TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

Showing posts with label JEMAAH. Show all posts
Showing posts with label JEMAAH. Show all posts

ZINA HATI YANG ISLAMIK ROMANTIK



Bila melayari Facebook, kita selalu disajikan dengan tatapan gambar-gambar perkahwinan sama ada sahabat kita sendiri mahu pun kenalan di Facebook. Terkadang kita keliru.

Ini gambar perkahwinan atau pun pertunangan?

Mana taknya, kalau berkahwin kenapa kita tidak dijemput bersama? Kalau bertunang mengapa harus ditayangkan kepada umum? Padahal yang melakukannya bukan orang sebarangan. Ahli jemaah sendiri. Orang berfikrah islami pula.

Tidakkah tindakan mereka ini berisiko tinggi? Apakah pesanan Rasulullah SAW?
Tidakkah mereka belajar cara islam? Apa yang telah islam gariskan dalam bab ini?

Pertunangan adalah suatu komitmen yang BELUM PASTI. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu TIDAK dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil. - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri. Mereka perlu bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup. Selama-lamanya sampai mati.



ZINA HATI YANG ISLAMIK ROMANTIK

Bagi ana, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga hubungan yang belum pasti ini tetapi terperangkap dalam masalah hati atau kita panggil zina hati yang "Islamik Romantik". Berbau islam, tetapi membawa kepada masalah hati yang parah.

Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan besederhana. Ana pasti, InsyaAllah kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, dengan izin Allah prosesnya akan tenang sahaja.


Melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya elakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar "urgent" dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang. Seperti ke rumah dengan ibu bapa atau melalui orang tengah.

Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self improvement. Sebab ramai yang asyik masyuk dalam alam bertunang terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga.


Mungkin bagi sesetengah individu, banyak cabaran semasa bertunang. Setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah beri. Usah difikir banyak, tidak perlu melayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang. Berhubung, minimakan seminimanya.

InsyaAllah, tiada resah gelisah. Tiada masalah.

Berkahwin cuma sekadar satu wasilah. Cinta bukan segalanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang sohih dan barakah akan menimbulkan cinta wajar selepas perkahwinan.

Untuk para daie, jagalah agamamu di mana sahaja kalian berada. Jadikan perkara ini sebagai sesuatu yang wajib kerana "beban" dakwah tergalas kemas di bahu kita. Jika kita tidak menjaga amanah ini, siapa lagi. Usahlah menayangkan benda yang tidak sepatutnya di ruangan umum. Juga elakkanlah gambar perkahwinan yang melebih-lebih. Cukup sekadar makluman.

Sekali lagi.

Jagalah agamamu. Maka Allah akan menjaga kebajikanmu dan mempermudahkan urusanmu.

READ MORE

BERSALAM DENGAN NAFSU


BERSALAM TANPA NAFSU

Kadang-kadang kita sendiri pernah terasa betapa hilangnya nafsu ketika bersalam sesama sahabat sejemaah. Inikan pula ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid. Mungkin kita ada tertanya mengapa perlu bersalam sesama kita? Mengapa perlu bersalam selepas solat jika adabnya tiada?

Kita tertanya.

Mengapa tapak tangan itu umpama kulit ikan yang telah mati?
Rasa genggamannya begitu longgar bagai acuh tidak acuh untuk bersalam?
Wajahnya umpama keldai yang tidak tahu senyum.
Mengapa ketika bersalam bagai tidak merasa apa-apa aura?

Tangan bersentuh sesaat cuma. Namun, apa yang ingin diberikan melalui jabatan tangan?
Mengapa wajah-wajah yang ingin dimesrai begitu kosong dan menghampakan?
Mengapa pandangan mata itu umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya?
Mengapa tidak renungan mesra yang meresap ke dalam hati?

Jika begitu, apa gunanya bersusah-payah menyambut salam?
Dan mengapa ada yang bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keldai yang sedemikian?
Dan terkadang, hanya ada huluran tangan sedang mata dan wajah melilau ke arah lain.

Sedarkah?

Sedarkah bahawa tangan yang dihulur dengan genggaman tangan yang erat adalah dengan renungan menjalin ukhwah yang hadir dari hati yang penuh ikhlas? Tapi mengapa ukhwah itu bagai tiada nafsu hatta ahli sejemaah pun? Hatta kita solat berjemaah bersama-sama.

Tidakkah kita tahu bahawa ukhwah sesama ahli adalah antara kunci kekuatan jemaah kita? Bagaimana pula solat berjemaah itu mampu menyatukan umat islam jika tiada aliran cas-cas positif ukhwah untuk dikongsi bersama?

Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah?



ADAB BERUKHWAH

Tergabungnya kita dalam kelompok jemaah ini adalah mengharapkan sesuatu. Sesuatu itu dinamakan (sakinah) ketenangan dan kemanisan jemaah. Ikatan ukhwah mahabbah fillah hanya akan terbina apabila akhlak yang mulia terpamer. Justeru kita digesa agar benar-benar mengamalkan dan mentarbiyah diri dengan budaya ahklak yang mulia.

“Allah SWT mempunyai bejana bumi ini iaitu HATI. HATI yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut kepada saudaranya” - Saidina Ali.

Adalah perlu kita sedari sejauh mana kejayaan kita sebagai manusia adalah bergantung kepada kejayaan kita membentuk akhlak yang mulia. Setinggi-tinggi pencapai yang kita kecapi akan gugur dan jatuh nilainya sekiranya tidak berpaksi berpasakkan kepada ketinggian akhlak dan budi. Dan tidak di lihat Allah SWT.

“Sesugguhnya semulia-mulia kamu kamu di pandangan Allah ialah orang paling bertaqwa di kalangan kamu”Al-Hujurat : 13"

Dan sebenarnya taqwa itu sendiri adalah pengukur akhlak yang paling tepat. Taqwa itulah yang membuahkan kemanisan berukhwah. Taqwa itulah yang mengajar adab berukwah sekalipun cara bersalam menurut islam.

Kita sama-sama bergerak kerja atas nama dakwah.
Kita sama-sama solat berjamaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa tidak kita akhiri detik ahkir keberadaan kita di masjid dengan salam perpisahan penuh kemesraan sebagai saudara seagama, saudara sejamaah?

Mungkin nampak mudah tetapi dari salam itulah bermulanya tautan hati. Cuba fikirkan kembali, mengapa Allah suruh kita bersalam seusai solat berjemaah. Mengapa Allah suruh kita berjabat tangan ketika bertemu dan berpisah?

Yahudi pernah bersumpah untuk menjatuhkan umat islam. Tapi bagaimana kita ingin menentang yahudi jika ukhwah kita tidak sekuat mana?

READ MORE

MOTIVASI : DILEMA AHLI JEMAAH


"Enta kenapa lambat datang meeting? Kami dah lama bersidang. Enta perlu ingat bukan enta je yang sibuk. Enta seorang pemimpin perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab. Jangan curi masa orang lain kali!"

Berdesing telinga Hasan bila dimarah ketuanya. Bukan dia sengaja pun datang lambat ke meeting. Hujan lebat dan kredit sudah habis. Tak sempat pula nak sms awal.

"Ana minta maaf ya akhi. Ana tak sengaja. InsyaAllah lain kali ana tak buat lagi".

Meeting diteruskan. Namun masih ada mata-mata tidak puas hati merenung tajam ke mata Hasan. Bukan terpesona tetapi ada sekelumit sifat syaitan yang disuntik. Rasa dendam dan tidak puas hati. Bukan sekali dua Hasan lambat ke meeting!



*************************


"Hasan...boleh ana bercakap dengan enta sekejap?" Seusai meeting Najib merapati tubuhku sambil tangannya diletakkan ke bahu kiriku dengan sentuhan lembut.

Aku senang diperlalukan begitu lalu menyambutnya dengan sekuntum senyuman.

"Kita sering memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan setiap hari. Tapi kita tidak sedar bahawa Allah selalu mempermudahkan urusan kita. Kita yang selalu menyusahkan segalanya."

"Bait-bait ini selalu ana ulang ingat. Kerap ana fikirkan tentang logiknya kerana ana berdoa atas sesuatu yang belum pasti, maka selayaknya ana berharap yang urusan itu dipermudahkan.

Di dalam apa jua urusan sama ada peperiksaan, perkahwinan, pembelajaran mahu pun berorganisasi kita perlu mengambil sikap berhati-hati. Memang kita tidak sedar dan kita tidak sengaja untuk menzalimi hak orang lain. Tetapi kita punya banyak pilihan. Kita boleh pilih mana sahaja pilihan yang kita suka.

Sepertinya seorang hamba yang berhajat untuk menjaga hablum minannas dan tunjangnya ingin melamar redha Yang Esa. Maka lihatlah apa yang disampaikan, jangan dilihat pada diri yang menyampaikan. Jika baik ambillah, jika salah bicaralah secara beriman.

"Asif ya akhi. Ana tahu banyak sungguh kekurangan diri ini. Ana sudah banyak berdosa dengan antum semua.  Tidak kisahlah ana lambat datang meeting sekali dua atau banyak kali, ana tetap berlaku tidak adil dengan antum. Antum sudah banyak bersabar dengan ana. Antum sudah banyak berhusnuzon dengan ana."

"Walaupun ana punya bermacam sebab musabab yang sohih lagi jitu. Ana tidak patut buat sahabat sebegini. Ana sedang mengikis kepercayaan antum, para dai'e dan masyarakat tentang imej seorang pejuang islam. Ana jahat enta! Ana jahat!"

Najib merenung dalam anak mataku mencari sebuah kekuatan untuk memotivasi diriku yang kian lemah dan leka. Aku sudah lama bersahabat dengannya. Tentu sahaja dia serasi dengan sikapku.

"Enta, bila kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah akan tolong kita, mungkin ada yang mengata bermacam-macam tentang diri enta. Tapi yakinlah Allah telah sediakan jalan untuk kita. Kita terpilih untuk berada di jalan ini bukan untuk populariti, pangkat dan duit. Tapi kita punya satu tanggungjwb yang cukup besar.Amanah!

Dalam keterpaksaan juga melahirkan keikhlasan. Mula-mula memang rasa susah. Atau pun bila sudah selesa bermacam pula ujian yang datang. Tapi siapa kita untuk menilai? Penilaian Allah itulah yang penting. Allah sahajalah yang berhak menentukan kita layak atau tidak. Bukan diri kita. Bukan orang lain. Yakinlah pada diri  kita sendiri."


Terakhirnya ya akhi, suka untuk ana ulang sekali lagi kata-kata motivasi yang datang daripada Allah sendiri. Simple tetapi cukup menusuk. Pejamkan mata enta. Dan lahirkan sebuah rasa kehambaan yang paling mendalam. Bukan sahaja enta bersemangat semula, bangkit semula. Malah diri enta sendiri akan terdisplin dengan masa dan dakwah. InsyaAllah. Istiqamahlah enta dengan prinsip kemuliaan seorang dai'e.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [Muhammad 47 :7]

READ MORE

BENARKAH KITA BERKAWAN KERANA ALLAH?



Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Jika dia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia boleh mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Tetapi jika dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana merasa senang berkawan dengannya. Dan dadanya terasa lapang bila duduk bersama-sama maka cinta serupa itu adalah cinta tabi', cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak lari daripada kebaikan.

Dalam satu kisah pula, hasil nukilan Imam al-Nawawi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa'ie, Baginda berkata kepada salah seorang sahabat yang bernama Mu'az bin Jabal :

"Ya Mu'az demi Allah, sesungguhnya aku mengasihimu. Kemudian aku ingin berpesan kepadamu, jangan engkau lupa untuk membaca selepas solat doa berikut (yang bermaksud) ;" Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan mengelokkan ibadah untuk-Mu".

Lihat bagaimana Rasulullah SAW sendiri memberitahu Mu'az tentang kasih baginda sebagai seorang sahabat. Kemudian setelah itu baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan memberi pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat.

Itulah sikap seorang sahabat yang ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!

Ana sayang sahabat ana kerana Allah.
Kita berkawan. Kita bersahabat kerana Allah.

READ MORE

DIA PEMUDA YANG PALING BERSEMANGAT!



Dai'e ibarat tiram di laut. Dihiris pepasir tercalarlah ia. Sungguhpun terluka tetapi dipendam. Sungguhpun pedih tapi tetap disimpan. Namun akhirnya dibalas mutiara berharga. Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah. Menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit iman dan Taqwa dan sedar dirinya bertuhankan Allah.

Mengambil ibrah sirah. Betapa kegilaan pemuda bertubuh Mus'ab Umair menjadi contoh para dai'e dalam meneruskan agenda menegakkan syiar islam di bumi Allah.

Bagaimana semangat pejuangnya mengajak manusia berusrah?
Bagaimana pengorbanannya tanpa mengira masa, tenaga dan wang yang dilaburkan?
Bagaimana istiqamahnya di jalan dakwah?

Setelah lama islam bergerak. Gerakan menyebarkan islam  makin berkembang. Kiita dahulunya hanyalah satu entiti kecil. Kemudian perlahan-lahan kita membesar, kita berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Bila kita membesar dan terus membesar, kadang-kadang kita jadi cair, kuantiti mengurangkan kualiti, kualiti tenggelam di sebalik timbunan kuantiti. Bahkan kadang-kadang kita hilang jati diri kerana kualiti yang semakin mencair.

Para daie perlu muhasabah.

Tidak ada salahnya membesar, tetapi yang paling penting ialah kita mesti memfokuskan destinasi dan hala tuju kita. Lebarkan sayap, tetapi kita mesti fokus pada halatuju yang satu.

Apakah hala tujukita?

Halatuju kita ialah Mardhatillah.

Firman Allah di dalam surah Al Bayyinah ayat 7 hingga 8 : “Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga A’dn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya.”

Firman Allah lagi di dalam surah Al-Fajr ayat 27 hingga 30 : "Wahai jiwa yang tenang!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.”

Saban hari pula kita berdoa, “Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina azabannar”.

Bukankah keredaan Allah yang kita cari?

Namun mardhatillah itu sangat luas, maka kita selaku orang-orang yang Allah beri kelebihan melalui ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi, kita kecilkanlah skop mardhatillah itu bersesuaian dengan kemahiran yang kita ada.

Maka objektif kita tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengumpul dan mengajak manusia seramai yang mungkin agar bertaqwa kepada Allah. Dan kita menggunakan kemahiran ilmu untuk menyeru manusia takutkan Allah, mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan-Nya

Di dalam jangka masa pendek ini para dai'e perlu mengembalikan semula kualiti yang sedang cair. Yang mana puncanya adalah kerana semakin dinginnya proses Tarbiyyah. Untuk itu kita perlu menghangatkan kembali kedinginan tarbiyyah.

Antara langkah yang perlu dititikberatkan dengan menghidupkan usrah bulanan di kalangan dai'e mahupun secara online. Dengan itu mudah-mudahan proses tarbiyyah ini dapat membantu merungkai kecairan yang menimpa kita selama ini.

Renungilah.

Untuk sebuah kapal berjaya meredah lautan yang luas, ianya memerlukan kerjasama sepenuhnya di antara anak-anak kapal dan nakhodanya. Kita perlu kepada kesatuan yang kukuh, bahu-membahu, bertolong-bantu dengan ikhlas. Arahan perlu diberi dengan ketaqwaan dan didengar dengan ketaqwaan. Hendaklah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dan hidup berpandukan alQuran dan sunah Nabi Muhammad SAW.

Hangatkan kembali kedinginan tarbiyyah.

READ MORE

MENGAPA PERLU BERJEMAAH?



Ramai orang tertanya-tanya mengapa perlu terlibat kepada persatuan? Berintima’ kepada jemaah? Atau menjadi organisasi dakwah?

Analogi.

Situasinya sama ketika membeli insurans. Secara praktikalnya, insurans ini menaja lapisan-lapisan perlindungan yang hanya didapati apabila seseorang itu berada dalam organisasi dakwah.

Inilah kelebihannya.

Lapisan perlindungan ini mempunyai 2 benteng utama. Benteng pertama berada paling luar dan paling luas. Itulah dia HUBUNGAN manusia dengan organisasi dakwah berserta isinya.

Benteng kedua pula adalah benteng terakhir, lebih kecil daripada benteng pertama. Itulah dia diri manusia itu sendiri bersama dengan KOMITMEN dakwah dan tarbiyyahnya.

Berbicara tentang benteng ini, sangat sangat penting untuk kita fahami bahawa kedua-dua benteng ini amat berkait rapat. Andai rosak dan cacat salah satu daripadanya akan memberi impak kepada yang satu lagi.

Benteng pertama, iaitu hubungan manusia dengan organisasi dakwahnya berserta isinya. Isinya di sini merujuk kepada muslimin dan muslimat yang bersama menjadi penggerak kepada organisasi dakwah tersebut.

Keselamatan pada benteng ini bergantung kepada sejauh mana komitmen seseorang kepada aktiviti dakwah dan tarbiyyahnya. Ini termasuklah usrah, liqa’, rehlah, tamrin, mabit, khatibah, qiyam, aktiviti umum, khusus dan sebagainya.

Peleraian daripada program-program tarbiyyah dan dakwah akan meletakkan seseorang dalam situasi merbahaya, kerana dia dengan mudahnya akan terdedah kepada hasutan syaitan dan jatuh ke dalam gaung dunia yang dalam.

Hal-hal ini berlaku kerana kesibukan mengejar kelazatan dunia tanpa mengimani Pemiliknya dan memahami tuntutanNya, ataupun dia ditarik oleh hawa nafsu yang berkehendakkan bukan kepada ketundukan mutlak kepada Allah SWT.

Antara impak perkara ini, akan merengganglah hubungan ukhwah di antara individu. Alasan demi alasan dicipta untuk mengelak dirinya daripada terlibat secara langsung dalam mana-mana aktiviti tarbiyyah mahupun dakwah.

Pertemuan dalam liqa’ adalah antara medium yang membantu untuk meneguhkan semula kaki-kaki untuk terus berdiri tegap dan teguh di atas jalan risalah ini. Sekali-sekala tidak dapat hadir kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan mungkin biasa. Namun kekerapan ketidakhadiran kerana ketersengajaan adalah luar biasa.

Dengan begitu, akan memahitkan manisnya liqa’ pada hati seseorang, lalu dia tidak lagi mampu untuk komited menghadiri pertemuan rohaninya yang mana ukhwah juga terjalin dalamnya.

Andai benteng pertahanan terakhir ini seseorang tidak mampu untuk pertahankan, maka akan berlakulah kerosakan dan kelemahan pada benteng tersebut. Apabila hatinya bukan lagi untuk risalah dakwah ini, maka dia akan mencicirkan (futur) dirinya sendiri daripada terus bersama di atas gerabak risalah.

Sudah tentulah perjalanan gerabak risalah ini amat jauh dan tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat. Kadang-kadang kerana tidak sabar untuk tunggu lama, kita memilih untuk turun daripada gerabak tersebut.

Impak lemah dan rosaknya benteng ini maka secara automatiknya akan memberi kesan besar kepada benteng luarnya tadi. Dia tidak lagi mahu bertemu dengan sahabat-sahabiah. Atau dia tidak mahu lagi pergi ke mana aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyyahnya.

Dengan kata mudah, dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan organisasinya. Akan merugilah dirinya.

Semoga Allah kekalkan hamba-hambaNya sifat sabar dalam kesibukan mempertahankan keimanan diri dan umat islam yang lain. Demi islam diri harus kuat dan istiqamah dalam gerakan.

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” [Al-Kahfi, 18:28]

Renungkanlah kata-kata ini :

"Setiap anggota mestilah menggabungkan diri dan berintima' dalam saf perjuangan. Dengan intima' ini kita menjadi orang orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti firman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4.

Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya diguna untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardu 'ain dan fardu kifayah." - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

READ MORE

BUANG EGO JEMAAH


Aku benar-benar rindukan kemenangan islam.

Aku rindukan saat ketika mana ulama'-ulama' dimuliakan dan dijadikan rujukan dalam pemerintahan. Saat ketika mana umat Islam, beramal dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Aku rindu untuk melihat pemuda sehebat Al Fateh, takwa, ilmu dan usahanya. Subhanallah. Janji nabi terkota di tangannya. Allahuakbar!

Aku rindu untuk melihat barisan pemuda sehebat tentera Al Fateh, ketakwaan, keikhlasan dan semangat mereka untuk memenangkan Islam. Sekalipun berhadapan dengan kematian, mereka terus mara demi mengejar akhirat. Mereka merindukan kematian, bukan takut padanya.

Aku rindukan pemuda setekad Hasan Ulabete, biar jasad menempah syahid, tugasnya terlaksana sempurna, memasakkan panji Islam. Allahuakbar!

Rinduku ini, bisakah terubat?

Walau dinukil. Walau diukir. Walau dicoret kerinduan ini oleh sahabat yang berbeza. Berlainan warna ideologi pembawaan islam, aku tetap bersangka baik. Aku tetap berlapang dada selagi displin manhaj yang didukung digaris oleh syariat. Bukan sekular. Bukan liberal. Bukan sahaja kapitalis.

Biarpun hati sakit sahabat keluar masuk jemaah. Futur, lari, dipecat atau disingkir daripada pintu jemaah, namun rumah kita tetap sama.  Islam. Tiada hasad dengki untuk memenangkan islam. Tiada masa terbazir untuk persengketaan dalam menegakkan syiar. 

Usah dilayan emosi perpecahan. Setiap kejadian pasti ada hikmah.

"Dalam hidup ini jangan selalu menyulitkan keadaan yang mudah kepada susah. Tetapi seringlah untuk cuba memudahkan urusan. Terutamanya ketika mahu berdakwah. Proses penambahbaikan itu dimulakan daripada diri sendiri. Sungguh. Siapalah kita, siapalah jemaah kita untuk memberi nasihat dan panduan tetapi bermula daripada kita akan lahirnya pemberani Islam yang lain. Mudahkan urusanmu dengan yang lain, insyaAllah, urusanmu akan dimudahkan olehNya. Kristalkan ego kita. Buang ego jemaah."

Allahurobbi. Kuatkan hati pemuda pemudi Islam, ikhlaskan hati kami. Kerana kami rindukanMu Tuhan. Rindukan haruman syurgaMu. Allah, ampunilah segala dosa kami, tetapkan hati kami di jalan keredhaanMu. Tuhan, perjuangan ini bukti cinta kami kepadaMu. Berilah kami kekuatan untuk menjadi pejuang agamaMu yang setia, soleh dan solehah.

Ayuh, mujahadah untuk buang cinta dunia yang berkarat. Runtuhkan kekebalan ego yang menjauhkan cinta akhirat untuk dipenuhi. Agar ia tumbuh subur di dalam hati.

Sejarah membuktikan. Islam menang, kerana pejuangnya sungguh dekat dengan Allah. Masanya sudah tiba. Bersatu merobohkan tembok kezaliman! Bebaskan ketidakpersefahaman yang menebal. Tetapi bersungguh mencari titik solidariti. 

READ MORE

PENGAJARAN DARIPADA BATU NISAN


"Syeikh, enta kalau nak berjuang kena ada tarbiyyah dulu"
"Kalau macam tu, sampai bila ana tak berjuang enta. Tarbiyyah ana sampai mati pun tak cukup"

Aku mencari-cari makna tarbiyyah (didikan) sebenar dalam hidup. Kalau duduk di Kuala Lumpur, agak susah jumpa objek ini. Tapi bila balik ke kampung halamanku di Melaka. Objek ini pasti melambai-lambai ke arahku ketika hendak masuk selekoh ke rumahku. Mungkin sudah lama tidak bersua. Ku sapanya dengan lirikan yang seposen.

Sambil-sambil itu aku memberi salam, membaca Al Fatihah dan berdoa. Kebetulan abangku juga ada di sana.
Lama ku renung dalam-dalam. Mencari erti tarbiyyah yang sebenar.

Bagaimana tarbiyyah semalam, hari ini, esok dan hari-hari mendatang?



TARBIYYAH DALAM PERJUANGAN

Kehidupan ini adalah sebuah perjuangan. Mencari kebenaran adalah sebuah perjuangan. Menegakkan keadilan adalah sebuah perjuangan.

Ada analogi.

Jika sesebuah kereta yang digunakah oleh orang yang bermusafir kehabisan minyak ketika perjalanan dan tidak mempunyai minyak yang mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan-potongan besi yang tidak dapat membantunya untuk bergerak walaupun selangkah.

Demikianlah juga orang yang mengharungi kehidupan dengan  menggunakan jalan dakwah. Apabila bekalan iman dan taqwanya berkurangan atau kehabisan tanpa diperbaharui atau ditambah, maka jadilah ia seperti jenazah yang kaku atau or­ang yang sakit dan tidak berdaya untuk bergerak.

Benarlah firman Allah SWT :

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?" - Al-An’am : Ayat 122

Bekalan iman dan taqwa kepada Allah ini terpancar dari sumber yang baik di dalam jiwa dan melahirkan tenaga, menaikkan semangat dan keazaman. Maka pergerakan menjadi mudah, tarikan keduniaan berkurangan, halangan dapat ditempuhi, liku-liku boleh diharungi dan petunjuk di sepanjang jalan jelas kelihatan.

Justeru, lahirlah kebenaran, keikhlasan, keazam­an, keteguhan dan juga mewujudkan pencapaian yang hampir menyerupai mukjizat dapat dibuktikan di jalan dakwah.

Sahabat, adakah kita orang tarbiyyah? Adakah kita orang yang ditarbiyyah?

"Dan bagaimana kita tidak terdaya untuk melangkah walaupun selangkah. Atau melakukan kebaikan dan beramal tanpa bekalan iman dan taqwa. Bersegeralah kita mendapatkan bekalan ini dan memperbaharuinya selalu. Janganlah membiarkannya berkurangan sehingga kehabisan. Bahkan beramallah untuk menambahkannya." 

Pastinya, kita hanya musafir seorang hamba. Coretan perjalanan hidup kita menuju titik noktah di dunia ini
sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk di perhitung segala amalan. Carilah tarbiyyah dan tarbiyyahlah diri sebelum kita ditarbiyyah malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur.

Perjuangan kita masih panjang sahabat.

READ MORE

USAH BERKIRA DENGAN ALLAH


Malam itu aku rasa puas dan tenang. Bukan sebab kenyang makan sedap-sedap di program, tetapi rasa tenang semacam. Agaknya ini yang dinamakan "sakinah" yang Allah janjikan kepada hambaNya yang melakukan amal keranaNya.

Apabila balik, terasa hendak membaca lebih lagi agar minggu minggu mendatang aku dapat kongsikan lagi dengan adik-adik. Tak jemu-jemu hendak menimba ilmu. Seronok sangat mendengar ceramah dan pengisian dari pelbagai sumber. Moga Allah kekalkan semangat ini di dalam diri dan dalam diri sahabat-sahabat lain.

Tidak perlu berkira-kira dengan Allah. Walaupun penat, sibuk dengan jadual akademik, masa yang dilaburkan dan duit yang mengalir tidak henti-henti saban bulan untuk gerak kerja Islam. Kita sekadar menumpang di dunia ini. Selagi ada umur, selagi itu berusaha berbakti. Berbakti tidak semestinya setelah menggenggam segulung ijazah atau selepas peroleh emas segunung. 

Cubalah kita bayangkan. Kalaulah kita berhenti berprogram, berusrah, berkongsi ilmu dan berhenti melakukan kerja-kerja amal Islam yang lain, agaknya hidup ini akan menjadi boring dan membosankan. Pergi kuliah, balik kuliah, makan minum dan tidur. Nampak macam bahagia, namun hati kosong.

Diri rasa tidak cukup menunjukkan syukur yang sewajarnya kepada Allah. Apabila ketemu masalah kecil, dianggap masalah besar kerana pengharapan kepada Allah sudah makin tipis. Tapi jika kita masih bersama-sama dengan Allah, kita akan ada tempat mengadu.

Kita akan ada tempat kita memohon ketenangan. Akhirnya hidup ini dirasakan bagai satu medan ujian dan ketenangan akan dikurniakan Allah sepertimana tenangnya alam yang luas ini apabila mengikut apa yang ditetapkan Allah SWT. "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah: 5)

Bayangkan dari bayi kita hidup mengharapkan belas kasih sayang daripada orang di sekeliling. Kemudian kita membesar, menghirup udara yang bersih. Kita sakit, kemudian disihatkan. Kita menemui pelbagai masalah dalam kehidupan dan berupaya menyelesaikannya.

Agak-agak selama ini, siapa di belakang kita yang menjadikan kita sebagai kita?

Allah telah bersama kita sejak kita belum dilahirkan sehingga kini. Namun untuk tunduk kepada Allah SWT kita berkira. Tetapi untuk memuaskan hawa nafsu, kita tidak berkira. Kita lupa suatu hari nanti kita akan dipanggil oleh Allah SWT. "Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." (Al Baqarah : 152)

Aku bersyukur berada dalam jemaah kerana dikelilingi oleh sahabat yang baik-baik (soleh solehah) yang selalu mengingatkan. Kita tidak cukup baik tetapi bersama orang-orang baik, kita akan menjadi baik. Doa seorang sahabat kepada sahabat lain amat bermakna dalam erti berukhwah  “Tidaklah seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan melainkan malaikat berkata : Dan bagimu juga begitu.”(HR.Muslim)



BIAR SEDIKIT ASAL ISTIQAMAH

Maka menggerakkan program dan usrah merupakan sebahagian kecil sumbangan kita dalam Islam. Tetapi di sana rupanya banyak lagi manfaatnya. Keterlibatan remaja, yakni pemuda harapan ummah di dalam program-program anjuran Myconcern, masya Allah alangkah seronoknya berada di jalan ini. Moga Allah memudahkan lebih ramai lagi menyertai Myconcern dan melibatkan diri dalam program-program anjuran Myconcern.

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kalian orang-orang yang selalu menegakkan kebaikan karena Allah....." (Al Maidah : 8)

READ MORE

"PINJAMKAN AKU TELINGAMU BOLEH?"


Dalam keseronokan hidup ini, cuba sebentar kita tengok dan perhati diri kita. Membelek setiap organ deria yang terpahat kukuh di badan. Kenapa ya Allah ciptakan 2 telinga 1 mulut, bukan sebaliknya? Banyak orang pandai berbicara, banyak buah mulutnya, tetapi tak ahli mendengarkan.

"Seorang pendengar yang baik, lebih cepat mencapai kebijakan hidup daripada yang terlalu sibuk berbicara. Dan satu lagi, mendengar adalah pemberian yang memuliakan sesiapa pun. Kerana, sebab utama daripada kekecewaan banyak jiwa, adalah rasa kurang bernilai apatah lagi pendapat dan perasaannya tidak didengarkan. Tidak dipedulikan."

Maka, hadiahkanlah telinga kita kepada mereka yang kita cintai dan yang kebahagiaannya penting bagi kita.
Jadilah pembahagia sesama kita.

Dengarkanlah.

Mendengarkan adalah kesediaan hati yang baik. Lambang kemuliaan dan keikhlasan hati seseorang yang suka menghargai. Betapa kasihnya dia, orang lain juga kasih padanya.

Jika kita adalah sahabat kepada seseorang, jadilah sahabat yang baik, apabila ada masalah kitalah orang pertama yang dicari. Walaupun hanya mendengar, itu sudah mampu melegakan hati sahabat yang sedang gundah gelana. Indahnya bersahabat kerana Allah, susah senang dikongsi bersama.

Jika kita ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Jadilah sayap kiri kepada seorang khalifah. Menjadi pendengar setia kepada seorang daie. Tulang belakang kepada seorang adam. Memadailah dengan hanya mendengar, bagai secangkir cinta buat penghilang dahaga. Sebuah ikatan kasih buat pengikat, sekuntum sayang buat azimat perangsang diri. Tidak perlu apa-apa lagi.

Jika kita mahu menjadi dai'e yang mampu menggerakkan agama. Sebelum dai'e mahu mad'u mendengar, dai'e perlu lebih dahulu mendengar. Mendengar tanpa menghukum melulu. Penyebab dakwah didengar dan mendengar bukan logiknya ucapan, ianya kerana kesungguhan yang mendalam para dai'e untuk mendengar.


Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada telinga-telinga pendengar,
Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia yang kosong,
Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap tempat yang dihuni manusia.









GOOD LISTENER

Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!

Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya) .”

Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah kita berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah?

Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete. Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.

Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera.

Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, kita sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Itulah proses mendengar yang efektif. 

Banyak waktu dan tempat kita luangkan hanya untuk mendengar sebuah petuah tetapi kadangkala kita juga ingin didengar akan sebuah perasaan, kerana mendengar dan ingin didengar satu sikap yang memang kita harus jaga bersama kesuciannya

Banyak peribadi yang baik dan bjaksana berkembang kerana ia didengarkan dan mendengarkan. Hidup itu timbal balik, ada stimulus ada respon. Namun lebih daripada itu, bagaimana kita mampu berbuat lebih untuk membahagiakan sesama kita, salah satunya adalah mendengarkan. Cubalah, maka kita akan mengerti.

"what a wonderful life..."

Percayalah, seseorang yang memelihara hatinya, dakwahnya akan menyusup halus ke dalam hati para pendengarnya. Meski hati pendengarnya keras, pasti akan bergetar, terkesan, tersentak dan tersentap! 

Seandainya kedua-dua hati keras (dai'e dan pendengar), maka apa yang membezakan antara dai'e dan pendengar itu hanyalah daie itu petah berpidato, mempunyai kelebihan dalam berucap dibandingkan dengan pendengar yang hanya mendengar.


"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang TIADA DISANGKA-SANGKA." (Ath-Thalaq : 2-3)

READ MORE

DAKWAH BUKAN HOBI




Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?
Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat islam. Seperti hadis Nabi SAW "sampaikanlah dariku walau 1 ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?

Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang islam banyak yang baik hati. Hehe...
Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam dik.  Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi. 


“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata.” [QS. al-Hajj: 11]


Adik : Tapi kan kak, kite kan bz. Macam-macam benda nak kena buat.
Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut prioritilah dik. Mana satu yang lebih utama?

Adik : Antara study dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar 1 pengisian, study no 1 tapi dakwah bukan no 2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila free je?
Kakak : Ha...cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?

Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.
Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksana. 


Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?


Adik : Err...adik suka menulis blog kak, kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.
Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.

Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.

Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun menciplak teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.


Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih-sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu mendakwahnya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih-sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan duit kita, tenaga dan masa, demi membawanya kepada Allah Taala. Apa saja. Mintalah masa ini untuk ummah. 


Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci Laailahaillallah Muhammadurrasulullah.
'
"Kenapa perlu berdakwah? Bukankah kita ini Khalifah? Manusia ini tak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun betul-betul terbuat. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syara'."

Dakwah : Antara amanah dan hobi?
Apa pilihan anda?

"Sesungguhnya BAI'AH (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada LAFAZ yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang SEBELUMnya. Diri kita bukan lagi MILIK diri kita SEPENUHnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada "PERJUANGAN ISLAM", di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna:"

Komited dalam pengorbanan.

READ MORE

UNTUK MU SAHABAT


Betapa aku hargai anugerah syurga di dunia, doa kudus aku panjatkan semoga dirahmati. Telahpun ku syukuri di dalam hidup ini, cinta suci kurniaan Ilahi.




Day 1 post-road tour PMUKM : Yang Indah Itu Pertemuan. Yang Manis Itu Kemesraan. Yang Pahit Itu Perpisahan.Yang Tinggal Hanya Kenangan.

SHUKRAN JAZILAN buat sahabat-sahabat ana UKM Bangi. Mungkinkah kita akan bertemu setelah kalian berada di alam kerjaya? Atau pun di lain masa?

Walaupun masa cukup mencemburui kita menyelam rasa, bertegur sapa apatah lagi berbual sakan. Namun pandangan, wajah dan kehadiranmu sendiri sahabat sudah mampu menerbitkan bibit-bibit kasih dalam ukhwahfillah kita.



HANYA DOA MAMPUKU UKIRKAN 

Sahabat ini sudah lama "pergi", sahabat yang sekarang bakal "pergi" jua

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi, orang yang rugi ialah orang yang tidak memperolehi sahabat dan yang paling rugi ialah ditinggalkan sahabat. Sesungguhnya hubungan persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir, tetapi tanpa percintaan sahabat boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin, kerana sahabat mewakili sesuatu kekuatan. Sahabat yang paling baik adalah dengan melihatnya sahaja kita sudah bersemangat untuk menunaikan amanah dan menggalas "beban" dakwah.

Bergaullah dengan manusia sebaiknya sehingga kalau kamu mati mereka tanggisi dan kalau hidup mereka selalu merindu.



Walaupun "ungu" dianggap asing, istiqamahlah. 

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing)." - H/R Muslim, no. 145.

Siapakah golongan yang digelar al-ghuraba' itu?

Tatkala warna "ungu" itu kiranya mampu menyatukan hati-hati kita untuk terus menegakkan kebenaran, berani  berhujah demi kebebasan akademik sejajar tuntutan islam dan aktif berdakwah, maka istiqamahlah. Istiqamahlah wahai sahabat di mana jua kamu berada, di mana sahaja kita bakal dicampakkan.

Walaupun "ungu" itu, diri kamu dan peganganmu tampak asing.


Tahniah semua!

Imam Adz-dzahabi berkata dlm bukunya Siyar Alam al Nubala : "Sesungguhnya sehari dalam kehidupan seorang pemimpin itu jauh lebih baik dari seluruh umur seorang manusia", maka janganlah takut menjadi pemimpin.

READ MORE

AKU KECEWA TERAMAT SANGAT

biarkan aku sendirian
Kecewa.

Kecewa.

Kecewa.

Hati ini benar-benar kecewa dengan mu. Sudahlah, pergi sahaja tanpa menoleh ke belakang. Aku juga tidak akan berpaling lagi. Aku tekad dengan keputusanku. Biarlah aku keseorangan sendirian menghitung penantianku.

Jika dahulu aku bagaikan "habis madu sepah dibuang", kini diriku bagaikan bergantung tidak bertali. Sungguh! Itu lebih menyeksakan.

Sakitnya hati ini.

Allah.........


kecewa yang teramat sangat

Dulu pernah dikecewakan. Sekarang masih juga dikecewakan. Sampai bila harus dikecewakan? Mengapa harus ada yang dikecewakan?

Jika dulu aku mentah, tapi sekarang aku sudah matang. Jika dulu aku seorang pemimpin, tapi sekarang aku adalah tulang belakang. Aku telah terlatih sebegini sejak tahun 1, bagaimana harus untuk aku ubah supaya risiko dikecewakan tidak berulang kembali?

Haruskah aku berhenti? 

Mustahil. Darah daging sudah sebati dengan kesibukan. Tak sibuk sengaja menyibuk.

Sebenarnya aku kecewa dengan siapa?

Jika kau adalah manusia, berlalulah kau seketika dari pandanganku sehingga aku reda.
Jika kau adalah sahabat sejemaah, sudah! Ketepikan soal hati yang membantutkan gerak kerja!!
Jika kau adalah bisikan nafsuku, berambuslah dikau!
Jika kau adalah hasutan syaitan terlaknat, pergi jahannamlah kau!
Jika kau adalah perjuangan, maafkan aku, beri aku masa untuk pulih. Tak sepatutnya aku salahkan kau.
Jika kau adalah takdir, doakan aku agar tabah menerima kehadiran kau.
Jika Kau adalah Allah, kuatkan hati ini Ya Allah......





Kita buat je kerja...
Kita buat je kerja...
Kita buat je kerja...

Walaupun kita keseorangan, kita buat je kerja.
Walaupun aku keseorangan, buat je kerja.

Jangan tengok orang lain, buat je kerja.
Jangan banyak mengomel, buat je kerja.
Jangan banyak merungut, buat je kerja.

Kalau kita tak kerja, siapa lagi nak kerja?
Walaupun orang kata syok sendiri, ada kisah?
Walaupun orang kata aku syok sendiri, ada aku kisah?

Sebenarnya, iman ni sama je lebih kurang dengan semangat. Kadang-kadang naik kadang-kadang turun. Andaikata, sekarang ni iman tengah tinggi, semangat mebuak-buak, buat je banyak kerja.  Buat je apa yang mampu dan paling penting, jangan lupa berdoa agar satu hari nanti apabila semangat kita lemah akan ada orang lain yang menggantikan tempat kita bekerja. 

Kerja dakwah ni mana ada yang senang yang manis. Yang manis itu hanya syurga. Kalau nak syurga kenalah rasa kepahitan dikecewakan.

Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.

Bertabahlah! Kecewa dan dikecewakan, itulah namanya kehidupan.

READ MORE

INIKAH UKHWAH YANG KAU KATAKAN?!




"Kenapa semua orang seperti menyalahkan aku? Adakah aku tidak menjalankan amanah sebaiknya?"
"Kenapa sahabat-sahabat seperti menyisihkan aku, bermasam muka dengan aku?

Katanya sahabat seperjuangan, katanya sahabat sejemaah, katanya bergerak kerja kerana dakwah, kerana islam, ukhwahfillah abadan abada, ke mana pergi itu semua?

Mengapa pula harus ada hati yang disakiti? Perlukah ada sakit hati, amik hati, pedih hati, terasa hati, sedih hati, makan hati dan bermacam lagi penyakit hati di dalam gerak kerja dakwah?


Apakah ini takdir? Apakah ini yang dikatakan hikmah?


*******************

Artikel ini teristimewa buat si hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – ujian yang menjadi didikan langsung daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"



SUKARKAH KEHIDUPAN INI?

Hidup ini memang susah. Sebab dalam hidup ada ujian, ada masalah. Tapi jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Maka dengan bentuk ujian inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji. Firman Allah :

"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Nak pendekkan kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkanNya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) ada berkata tentang hikmah ujian :

"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.




MUHASABAH DIRI

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

InsyaAllah, dengan zikrullah hati kita akan lapang dan tenang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah, sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya.

Rupa-rupanya yang dicari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

Seorang murabbi mengingatkan mutarabbinya dengan mengatakan :"Peliharalah keteguhan hatimu, kerana ia bentengmu yang sesungguhnya, barangsiapa yang memperkukuhkan bentengnya nescaya ia tidak akan goyah oleh badai walau sekencang mana pun dan ini menjadi pengamanmu".




p/s : sabarlah adik2, sabarlah sahabat2..ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita, manusia hanyalah sebagai pengantaraan. Ketemulah hikmahnya, pasti kau kan bahagia.

READ MORE

TERUSKAN BERSEMANGAT!



"Barang siapa yang mengatakan Muhammad telah wafat akan ku pancung lehernya!", Umar RA berteriak lantang. Beliau tidak dapat menerima hakikat akan kewafatan Rasulullah SAW, hakikat bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Lantas dengan tenang dan penuh bersemangat Abu Bakar RA melantunkan ucapannya penuh hikmah dan himmah.

"Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah Muhammad telah wafat, tetapi, barangsiapa yang menyembah Allah SWT, maka ketahuilah Allah SWT hidup dan tidak akan mati"

Tersentak Umar RA mendengar bicara halilintar ini, menggeletar lutut beliau seraya rebah ke tanah, berusaha menerima halikat bahawa Rasulullah SAW telah tiada dari dunia yang fana ini.

Sebuah kisah penuh ibrah.

Hebatnya Abu Bakar kerana berjaya mengembalikan sahabatnya Umar RA yang kemungkinan futur ketika itu kepada hakikat intima’ yang sebenar iaitu intima’ kepada Allah SWT, intima’ kepada Islam yang suci.

Seolah olah beliau mengajarkan bahawa terlalu kerdil hakikat intima’ ini sekiranya disandarkan kepada individu dan tokoh-tokoh tertentu, sehinggakan apabila hilangnya tokoh-tokoh tersebut dari pentas dakwah maka turut hilang pengikutnya yang membawa risalah Allah SWT ini.

Ingatlah Allah itu hidup, teruskan!
Seorang daie yang mengetahui hakikat intima’ yang sebenar akan terus bersemangat berdakwah kerana Allah!

Keterlibatannya di dalam organisasi yang berpaksikan dakwah adalah untuk mengangkat martabat Islam yang sebenar, untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan kepada manusia kepada Allah SWT semata.

Sebaliknya, seorang daie yang tidak jelas akan hakikat ini, maka kemungkinan keterlibatannya bersama dakwah adalah atas faktor SEMANGAT semata.




SEMANGAT TANPA KEFAHAMAN?

Ya, semangat yang dikobarkan oleh murabbinya, maka ketika semangat itu ditiup, dia dapat bergerak, apabila lemah, terpaksa ditiup lagi, lemah lagi, kena ditiup lagi. Apabila berjauhan dari murabbinya ataupun dari sahabat-sahabat, semangatnya luntur kembali, kemudiannya terpaksa ditiup kembali.

Persoalannya, sampai bila harus di tiup?!
Kita yang harus meniup kerana kefahaman bukan hanya ditiup!

Muhasabahlah kembali hakikat keterlibatan kita di jalan dakwah ini.

Hadits Rasulullah SAW : “Sungguh, Allah swt memberikan hidayah kepada seseorang lantaran usaha kamu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah”. (Muttafaqun ‘alaih).

Semoga kita terus komited dengan agenda tarbiyyah, semoga kita terus maju dengan kekuatan tarbiyyah. Semoga kita terus mengoptimakan segala kekuatan kita atas asas tarbiyyah.

Inilah roshid (aset) yang akan menjayakan agenda besar kita kerana sesungguhnya kita telah menamakan diri kita sebagai jamaah tarbiyyah. Bila ditanya kepada Imam Hasan al-Banna untuk menggambarkan sifat Ikhwan Musliman. Maka jawab beliau : “ kita adalah jamaah tarbiyyah..”. Tarbiyyah dulu, kini dan selamanya.

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang sentiasa menumpahkan cinta kasih kami kepada manusia yang didakwahkan serta berusaha untuk memberi manfaat ilmu dan qudwah yang benar sehingga mereka memberi perhatian, memelihara serta bangun untuk memberikan sokongan dan dukungan terhadap seruan dakwah yang dilancarkan"

READ MORE

PEGANGLAH ERAT TANGANKU


Sahabatku, adakah kamu rasa apa yang aku rasa? Cuba lihat wajahku, tidakkah kamu nampak senyumku penuh keikhlasan, indah sekali kuukir agar hatimu bergetar dan hati kita terpaut di jalan perjuangan ini.
Sahabatku, sambutlah salam jihad dan mujahadah ini, sudilah menjadi sahabatku di dunia dan akhirat. Pasti akrab hubungan kita kerana kita seakidah, sama tuju pulau impian, sama kejar pelangi indah, sama kutip mutiara suci, sama hidup di bumi Allah, berilah sedikit ruang buatku selitkan di hatiku di sudut indah hatimu. 
Wahai sahabat seperjuanganku, ayuh kita kongsi hati menjadi sahabat sejati kerana Allah. Kita bertemu kerana Allah. Berpisah kita kerana Allah. Moga kekal sepanjang zaman, doaku tulus iringi kalian. 


SAHABAT, PERJUANGAN KITA MASIH PANJANG

Perjuangan menyambung risalah Nabi Muhammad SAW ini masih belum selesai. Masih panjang sehinggalah sangkakala bertiup memecahkan rantai-rantai perjuangan tersebut. Ya, sahabatku. Perjuangan kita ini masih dahagakan "darah" dan korban.

Bumi kita bumi yang payah, penuh peluh, air mata dan "darah". Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah, kita ikuti di belakang ulama’ supaya tak goyah. Hakikatnya, berada di jalan ini menjadi mudah jika bersama kalian walau sepahit mana pun. Walau payah dan menuntut pengorbanan yang besar. Terima kasih sahabat.



Perjuangan itu amat susah, jadi berharaplah hanya keredhaan dari Allah (mardhotillah).



p/s : Dedikasi puisi "seorang sahabat" yang diadaptasi khas untuk semua sahabat ana. Malam ni kita gi berusrah kat rumah doktor. Moga ikatan ukhwah kita semakin erat seperti mana doa rabithah yang tersemat kemas di dalam al mathurat, kita baca tiap kali pagi dan petang, tiap kali itulah jua terasa getaran kemanisan berukhwah. Kau pendampingku saat iman ku memberontak.....

READ MORE

ADAKAH AKU PEMIMPIN YANG TERUK?



Kadangkala menjadi seorang pemimpin baik pemimpin pelajar, persatuan, jemaah mahu pun kepada diri sendiri, terasa seolah-olah diri sangat teruk! Tidak menjalankan amanah sebaiknya! Terlalu banyak kecelaruan yang menjadi dilema diri. Diri seolah-olah tidak bermaya lagi untuk menggalas berat bebanan amanah.

Soal layak atau tidak layak memegang amanah semakin menghentam kepala apabila peringatan "sebelah kaki seorang pemimpin sudah sedia terjejak ke pintu api neraka!" sering menjengah ke ruang pemikiran dan mendapat tempat di hati. Bagaikan terlalu banyak kelompangan yang perlu diisi dan diperbaiki.

"Celakalah kamu! Pemimpin yang sangat teruk! Baik letak jawatan sahaja!"

Jika itu apa yang kamu fikirkan, TAHNIAH!!!!!!

Pelik. Kenapa pula?




PEMIMPINKAH KAMU?

Pemimpin, satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak.

Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula?”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepimimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah SWT menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu 'imun', 'aman' dan 'amin.'

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah mahu pun salah guna kuasa. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala 'amin' pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan karenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin dan menjadi mangsa. 

Syarat ketiga ialah 'selfleadership.' Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan 'leader' merujuk kepada tanggungjawab (al-mas'uliyah). Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah keperluan 'The Power Of Communication.' Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.

2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin hanya kerana banyak kesamaan antara mereka, nescaya akan bercerai jika ada banyak perbezaannya.

3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak tertusuk di hati.

4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.







Rasanya elok juga disinggung sedikit "keegoaan" pemimpin ini tentang perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

ii-Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.

iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.

iv- Tinggalkan dosa.

v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.



Peringatan-peringatan yang sering dipekakkan telinga si pemimpin tidak cukup jika tiada rasa keinsafan, rendah diri dan muhasabah walau sebentar. Jawatan itu untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki diri dan menggilap potensi diri yang masih tersimpan rapi. Namun, berhati-hatilah! Jangan sampai rasa rendah diri tersebut dan soal kelayakan memakan diri pula. Dos yang diperlukan biarlah pada tahap terkawal.

Melayan karenah orang bawahan, berkerja dengan pihak atasan, tugas belajar dan menyiapkan assignment yang terpaksa ditangguh banyak menguji erti kesabaran dan keimanan. Itulah yang dikatakan UJIAN! Jika tidak ada ujian bagaimana pula nak dekatkan diri kepada Allah?! Allah pula tak akan uji kalau kita tidak mampu dan belum bersedia. Pasakkan kata-kata ini sekuat hati di dalam jiwa dan otak! Itulah motivasi untuk terus menyumbang kepada Islam. 

Sudahkah kita lupa bahawa :

Hidup ini menjadi payah jika kita kata payah!
Hidup ini menjadi mudah jika kita kata senang!
Dalam keadaan kita separa sedar, apa sahaja yang sering dilafaz automatik melekat di dalam otak.
Dan badan kita akan bertindak mengikut arahan yang diterima.
Untuk itu, belajarlah untuk menerima kekurangan yang ada kerana di situlah kesempurnaan hidup akan bermula.


Pujuklah hati untuk menerima penangan ujian amanah ini dengan redha dan bersabar.
Sedikit pesanan yang disimpan rapi untuk perkongsian bersama :


"Dengan izin Allah ana terpilih menjadi pemimpin. Jadi setelah musyawarah dengan orang terdekat jua istikharah, Allah menetapkan ana di sini pada hari ini. Tempat yang bersamanya masih lagi proses jua bi'ah solehah, ada jiwa-jiwa yang penuh rendah diri meminta rahmatNya, jiwa-jiwa yang membawa menuju kepada jalanNya.

Allah tahu, ana dahagakan tarbiyyah (didikan) daripadaNya. Oleh itu bersama kesakitan, kepayahan dan keletihan, Dia kurniakan nikmat.

Apa akan jadi jika tidak berterusan dalam proses tarbiyyah? Pastinya jiwa ana dan juga jiwa-jiwa lain kosong, mati. Jiwa yang kosong itu adalah sebenarnya jiwa yang mati. Tiada rasa lagi untuk menjadi hamba Allah yang haya', berbuat segala macam yang Allah larang. Oleh itu sentiasalah pohon agar Allah mengurniakan qalbun salim iaitu hati yang sihat. Proses tarbiyyah itu perlu berterusan.

Kita minta agar Allah sentiasa mengurniakan rahmat pada kita dan jua hamba-hambaNya yang lain, jauh dari 'ujub riya' dan takabbur, Moga-moga Allah pelihara iman kita. InsyaAllah"

READ MORE

CAMNE NAK "ADAPT" DIRI DENGAN SITUASI BARU?



Perhatikanlah bagaimana suasana dan gelombang kegelisahan luar biasa yang menimpa sahabat Rasulullah SAW yang bernama Handzalah.

Ia merasa tidak mampu untuk berterusan dan menjaga kestabilan ruhaninya ketika tidak bersama Rasulullah SAW.

Suatu ketika, Handzalah yang juga salah seorang penulis Rasulullah SAW itu mendatangi Abu Bakar RA dengan melontarkan perkataan yang mengejutkan.

“Handzalah telah berlaku munafiq.. Handzalah telah berlaku munafiq…” katanya.

Kenapa pula?
Handzalah mengungkapkan bagaimana perilakunya berubah. Di kala ia bersama Rasulullah SAW, ia benar-benar seperti melihat syurga dan neraka di depan mata. Tapi, jika ia berada jauh dari Rasulullah SAW, pulang ke rumah dan bertemu keluarga, keadaan jiwanya pun berubah.

Abu Bakar tersentak dan mengatakan :

“Demi Allah, ini mesti kita sampaikan kepada Rasulullah SAW kerana aku juga mengalami hal yang sama.”

Akhirnya, mereka berdua pergi mengadap Rasulullah SAW dan menceritakan permasalahan tersebut.

Rasulullah SAW mendengar kegelisahan dua sahabatnya dengan tenang sekali dan setelah selesai mengungkapkan masalah mereka,

Rasulullah SAW mengatakan :

“Demi Allah, seandainya kamu terus menerus dalam keadaan seperti ketika kamu bersamaku dalam ingatan kamu, nescaya malaikat akan menyalami kamu di atas tilam kamu dan ketika kamu sedang berjalan. Akan tetapi wahai Handzalah… sesaat demi sesaat…” (HR Muslim)

Jadi?

Pesanan yang dapat kita tangkap dari peristiwa yang dialami oleh Handzalah dan Abu Bakar tersebut adalah pentingnya semangat berterusan, itiqomah dalam beramal dengan tetap memelihara kualiti amal semampu mungkin.

Seketika kita rasa semangat beramal, seketika kita alpa, Ya, itulah manusia, namun ada pesan penting di situ. ISTIQOMAHLAH.

Hadis Rasulullah SAW yang lain mengajarkan bahawa :

Dari Abu ‘Amrah, Suufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi RA dia berkata, saya berkata :

"Wahai Rasulullah SAW, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorangpun selainmu. 
Baginda bersabda : "Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian ISTIQOMAHLAH." (Riwayat Muslim).

Ya! Yakinlah!

Ketika kita mula mengalami perubahan dalam fasa hidup, ketika kita menempuh gelombang baru yang berselirat bagaikan badai taufan, PASTIKAN anda tetap istiqomah di jalan dakwah ini, walaupun kita tidak mampu menyumbang sehebat dulu, kita tetap perlu berada di jalan dakwah, setidaknya usrah mingguan mesti dihadiri.

Ini gejala sementara, sebelum kita berjaya ‘adapt‘ sepenuhnya. Kemudian, apabila kita sudah ‘adapt‘ dengan fasa baru hidup, menyumbanglah kembali sebanyak-banyaknya kepada Islam baik berupa tenaga mahupun wang ringgit.

Walaubagaimanapun, harus diingat tanggungjawab dakwah lebih utama berbanding tanggungjawab lainnya seperti yang tertulis dalam Surah A-Taubah 9:24.

"Berundur untuk mengatur strategi lebih baik daripada berperang dalam keadaan kelam kabut. Berundur bukan bererti kalah. Kalah hanya apabila berhenti berperang"

Tetap, berundur yang bagaimana?
Dalam situasi yang bagaimana?



MUHASABAH DIRI

Terkadang, kita melihat murabbi tidak memahami hakikat, mutarabbinya yang baru menempuh alam pekerjaan yang mencengkam jiwa tetap diberi bebanan kerja yang sama seperti mutarabbi yang lain. Mutarabbi atau mutarabbiah yang baru menimang cahaya mata diberi tugas yang sama seperti ikhwah/at bujang. Alasannya, mereka sudah lama ditarbiyyah.

Akhirnya, mereka tertekan, tidak dapat "adapt" dengan fasa baru kehidupan yang penuh dengan gelombang alfa dan beta, banyak masalah dan tanggungjawab tidak dapat selesai.

Penyelesaian mudah pun kemudiannya diambil "sayonara dakwah".

Jika situasi di kampus pula, bebanan atau "workload" kerja yang diberikan kepada ahli yang "bermasalah" mengkin menjadi salah satu contoh kepada isu permasalahan ini. Sebabnya, pimpinan tidak kenal ahli. Atau pemimpin tidak kenal orang bawahan. Tak habis taaruf.

Mengapa pula?

Setiap ahli mempunyai tahap dan potensi yang berbeza. Ada ahli jenis yang boleh buat 2 kerja dalam 1 masa, ada juga yang tidak. Ada pula jenis yang suka buat macam-macam kerja, tolong sana, tolong sini, mungkin dia mempunyai kelebihan dan bakat dalam bidang yang lain dan sukakan cabaran.

Ini yang pimpinan perlu kenal, nilai dan pergunakan seoptima yang mungkin dalam "human resource". Kerana tenaga dan buah pemikiran mereka amat diperlukan bagi kerja dakwah.
Ahli agresif, pasif dan sedang-sedang perlu dilayan mengikut tahap kelayakan mereka. Selain itu, mereka juga perlu diuruskan dengan secerdiknya agar potensi yang tidak atau masih belum digilap boleh dikembangkan.
Manakala ahli yang agresif dan terlampau rajin jangan sampai membunuh karriernya sebagai seorang penuntut ilmu. Berpada-padalah dalam setiap perkara. Kerja yang berat namun nilaian hasilnya sangat menguntungkan dan melicinkan kerja islam!

Sekadar pandangan daripada insan yang hina.



p/s : artikel ini juga sesuai bagi mereka yang nak adapt dengan situasi yang baru. tak kisahlah adik tahun 1, mereka yang nak mulakan kerja, atau mereka yang baru memegang amanah (jawatan)

READ MORE

ADAKAH DAKWAH INI LECEH, CEREWET?



"Kak, perlu ke berdakwah ni? Saya tak banyak ilmu. Lagipun saya malu, nanti kawan-kawan saya kata saya berlagak warak. belajar entah ke mana. sibuk-sibuk jaga tepi kain orang".

Persoalan berdakwah ini acapkali menjadi isu igauan buat penuntut di kampus sama ada menyentuh tentang dakwah, tentang jamaah, tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format ragamnya. Sehinggalah timbulnya isu keluar masuk jemaah dan futur.

Namun, sahabatku kita perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? 

Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi persatuan dan jamaah. Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat.

Pengikut aliran jemaah Nafsu Nafsi semakin tinggi ahlinya, mengatasi pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da’ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah!

Salahkah berfikir seperti ini?
Tentu sekali tidak salah, tetapi ada kekurangannya di situ…


Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk berdakwah kerana hasil ilmu dan pengetahuannya, dia mendapat tahu bahawa dakwah itu wajib. Kewajipan dakwah itu sangat rasional.

Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Erti Saya Menganut Islam menegaskan tiga sudut yang membawa kepada kewajipan dakwah. Himpunan ayat al-Quran dan al-Hadith tentang kewajipan dakwah, sudah pun dihadam di dalam pelbagai siri usrah dan seminar. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan.

Salahkah berfikir seperti ini?
Tentu sekali tidak salah, tetapi ada kekurangannya di situ….

Kurang itu mungkin tidak muncul semasa kita di kampus. Ia datang kemudian…

Sama ada kita mengambil keputusan untuk berdakwah kerana persekitaran, atau kerana sedar akan kewajipan dakwah, kedua-dua motif dakwah ini letaknya di luar. Ia datang dari luar ke dalam diri. Apabila ia datang dari luar ke dalam, kita bergerak di medan dakwah hasil dorongan luar diri.
“Apa nak jadi dengan masyarakat di kampus kita, kalau kita tidak berdakwah”, pesan seorang naqib kepada anak buahnya.

“Takkanlah aku nak malas-malas dan mengabaikan dakwah. Ini bukan cakap naqib aku, tapi Allah yang cakap, Nabi yang cakap”, monolog seorang siswa yang ditaklifkan sebagai exco TTK Program Dakwah.

Ya, mata melihat kemungkaran. Otak tunduk kepada rasional dalil wajib dakwah. Tetapi sudahkah HATI merasainya? Bukanlah hati yang mengawal kepala otak? Antum setuju dengan ana? Jika setuju, teruskan membaca.




TAHU DAN MAHU

Satu slogan pemangkin dari ustaz hasrizal. yang mana

"Jika kita berdakwah kerana keyakinan akal terhadap hujah dan dalil, akal kita menawarkan TAHU. Apabila kita duduk dalam ‘dunia akal ‘di kampus, ia sudah cukup untuk membantu diri kita terjun ke medan dakwah. Dunia realiti bukan dunia akal. Ia bukan dunia tahu, dunia kita adalah dunia MAHU."

Manusia tidak bertindak hanya berasaskan apa yang dirinya TAHU. Manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU, dan mahu itu adalah soal hati.

Bagaimanakah apa yang kita TAHU tentang dakwah itu boleh dikesan telah terserap ke dalam hati menjadi MAHU?

Jawapannya tidak sukar, pada jalan dakwah itu kita mendapat KEPUASAN hidup.

Seorang peserta kursus dengan berpakaian baju sarung nangka sangat teruja dengan pendapatan ilmu yang diperolehinya lantas mengutuk kawannya yang tidak hadir kerana rugi. tetapi beliau berkata, “saya mahu sampaikan apa yang saya dapat dalam kursus ini kepada kawan-kawan saya!”

Jadi sahabatku, tidakkah beliau sudah menerima konsep dakwah?
Hatinya sudah mahu, sebelum akalnya tahu…





ANALOGI RINGAN

Analogikan sahaja kepada 3 siswi. Siswi pertama bermalas-malasan dan mengeluh kerana dipaksa berusrah oleh naqibnya. Siswi kedua lebih tenang dan gembira kerana dia tahu, hasil ilmu usrah itulah nanti yang bakal menjadi saham akhiratnya. Lagipun dia akan menerima pujian oleh kawan dan naqib kerana rajin berusrah. Berusrah untuk menerima imbuhan.

Manakala siswi ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan berusrah, sebelum saham akhirat diterima, kerana padanya perbuatan berusrah bukan sekadar sebahagian ibadah, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW. Bukan hanya berusrah, tetapi yang disalut pada usrah itu sendiri adalah sebuah harapan agar ilmu usrah itu dapat dipraktiskan.

Yah! Antum pendakwah kategori mana?

1. Semasa berdepan dengan tekanan dan paksaan lapangan dakwah, adakah antum buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.

2. ``Atau antum gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan bakal mendapat pujian dan penghargaan? Dapat berdamping dengan penceramah dan orang-orang hebat yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

3. Antum berdakwah untuk mencari makna hidup?

Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kawan atau kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran).

Renungkan pula kata-kata ini :

Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar. Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.

Kenapa soal ini penting sahabatku?



KEDUNIAAN

Kita percaya medan kampus ini akan mengalami transformasi ke medan kerjaya dan berumahtangga, si aktivis pasti kecundang satu demi satu. Kecundang bukan kerana fikiran telah berubah. bukan.

" Dulu saya yakin dakwah itu wajib, tetapi kini di alam kerja dan rumahtangga, saya berjumpa dengan wajib yang lebih besar dan tinggi. Tidak ramai yang ‘gugur’ kerana berfikir begini".

Mereka kecundang bukan kerana suasana persekitaran sudah kekurangan maksiat dan sebab dakwah. Malah maksiat makin banyak, makin menggila. Tetapi lagi banyak maksiat bertebaran, makin kurang pendakwah yang bertahan. Gugurnya para da’ie dari jalan dakwah bukan kerana itu semua.

Gugur itu hanya kerana 5 huruf yang berkuasa!

S.I.B.U.K.


Yup! Jika sibuk dijadikan alasan, tidak akan ada sesiapa pun yang berani membantah. Jika dahulu kita sendiri, kini sudah berkeluarga. Atau dahulu kita hanya sekadar pelajar hingusan tetapi kini kita gah bergelar mahasiswa-mahasiswi puncak Akademi Fantasia. lebih-lebih lagi Akademi Perubatan.

Tanpa disedari sahabatku, sudah setahun tidak berusrah. Sudah setahun tidak pergi majlis ilmu, sudah setahun bercuti dari dakwah. Salahkah bercuti dari dakwah? Akal mungkin berkata ya, tetapi hati sedap menikmatinya.




BAGAIMANA MENGATASI?

Bagaimanakah kita boleh selamat dan terkecuali dari penyakit genetik ini?

Percayalah sahabatku, berdakwah bukan untuk MENERIMA, tetapi kerana mahu MEMBERI. Dan pada memberi itu, perlu meng'erti'kan hidup, lantas terasa berbaloi mengorbankan Sabtu dan Ahad demi Sabtu dan Ahad, meninggalkan rehat, demi erti hidup yang pada MEMBERI.

Kerana itulah para pejuang masih terus bertahan, walaupun dalam 1001 kepayahan.

"Dakwah bukan bersifat ekslusif pada orang, tempat dan pakaian. Bukan pada ustaz, ulama, exco surau, exco persatuan islam, ahli jemaah dan juga bukan hanya di surau, masjid, majlis ilmu serta kepada mereka yang berpakaian labuh dan bersongkok"

“Kenapa mahu berdakwah?”, tanyalah kepada diri.

READ MORE

THE MOST POPULAR POST