"Enta kenapa lambat datang meeting? Kami dah lama bersidang. Enta perlu ingat bukan enta je yang sibuk. Enta seorang pemimpin perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab. Jangan curi masa orang lain kali!"
Berdesing telinga Hasan bila dimarah ketuanya. Bukan dia sengaja pun datang lambat ke meeting. Hujan lebat dan kredit sudah habis. Tak sempat pula nak sms awal.
"Ana minta maaf ya akhi. Ana tak sengaja. InsyaAllah lain kali ana tak buat lagi".
Meeting diteruskan. Namun masih ada mata-mata tidak puas hati merenung tajam ke mata Hasan. Bukan terpesona tetapi ada sekelumit sifat syaitan yang disuntik. Rasa dendam dan tidak puas hati. Bukan sekali dua Hasan lambat ke meeting!
*************************
"Hasan...boleh ana bercakap dengan enta sekejap?" Seusai meeting Najib merapati tubuhku sambil tangannya diletakkan ke bahu kiriku dengan sentuhan lembut.
Aku senang diperlalukan begitu lalu menyambutnya dengan sekuntum senyuman.
"Kita sering memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan setiap hari. Tapi kita tidak sedar bahawa Allah selalu mempermudahkan urusan kita. Kita yang selalu menyusahkan segalanya."
"Bait-bait ini selalu ana ulang ingat. Kerap ana fikirkan tentang logiknya kerana ana berdoa atas sesuatu yang belum pasti, maka selayaknya ana berharap yang urusan itu dipermudahkan.
Di dalam apa jua urusan sama ada peperiksaan, perkahwinan, pembelajaran mahu pun berorganisasi kita perlu mengambil sikap berhati-hati. Memang kita tidak sedar dan kita tidak sengaja untuk menzalimi hak orang lain. Tetapi kita punya banyak pilihan. Kita boleh pilih mana sahaja pilihan yang kita suka.
Sepertinya seorang hamba yang berhajat untuk menjaga hablum minannas dan tunjangnya ingin melamar redha Yang Esa. Maka lihatlah apa yang disampaikan, jangan dilihat pada diri yang menyampaikan. Jika baik ambillah, jika salah bicaralah secara beriman.
"Asif ya akhi. Ana tahu banyak sungguh kekurangan diri ini. Ana sudah banyak berdosa dengan antum semua. Tidak kisahlah ana lambat datang meeting sekali dua atau banyak kali, ana tetap berlaku tidak adil dengan antum. Antum sudah banyak bersabar dengan ana. Antum sudah banyak berhusnuzon dengan ana."
"Walaupun ana punya bermacam sebab musabab yang sohih lagi jitu. Ana tidak patut buat sahabat sebegini. Ana sedang mengikis kepercayaan antum, para dai'e dan masyarakat tentang imej seorang pejuang islam. Ana jahat enta! Ana jahat!"
Najib merenung dalam anak mataku mencari sebuah kekuatan untuk memotivasi diriku yang kian lemah dan leka. Aku sudah lama bersahabat dengannya. Tentu sahaja dia serasi dengan sikapku.
"Enta, bila kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah akan tolong kita, mungkin ada yang mengata bermacam-macam tentang diri enta. Tapi yakinlah Allah telah sediakan jalan untuk kita. Kita terpilih untuk berada di jalan ini bukan untuk populariti, pangkat dan duit. Tapi kita punya satu tanggungjwb yang cukup besar.Amanah!
Dalam keterpaksaan juga melahirkan keikhlasan. Mula-mula memang rasa susah. Atau pun bila sudah selesa bermacam pula ujian yang datang. Tapi siapa kita untuk menilai? Penilaian Allah itulah yang penting. Allah sahajalah yang berhak menentukan kita layak atau tidak. Bukan diri kita. Bukan orang lain. Yakinlah pada diri kita sendiri."
Terakhirnya ya akhi, suka untuk ana ulang sekali lagi kata-kata motivasi yang datang daripada Allah sendiri. Simple tetapi cukup menusuk. Pejamkan mata enta. Dan lahirkan sebuah rasa kehambaan yang paling mendalam. Bukan sahaja enta bersemangat semula, bangkit semula. Malah diri enta sendiri akan terdisplin dengan masa dan dakwah. InsyaAllah. Istiqamahlah enta dengan prinsip kemuliaan seorang dai'e.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [Muhammad 47 :7]
Muhasabah buat diri ini. Mungkin banyak masa orang lain yang dizalimi diri. Syukran.
ReplyDeleteSemoga Allah memberkati hidup ukhti Nur Na'imah...atas segala coretan y penuh ilmiah ini...salam ta'ruf..('',)
ReplyDelete