun orang Islam yang melakukan, maka itu bukan anjuran Islam. Dia telah terkeluar dari jalan Islam yang sebenar”

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Jika aku hendak menyalahkan agamanya kerana tindakan penganut, maka pastinya aku akan tertimpa dengan serangan ke atas agamaku pula. Bukan sedikit paderi-paderi yang terdedah melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur. Itu belum dikira dengan kempen menentang keganasan yang membuahkan lebih banyak kerosakan.

Kulihat Mursyid tersenyum. “Saudaraku, kami ini adalah yang berusaha untuk menonjolkan imej Islam yang bersih, agar kamu semua melihat kasih sayang Allah terhadap kamu. Rasulullah itu, datang dengan Islam, dan Islam itu membawa kesejahteraan pada seluruh ummat. Kami, sedang membuktikan itu”

Aku tunduk. Tujuan utama untuk memprovokasi umat Islam di kediamanku terpatah begitu sahaja.

“Jemput datang ke rumahku?”
“Eh?” Aku terkejut. Mursyid tetap dengan wajah yang berseri.

“Mari. Agar kamu berkenalan dengan keluargaku. Siapakah namamu wahai saudaraku?” Mursyid menghulurkan salam.
“Ru.. Ruben” Aku secara automatik menjabat. Seakan-akan ada kuasa ghaib menggerakkan tanganku.

“Ruben, mari.” Dia menarik tanganku lembut.
Seakan membawa jiwaku bersama dengannya.

*****

“Islam dengan orang Islam itu adalah dua perkara yang berbeza. Islam daripada Allah SWT, maka peraturannya solid dan sempurna. Tetapi pada masa yang sama, orang Islam adalah manusia yang mempunyai kelemahan. Ada yang berjaya memanifestasikan Islam, ada yang tidak berjaya. Tetapi masih lagi, jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup, ketenangan akan muncul dalam jiwa kita”

Itu kata-kata Mursyid ketika aku menziarahi rumahnya.

Rumahnya sangat bersih. Walaupun kecil, tetap membahagiakan. Entah kenapa, aku seakan terserap ke dalam syurga. Anak-anaknya baik dan beradab. Isterinya juga amat menjaga diri dan tidak terlalu bergaul denganku. Berbanding isteriku yang terdedah pada lelaki-lelaki lain dan anak-anakku yang langsung tidak beradab ketika berbicara denganku, aku terasa segan dengan Mursyid.

“Islam ini, pada mereka yang faham, adalah 24 jam, sepanjang 7 hari. Yakni setiap masa. Tiada rehat dalam menjadi hamba Allah SWT. Maka, setiap masa perlu kekal terikat dengan peraturan Islam”

“Adakah kamu semua tidak penat?”

“Apakah kebahagiaan itu satu kepenatan? Di dalam Islam ini, peraturannya, membuatkan kami bahagia” Mursyid mengusap kepala anaknya yang comel itu, sambil memandangku.

Aku tersengih bila mengingati bicaranya itu. Agamaku, hanya wujud di hari ahad. Malah, bila melakukan dosa, boleh pula diampunkan hanya dengan membayar wang. Dari satu sudut, aku melihat itu satu manipulasi gereja untuk mereka yang berdosa. Bagaimana manusia yang berdosa, yang tidak sempurna, boleh mengampunkan manusia lain?

“Kamu mempercayai Allah. Justeru, di mana Allah?” Soalan yang aku tertanya-tanya selama ini. Hairan dengan orang Islam yang mampu taat, sedangkan tuhan mereka tidak kelihatan.


“Kamu hidup selama ini dengan menyatakan wujudnya nyawa. Justeru, di manakah nyawa?” Mursyid menjawab soalanku dengan soalan.

Mataku membesar. Jiwaku rasa tertusuk. Perasaan apakah ini?

“Allah itu amat dekat dengan kita wahai Ruben. Dia adalah Pencipta kita. Yang paling memahami kita. Yang memenuhi hak-hak kita”

“Bagaimana dia boleh membahagikan masa pada ramai manusia di atas muka bumi ini? Aku tidak nampak logiknya” Aku masih ragu-ragu.

“Adakah Tuhan perlukan logik manusia? Dia itu Tuhan Ruben. Tuhan. Dia tidak terikat dengan hukum-hukum yang mengikat manusia serta makhluk-mahkluk lain”

Dia itu Tuhan Ruben… Dia itu Tuhan… Tuhan…

Aku rasa tertampar-tampar. Ya, apakah jika benda yang dipahat oleh manusia, boleh dikatakan sebagai Tuhan? Apakah yang memerlukan orang lain, boleh menjadi tuhan?

“Keistimewaan Islam, kami ada rasa hubungan yang dekat dengan Allah SWT. Dia ghaib, tapi kami beriman dengannya. Tanpa ragu. Menyebabkan kami sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa dan waktu dalam memenuhi amanahNya, dan meninggalkan laranganNya. Ini juga membuatkan kami tidak takut, tidak mudah berputus asa, dan tidak merasa lemah”

Aku tersengih sendirian.

Perbualan-perbualan dengan Mursyid, membuatkan aku banyak berfikir.
Adakah kepercayaan, hubungan dengan tuhan ini, menyebabkan mereka seperti apa yang aku nampak?
Tenang, kuat, mempunyai maruah dan setiasa berkeyakinan?

“Tidakkah Islam ini ideologi Muhammad bin Abdullah sahaja?”

Mursyid menggeleng. “Islam itu adalah daripada Allah SWT. Rahmat pada sekalian alam. Rasulullah SAW hanyalah manusia yang dihantar untuk menyampaikannya, dalam keadaan baginda menjadi contoh hidup sebagai bukti bahawa Islam itu mampu diimplementasikan manusia”

Hatiku bergetar.

Islam…

Allah…



******


Aku mengkaji dan mengkaji Al-Quran selepas perbualan dengan Mursyid tempoh hari. Mursyid yang menghadiahkanku Al-Quran terjemahan ke bahasa ibundaku sebagai hadiah semasa aku berpapasan dengannya.

“Di dalam Al-Quran ini, ada petunjuk”

“Aku bukan orang Islam”

“Tidak semestinya orang Islam sahaja yang perlu membaca Al-Quran”

Dan aku mula mengkaji. Perbincangan dan perbahasan dengan Mursyid tempoh hari membuatkan aku dahagakan kebenaran. Aku mula melihat betapa Islam ini adalah satu sistem hidup yang patut dijadikan panduan.

Aku yang awalnya mengkaji Al-Quran untuk mencari kelemahannya, kini tidak mampu lagi menahan perasaan hati yang akan bergetar hebat setiap kali membaca ayat-ayat yang dikatakan kalam tuhan itu.

Pertama kali mengkhatamkan terjemahannya, aku berkata di dalam jiwa:

“Ini bukan kalam manusia”

Semestinya. Aku tidak silap akan itu. Tiada kecacatan, malah pemilihan perkataan yang digunakan, adalah yang paling sesuai pada tempat yang hendak dinyatakan. Tiada percanggahan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Jika ada kekeliruan, sentiasa ada penjelasannya. Malah, satu sistem hidup yang cantik dapat dilihat daripada Al-Quran ini.

Aku jadi rasa tidak cukup, lantas aku mengkaji kehidupan Muhammad bin Abdullah. Aku selak hadith-hadithnya. Aku teliti perjalanan kehidupannya. Akhirnya aku tidak menjumpai apa yang dinamakan kecacatan.

Yang selama ini membuat tohmahan daripada kaumku, aku dapat merasakan mereka mempunyai niat yang busuk. Mereka sekadar memotong-motong juzu’ hidup Muhammad bin Abdullah ini, tanpa mengungkit pula bahagian lain yang mengimbangi tindakannya pada bahagian yang disebutkan tadi.

Yang ada hanya kebenaran.
Jiwaku seakan meronta-ronta.

Aku inginkan kebenaran!
Tuhan, apakah Kau membenarkan?
Sekarang aku mahu bukti yang terus daripada Tuhan yang bernama Allah ini.

Ya, aku ingin mencabarnya. Buktikan bahawa Dia benar. Aku tidak mahu mendengar kata orang lain. Aku tidak mahu bergantung pada buku. Aku sudah puas mengkaji. Sekarang, aku ingin Dia sendiri keluar membuktikannya kepadaku.


******


Aku duduk dikelilingi lilin. Sengaja kututup lampu bilikku, dan membiarkan tingkap terbuka. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan lilin itu meliang liuk. Aku membina satu medan yang dinamakan sebagai medan spiritual.

Aku percaya bahawa Allah itu ada di dimensi lain. Dan hendak memanggilNya keluar, aku kira perlu menggunakan cara ini.

Aku memegang Al-Quran, membaca-bacanya dalam bahasa arab mengikut ajaran Mursyid selama ini. Aku sudah boleh membaca Al-Quran dalam bahasa aslinya. Lebih menusuk, lebih memberikan kesan.

Sampai ke satu muka surat, aku berhenti. Aku mengambil nafas. Aku rasa sudah bersedia untuk memerhatikan tanda, keajaiban secara langsung daripada Allah SWT.

“Ya Allah!” Aku menjerit.
“Jika Engkau benar, maka berikan aku tanda!” Launganku keluar menerobos tingkap.

“Aku lihat Islam adalah agama yang baik, tetapi aku masih tidak cukup yakin. Sekarang, berikan aku tanda yang boleh membuatkan aku masuk ke dalam agamaMu ini!”

Sunyi. Sepi. Aku sendiri dan tiada apa-apa berlaku. Di dalam kepalaku, aku mengharapkan lilin-lilin tadi menjadi api marak menjulang, atau rumah ini bergegar, atau dinding roboh secara tiba-tiba, atau ada makhluk datang memberitahu aku itu dan ini.

Tetapi tetap tiada apa yang berlaku.

“Allah, ini peluang kau. Kalau tak, aku tak akan menerima Islam ini” Aku mengugut.
Aku hendak Allah muncul sendiri, atau paling kurang menunjukkan tanda.

“Bukankah Kau sangat berkuasa Ya Allah. Tunjukkan kekuasaan-Mu itu sekarang!”
Masih sunyi sepi. Yang menemaniku hanya desiran angin yang mask melalui tingkap.

Aku menggeleng. Mungkin Allah sibuk. Itu fikiranku.

“Tak mengapa. Aku masih memberikan Kau peluang. Aku akan tunggu petanda Kau di sini, dan Aku tidak akan berganjak!” Aku bersemangat dan bertegas.

Maka, aku memilih untuk menyambung pembacaan Al-Quranku tadi.
Kuselak muka surat sebelah untuk menyambung pembacaan.

Ayat itu kubaca.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” Surah Al-Baqarah ayat 164.

Dunia seakan menjadi terlalu sunyi. Aku seakan terserap ke dalam alam lain. Bulu romaku meremang naik. Tubuhku bergetar hebat. Pada pemikiranku mula muncul awan tanpa tali, bumi yang berputar pada paksi tetapi tiada yang menjadi paksinya, planet-planet yang bergerak dengan kemas di dalam orbit tanpa berlanggaran, kitaran hidup haiwan dan tumbuhan, kitaran air, kadar udara yang sangat-sangat sempurna, peredaran darah di dalam tubuh manusia, dan 1001 lagi kejadian yang menakjubkan yang berlaku dalam kehidupan manusia.

Air mataku mencucur.

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Aku sujud.

“Sesungguhnya aku naik saksi, tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu Utusan Allah”

Bulu romaku meremang. Air mataku turun tidak henti-henti. Allahhhhhhhhhh!!!!!!!!!!



******



Aku mengangkat kedua belah tanganku separas telinga, kemudian aku terkumat-kamit membaca Al-Fatihah dan ayat Al-Quran, kemudian aku mengangkat lagi kedua tanganku dan tunduk separuh tubuh, kemudian bangun semula dan sebentaar kemudian turun sujud. Kuulang semua itu sebanyak empat pusingan, kemudian kututup dengan menoleh kanan dan kiri sambil memberi salam.

Aku bertahmid, bertasbih dan bertakbir perlahan.

Tiba-tiba pehaku ditepuk lembut. Aku menoleh. Mursyid dengan senyuman manis. Aku membalas senyumannya.

“Mari ziarah ke rumahku petang ini” Mursyid mengajak.

Aku mengangguk. “Biar aku berdoa dahulu?”

“Baiklah” Mursyid kembali ke posisi duduk antara dua sujud.

Aku mengangkat tangan.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yang telah Kau berikan kepadaku”

READ MORE

BAGAIMANA MENGHARGAI MATA KITA?




Ketahuilah bahawa sepasang mata dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mempunyai banyak faedah sama ada di dunia mahupun di akhirat.



APAKAH FAEDAHNYA?

Antara faedah yang dinisbahkan kepada akhirat ialah memandang ke langit, matahari, bulan, bintang dan lain-lain agar anda dapat menjadikannya sebagai dalil dan bukti adanya Allah SWT, keesaanNya dan kekuasaanNya.

Antara faedahnya lagi ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu.

Sementara faedah yang dinisbahkan kepada dunia ialah melihat hasil usaha dan terlepas daripada sesuatu yang menyakitkan seperti jatuh dan berlaga



BAGAIMANA MENGHARGAI MATA?

Mensyukuri mata itu ialah memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu, lazimilah mengawasi mata anda daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram tersebut.

Kenapa?
Kerana Allah SWT ada berfirman di dalam surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, "Hendaklah mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat (sama ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)".

Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan rasa takut kita untuk melakukannya. Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam apa jua situasi.

 "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang".

Allah SWT menyuruh hambaNya supaya berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluannya daripada yang tidak halal.

Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hambaNya menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang wajarlah ia dimurkai dan diseksa.

"Menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka". 

Allah SWT mahu hambaNya memejamkan mata dan memelihara kemaluan untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan untuk memperbanyakkan lagi sesuatu amalan yang baik.

Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah SWT berfirman, "Sesungguh Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir mahupun batinnya". 

Allah SWT akan membalasnya apabila ia berkelakuan baik, pasti ia akan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan, pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat 19 :

"Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan".

Nabi SAW juga ada bersabda :

"Sesungguhnya memandang ke tempat yang elok (yang mengghairahkan) daripada tubuh badan perempuan itu umpama anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis (yang amat cepat merosakbinasakan seseorang).
Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana berasa takut kepada Allah Subhanallahu Taala, nescaya Allah Subhanallahu Taala mengurniakannya rasa kesedapan amal ibadat yang menggembirakannya (yang menyukakan hatinya)".

Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Hudzaifah RA dengan menghukumkan sanadnya itu adalah sohih.

Sabda Nabi SAW :

"Bagi setiap anak Adam (manusia) itu ada bahagianya daripada zina. Maka kedua-dua mata itu berzina dan berzina kedua-duanya. Memandang ke arah yang tidak harus (haram) dipandang. Dan kedua-dua tangan itu berzina dan berzina kedua-duanya menampar (menerkam) pada bahagian yang terlarang.
Dan kedua-dua kaki itu berzina dan berzina kedua-duanya berjalan ke tempat yang haram. Mulut itu berzina dan zinanya mengucup yang tidak halal dikucup. Hati itu yang ada keinginan dan cita-cita dan membenarkan yang sedemikian itu oleh kemaluan (faraj) untuk melakukan perbuatan zina atau mendustakannya (tercegah daripada keinginan untuk melakukannya)". 

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Baihaqi daripada Abi Hurairah RA. Hadis tersebut membuktikan bahawa punca berlakunya zina itu adalah daripada pandangan kedua-dua mata.






PESANAN UNTUK SI PEMILIK MATA

Melihat mata yang melihat.

Haruslah kita sentiasa melihat dan memerhatikan apa dilihat oleh mata. Sentiasalah mengawasi mata dengan memeliharanya dengan bersungguh-sungguh apa yang anda nanti-nantikan. Jika berlaku sesuatu perkara yang amat serius, jagalah mata itu dengan pengawasan yang rapi dan bersungguh-sungguh.

Mata itu adalah amanah Allah yang akan dipersolkan kelak. Jangan terkejut apabila mata kita bercakap kelak.

READ MORE

APA KAITAN POLITIK DENGAN KITA?



Sesungguhnya memang benar firman Allah SWT : "Dan tidak Kami utuskan kau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam". 

Inilah matlamat kedatangan Rasulullah SAW yang membawa risalah Islam untuk semua manusia. Islam bererti patuh dan tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu Muslim bererti orang yang patuh dan tunduk kepada Allah SWT.

Hanya Islam adalah agama di muka bumi ini kerana Islam sama sekali tidak sama dengan agama lain.  Apakah hujahnya?

Islam tidak mengasingkan ibadat dengan dunia. Islam tidak mengasingkan politik dengan agama. Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata-mata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. 

Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Buktinya pula?

Allah telah sebut di dalam Al-Quran : "Tidak kami abaikan Sesuatu pun di dalam Al Kitab’(Surah Al-An’am, 38).

Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan perkara duniawi dan ukhrawi.

Kerana apa?

Kerana ia adalah wahyu Allah SWT. Sudah tentu Pencipta manusia lebih bijaksana daripada manusia itu sendiri.

Analoginya?

"Pembuat jam sudah tentu lebih mengetahui mengenai komposisi jam itu, kelemahannya dan bagaimana untuk menggerakkannya daripada orang yang memakai jam tersebut. Begitu juga Allah SWT lebih tahu mengenai apa yang baik untuk manusia daripada manusia itu sendiri kerana Dialah yang menciptakan manusia. Allah sudah menentukan hanya cara hidup Islam sahaja yang menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat".

Kesimpulannya?

Oleh kerana itulah Islam melihat proses (politik) pentadbiran dan pengurusan diri yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah beri kuasa politik untuk mentadbir diri, keluarga dan masyarakat. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai sikap berpolitik yang sihat dan matang agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan .

Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT

"Kamulah sebaik-baik umat yangdilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah"

Jika anda menganggap politik itu kotor, anda silap. Politik itu tidak salah, orang yang berpolitik itu yang salah. Tidak bertanggungjawab dan mengotorkan sistem politik yang jauh tersimpang daripada Islam.

Analoginya?

Saya masih ingat satu ketika di tingkatan 3 sedang membaca surat khabar Harakah bahagian soal jawab bersama Timbalan Mursyidul PAS, Dato' Dr Harun Din, soalan dan isunya lebih kurang sama. Sampai sekarang saya masih ingat analogi "simple" yang diberikan beliau bahawa :

"Politik itu diibaratkan seperti tandas. Tandas yang baru siap pada permulaannya bersih tapi telah menjadi kotor dek sikap tidak bertanggungjawab pengguna tandas yang mengotorkannya sesuka hati"

Harap bolehlah faham. Bacaan selanjutnya (klik)

READ MORE

SAAT KAKI & TANGAN BERBICARA, MULUT TERKUNCI RAPAT



Apakah Ilmu Tasawuf?

Ringkasnya adalah ilmu untuk mengetahui perlakuan hati sama ada perlakuan yang terpuji seperti merendah diri dan sabar mahupun perlakuan yang tercela seperti hasad dengki dan besar diri.

Faedahnya?

Boleh mengosongkan hati daripada yang lain selain Allah SWT sahaja dan diperhiasinya dengan pandangan melihat kepada Tuhan sekalian alam.

Tempat Hantarannya?

Tempat hantarannya itu ialah hati manusia yang berupa pihak perlakuan yang datang kepadanya.

Hukum pula?

Hukumnya ialah fardu ain ke atas setiap orang yang berakal dan sudah cukup umur.
Tempat pengambilan ilmu ini daripada Al-Quran yang mulia dan hadis Nabi SAW.





PENTINGKAH ILMU TASAWUF?

Ia adalah ilmu menyuci bersihkan kesemua anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji agar hati menjadi suci bersih daripada segala sifat yang tercela.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesemua anggota yang zahir itu?

Ada 7 anggota jasad :

Pertama: Mata.
Kedua: Telinga.
Ketiga: Lidah.
Keempat: Perut.
Kelima: Kemaluan (faraj).
Keenam: Kedua-dua tangan.
Ketujuh: Kedua-dua kaki.


Bagaimana pula menyucikan kesemua anggota?

"Ingatilah selalu di dalam hatimu bahawa Allah SWT telah memberikan nikmat yang begitu banyak padamu yang berupa nikmat yang besar-besar iaitu keseluruhan anggotamu yang wajib dipelihara dan mensyukurinya. Jika anda enggan dan tidak menjaganya, pasti kesemua anggota anda tersebut akan menjadi saksi ke atasmu pada hari kiamat nanti".

Sebagaimana firman Allah Subhanallahu Taala dalam surah Yasin ayat 65 :

"Pada hari ini (hari kiamat) Kami (Allah SWT) menutup mulut mereka itu (menegahnya daripada bercakap) dan berbicara dengan Kami oleh tangan mereka dan menjadi saksi oleh kaki mereka tentang apa-apa yang telah mereka kerjakan (di dalam dunia)".(Yasin ayat: 65)

Jadi, setiap anggota akan bercakap tentang kejahatan yang telah mereka lakukan di dunia dahulu.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Fussilat ayat 2 :

"Kamu tidak dapat (di dalam dunia dahulu) menutupi (menyembunyikan dirimu ketika melakukon dosa dan kejahatan daripada menjadi saksi atas kamu oleh pendengaran telinga, penglihatan mata dan kulit-kulitmu terhadapmu".

Ketegasan ayat resebut mengingatkan kita bahawa manusia tidak dapat menyembunyikan dan menutup diri daripada saksi-saksi tersebut kecuali meninggalkan terus segala kejahatan itu.

Kenapa?

Kerana kesemuanya itu tidak akan bercerai dan berpisah daripada manusia pada setiap masa dan tempat selagi nyawa dikandung badan. Malaikat Raqib dan Atid 25 jam sentiasa berada di sisi, kiri dan kanan untuk mengawasi dan mencatat segala amalan kita.

Buktinya?

Sebahagian ulama' menjelaskan bahawa di antara malaikat ada yang bernama Raqib dan ‘Atid berdasarkan firman Allah SWT :

“Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf : 18)



KEIMANAN YANG KUAT


Dengan beriman dan percaya kepada Allah seseorang hamba mampu untuk istiqamah dalam usaha menyucikan jiwa (tazkiyatun nafs) dan kesemua anggota.

Sebagai contoh?

Seperti yang termaktub dalam rukun iman kedua : Beriman, percaya dan yakin akan kewujudan di sisi kita ada penjaga kiri dan kanan.

Padanya sentiasa berbekalkan buku dan qalam untuk menulis setiap tingkah laku kita. Perbuatan baik akan dinukilkan dalam buku “KANAN” manakala amalan jahat dicatat dengan sempurna dalam buku “KIRI”. Masing-masing adalah Malaikat Raqib dan Atid.

Cuma kita tidak sedar tentang keberadaan mereka di sisi kita setiap saat dan ketika. Inilah perkara ghaib , kita kena yakini dan percaya. Sebab ini bukti iman kita. Percaya kepada tentera Allah yakni “MALAIKAT”

Keimanan ini bukanlah kepercayaan kosong mahupun taqlid buta. Malah Allah telah berjanji setiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja.

Firman Allah SWT :

“Barangsiapa membawa amal yang baik, Maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat Maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)”. (Al-An’am: 160)



p/s : hanya sedikit perkongsian tentang ilmu tasawwuf yang saya baca. Maaf jika tak berapa menarik. Tak dapat menghayati penulisan sangat dek ketidakcukupan tidur selama 2 jam semalam. :(

READ MORE

SUNGGUH...AKU TAK MENYANGKA

Jom "UPDATE" diri dengan RABBANI. Kalau dah "EXPIRED", "INSTALL" yang baru.

Tatkala kita bekerja keras melihat Islam kembali subur menjadi ustaz kepada alam, terasa begitu sukar Perjalanan. Terasa begitu menginginkan keajaiban. Di situ lah kita harus kembali kepada sifat asas dakwah, iaitu rabbani

Rabbani itu apabila kita meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah, pada masa sama hubungan dengan Dia begitu rapat dan pembersihan hati daripada dosa dan maksiat dilakukan dengan begitu mujahadah. Dan apabila kerabbaniyan itu terbina secara hebat, maka yakinlah bantuan Allah akan tiba.

Itu teori.
Namun bukti terpampang di dalam Al-Quran dan sirah.

Bagaimana Nabi Musa AS berada di hujung daratan bersama pengikutnya apabila dikejar Firaun. Dan Allah memerintahkan agar baginda menghentak tanah, lantas laut merah terbelah dua.

Nah! Itulah bantuan yang tidak disangka-sangka!
Dan itu hanya terjadi apabila perjuangan dilaksanakan oleh Nabi Musa secara habis-habisan. Begitu juga dengan perang badar dan perang mu'tah yang dilihat lahiriah MUSTAHIL untuk tentera Islam menang. Namun disebabkan keimanan dan tawakkal yang begitu hebat, ditambah dengan pembersihan dan taubat yang dahsyat, maka Allah turunkan kemenangan!

Begitu juga kisah Talut dan Jalut yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah ayat 246-251. Tentera-tentera Talut yang ditapis dan ditapis dan akhirnya yang tinggal hanyalah mereka yang punya keimanan yang tinggi dan memuncak. Akhirnya kemenangan diperoleh hanya dengan lastik!

Yakinlah!

Al-Haq akan datang dan menang, dan Al-Batil akan tumpas dan berlalu pergi (Al-Israa':81). Tapi jangan dilupa beberapa ayat yang didahulukan sebelum ayat 81 ini. Ada tuntutan-tuntutan sebelum Al-Haq menang, iaitu solat dan tahajjud dan praktikal rabbani itu.

Syadid bukan?

Inilah prinsip kita yang ingin dalam menyampaikan Risalah dan meneruskan sunnah terbesar Ar-Rasul. Menjadi golongan kekasih Dia dan kekasih Ar-Rasul. Justeru kita perlukan bekalan yang banyak untuk memikul beban yang berat ini.

Analogi yang boleh diberikan :

"Kalau nak angkut benda yang berat perlukan pemberat dibelakangnya. Begitu juga kita yang ingin membawa amanah yang berat, sangat memerlukan bekalan yang banyak"

READ MORE

TAK PAYAH SOLAT, BAIK HATI SUDAH



Selalu orang cakap kalau tak solat robohlah agama. Apa maksudnya?
Kenapa begitu pula?
Sedangkan orang yang tak solat pun, hati mereka baik je. Malah, hidup mereka mewah, senang dan berjaya.
Hati pula terdetik "baik aku tak payah solat, sama je hidup aku dari dulu sampai skang, tak kaya-kaya pun."







SOLAT SEMPURNA PENGHAPUS DOSA

Solat adalah tiang agama. Solat juga adalah Rukun Islam kedua, yang wajib disempurnakan oleh setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya.

Bila kita perhatikan, banyak hadis Nabi Muhammad SAW yang menerangkan mengenai kepentingan solat wajib lima waktu sehari semalam.

Buktinya?

Antaranya Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bertanya kepada sahabatnya : "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa."

Jabir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi dalamnya lima kali sehari."

Analogi yang diberikan oleh Rasulullah cukup cerdik dan mudah.
Mudahkan?

Pada umumnya, air yang mengalir adalah bersih dan tidak kotor. Lebih-lebih lagi jika air di dalam sungai pasti  airnya mengalir dan ia akan lebih jernih dan bersih.

Mandi di dalam air sebersih itu pasti akan menghilangkan segala kekotoran yang ada pada tubuh. Ia membersihkan segala kekotoran itu.

Solat yang dikerjakan dengan memelihara segala rukunnya samalah dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa daripada segala dosa.


SOLAT PENCEGAH MAKSIAT

Abi Muslim At-Tighlibi meriwayatkan: "Sekali aku menemui Abu Umamah tatkala beliau berada dalam masjid.

“Aku bertanya sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardu, Allah mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat."

Jawabnya: “Demi Allah, aku mendengar perkataan itu daripada Rasulullah berkali-kali."




SOLAT UNTUK MENYEMBAH BUKAN MEMINTA


Persepsi masyarakat tentang solat sebagai tempat untuk meminta-minta sahaja kadangkala menjahanamkan kekhusyukkan solat diri sendiri. Solat yang didirikan dengan penuh keinsafan harus berkiblatkan dengan niat hanya semata-mata kerana Allah.

Apa maksudnya?

Maksudnya di sini, kita solat sebagai mengiktiraf, memperakui, meyakini, mempercayai sepenuh jiwa dan raga bahawa Allah sahajalah Tuhan kita yang layak disembah. Dan kita sebagai seorang hamba wajib menunaikan kewajipan yang Allah suruh dengan sembah Dia 5 kali sehari. Supaya kita sedar dan sentiasa beringat bahawa  setiap masa Allah sentiasa bersama kita.

Allah itu Maha Kreatif mencipta "solat 5 kali sehari" sebagai tawassul (pengantara) antara hamba dengan Tuhannya. Solat ini bagai "message" yang ditaip khas untuk kekasih yang kita puja untuk mengingatinya. Manakala doa yang diharuskan oleh Allah layaknya seperti panggilan "call" yang boleh dibuat di mana-mana sahaja, pada bila-bila waktu dan apa sahaja boleh disebut. 

Bila kita tidak solat, perkataan "baik" yang ada pada diri kita hanyalah seperti mekap yang ditempel ke muka. Apabila hujan turun basahlah mekap tersebut.

Analogi lagi. Faham ke?

Hanya dengan baik hati sahaja tidak cukup untuk seorang manusia menggelarkan dirinya sudah cukup baik. Apa bezanya seorang hamba yang beriman dengan baik hati? Persoalan yang akan mengerutkan dahi kita. Apa yang penting, hamba yang beriman walau diterjah dengan ujian yang sangat dahsyat, mereka tidak cepat melatah apa lagi untuk cepat berputus asa kepada Tuhan. 

Hati mereka tenang dan mudah dibuai dengan keasyikan irama Tuhannya. Lagu-lagu yang didendangkan dari kitab Al-Quran mencairkan hati yang keras dan alpa. Kadangkala pula air mata jatuh bercucuran apabila diingatkan tentang neraka dan syurga. Tidak hairan kita melihat mereka ini sanggup bersengkang mata di  sepertiga malam (bertahajjud) untuk ber"dating" dengan Kekasih hati.

Ya, Kekasih hati, yang pada mulanya mereka susah nak menghayati kewujudanNya, tetapi dengan kesabaran , pengharapan dan keimanan mereka sedar bahawa Kekasih hati inilah yang harus dipuja.

Itulah beza antara orang yang baik hati dengan orang beriman.

Bagaimana pula orang beriman dengan orang bertaqwa? Mudah je?

Bersambung.......... :)




MARI KITA RENUNGKAN 

Tanpa agama manusia binasa.
Tanpa ilmu manusia buta.
Tanpa iman manusia sengsara.
Tanpa ukhuwah manusia tersiksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina pekerti tinggi budi mulia. Seluruh dunia negara dan bangsa aman sentosa damai bahagia. Agama Islam agama yang suci. Mari bersama kita hayati untuk mendapat keredhaan Ilahi. Mudah-mudahan kita diberkati Tiada tuhan kecuali Allah Tuhan yang Esa lagi Pemurah Nabi Muhammad SAW utusan Allah. Hindarkanlah diri dari jalan yang salah, yakni jalan ke neraka. Kembalilah kita kepada Allah SWT. Dunia Akhirat pasti gembira. 

READ MORE

BUKAN HANYA SEKADAR SEMANGAT


Dunia ini adalah ciptaan Tuhan dan seluruh isinya termasuk manusia adalah ciptaanNya juga. Oleh itu siapa dapat menafikan bahawa dunia dan seluruh isinya adalah kepunyaan dan milik Tuhan. Manusia hanya menumpang sementara waktu di atas muka bumi ini.

Oleh yang demikian adalah tidak logik dan tidak masuk akal bahawa Allah yang bersifat Rahman (pemurah) kepada hamba-hambaNya, demi kebaikan dan keselamatan hambaNya tidak membuat peraturan untuk manusia hidup di bumi ini. Tentulah Allah membuat peraturan. Takkanlah manusia yang menumpang ini pula yang membuat peraturan.

Sebagai contoh, kalau kita duduk di rumah tumpangan, apakah kita yang berhak membuat peraturan dan menentukan disiplin atau yang empunya rumah itu yang berhak membuat peraturan dan disiplin?

Tentulah akal kita boleh menerima dan patut menerima yang punya rumah itulah yang berhak membuat peraturan. Kita yang menumpang tidak boleh memandai-mandai membuat peraturan di rumah tumpangan itu. Ertinya Allah jua yang berhak membuat peraturan di dunia dan bukannya manusia.

Setiap bangunan yang hendak dijadikan tempat orang menumpang seperti hotel, hospital, guest house, tidak pernah berlaku tuan punyanya tidak menetapkan peraturan. Demi keselamatan rumah itu bahkan demi keselamatan penumpang sudah tentu tuan punya rumah itu membuat peraturan.

Apatah lagi Tuhan Pencipta alam yang Maha Bijaksana yang sangat kasih terhadap hamba-hamba-Nya, demi keselamatan hamba-Nya sudah pasti Dia membuat peraturan. Tidak munasabah Tuhan mencipta makhluk-Nya tanpa peraturan dan undang-undang.


Tidak masuk akal, setelah makhluk dicipta kemudian Tuhan biarkan tanpa peraturan. Sedangkan manusia pun bila membuat sesuatu diadakan peraturannya.


ALLAH MENCIPTA PERATURAN KERANA KASIH

Demikian pula dalam perjalanan kehidupan ini, tidak ada yang ingin celaka, rosak binasa dan sengsara. Semuanya ingin sihat lahir dan batin, selamat dalam mencapai tujuan.

Agar perjalanan yang ditapaki lurus dan selamat, perlu dibuat sebuah peraturan yang mengikat setiap individu.

Tempat kembali apabila ditemukan perselisihan. Itulah syariat (hukum) yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dengan perantaraan NabiNya. Hukum yang bersumber dariNya adil dan bijaksana. Tidak memihak. Tidak seperti hukum buatan manusia. Ia bagaikan hukum pisau. Tumpul untuk kalangan atas, tajam untuk level grass root. Melukai rasa keadilan kaum dhu’afa dan mustadhafin (tertindas).
Allah mencipta peraturan, hukum dan undang-undang kerana kasihNya kepada hambaNya, supaya manusia tidak menyimpang juah daripada landasan kebaikan dan kebenaran.



TEGAKKAN HUKUM ISLAM DI DALAM DIRI

“Dirikanlah daulah Islam dalam jiwa kamu, nescaya akan tertegaklah ia di atas bumi kamu” -  Kata-kata keramat ini diambil daripada muqaddimah tulisan Al- Marhum Ustaz Fathi Yakan yang bertajuk "bahtera penyelamat dalam kehidupan duat".

Ucapan ini pernah diucapkan oleh Hassan Hudhaibi, salah seorang mursyidul am dalam satu gerakan Islam yang masyhur- Ikwanul muslimin. Kiranya ungkapan ini perlu diperingatkan semula kepada mereka yang mendukung dan menyokong gerakan Islam.




SEMANGAT TANPA KEFAHAMAN


Contoh. Kita semangat pergi dengar ceramah politik nak bina Negara Islam. Takbir kuat dah. Alhamdulillah. Tapi sayang! Masa angkat tangan nak takbir rokok terselit di celah jari! Apa benda ni? 
Contoh lagi. Kita dok sibuk bini pemimpin negara tak tutup aurat tapi bini kita pun tak tutup aurat juga.
Contoh lain, Kita semangat bertakbir "Allahuakhbar!" ketika demonstrasi aman di jalan raya, tetapi semangat takbir tersebut hilang kerana tidak terkesan di jiwa dengan mengamalkan pemujian kebesaran Allah dalam kehidupan seharian. 
Contoh keempat. Kita rajin pergi ke kuliah-kuliah agama, tak pernah miss kuliah maghrib. Tapi susah bebeno nak jaga solat suboh berjemaah, solat wajib yang lain pula kadangkala dilaksanakan tidak di awal waktu.

Solat berjemaah adalah perkara paling asas yang perlu dititik beratkan oleh mereka yang nak perjuangkan Islam. Di mana kita masa azan dilaungkan? Bukankah Nabi SAW sebut :

"Ditanya kepada  Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih


Kita kena muhasabah balik. Praktik Islam yang kita boleh buat bagi diri sendiri dahulu.. Kalau tak dapat perintah Negara maka perintah dulu keluarga kita.

Tegakkan Islam dalam keluarga. Pastikan wanita tutup aurat. Para lelaki solat jamaah di masjid. Adab kehidupan yang islami perlu ditegakkan. Pastikan suasana rumah bersih dari sarang lagha (melalaikan dan tidak berfaedah).

Payah sangatkah?




READ MORE

SAAT KAU SENTUH HATIKU



"Uwekkkk!!! Uweeekkkkkkkkkkkkkk!! Uweeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!" Tidak sampai 5 minit badan aku berjaya dikeluarkan daripada sebuah kantung berdarah, badan aku dilap dan dibungkus.

Seterusnya, aku mendengar suara garau mendendangkan gemersik azan di telinga kecilku. Hatiku tersentap dengan kalimah-kalimah yang dibisikkan. Aku tidak mengerti bacaannya tetapi bisa aku tenang mendengarnya. Hatiku tersentuh! Esakan aku tiba-tiba berhenti tetapi jantungku berdebar-debar seperti ada roh baru menyelinap ke saluran darahku.

Telah kusedari, itulah detik paling bersejarah dalam kehidupanku. Tanggal 31 Mei 1988 di mana aku telah dilamar sebagai seorang kekasih. Hatiku telah tersentuh dengan izinNya. Dia telah memilih aku sebagai ummat akhir zaman Nabi Muhammad SAW



KESAKSIAN HAMBAMU

Syahadah merupakan satu kalimah penyaksian, di mana ketika mengucap syahadah ini, kita mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ketika di alam rahim, kita semua telah membuat satu penyaksian, cuma apabila kita telah transit di alam dunia inilah, anak-anak yang diibaratkan sehelai kain putih suci lagi bersih bakal dicorakkan oleh ibu bapa.

Setiap kelahiran di dunia ini, lahir dalam fitrah Islamiyyah. Ibu bapa yang akan mencorak sama ada anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Apabila anak-anak tiba di alam dunia, maka bermulalah pengukuhan syahadah itu melalui laungan azan atau iqamat yang akan dibacakan oleh si ayah.




NUR SYAHADAH : SUATU PERJALANAN MENGENALI DIRIKU DAN DIRIMU JUA

Apabila kita melafazkan kalimah tauhid, syahadah itu akan datang sekali dengan tanggungjawab terhadap pengakuan yang dilakukan. Andai disorot kembali sirah sahabat-sahabat Nabi, bila saja mengucapkan kalimah syahadah, maka apa yang berlaku kepada mereka?

Apakah mereka hanya sekadar lafaz dan berpeluk tubuh?
Tidak. Hidup mereka berubah!

Hanya dengan satu lafaz syahadah, dunia bagai mahu kiamat. Gunung berapi bagai mahu meletup! Seolah-olah perang dunia ketiga bakal meletus.

Cuba kita lihat, apabila Bilal bin Rabah RA memeluk Islam, apa yang berlaku? Dia sanggup diseksa dengan dasyat sekali, diletak batu besar atas badan di tengah-tengah panas, diseret di atas batu-batu pasir yang panas membahang. Titik hidup dia berubah bila dia melafazkan syahadah. 

Ada apa dengan syahadah?

Sehinggakan apabila Saidina Abu Bakar As-siddiq RA mahu membeli Bilal yang pada masa itu masih seorang hamba, dia sanggup menawarkan hampir seluruh hartanya untuk membeli Bilal kerana dia tahu syahadah itu lebih mahal dan lebih tinggi nilainya.

Kita lihat pula sahabat Nabi yang bernama, Mus’ab bin Umair RA , yang dahulunya seorang yang sangat-sangat kaya. Kalau tengok dia, pakaian dialah yang termahal sekali antara orang lain, pewangi yang dipakai, memang tiada siapa yang boleh tandingi Mus’ab. Itu nak menunjukkan betapa kayanya dia sampai jarang orang miliki barang yang dia miliki.

Tapi hidup dia berubah dengan satu syahadah. Bila dia dah ucap syahadah, dia tak duduk diam. Dia pergi ke Madinah, sebarkan pasal Islam. Hampir semua pintu rumah diketuknya. Diceritakan hampir seluruh penduduk
Madinah memeluk Islam kerana dia. Sememangnya sahabat-sahabat Nabi dulu, bila dapat satu ayat, dia tak akan simpan. Dia akan terus sebarkan.

Kenapa dia boleh jadi begitu? Sebab mereka tahu, setakat mengaku, mengucap syahadah itu belum cukup, tapi harus dibuktikan dengan menyebarkan dan menerangkan kepada orang lain tentang kebenaran hukum Allah. Sahabat-sahabat Nabi, bila saja mendengar sepotong ayat Quran, mereka tak pernah simpan. Terus disebar-sebarkan. 

Bagaimana pula dengan kita?
Sudahlah islam yang kita anuti ini adalah warisan turun temurun daripada nenek moyang, sanggupkah kita hanya bergelar islam hanya pada nama? Islam hanya pada IC?


Menurut Syeikh Abdul Al-‘Ala Al Mardudi, seorang pejuang yang mahu mebina Negara Islam di India, katanya dalam satu ucapan :

"Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama (cara hidup) kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar ( pengakuan bahawa Tiada Tuhan yang tayak disembah selain Allah dan Muhammad utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja melafazkan syahadah ini. 

Perlu difikirkan, apa yang perlu kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini?





READ MORE

MENYEMBAH ALLAH atau LAILATULQADAR?




“Aku rasa macam malam tadi lah”
“Ish, mana ada. Takkan malam  tadi”
“A’ah la, ko ni memandai je lah”


DURIAN RUNTUH?

 “Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” (Al-qadr, ayat 1-5)



Ramai orang mencari-cari malam Al-Qadr ini. Mahu ibadahnya dikira seperti beribadah lebih dari 1000 bulan seperti yang diumumkan oleh Allah swt. Maka bermacamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini.
Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat ibadah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian. Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, membuat pengiraan matematik, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr untuk tahun ini dan tahun mendatang.
Macam-macam. Mungkin kita daripada sebahagian dari yang banyak-banyak berusaha itu.
Jadi, setakat hari ini. Sahabat dah jumpa Lailatulqadar? Atau hanya menanti sahaja?



PERSEPSI NEGATIF
 “Betul la. Semalam lailatul qadar. Aku dapat rasa. Tak caya tanya mamat”
“Yelah, aku dapat rasa "sesuatu". Tak sama dengan hari biasa”
“eh, ko ni merepek. tak kan lah!”

Satu pihak menidakkan. Satu pihak lagi mengiyakan.
Menidakkan kerana pada malam itu tidak bangkit, tidak bersungguh-sungguh beribadah pada malam  itu.
Mengiyakan kerana pada malam itu terbangkit tetapi berkemungkinan hari lain tidak bangkit. Jadi hari yang terbangkit, itulah lailatulqadar. Hari yang tak bangkit, itu bukan lailatulqadar.


MENCARI atau MENANTI?
“Menyesal aku makan banyak sangat time berbuke. Tu yang liat sangat bangun malam. ”
“Adoi...kenapalah aku tak kunci jam ni”
“Mah!  Nape ko tak kejutkan aku bangun sahur ha?”
“Gile...macam mane aku leh terlajak suboh gajah nie?”

Macam-macam  Mungkin akan terlintas dalam hati kita yang terlepas lailatulqadar kan?
Sebenarnya, lailatulqadar bukan  kita perlu  tunggu-tunggu atau menanti. Maksudnya, kita tidak sepatutnya menunggu dan mencari-cari tandanya, barulah beribadah.  Jika begitu lagaknya, yang kita sembah adalah lailatulqadar, bukan Allah swt.
Berfikir. Tentu ada hikmah kenapa Allah tidak nyatakan secara spesifik bila dan masa malam yang penuh barakah ini. Yakni, dalam hal lain, sama sepertinya mengapa Allah tidak memberitahu bilakah kita akan mati.


Sebabnya....



 “…Untuk melihat, siapakah antara kamu yang terbaik amalannya…” (Al-Mulk ayat 2)


LAILATULQADAR: LUCKYDRAW
“Loh. Lailatulqadar ni macam luck je. Kalo dapat, dapat. Kalo tak dapat, sudah le”
“Eh. Bukan rezeki Allah nak bagi mana yang Dia suke ke?”
Sebenarnya, lailatulqadar adalah salah satu daripada rezeki-rezeki Allah swt kepada hambaNya yang TERPILIH.
Terpilih bukan bermakna good luck
Tidak terpilih bukan bermakna bad luck

Tetapi terpilih kerana kesungguhnnya, terpilih kerana mungkin ada amalnya yang terangkat di sisi Allah, terpilih kerana dia memang meminta kepada Allah swt dengan penuh KEIKHLASAN dan KECINTAAN.

Agak-agak, adakah gandaan pahala, gandaan amal yang lebih baik dari 1000 bulan itu, Allah akan bagi pada kita, dalam keadaan kita ini lalai kepada-Nya? Dalam keadaan kita ini jauh daripada-Nya? Dalam keadaan kita ini tidak bersungguh-sungguh langsung mendekati-Nya?


SALAH BERDOA 
Siapakah antara kita yang berdoa:
 “Ya Allah, berikanlah aku rezeki dapat beribadah pada malam lailatul qadar”
“Ya Allah, Kau temukanlah aku pada malam lailatul qadar pada Ramadhan kali ini”
Sekadar berjumpa, memang semua kita akan berjumpa dengan lailatul qadar. InsyaAllah tak akan miss punya, melainkan kita tidur dari lepas asar sampai pukul 7.00 pagi esoknya, setiap hari, pada 10 malam terakhir.
Tapi masalahnya, siapa yang diizinkan Allah, dipilih oleh Allah SWT untuk beribadah, memohon apa yang ingin dipohon, pada malam yang mulia ini?
Inilah ruginya orang yang tidak bersungguh-sungguh sejak dari awal Ramadhan lagi. Yang dia tahu, menunggu 10 malam terakhir. Tapi bila tiba 10 malam terakhir, dia tetap tidak mampu bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana dia telah lemah selama 20 hari. Mustahil orang yang tidak pernah makan nasi, boleh makan nasi sebanyak 10 pinggan dalam masa sejam!




MENYEMBAH LAILATULQADAR
 “Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi kalau malam lailatul qadar tu tertido , sia-sia jugak”
Mungkin?
Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Bukankah orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak dan faham, terang jelas dan nyata,  kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh.
Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadar, mengharap redha malam itu kepadanya.

Dan jangan kita pandang rendah rahmat Allah swt kepada orang yang berusaha mendekatiNya dengan bersungguh-sungguh. Percayalah, bahawa Allah swt tidak akan dan tidak pernah sesekali mensia-siakan hambaNya yang bersungguh-sungguh. Orang yang bersungguh-sungguh, pastinya hanya Allah akan berikan yang terbaik untukNya.

Kalau tak dapat lailatul qadar, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira cukup bagus? Cukup bernilai?
Kalau dapat lailatul qadar, malam-malam berikutnya tidak bangun qiam. Apa nilainya? Kualiti ibadah pula semakin surut dek teruja sudah mendapat pahala 1000 beribadah.
Padahal bukanlah lailatul qadar itu yang memberikan pahala. Bahkan Allah jualah yang memberikan pahala kepada kita.

Kita masih ada sisa berbaki Ramadhan. Masih sempat perbaiki niat, perbaiki matlamat untuk kita raih redha dan pengampunan Allah swt dalam Ramadhan ini. Mungkin kita terlepas lailatul qadr pada malam 21 atau 23. Tapi pengampunan dan redha Allah itu masih terbuka.
Mari kita bersungguh-sungguh, mendekatiNya, meminta agar Dia membenarkan kita menjadi hambaNya yang terbaik! Yang soleh dan solehah! Bersungguh dan bersemangat dalam beribadah untuk mencapai cinta Allah swt



READ MORE

THE MOST POPULAR POST