TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

Showing posts with label IDEALISME. Show all posts
Showing posts with label IDEALISME. Show all posts

PERTAMA KALI SAYA LUAHKAN PERASAAN





Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin nama Allah, saya menulis artikel untuk kali ini dari hati ke hati. Ya. Dari hati ke hati. Walaupun bakal menjadi panjang lebar, tetapi bersabarlah membaca. Kerana saya perlu luahkan juga apa yang terbuku. Sudah lama saya simpan perasaan ini. Sekian lama saya memendam rasa.

Mungkin selama ini, ada sesetengah pembaca meluahkan hati, masalah dan kerisauan kepada saya. Jadi, kali ini tibalah giliran saya pula. Dengarlah isi hati saya pula. Saya ikhlas ingin mengajak pembaca rasa apa yang saya rasa. Faham apa yang saya fahami. Berfikrah seperti fikrah saya.





1. POLITIK. "Dulu berminat dengan blog Dr, selalu datang melawat menambah ilmu.. tapi bila dr dah mencampurkan isu poLitik, agak tersentap, dan semakin kurang rasa ingin menjejakkan kaki ke blog dr" :(

Saya tahu sejak akhir-akhir ini ramai tidak sudi berkunjung ke blog saya. Bukan sekali dua komen begini. Banyak kali. Ada yang menyindir. Ada yang kecewa membawa hati. Sedih. Geram. Memberontak.

Bila melihat situasi begini. Saya terkenang zaman di sekolah. Perasaan yang sama dilahirkan.

Rumah saya kecil dan sempit dahulu, hanya memuatkan saya dan abang untuk belajar di hadapan TV. Setiap hari saya mendengar berita di TV3. Tetapi saya kehausan. Mencari-cari sesuatu.

Ramai kawan pelik dan menyindir saya membaca Harakah. Gaya saya membaca Harakah lebih syok daripada membaca buku sekolah. Siap bergaris dengan pen merah dan mengamati satu baris ayat ke ayat lain. Berjam mengambil masa untuk menghayati Harakah.

Kalau orang lain sudah tentu bosan. Artikel yang panjang amat letih untuk dibaca. Tetapi saya cukup puas! Banyak informasi, ulasan, fakta, bukti dan hujah yang tiada di TV. Pantang saya kalau Harakah dijadikan bungkusan nasi lemak seperti Utusan. Cukup beza.

Hujah yang diselami ayat-ayat Al Quran begitu meyakinkan. Cukup dalam maksud tersirat di sebaliknya. Kebetulan saya pemidato sekolah. Menjadi habit saya membaca secara kritikal. Mengkaji bukti dan logik untuk berhujah.

Cuma peliknya di tingkatan 5, saya tak pernah buat "homework sekolah" tetapi saya suka buat homework rumah ini. Walaupun meja saya paling hadapan dan bertentangan dengan meja cikgu di kelas, saya tak pernah buat kerja rumah atau latihan Bahasa Melayu walaupun sesi pengajaran. Tetapi setiap peperiksaan Bahasa Melayu saya pasti dapat A dan kertas karangan saya diphotostat oleh kawan-kawan sekelas.

Saya berkongsi dengan kawan-kawan, pentas pengucapan awam seperti pidato, debat dan perhabasan menjadi kunci atau medium kejayaan. Bahasa Melayu hanya perlu banyak membaca mengikut etikanya. Maksudnya, membaca pelbagai sumber dan perlu dikaji bukti untuk menguatkan hujah sandaran.

Saya, ketika itu, membesar dalam keadaan tertanya-tanya :

a. Salahkah saya hanya membaca Harakah? Perlukah disorok-sorok?
b. Haramkah? Berdosa besarkah membaca Harakah? Saya pembangkang?
c. Persepsi begini siapa dan media mana yang cipta?
d. Di manakah kebebasan saya? Kebebasan media? Kebebasan bersuara?

Sejak daripada "trauma" sedemikian  saya rasa negara ini memang "lain macam".





2. KEADILAN. Perlukah keadilan dan kebenaran disembunyikan? Sebagaimana kita mahu orang lain adil kepada kita. Poltik begitu juga. Walhal politik banyak mentarbiyyah (mendidik) diri bahawa kebenaran perlu ditegakkan. Kebatilan perlu diperkatakan. Membuka aib dan bercerita keburukan pemimpin adalah harus dan boleh jatuh wajib berdasarkan kezaliman dan penindasan yang melampau.

Berkata benar walaupun pahit. Jika urustadbir amanah, bersih dan adil, tiada sebatang tubuh pun akan mengkritik kerajaan.

Adakah kerajaan kita terlalu maksum untuk dikritik?
Kenapa tidak dilayan kritikan secara berhemah dan profesional?
Di mana hak bersuara rakyat?

Banyak juga artikel politik yang saya tulis dalam blog ini. Baca, fahami dan kajilah sebaiknya.

Saya masih ingat satu ketika di tingkatan 3, dalam Harakah bahagian soal jawab bersama Timbalan Mursyidul PAS, Dato' Dr Harun Din, soalan dan isunya lebih kurang sama. Sampai sekarang saya masih ingat analogi mudah yang diberikan oleh beliau bahawa :

"Politik itu diibaratkan seperti tandas. Tandas yang baru siap pada permulaannya bersih tapi telah menjadi kotor dek sikap tidak bertanggungjawab pengguna tandas yang mengotorkannya sesuka hati"

Politik tidak kotor sahabatku.

Politik hanya menjadi kotor bila pengotor mengotorkannya. Merekalah orang yang langsung tiada integriti dan jauh daripada agama. Seperti yang diperli oleh Rasulullah SAW dalam 1 hadis popular, bahawa umat akhir zaman ini lebih cintakan dunia, takutkan mati. Mereka tidak tegakkan islam dalam diri dan keluarga mereka.

Apatah lagi masyarakat?

Sekali lagi saya ingatkan. Diri kita perlu bersikap adil dengan politik. Anda jauh dengan politik kerana kerajaan yang memerintah pada hari ini. Anda boleh salahkan mereka. Saya kupas secara rambang dari sudut individual, ideologi pembawaan, pengaruh sosial dan psikologi.

Bukti :

a. Nilai integriti politik kotor pemerintah. Mengamalkan rasuah, menyeleweng duit rakyat, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Terlalu banyak bukti kes berprofail tinggi yang rakyat sudah tahu. Tetapi masih tiada tindakan serius. Ibarat mengubati kanser tahap 4 menjadikan barah usus yang membusuk. Jika displin agama tidak ditegakkan dalam diri sendiri, bagaimana menegakkan agama dalam negara?

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah." Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah. 

b. Ideologi pembawaan. Dengan bertunjangkan ketuanan Melayu kononnya untuk mengembangkan islam. Kita boleh nilai sejauh mana keberkesanan ideologi ini dalam arus islamisasi. Tidak perlu dibawakan fakta yang terlalu sarat tentang peningkatan saban tahun statistik kes murtad, zina, anak luar nikah, penghidap AIDS/HIV dan kes jenayah yang lain.

Berkiblatkan fikiran logik manusia yang lemah dan menolak hukum Tuhan dalam menyelesaikan kerosakan yang dibuat oleh manusia sendiri. Tidak perlu sentuh bab hudud, undang-undang syariah yang sedia ada berkurun lamanya belum lagi dikuatkuasakan sepenuhnya. Malah orang agama sendiri boleh menyeleweng wang zakat demi kepentingan sendiri dan kes ini tidak diadili seperti selayaknya.

c. Pengaruh sosial. Setiap hari rakyat disajikan dengan hiburan yang melampau. Ideologi hedonisme yang menguntungkan duit poket. Tidak perlu saya cakap banyak lihat sahaja di lubang telinga remaja. Siang malam disumbatkan dengan earphone. Fesyen-fesyen terdedah dan songsang daripada syariah menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat. Masyarakat terdidik dengan habuan materialistik dan keduniaan.

Anak yang baru sahaja lahir telah menghirup udara kerosakan dan keruntuhan nilai moral. Mereka membesar dengan tidak normal. Tidak kenal agama. Jangan terkejut jika terjumpa stastistik tinggi menunjukkan pelajar sekolah rendah tidak reti solat dan sudah berpasangan. Malah ada yang mengaku dengan bangga tiada dara.

d. Psikologi. Suapan demi suapan keduniaan oleh pihak pemerintah menyebabkan rakyat mementingkan diri dan tidak cakna dengan kesedaran penghayatan beragama. Jika mereka sedar politik sebahagian daripada agama dan aqidah mereka, kerajaan sesekali tidak akan berani menyentuh wang rakyat! Mereka pasti takut melangar perintah Allah.

Tetapi sebaliknya berlaku. Mereka berjaya "psycho" rakyat dengan sogokan wang dan habuan dunia. Sama ada directly or indirectly. Rakyat terkunci. Diam membisu. Terhimpit antara miskin atau kaya. Antara benar atau salah. Seperti robot meneruskan kehidupan ala kadar. Jika seorang pelajar lebih gemar kepada 4K : Kafe, kuliah, katil dan "kapel".

Jika anda seronok membaca gosip. Atau hanya membaca ruangan agama tanpa politik, berhati-hati dengan pemahaman aqidah sebenar anda. Negara ini kita yang punya. Politik islam adalah cita-cita kita. Pemimpin islam berada di tangan kita. Ubahlah pemimpin yang terlalu kronik penyakit kedegilan beragama. Penyakit ini memang tiada ubatnya. Hanya tunggu saat pacakan dua batu nisan di atas kubur kezaliman. 

Mungkin setakat ini dahulu perkongsian saya dari hati ke hati. Bisa berhujah sudah lama terlucut dek ketidakbiasaan melontarkan pendapat lagi kerana dimamah masa kesibukan perubatan. Kamu beruntung. Punya masa yang banyak dengan kehidupan sosial. Saya tidak pasti apa perasaan ini. Pagi-pagi lagi dengar seorang doktor merungut, "belajar jadi doktor susah, nak jadi doktor pun lagi susah".

Yang pasti, doktor bukan sebarangan doktor. Doktor untuk ummah tidak akan berhenti menjadi hamba kepada hospital. Cita-citanya tinggi tetapi menuntut doa daripada kalian juga.

Sedikit pesanan saya.

1. Saya bukan Hilal Asyraf mahu pun blog Dr Cinta yang menulis hanya untuk cintan cintun, soal hati atau keagamaan dengan menolak tepi soal politik, isu semasa dan negara. Bakat ini untuk ummah bukan dipendam. Sampai bila diri kita nak maju terkehadapan bila tiap-tiap hari asyik berbincang topik cinta dan masalah hati. Negara dan islam sedang memerlukan pemikiran kritis anak muda.

2. Saya tidak kisah pengunjung blog, follower atau peminat blog ini makin berkurangan. Keadilan dan kebenaran memang pahit. Lagipun saya tidak rugi apa pun. Anda menolak kebenaran. Andalah rugi.

3. Sudah ditekan awal lagi. Blog ini sekadar berkongsi. Saya masih jahil dan bertatih dalam dunia termasuklah dalam bidang saya sendiri. Jadi saya mengambil stand bahawa, hakikat kejadian seorang dai'e bukanlah pengajak semata-mata tetapi berkongsi. 

Sebab apa? Kalau ajak, orang tak nak kita akan frust menonggeng. Akhirnya, kita sendiri angkat kaki tinggalkan dakwah. 

4. Jadilah pelahap dalam membaca. Bukan sekadar membaca melepaskan batuk di tangga tetapi kritis dan kritikal dalam menilai. Biasakan diri. Sudah tentu ketemu kebenaran. Seperti islam juga. Islam kita hanya diwarisi, kita perlu mencari kebenaran islam yang sebenarnya di dalam diri kita sendiri. Tiada istilah rehat mencari kebenaran.






READ MORE

PESTA SEKS vS PESTA DARAH 2012


Setiap kalian adalah pemelihara. Maka dia bertanggung jawab atas apa yang dia pelihara!

"Seorang penguasa adalah pemelihara atas rakyatnya dan dia bertanggung awab atas mereka. Seorang lelaki adalah pemelihara atas keluarganya. Dan dia bertanggungjawab atas mereka. Seorang wanita adalah pemelihara atas rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dan dia bertanggung jawab atas mereka. Seorang budak adalah pemelihara atas harta tuannya. Dan dia bertanggungjawab atasnya. Ketahuilah! Setiap kalian adalah pemelihara dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipeliharanya.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Di mana kita saat tahun baru? Ada sebarang komen?


1. BERPELUK TUBUH

Macam-macam hadis dan fatwa dikeluarkan untuk mengelak dihukum dan diperli oleh kawan kerana tidak ikut serta sambutan alternatif tahun baru. Namanya pun alternatif. Tahun ini begitu banyak jemaah dan badan NGO mensajikan program-program ilmiah dan hiburan mendidik jiwa. Satu pun tak terliur untuk pergi.

Fiqh aulawiyyat.

Sekadar berpeluk tubuh dan mendiamkan maksiat itu tidak rasional. Para dai'e perlu meWAJIBkan diri turun ke lapangan dakwah. Cuba lihat situasi di Dataran Merdeka, sebagai contoh. Perlukah dibiarkan remaja berpesta seks di sana?

Kita masih ada kudrat untuk mengintima'kan diri atau berpartisipasi dengan mana-mana badan/gerakan menjalan amar makruf nahi mungkar. Hanya tanya pada iman.



2. KEINDAHAN BUNGA API

Ada 2 ragam manusia di atas muka bumi ini.

"Wow!!! Cantiknya bunga api. Tengok tu! Colourful lah ayang!" sambil merakam di handphone yang tak berapa canggih. Sebelah tangan lagi pegang awek. Terkinja-kinja mereka dalam lautan manusia di Dataran Merdeka. Banyak aksi begini.

"Allah...bunga api meletup. Duit rakyat hangus terbakar. Allah..Allah.." sambil memegang periuk nasi yang kosong. Mulutnya ternganga. Matanya membulat. Air liurnya hanya mampu ditelan melihat bunga api di TV. Anak-anaknya yang merengek lapar tadi terbisu seketika apabila "jakon" tengok bunga api.

Berapa agaknya kerajaan sedekahkan duit untuk membakar bunga api? Kos bersih tidak termasuk dengan amukan konsert di atas pentas.

Gemuruh jiwa Faizal Tahir memang "gila"! Macam dirasuk dibuatnya. Terpukau dengan kegemuruhan. Ada melompat-lompat. Menjerit histeria. Tidak ketinggalan semakin rancak dengan aktiviti ringan-ringan tadi.



3. LAWAK BODOH SI ULAMA UMNO'

Ada orang kata mereka bodoh sebodohnya. Sesat. Pelik. Kenapa?

Ulama' UMNO serang Ustaz Azhar Idrus gara-gara main gitar dalam satu persembahan bersama Zizan Raja Lawak di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

"Orang buat benda baik dilarangnya. Kecoh! Masjid Shah Alam sudah la tak bagi. Nasib baik dapat Dataran. UMNO buat pesta seks takde nak kecoh plak. Ibarat mencari popular. Dialah jaguh agama yang paling bertauliah. Tak payahlah jeolus dengan Ustaz Azhar yang ramai peminat"

Saya tak hairan orang komen begitu. Bak kata Nabil "Lu pikirlah sendiri!"
Fiqh aulawiyyat. 



4. MACAM MINTA BALA ALLAH


Dalam satu forum sempena tahun baru di Masjid Jamek, ada seorang pak cik bangun bertanya soalan.


"Adakah bala Allah turun baru manusia tidak menyambut tahun baru? Seperti yang berlaku tsunami di Aceh pada hari sambutan Christmas, bulan Disember Tahun 2004. Semua masjid diarahkan membaca yaasin dan tiada sambutan tahun baru ketika itu!"

Mengancam soalan pak cik. Takut semua orang dibuatnya. Tanda-tanda hari kiamat.



5. AMBANG ATAU MAMBANG TAHUN BARU?

Mari berkongsi fakta.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Dan statistik tertinggi anak luar nikah dilaporkan pada bulan 9! Selain bulan-bulan yang ada pesta besar sempena peristiwa bear negara.

Runtuhkan sahaja Sekolah "mari mengandung" Ketua Menteri Melaka, DS Ali Rustam. Tidak berguna.



6.  TAHUN DEPAN PASTIKAN GEMPAK!

Kebanyakan jemaah sambut tahun baru di masjid. Macam syok sendiri. Dia dengan dia sahaja. Dunia assobiyah kata orang. Tertutup dan terkunci kemas.

GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia) seperti tahun-tahun lepas, juga menyambut di masjid. Bezanya diselitkan aktiviti praktikal dakwah. Edar flyers, kad GAMIS dan buah tangan kepada target.

Wakil ABIM dalam satu forum juga komen benda yang sama.

Gerakan dakwah perlu agresif dan fleksibel. Bukan buat program di masjid tertutup. Tetapi terbuka seperti di dataran. Wajar menganjurkan program bersifat syariah compliance yang funky, hip dan adventorous. Kena pada selera remaja.

Ustaz Azhar Idrus telah buktikan. Anak muda bila lagi?

Jangan jadi seperti UMNO. Bak kata pepatah arab. Sebelah tangan kanan membina bangunan. Sebelah tangan kiri meruntuh.



7. PESTA DARAH MAHASISWA


UPSI bermandi darah di tahun baru 2012. Hadiah untuk mahasiswa yang berani bersuara demi keadilan. Bagi  masyarakat di luar sana, rentetan daripada peristiwa ini panjang. Sangat panjang. Tidak perlu terus meletakkan noktah tanpa selidik di awal cerita.

Banyak persoalan.

a) Salahkah anak muda berhimpun secara aman menuntut keadilan? Tanpa bersenjata? Setelah segala rundingan aman dan diplomasi secara berhemah dibakulsampahkan?!


Info lanjut (klik)




b) Kenapa Aspirasi (pro-kerajaan) dan pemuda UMNO boleh dibenarkan berdemonstrasi pada 21 Disember yang lepas tanpa sebarang gangguan?

c) "Polis binatang!" Satu pekikan lantang untuk sifat kebinatangan polis berlagak seperti samseng terhadap batang tubuh mahasiswa. Anda yang mulakan provokasi dahulu dengan mengacah mahasiswa supaya bertindak agresif.

Selepas itu rakus sekali dengan aksi kebinatangan. Tumbuk, sepak terajang, belasah dan menangkap mahasiswa sesuka hati!

Tidak berhati perut! Merampas kunci kereta bila saudara Safwan Anang hendak dikejarkan ke hospital kerana pengsan setelah anda kerjakan. Mahasiswa merempuh klinik untuk selamatkan nyawa sahabat kami, tapi anda masih nak bergelut dengan kami.

Hari ini, anda tulis di akhbar kami pukul sesama kami. Anda layan kami dengan cukup baik! Najib kata "baru kena sikit tu!" 

Tahniah dan syabas atas sandiwara kebodohan politik UMNO. Tahniah atas layanan yang cukup mesra kepada mahasiswa berbanding Aspirasi dan pemuda UMNO.

Cukuplah nikmat akal yang diberi.


Sikap "double standard" dan tidak peduli dengan suara mahasiswa pastinya mempercepatkan proses pacakan batu nisan di atas robohan entiti kezaliman dan penindasan. Korban darah keganasan polis dan FRU sudah tentu dibayarbalik dengan "cash" di dunia lagi. Tidak perlu tunggu lama.

Benar!

Jika mahasiswa tidak boleh bersuara, apa guna mahasiswa belajar tinggi-tinggi? Bersuara terhadap keangkuhan diktator tidak dibenarkan. Apa guna menjadi cerdik jika hanya diperbodohkan oleh kezaliman? Tak apa. Sekatan itu cuma sementara. Terima kasih kepada semua pejuang mahasiswa. Jutaan lagi anak muda yang mahukan perubahan dan ramai lagi cerdik pandai mahasiswa yang akan bangun dan memimpin negara pada masa depan.

Hancurkan kezaliman!!!

READ MORE

RAUNGAN TARBIYYAH!


Paluan gendang kemahasiswaan berkumandang, gegak gempita bumi Allah tatkala mahasiswa berpencak di pentas persada menyuntik kejantanan dan semangat para mahasiswa. Cabaran mahasiswa ketat. Ayuh longgarkan melalui partisipasi bersama gerakan. Kerja susah jadi mudah. Kerja berat jadi ringan.  Kerja besar jadi kecil. Mahasiswa perintis kepimpinan negara! Ayuh!

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya, Islam akan tertegak dalam negara kamu." Cabaran yang paling besar adalah datang dalam diri mahasiswa sendiri.

Kemenangan yang dicita-citakan mesti datang dari dalam diri, bukan mengharapkan kelemahan dan kealpaan dari musuh!

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)


Benar. Kita mahasiswa. Ada mata dan telinga. Kita lihat dan dengar. Kita baca dan faham. Kita analisis sebelum berkata. Kita kaji sebelum berhujah.

Mahasiswa tidak mati dengan pandangan yang berbeza. Kecuali berpeluk tubuh. Tidak memikirkan masalah rakyat apalagi masalah umat.

Hidup mahasiswa adalah sebuah pilihan. Pilihan untuk menjadi hitam atau putih. Plihan untuk memilih gelap atau terang. Pilihan yang akan menetapkan bahagia atau sengsara. Dan mahasiswa bebas untuk memilih. Itulah sebenarnya inti dari kehidupan.

Mahasiswa perlu berani terkehadapan membela kebenaran menghapus kezaliman.

Kebenaran itu bukan rangkaian aturan-aturan yang bisa dipermudah atau dipersulitkan. Kebenaran itu sebuah proses, seperti udara pagi yang dihirup secara perlahan-lahan ke tubuh. Menyegarkan hati dan fikiran. Bayangkan yang dihirup itu angin puting beliung. Tubuh tidak hanya hancur, tapi terhempas tak berdaya. Dibawa arus tak tentu arah.

Sesungguhnya!

Kejahatan. Kezaliman tidak selamanya kekal. Kebenaran tidak selamanya pudar. Jika dibenarkan perkara yang jahat maka suatu hari nanti akan diketahui yang jahat akan tetap jahat, dan yang benar akan tetap benar. Kebenaran dan kejahatan tak akan bersemayam diatas singgahsana yang sama.

Jauhi suara-suara sumbang yang mengatakan gerakan mahasiswa adalah gerakan yang ‘retorik’ kerana perlu ditegaskan. Mahasiswa ada padangnya tersendiri. Jatuh bangun, menang kalah biarlah dirasai sendiri di atas padang yang sama rata. Bukan dianaktirikan.

Perlu diingatkan tiada gunanya menang dan memegang jawatan sedangkan dalam keadaan tidak memahami apa signifikan jawatan tersebut dan apa yang boleh disumbangkan kepada masyarakat.

Itu zalim namanya.

Almarhum Dato' Hj Fadzil Mohd Noor menyebut kejayaan bagi satu cita-cita atau fikrah hanya akan tercapai dengan keimanan yang kuat. Keikhlasan yang padu. Serta kesediaan untuk bekerja dan berkorban secara berterusan. 

Bukan merompak harta dan menyeleweng kuasa.

Laungan keramat mahasiswa menggengar seisi langit. Jangan dicabar MAHASISWA. Jiwanya BESAR dan MERAH!!! Resam MAHASISWA :

"Jika Disekat MELAWAN ditahan MENGGANAS. Ditanya MENJAWAB. Dipukul MEMBALAS"

READ MORE

"HARI NI NAK TULIS PASAL APE YE?"


Bagi seorang penulis blogger hatta hanya facebooker pun, pasti terpinga-pinga bertanya soalan kepada diri "hari ni aku nak tulis pasal ape ye?"

Digaru-garu kepalanya yang tak gatal. Jenuh berfikir, di"skodeng"nya jiran sebelah cari ilham.

"Datanglah kau ilham. Datanglah..." berminit lamanya berfikir .
"Dah..sudah! Feed up aku!"

Maka, hari itu berakhirlah dengan kemalasan dan kebosanan untuk tidak update blog, atau pun cukup sekadar copy paste status orang lain atau share mana-mana artikel. Buat sahaja daripada tidak buat kebaikan langsung.

"Susahnya nak datang ilham. Allah..." keluhnya.

Layan jap lagu Manbai. "beribu bintang di langit kini menghilang. Meraba aku dalam kelam, rembulan mengambang kini makin suram, pudar ilhamku tanpa arah. Sedetik wajahmu muncul dalam diam. Ada kerdipan ada sinar, Itukah bintang atau rembulan. Terima kasih kuucapkan."

Tersengih sorang-sorang bila masuk rangkap kedua.

"Izinkan kumencuri bayangan wajahmu. Izinkan ku mencuri khayalan denganmu. Maafkanlah oh...Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu. Kau senyumlah oh...Sekadar memori kita di arena ini. Kau ilhamku. Kau ilhamku..."

Terima kasih ya Allah. Sungguh hati ini jatuh cinta bila mendengar alunan muzik yang lembut, ilhamku disandarkan hanya padaMu. Tiadalah aku menulis jika tidak Kau yang ilhamkan. Tiadalah aku tanpa banyak idea jika tidak Kau yang titipkan. Hati kembali berbunga-bunga tenggelam dalam kebahagiaan. Seronoknya.

"Aku bukanlah doktor cinta. Bukan pula ustazah mahu pun ahli politik untuk bicara displin ilmunya. Belum juga ditaklifkan sebagai doktor. Tiadalah tauliah yang sempurna. Mahu pun ilmu agama yang mendalam. Cukup sekadar mahu berkongsi rasa, buah pemikiran, pendapat, fikrah, motivasi dan muhasabah diri. Walaupun minat dan cenderungnya di dunia siasah (politik), usahlah hilang minat membaca blog ini."

Apa yang aku rasa, tidaklah seperti yang kau rasa. Kita sangka kita sama, kita serupa. Rambut sama hitam, tapi rupanya kita berbeza. Hati kita lain. Sudut pandangan, pemikiran, kondisi pengaruh sekitar, bahan bacaan dan pengalaman kehidupan membentuk diri kita berlainan. Namun hakikatnya, Allah yang Maha Muthlak untuk mencipta kita sebegini rupa.

Bersyukurlah, bukankah itu satu keindahan?
Persoalannya masih sekitar bagaimana kita menerima perbezaan.






BERSAMA MEMBENTUK DIRI

Jika sebelum ini, bacaan kita hanya terpencil mengenai soal hati. Rasa dan terasa. Jatuh hati, sakit hati, pedih hati, amik hati, dan seangkatan waktu dengannya. Maka, mulai saat ini latihlah diri, didiklah diri, displinkan diri dengan bahan bacaan yang lebih meluas merangkumi segenap isi kehidupan.

Bersikaplah adil kepada diri. Tidaklah adil bila mana, tabiat kita suka "like" mana-mana artikel, page, gambar atau status berunsurkan "easygoing" dengan selera perasaan kita. 

Bagaimana pula dengan kebenaran?

Tertegaknya kebenaran tatkala kita berusaha menyingkap jendela politik kepalsuan. Sedarlah betapa politik itu penting dalam mencatur keseimbangan kitaran dan kestabilan urustadbir manusia yang mana pada hari ini semakin celaru akibat kedegilan dan bersikap sombong dengan Tuhannya. 

Saat ini, dengan ketidaksedaran, kita telah menzalimi hak masing-masing, membiarkan manusia yang tidak bertanggungjawan, tidak amanah dan tidak berintegriti telah membunuh dan merosakkan kepercayaan kita kepada dunia politik yang bersih sepertimana sistem politik kerajaan Madinah pimpinan Rasulullah SAW.

Kita biarkan persepsi "politik kotor" terus menerus meracuni pemikiran dan budaya allergic tatkala berbicara tentangnya. Mengapa kita hanya membiarkan golongan tidak cerdik ini memperhambakan manusia akibat sikap "aku tidak pedulisme"?

"Lantak kaulah, aku tak rasa apa-apa pun. Takde faedahnya kalo menyibuk hal orang lain"

Kalau terkena batang hidung diri sendiri, baru terngadah. Nak salahkan siapa? Salah siapakah sebenarnya? Berubahlah! Kita mampu mengubahnya dengan tangan sendiri, maka pangkahlah sebelum kita dipangkahkan daripada sebarang kebaikan. 




TINGGALKAN AMALAN "LAGHA"

Amatlah rugi menjelang tahun baru, 2012 tiada satu apa pun kata-kata azimat pesanan kepada diri sendiri untuk berubah. Diri kita sebenarnya ketandusan kasih sayang, cinta dan perhatian daripada tuan badannya. Seperti mana kita mahu orang lain ambil kisah, take care dengan kita, sayang pada kita, begitu juga jiwa kita.

Belaian seorang ibu kepada anak tidak kira masa dan tempat. Keikhlasannya tidak terduga dan mampu menagih limpahan air mata tatkala mengenang pengorbanan ibu. Katanya, hidup tak sesempurna tanpa ibu.

Itu ibu, orang lain. Tidak sejasad, sebadan dan sehati dengan kita. Justeru, kita  semestinya perlukan lebih kasih sayang diri kita sendiri daripada kasih sayang ibu. Kepuasan hati akan tercapai setelah kita faham fitrah diri kita yang sebenarnya. Bagaimana pula ye?

Kita bangga beragama islam, anugerah warisan turun-temurun datuk nenek moyang kita. Ya, bangga bukan bersyukur. Kalau kita jenis bersyukur, kita akan berusaha mengubah diri menjadi umat islam yang boleh dibanggakan oleh Allah. Islam tanpa amal diibaratkan pokok tidak berbuah, sia-sia.

Pada hari ini apa yang kita lakukan? Kita tidak lagi bersahabat akrab dengan Al-quran tetapi dengan handphone, ipod, mp3, facebook, blog dan sebagainya. Bacaan dan muzik kita bukanlah ayat-ayat Al-quran. Bagi kita baca Al-quran bila waktu lapang, nak mati atau bila Ramadhan tiba, begitu ekslusif sekali kononnya menghormati sampai terbelit-belit lidah nak baca Al-quran. Betul tak?

Masih banyak lagi ruang-ruang kosong yang belum dipenuhi di otak kita untuk menghafal, sel-sel otak kita pun kelihatannya masih berehat dan tidak secergas seperti yang sepatutnya. Gunakan nikmat itu sebaiknya sebelum ditarik. Jadi, sebagai langkah pertama biasakan diri melazimi ayat-ayat suci, firman atau mana-mana hadis Nabi. Jangan terus langkah perenggan atau bersikap tidak endah bila nampak ayat Al-quran tanpa mendalaminya. 

Ayat manusia tidak berkuasa mengubah diri manusia, yang sama taraf dengannya. Hanya ayat Allah yang Maha Berkuasa mampu menggetarkan perasaan sekaligus menggerakkan hati manusia untuk berubah. InsyaAllah moga ada manfaat luar biasa.


Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah SAW bersabda :

“Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”. ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

Begitu luar biasanya memotivasikan diri kita.

READ MORE

GUNAKAN ISLAM UNTUK KEPUASAN NAFSU POLITIK?



Acapkali kita melihat dan membaca tulisan dan komen tentang kewajaran sesebuah parti,persatuan atau organisasi yang meletakkan agama Islam sebagai matlamat perjuangan dan menggunakan pentas politik sebagai wadah atau wasilah perjuangan. Sama ada di dalam atau di luar kampus, seorang insan biasa pasti keliru jika tiada ilmu, kefahaman dan penerangan yang mendalam mengenai isu popular ini.

"Bila agenda untuk memenangi politik diutamakan, agama dijadikan pertaruhan, maka para pemimpin pelajar tertentu dan orang yang bersekongkol dengan mereka akan mula membina kerangka kononnya agamalah sebagai wadah perjuangan. Maka diasakkan wadah perjuangan sebagai senjata mengawal pemikiran pelajar lain. Ditakut-takutkan pelajar tentang pembalasan Allah jika ada yang tidak bersama dalam perjuangan politik mereka. Pelajar tidak lagi dapat membezakan apa itu Islam yang sebenar dan Islam yang dipolitikan. Bagi mengukuhkan kumpulan politik mereka, dibentuknya rasa bersama dengan berbagai slogan dan cogankata. Ditekan bertalu-talu pemikiran pelajar sehingga tiada lagi kemampuan untuk pelajar berfikir. Akhirnya usaha mereka berjaya."

Benarkah dakyah ini?
Apakah kebenaran di sebalik semua ini?
Mana satu yang betul? Puak A atau B?
Politik negara tidak jauh berbeza dengan politik kampus, tetapi adakah mahasiswa mandul untuk memandu perjuangannya sendiri dan terbawa-bawa politik luar kampus ke dalam kampus?

Bagi pihak penulis, pendapat dan pandangan yang bakal diluahkan bukanlah bersifat 100% terjamin ketepatan hujahnya. Ketepikan soal memilih ideologi atau parti mana, itu perkara yang berasingan. Ketepikan juga siapa diri penulis, itu juga perkara yang sangat berbeza. Kita perlu menyahut dan menghormati kebebasan bersuara dan berhujah secara ilmiah selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.

Jika dahulu, penulis yang masih mentah menulis dengan berani memberi pandangan walaupun hujah dan idea tampak tidak sebombastik pemikir politik. "GMUKM : politik berdakwah" (klik) adalah penulisan yang membincangkan isu :

1. Sejauh mana slogan kebenaran mengatakan GMUKM menggunakan politik untuk berdakwah?
2. Bertanding pilihanraya kampus dan memenangi kerusi, mendapat kuasa adakah itu dakwah?
3. Mengapa politik berdakwah?
4. DAKWAH BERPOLITIK atau POLITIK BERDAKWAH?

Jadi, untuk penulisan kali ini hanya menyentuh sedikit secara dasar dan sudah tentu berbeza dari segi pembawaan. Kerana jika dahulu menulis ketika zaman sebagai oposisi, alhamdulillah "Kun fayukun" Allah telah takdirkan kemenangan GMUKM dan penulis berbicara mengikut waqi' semasa.

Masih lagi kemas terpasak di dalam minda penulis :

"Soal memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi penulisan ilmiah di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, kita juga perlu peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan! Malah keamanan tidak sesekali berkompromi dengan kebatilan. Ya! Islam itu agama kedamaian dan kesatuan, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan!"





SIAPA SEBENARNYA YANG BETUL?

"Aspirasi takde matlamat perjuangan sebenar yang jitu. Tak reti berdikari. Macam lembu disorong, kalo pentadbiran suh jadi calon, jadilah meraka calon. Dah le takde kualiti, cakap pun tergagap. Lepas tu suka tiru GMUKM. Kalo orang buat blog, fb, perarakan, banner, baju, logo, badge, macam-macamlah...sumenye nak tiru. Takde idealisma langsung."

"GMUKM bajet alim, budak suraulah konon. Cakap lebat siap ngan ayat Al-Quran tapi juara fitnah, suke kondem orang, kutuk sana sini. Ngan pentadbiran kurang ajar, hormat ngan orang tua pun takde. Taksub, assobiyah, jumud, sana haram sini haram, kejenye demo je. Wat program, aktiviti, debat, pidato untuk puak dia je. Suka syok sendirilah tu. Dah ler takde non-muslim langsung."

Benarkah hentaman dan komen ini?
Kelemahan-kelamahan yang betul atau tidak?
Meminjam kata-kata tidak berilmiah dan tidak sopan seorang ahli akademik UKM "Siapa sebenarnya yang BEBAL berpolitik"?


Fist time buat banner : budaya suka tiru keje orang?


Kreatif, attractive, menarik, jimat, humble, lebih mendekati  dan disukai oleh golongan atas pagar?




SIAPA GMUKM DULU DAN KINI?

1. Jika dahulu GMUKM (lebih dikenali Islam Penyelamat Ummah, IPU) sebagai contoh mengharamkan tepuk tangan dalam program, namun kini GMUKM ber"ijtihad" perkara yang berbeza.

2. Jika dahulu GMUKM berdemo hanya kerana tarian wanita dna konsert hiburan, namun kini GMUKM seolah-olah terlepas pandang dan menghalalkan konsert di programnya sendiri seperti pesta konvokesyen baru-baru ini.

Ini adalah antara isu mahu pun contoh jelas yang boleh diambil. Apa yang perlu dijawab? Adakah penulis mahu "back up" atau mengalih isu bagi menutup kelemahan, kelompangan dan keburukan GMUKM?

Soalnya, adakah ini isu? Benarkah perkara ini adalah antara kelemahan, kelompangan dan keburukan GMUKM yang perlu diakui dan diperbaiki?

Penulis bukanlah mahasiswa pemerhati yang "hidup" di zaman kegemilangan, kejatuhan dan kebangkitan. Tidak begitu arif dengan telahan perubahan fasa perjuangan mahasiswa walaupun bernafas di UKM dalam fasa kejatuhan dan kebangkitan GMUKM. Masakan tidak.

Terlalu banyak persoalan isu yang perlu dirungkai, difahami dan dianalisa kerana masa yang memberi kelainan kepada kaedah pembawaan GMUKM dalam merentas zaman tumbesarannya. Tidak cerdik membaca "permainan" dan agenda politik bukanlah asbab asas untuk tidak membicaranya. Walaupun keterbatasan masa, fakta, hujah dan ilmu mahasiswa perlu mendepaninya dengan kesedaran yang tinggi iaitu di atas paksi kebenaran, keadilan sejagat dan juga kebebasan akademik. 



"IJTIHAD" YANG PERLU DIFAHAMI

Tidak dapat tidak, istilah-istilah Arab seperti assobiyah, ijtihad, syura, tahaluf siyasi, biah solehah dan sebagainya perlu difahami dan dihadam sebaiknya dalam konteks perjuangan mahasiswa mahu pun aplikasinya dalam politik kampus. Definisi, konsep, keperluan, kepentingan dan mekanisma ijtihad sebagai contoh, sangat penting untuk dirobek pemahamannya bukan hanya digunakan tatkala berhujah demi mematahkan hujah yang seteru dengannya.

Perlu diteliti, arus perkembangan modenisasi manusia sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam pembawaan sesuatu pemerintahan dalam kerangka zaman politiknya. Ijtihad politik secara kolektif yang mana
membuat keputusan dengan mengeluarkan sesuatu hukum berlandaskan asas kefahaman mengikut penilaian kiasan berteraskan al-Quran dan sunnah, dilakukan secara berkumpulan bukannya seorang dua.

Mungkin ya, kita tidak berada di zaman awal kegemilangan GMUKM bahkan kita tidak fasih apa yang berlaku ketika itu. Tetapi kita terima dan sedar bahawa hakikatnya zaman sudah berubah. Dahulunya, islam  diterima dan biah solehahnya (suasana yang baik dan diredhai Allah) lebih terjaga. Walhal dunia islam sekarang telah menjadi cacamarba dengan kedahsyatan ideologi dan serangan barat yang tidak putus derasnya, telah merosakkan pemahaman dan penghayatan islam dalam diri penganutnya.

Tepuk tangan menjadi isu popular satu masa dahulu mungkin kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan faedah yang banyak, hanya suka-suka, berhibur dan melalaikan daripada mengingati Allah. Mungkin pula kini para ustaz mahu pun penceramah meringankan penegasan atau pun membolehkan tepuk tangan sebagai pendekatan yang lebih mudah untuk memenangi jiwa para mad'u. Mungkin ya dan mungkin tidak.

GMUKM, semua orang tahu dan maklum bahawa parti ini baru berusia setahun jagung dalam arena politiknya sebagai kuasa tertinggi pemegang tampuk pemerintahan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).  Satu kejutan beruk bagi pihak Aspirasi dan pentadbir UKM yang tidak senang melihat kegigihan GMUKM merealisasikan islamik pesta konvokesyen tatkala ada kebocoran pengawalan dan jarum maksiat yang tertusuk di "Konsert Selamba Je" Pesta Konvokesyen yang ditaja penuh oleh Muzik.fm.

ISIUKM dalam blognya telah memberi fakta "tunjuk sebab" (klik) tetapi isu lekeh ini terus diangkat dan dijulang setinggi-tingginya dalam propaganda memburuk-burukkan PMUKM. Revolusi syiar islam yang ingin ditegakkan oleh GMUKM adalah perubahan yang berperingkat, tidak secara total atau pun mengejut. Mereka telah membuktikannya dengan sedaya upaya cuba mengekang dan meminimakan zon kebebasan percampuran lelaki dan perempuan, itu pun masih dipertikaikan.

Perjuangan mereka di ketawakan! Dilempar dengan tuduhan bahawa bagi GMUKM islam itu seolah-olah alat kepuasan nafsu serakah politik mereka! Soalnya, bernafsukah batang tubuh budak-budak GMUKM untuk memegang jawatan dan merampas kuasa? Apa yang mereka dapat? Apa yang menyebabkan mereka ghairah dan teruja mengejar pangkat? Apakah setelah menang besar pilihanraya kampus mereka ini gila melobi duit dan nama? Menjaja kesenangan dan mempermainkan amanah yang Allah beri?

Penulis tidak berhajat untuk melebarkan jawapannya, asbabnya penulis percaya para pembaca dan mahasiswa sudah melihat sejauh mana GMUKM berusaha keras membawa idealisma perjuangannya, keinteletualan serta kebajikan mahasiwa bukan setakat di daerah kampus UKM sahaja malah di mata masyarakat dengan keberanian berhujah isu negara yang lebih besar. Pembaca boleh sahaja meredah blog PMUKM di sini untuk menghentam gerak kerja dan kerterlibatan melangsaikan manifesto dan amanah mereka.

Mahasiswa juga boleh menilai sendiri dan meratah sosok tubuh pemimpin GMUKM dan PMUKM, adakah mereka meletakkan islam di kepala lutut atau di kaki? Adakah islam seperti bola yang boleh disepakterajang ke dalam jaring gol politik mereka?



Cabaran besar bagi ketua pasukan PMUKM untuk mengepalai nakhoda sebuah pelayaran serta mencabar tradisi alam sekaligus mencabar si pentadbir UKM yang tidak sebulu dengan mereka dan bersikap pilih kasih. Perlu diketahui, mereka ini adalah insan biasa sama seperti pembaca, sama seperti kita yang impikan islam untuk dihayati dan dipraktiskan semula di dalam segenap perkara. Kita sudah bosan dengan "istilah agama dipolitikkan" dan "gila kuasa". Gelaran BEBAL  berpolitik yang sedap mereka canangkan langsnng tidak relevan, padahal siapa sebenarnya yang BEBAL? Mereka ada kuasa sejak dulu sampai sekarang, mengapa tiada langkah untuk ke arah itu?

Mengapa sukar sekali untuk memahami ISLAM FOR ALL? Kita amalkan budaya islam di dalam setiap sudut kehidupan, kerana islam bersifat syumuliah, terbuka dan sesuai untuk setiap bangsa. Jika sekarang ini, barat sudah menerima dan sedang mempraktiskan formula islam yang telah dikaji untuk membendung kerosakan dan gejala maksiat di negaranya, maka kita?

Sungguh memalukan, kita, baik dari segi pemerintah sehinggalah rakyat marhaen secara perlahan-lahan dan tidak sedar sedang menolak hukum Allah dan budaya islam jauh daripada fitrah insani. Kita tidka berusaha ke arah itu, malah menjauhinya. Jika ada, kita mencampuradukkan yang halal dengan yang haram.

Untuk pesanan kepada diri sendiri, mantapkan ilmu, perkasakan pemahaman. Jangan jadi orang jahil agama :
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang jahil yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah)



p/s : salah satu ilmu terpenting yang dibawa dan sedang dihadam daripada program tarbiyyah Ijtima' Tarbawi, iaitu IJTIHAD.

READ MORE

BUAT KAMU, BACALAH...

Setelah 7 tahun bersabar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk Islam dan kebenaran, GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM) akhirnya memecah rekod dengan menakhluki kerusi PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM) dengan gol 21


TARIKH KERAMAT MALAM KEMENANGAN : 16 MAC 2011

Saat itu..detik itu..tidak akan sesekali dilupakan.

Sejarah tercipta menghayunkan semangat cintakan universiti cintakan ilmu dan paling terpenting semangat cintakan Ilahi, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa.

Tatkala semboyan "Kun fayakun!" bertiup di segenap alam maya, maka tiada siapa yg mampu bangkang kun fayakun Allah!




TANGISAN PERJUANGAN MEMBURU PENGORBANAN!

Kemenangan itu bukan untuk dimegah! Malah untuk disyukuri, apatah lagi diisi dengan KOMITMEN, PERUBAHAN dan tuntutan terdahsyat yg dinamakan PENGORBANAN!

PENGORBANAN bukan sebuah, malah mungkin berpuluh, beratus dan mungkin juga beribu.

Asal namanya kau lelah, penat, pening, kepala kusut, sakit hati, kecewa, gagal, putus asa dan marah itulah namanya PENGORBANAN!

Menjalani hidup dengan penuh perjuangan dan pengorbanan tanpa henti-henti dalam balutan rasa sabar juga tawakal kepada sang pemilik hidup itulah namanya PENGORBANAN!

Allah SWT  telah berjanji bahawa :

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?
Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." - Surah Al Baqaarah:214.

Serta :
"Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti" - Surah At Taubah:41

Kehidupan ini adalah sebuah perjalanan mencari erti makna sebuah perjuangan, pengorbanan dan ketulusan hati dalam menggapai redha Tuhan (mardhotillah)




PESANAN : SAHABAT, APAKAH KITA?

Akan menjadi aktivis yang berdaya maju yang akan menggantikan generasi yang tidak mempedulikan.
atau
Akan menjadi aktivis yang tidak berdaya maju yang akan digantikan oleh generasi lain.

Semua pilihan menuntut kepada sebab dan akibat. Terpulanglah kepada kita dalam menggunakan hati nurani untuk membuat penentuan yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan dakwah.

"Ya Allah, jadikanlah kami aktivis dakwah yang kental yang mampu merubah masyarakat dan menyuntik roh baru ke dalam tubuh ummat. Jauhkanlah kami dari segala kelemahan samada yang berkait dengan jasadiyyah dan ruhiyyah sehingga kami mampu membawa obor yang akan menyinari semula alam ini dengan percikan nur dan api yang membara dari dalam hati kami yang paling dalam."




KHAS : LAGU PEMBAKAR SEMANGAT!

Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh





SELAMAT MENGUTIP ILMU DAN SINERGI PERUBAHAN DI BLOG :

pm-ukm.blogspsot.com
gm-ukm.blogspot.com
gmkkl.blogspot.com

READ MORE

APAKAH BENTUK MENGUMPAT YANG DIBENARKAN?


Jika kita lihat isu semasa tanah air kita di dada akhbar, televisyen, dalam ceramah agama mahu pun khutbah jumaat terlalu banyak limpahan isu yang berbaur fitnah, bersifat menyerang peribadi, saman menyaman, tuduh menuduh dan acara hentam menghentam. Soalnya, kita sebagai permerhati bagaimana kita menilai isu yang berbangkit dengan berlandaskan Al-quran dan sunnah? Bagaimana kita melihat isu politik dalam perspektif islam?

Soal memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi penulisan ilmiah di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, kita juga perlu peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan! Malah keamanan tidak sesekali berkompromi dengan kebatilan. Yup! Islam itu agama kedamaian dan kesatuan, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan! 

Mungkin permulaan sudah cukup untuk difahami, namun untuk olahan lebih lanjut secara ringkasnya akan membincangkan isu :

1. Mengumpat yang dibenarkan dalam islam
2. Cara menilai umpatan yang sahih (benar) dan bukan khabar angin
3. Pandangan penulis menjawab dilema si pemerhati



MENGUMPAT (GHIBAH) YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

Apakah hukum mengumpat?

Hukum asal (mengumpat) memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Namun dikecualikan bagi 6  situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulamak (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim dan Riyadhus-Salihin) :

A) Apabila diri dizalimi. Harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, qadhi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

B) Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran; "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

C) Bertujuan mendapatkan fatwa (pandangan agama). Seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi; "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

D) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga dari suatu kejahatan. Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

E) Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

G) Untuk memperkenalkan seseorang. Harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.




MENGUMPAT DALAM CERAMAH?

Secara praktikalnya, apa yang ingin ditekankan dalam kita menghadam setiap ucapan, isu dan kenyataan baik dari segi peribadi, parti politik atau sesuatu badan persatuan, adalah kenapa isu ini timbul?

Apa yang boleh saya berikan pandangan :

1. Supaya masyarakat tahu dan ambil tahu tentang situasi yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

2. Supaya mereka tidak dizalimi dan tertipu oleh pemimpin dan golongan tersebut.

3. Jika ada gelaran buruk yang sering terbit dari bibir penceramah dalam ucapannya, dari sudut positif, mungkin sebagai perumpamaan, analogi atau bahasa yang paling mudah untuk difahami dalam melabelkan individu tersebut. Dari sudut negatif, perlu ditegur dan diperbaiki.

Mungkin niat penceramah, dan isi kandungan ceramahnya bersifat baik dan mulia, namun bila diselangselikan dengan gelaran tidak baik atau isu kontroversi yang belum sahih kebenarannya, ia perlu diselidiki dan ditegur secara berhemah agar tiada salah faham.

4.  Supaya masyarakat dapat menilai dan mengangkat pemimpin yang benar-benar bertaqwa, ikhlas dan BERSIH dalam memperjuangkan islam tanpa kompromi rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan maksiat




CARA MENILAI UMPATAN YANG BENAR

A) Memerhati niat dalam hatinya. Apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya lahir dari keinginan nafsunya sahaja.

Jika hati benar-benar berkata; "Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata; "Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.

B) Hendaklah mengukur natijah darinya. Adakah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih baik untuk membetulkan orang terbabit.

C) Setiap yang dilakukan kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.

D) Maksiat yang dilakukan berkait dengan orang lain. Yakni pendedahan terpaksa dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah. Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti keaiban kita pula akan dibuka Allah.




SATU PANDANGAN YANG KERDIL

Tak salah sebenarnya dalam mengikuti dan mendengar ceramah politik asalkan kita bijak menilai dan tidak cepat melatah. Pendek kata, harus perlu berdisplin dalam menuntut ilmu. Ceramah politik adalah salah satu pentas alterbatif untuk kita dapatkan pendedahan isu atau maklumat yang sebenar. Mungkin ada kelemahan dari segi teknikal tetapi harus diingat setiap ciptaan pasti ada kelemahan dan kitalah generasi yang perlu men-TRANSFORMASI-kannya ke arah keredhaan Ilahi.

Jangan disebabkan kelemahan ini, ia menjadi alasan dan penyebab untuk berseteru dan membelakangkan para ulamak dan golongan alim. Selagi mana ilmu mereka diiktiraf halal di sisi Islam dengan penilaian dari sudut kaca mata Al-quran dan bukannya mereka yang bernafsukan kuasa dan material, maka sewajarnya kita mengangkat, menghormati! serta meraikan kepelbagaian pendapat dan kuasa pemikir mereka. 

Kita sedar dan insaf bahawa zaman penuh fitnah ini sangat mudah untuk bergelumang dengan najis tipu daya syaitan jika mengabaikan lunas-lunas syariat. Itu adalah suatu kemestian sebagai manusia yang lemah. Andai kata kita ternampak kepelikan yang luar biasa daripada kebiasaan orang beragama, maka jalankanlah tanggungjawab kita.


Mungkin, sampai di sini sahaja coretan yang boleh dibangkitkan dalam keterbatasan waktu. InsyaAllah akan bersambung. Maaf sangat atas pendapat yang tipis.

Nota : untuk penjelasan lebih lanjut dan lebih hebat, telah diwartakan di sini (klik). Selamat membaca!

READ MORE

MENG-INOVASI-KAN DAKWAH


Uslub dakwah bukan hanya berpencak di atas pentas ceramah, bukan sahaja terpekik di corong-corong radio malah bukan sahaja dengan menghentak-hentak kaki keyboard komputer.




MENGISLAMISASI MEDIA

Pada zaman siber dengan berkiblatkan dunia internet, komik, kartun, animasi, poster dan seni gambar lainnya telah menjadi media komunikasi publik yang cukup efektif. Penyebaran budaya dan peradaban juga banyak dilakukan dengan menggunakan media ini.

Anak-anak dan generasi muda muslim kita, banyak menjadi mangsa korban kecanduan dan menjadi ketagih kepada produk media seperti ini, padahal rata-rata media yang menjadi santapan generasi muda, penuh dengan unsur-unsur pencucian otak dan pengkaburan akidah.

Daripada pertimbangan ini, tidak disangkal lagi bahawa media internet ini harus kita isi dengan saratan muatan yang berisi dakwah Islamiyyah, sehingga setidaknya kita mempunyai alternatif yang lebih baik untuk memalingkan dan melindungi generasi kita, terutamanya anak-anak kecil daripada pengaruh negatif komik dan kartun yang membawa misi bertentangan dengan ajaran agama dan akidah kita.





SEMARAK DAKWAH MELALUI POSTER

Setelah hampir sebulan lebih saya menulis entri bertajuk "HEBAT TAK BLOG SAYA" (klik) saya kembali sekali lagi untuk sesi koreksi diri.

Medium poster mahupun gambar dan komik dalam memeriahkan penulisan ada taring tersendiri.

Sebagai bukti, suka disertakan dengan satu contoh :

Di negara jiran kita sekarang sedang rancak dengan serangan pemikiran anak-anak kecil dengan produk "I Love My Al Quran" berkonsepkan penggunaan teknologi canggih. Satu inovasi pembelajaran yang dapat mendorong anak-anak Islam untuk lebih mencintai, memahami, dan menghayati Al Quran.

Yakni, cara yang paling tepat untuk membuat anak-anak mencintai Al Quran adalah dengan menggunakan bahasa mereka.

Di dalam Al Quran sendiri diperintahkan untuk menyampaikan pesan-pesan Allah kepada audiens "Menggunakan Bahasa Kaumnya" atau "Sesuai dengan tingkat pemikiran mereka" (biqadri 'uqulihim).

Li kulli maqam, maqal; wa likulli maqal, maqam.
Gambar, warna adalah bahasa anak-anak yang universal.

Gambar disini adalah "BAHASA" (sebagaimana bentuk bahasa lain, seperti bahasa verbal atau bahasa isyarat) yang kita gunakan untuk menyampaikan pesan-pesan Al Quran sesuai dunia anak.

Dengan pertimbangan inilah "I Love My Al Quran" dilengkapi atau dihiasi dengan bahasa visual sebagai salah satu media yang akrab dan menarik bagi anak-anak.





MENGINOVASIKAN BAHAN DAKWAH

Melihatkan permasalahan remaja pada hari ini, seharusnya para daie perlu merasa terpanggil untuk menyampaikan mesej tersebut melalui pendekatan yang lebih mudah difahami oleh golongan ini. Remaja memerlukan kefahaman yang lengkap mengenai sesuatu perkara dan melalui hasil karya, segalanya diterjemahkan dengan begitu tersusun serta lengkap dengan ilustrasi.

Pendekatan ilustrasi yang digunakan lebih berkesan untuk mereka memahami sekali gus memberikan impak jangka panjang kepada pembaca.

"Malah komik, illustrasi, gambar mahupun poster dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak" - Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.

"Belajar sama ada belajar berdakwah dan belajar didakwah ialah salah satu proses menuju kejayaan dunia dan akhirat, tetapi tidak semua orang seronok melakukannya. Illustrasi bergambar mampu menjadikan pembacanya berasa seronok belajar dan tidak sabar menggenggam kejayaan.” - Fadzli Yusof, Penulis Buku Bestseller ‘55 Petua Orang Berjaya’

“Komik islamik menjadikan cabaran peperiksaan dunia satu kembara adrenalin yang mendewasakan, daripada sekadar kaki komik kepada otak komik gred islamik!” - Hasrizal Abdul Jamil, www.saifulislam.com

READ MORE

IZINKANLAH TULISANKU MEMBENTUK DIRIKU DAN DIRIMU JUA


"Kenapa saudari menulis blog?" suatu hari saya ditanya oleh penceramah dalam slot bengkel penulisan anjuran kerajaan Selangor. Penceramah tersebut ialah tauke besar syarikat iluvislam.com

"Saya ingin berdakwah," ringkas sahaja jawapan saya tidak mahu mengolah seperti biasa.

"Kepada siapa?" tanya si penceramah lagi.

"Kepada remaja, amnya kepada semua lapisan masyarakat"

"Saudari perlu mempunyai golongan target yang jelas," balas beliau. Saya faham maksud tersirat yang ingin disampaikan. Dakwah memang memerlukan strategi yang jelas, termasuklah golongan target agar cara penyampaian dan pendekatan lebih efektif dan praktikal.

"Berapa kerap saudari update blog?" tanya beliau lagi. Kali ini saya nampak muka beliau seperti wajah yang berharap.

"Tengoklah......kalau tak bz dalam satu hari boleh sampai 5 post", jawapan saya dibalas dengan suara-suara audiens yang terkejut dan kagum.

"Sebenarnya lebih daripada 10 post pun ada..." bisik hati saya.




KENAPA MENULIS BLOG?

Orang macam saya jangan disangka seperti malaikat.
Jangan disangka apa yang ditulis melambangkan peribadi penulis, mungkin jauh berbeza.
Jangan disangka saya tiada niat lain, mungkin ada kepentingan tersendiri.

Tak usah menjadi peminat blog saya. Tak usah meminati penulisan saya.
Dan paling penting, sikap dan mentaliti yang perlu ditegur, tak usah mengenali siapa si penulis.
Jika penulis seorang pencuri, pembunuh mahupun penipu biarkanlah dia menulis asalkan berfaedah.

Anda rasa bagaimana?

Saya percaya anda sudahpun membaca entri "HEBAT TAK BLOG SAYA" (klik) bahawa telah saya isytiharkan satu dunia bahawa tujuan saya melakar sejarah berdakwah dengan serangan poster adalah semata-mata mengetuk pintu hati manusia ke arah penghijrahan mencari hidayatullah.

Benar. Saya tidak tipu.
Tapi anda harus bersifat skeptikal!


Bukan semua perkara adalah percuma di zaman moden sekarang! Lebih-lebih lagi saya seorang pelajar perubatan yang sangat sibuk, mana mungkin saya sanggup melepak di sini dan menghabiskan masa berjam-jam untuk menulis dan membuat poster! 

Mendebarkan bukan?
Yup. Menulis perlu strategik. Bukan mudah dan sangat mencabar.




MENULIS UNTUK MEMOTIVASI DIRI

Orang cakap ni ala "3 in 1". Menulis blog untuk berdakwah, muhasabah diri dan memotivasi diri.

Anda jangan fikir dunia yang sedang dialami oleh pelajar perubatan, ahli gerakan, pemimpin persatuan, naqibah, anak sulong mahupun aktivis punya masa untuk melayan dunia blog.

Dunianya penuh sesak lagi menyesakkan. Hampir tiada bantuan oksigen untuk ruang bernafas. Memikirkan itu dan ini. Mahu insomnia sepanjang malam. Namun, bagaimana digagahkan hatinya untuk keluar dari penjara penyeksaan tersebut?

Bagaimana dia istiqamah, itu soal utama.
Persoalan pengurusan masa masih menjadi isu panas.
Tetapi ada tips yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama.

Entri atau idea berbisa? Jawapannya tahajjud.
Entri yang bersemangat? Jawapannya menulis dengan jiwa yang berkobar-kobar.
Poster menarik dan tertarik? Jawapannya hobi mengumpul gambar, kata-kata dan "font"
Idea melimpah? Jawapannya pengalaman.





MASALAH SAYA : LIMPAHAN IDEA

Pelik. Kebanyakkan para blogger menghadapi masalah kekeringan malah kekontangan idea, namun saya di sebaliknya. Maksud saya, apabila mahu menulis sesuatu entri, saya akan mengalami masalah menguruskan idea yang banyak.

Terlalu banyak yang boleh dihuraikan dan diolahkan menyebabkan entri tersebut menjadi panjang. Entri yang panjang tidak berapa efektif terutamanya bagi golongan remaja yang tidak gemar membaca. Entri yang bagus adalah padat dan ringkas tetapi sarat dengan pengajaran dan amat terkesan. Namun, bergantung juga pada perspektif pembaca yang berbeza.

Apakah puncanya? Langkah penyelesaian?

Soalan ini telah saya kemukakan kepada penceramah bengkel penulisan, namun hanya diri saya dan Tuhan yang mengenal siapa dan bagaimana diri saya. Jawapan penceramah tersebut kurang memuaskan hati saya.

Sebelum menguruskan blog ini, saya telah menjadi blogger tegar untuk blog diri sendiri yang telah di"delete" dan 2 blog persatuan yang telah diambil alih.

Cuba pembaca bayangkan dalam sesuatu masa anda harus mengendalikan 3 blog secara serentak. Satu blog persatuan tersebut berunsurkan siasah (politik) dan satu lagi berunsurkan agama.

Namun sepanjang proses mengendalikannya, blog politik paling mencabar dan sangat susah, lebih-lebih lagi jika baru setahun jagung dalam dunia siasah. Anda harus cepat mematangkan otak dengan "critical thinking", berfikir luar kotak, berfikiran futuristik (jauh ke depan), dan paling penting pandai mencipta dan bermain dengan isu. Tidak jemu "brainstorming" sesuatu yang baru.

Ini adalah pengetahuan am dan "added value" bagi mereka yang suka mencabar keselesaan diri. Menguruskan masa, emosi dan kesibukan bukan perkara yang mudah. Setiap hari blog persatuan tersebut perlu di"update" dengan entri yang menyelerakan buat seisi warga kampus dan punya mesej tertentu yang ingin disampaikan.

Contoh, siapa sangka dengan hanya satu post di dalam blog, mampu mengubah keputusan pilihanraya? Malah mampu mencipta sejarah setelah 6-7 tahun tidak menang.
Dan siapa sangka impian biah solehah mampu tertunai dengan ledakan informasi dakwah di segenap ceruk universiti. Hanya tanya pada diri, "anda mahu?"

Benar. Pengalaman banyak mengajar dan mentarbiyyah (mendidik) diri. Jangan biarkan pengalaman hanya secoret kenangan terindah di lembaran-lembaran kamus kehidupan, hidupkan ia semula dengan menguruskannya dengan kaedah tertentu.

Blog peribadi punya cabang olahan tajuk yang boleh menjangkau di segenap sudut kehidupan. Tapi biarlah ada sedikit perancangan dan mengaturnya agar tampak lebih sistematik.




SOAL HIDAYAH 

Orang kata, jika kita ingin lihat "eksperimen" atau sesuatu usaha yang kita lakukan berhasil atau tidak, kita perlu lihat bagaimana hasilnya. Saya tidak boleh cek diri setiap pembaca untuk menilai keberhasilan setiap ilmu yang dikutip di dalam blog ini. Sudah tentu sahaja ini bukan eksperimen yang boleh dicuba jaya. Tentang soal tersebut, hanya Allah tempat berserah, Dialah yang paling layak untuk membentuk jiwa kita seperti yang Dia inginkan.

Kita sebagai seorang hamba hanya mampu menggarap dan menghadam hidayahNya yang bersepah-sepah di merata tempat. Cuma kita izinkan atau tak ilmu dan peringatan tersebut membentuk diri kita.




IZINKANLAH 

Walaupun menulis untuk memotivasikan diri sendiri atau pun untuk membangkitkan semangat yang semakin patah dek dimamah rakus oleh sang dunia, namun.....

Izinkanlah penulisan biasa-biasa ini mengetuk pintu hati saudara saudari 
Izinkanlah penulisan dari tangan yang penuh berdosa ini mampu menggoyangkan imanmu
Izinkanlah penulisan hambar ini membentuk diriku dan dirimu jua
Izinkanlah penulisan ini mengganggu kehidupan seharianmu, hadir dalam mimpimu sekaligus bertakhta dalam hatimu. 


Izinkanlah....




READ MORE

HEBAT TAK BLOG SAYA?



KENAPA SAYA BLOGGING?

Rentetan entri saya yang pertama (klik) bertajuk "DAKWAH MELALUI POSTER", telah saya kupas bagaimana dan mengapa saya menggunakan serangan dakwah melalui medium poster. Kini, dengan kesegaran nafas setelah hampir sebulan bergelumang, saya perlu buat SWOT (postmortem) sejauh mana keberhasilan tenaga, masa dan buah fikiran yang telah saya laburkan.

Anda rasa bagaimana? Hebat?
Di mana hebatnya? Apakah indikatornya? KPI?

Saya tidak kisah pengunjung blog saya hanya seorang dalam sehari atau TIDAK ada seorang pun.
Saya tidak kisah followers blog saya tidak mencecah beratus-ratus
Saya tidak kisah hasil kerja saya dikritik mahupun tidak dipuji
Saya tidak kisah masa saya terbuang banyak di sini

Bukannya saya dapat duit atau sebarang habuan. Namun saya kisah jika dalam sehari tidak ada seorang pun yang membaca tazkirah (peringatan) walau dalam masa kurang 5 minit.

Saya risau jika saya tidak menulis ilmu dan pengalaman yang telah saya timba selama ini telah hanyut dek ditelan kesibukan perubatan.
Saya risau jika saya tidak berkarya tahap imaginasi saya tidak sekreatif dahulu.
Dan paling saya risau adalah....


Andai kata Tuhan mahu cabut nyawa saya sekarang, saya tidak ada apa-apa bekalan yang boleh saya bawa.
Saya hanya sehelai sepinggang. Apa yang saya ada? Tidakkah saya tergolong dalam kalangan orang yang rugi dan tercela?

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi ada berkata:

"Manusia tidak boleh dinilai daripada banyak bilangannya atau besar ukuran tubuhnya. Maka begitu jugalah umur manusia, tidak seharusnya dipandang daripada panjangnya (hidup) kerana kadang-kadang manusia diberi umur panjang tetapi tidak ada berkatnya. Manakala ada orang yang singkat usianya tetapi dapat berbuat banyak, melakukan pelbagai kebajikan, dan malah melakukan amal yang terbaik."

Nabi kita juga ada berpesan :

"Sebaik-baik manusia, yang panjang usianya dan baik amalnya. Bermakna, ada orang yang singkat umurnya tetapi dari segi kualiti amalannya cukup baik.




APA YANG ADA?

Ilmu perubatan yang saya belajar ini belum lagi saya gunakan sepenuhnya untuk berbakti pada masyarakat dan agama.
Malah ilmu-ilmu di dada masih tersemat kemas, tidak terusik untuk saya kongsikan demi kemajuan ummah.
Karya saya yang pernah dianugerahkan paling kreatif dan kritis satu masa dahulu tidak setajam lagi
Potensi, kemahiran diri dan kelebihan belum lagi saya salurkan seoptimanya di jalan Allah

Sudahlah bakat dan minat saya dalam dunia pidato ditanam hidup-hidup untuk pengorbanan masa pengajian. Mahu bercakap di hadapan sekarang pun tidak selantang dahulu. Tidak secergas dahulu. Tidak seagresif dahulu. Pendek kata, saya tidak seaktif dahulu.

Semuanya semakin pudar, berkurangan sejajar masa tua saya. Ya , saya semakin tua. Saya tidak semuda dahulu.




MASIHKAH ADA HARAPAN?


Saya hanya berharap dengan sedikit perkongsian di dalam blog comot ini dapat dijadikan "ole-ole" saya dalam penghijrahan ke destinasi terakhir nanti. Saya tidak mengharapkan lebih, cuma secebis doa agar apa yang saya tulis, apa saya usahakan dapat membuka hati kita semua. Mungkin mudah untuk menulis atau berkata tapi amat payah untuk berpraktikal.

Memang sukar sekali untuk berubah. Apatah lagi mengetuk pintu hati seorang manusia. Ia perlu daya tarikan. Lain daripada yang lain. Selalu dimekap dengan hembusan nafas yang segar supaya mudah "masuk kepala" dan senang nak faham.

Dalam kesuntukan masa, saya cuba untuk semarakkan lagi medium poster ini. Alhamdulillah ada sorang 2 bertanyakan bagaimana mahu membuat poster seperti saya. Saya puji mereka.

Saya berjanji akan berkongsi cuma mahu mencari masa. Biasanya menulis entri bagi saya tak sampai 10 minit namun mahu sediakan entri tutorial perlukan lebihan masa sebab nak mengajar orang supaya mudah faham. Kalau secara live tak mengapa juga.

Di sini, saya hanya kongsikan rahsia saya buat banyak poster. Bagi saya, personally, saya perlukan situasi yang tenang dan mendamaikan jiwa sehinggakan saya bersemangat membuatnya lebih daripada 10 poster dalam sesuatu masa. Selalunya saya buat di rumah, memang kena kuat bermujahadah untuk tidak leka buat kerja tidak berfaedah.

Selain itu untuk menulis entri/post saya buat waktu pagi-pagi. Alhamdulillah sepanjang bulan rejab saya rajin bangun malam untuk bersahur dan sebagainya, mungkin kesedaran tentang "kematian itu semakin hampir" bila Allah beri pengalaman "nyawa di hujung tanduk" apabila accident teruk baru-baru ini.

Banyak lagi cara dan tips yang bakal saya kongsikan.

Akhir sekali, apa yang boleh saya kongsikan dalam versi saya menaikkan semangat diri  :

"Manusia akan mati. Pidatonya akan mati. Tetapi penulisannya kekal hidup. Karyanya tetap bernafas walau ditelan zaman"
Begitulah warisan imam-imam kita, juga tidak terkecuali pemidato terhebat dari Indonesia Pak Suharto, walaupun tubuh badan mereka sudah reput dimakan anai-anai dan serangga, namun karya-karya serta corak pemikiran mereka masih hidup dan digali untuk diberi nafas baru supaya serasi dengan selera generasi baru

Benar. Jika anda minat pidato Pak Suharto, dia telah mati lama dahulu
Jika anda minat peribadi Imam Bukhari, beliau telah lama meninggal dunia
Jika anda obses as-syahid Imam Hassan al-Banna dan Syed Qutub, mereka telah lama syahid
Jika anda kasihkan Nabi Muhammad SAW, baginda telah lama wafat meninggalkan ummatnya

Yang ada, hanya Al-quran dan sunnah Baginda. Karya-karya agung sahabat-sahabat baginda dan para pejuang terdahulu.


Ingatlah pesan Nabi kita :

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

dan ingatlah pesan terakhir Nabi kesayangan kita sebelum menghembuskan nafas :

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu." (antara isi khutbah terakhir Rasullah SAW)

READ MORE

MUSLIMAT BERBISA!


"Jangan beritahu ‘baguskah kami’ , berjayakah kami’ tetapi nyatakan ‘apa kekurangan yang harus kami perbaiki’, ‘bagaimana dapat kami sempurnakan lagi tanggungjawab yang diamanahkan"

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa.

Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya).

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.

Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun.

Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk wanita. Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.

Sifat fizikal wanita yang lebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakkan Islam turut terpikul di bahu mereka, mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.





RENUNGI KALIMAH INI

Meminjam kata-kata Soekarno, Bekas Presiden Indonesia:
“Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali.”
Diubah dalam versi tersendiri:
“Dalam sebuah gerakan Islam, muslimin dan muslimat adalah ibarat otak kanan dan otak kiri. Jika rosak salah satu, maka rosaklah seluruh anggota badan, maka lumpuhlah gerakan”
Kelebihan yang telah Allah kurniakan berbeza-beza antara muslimin dan muslimat perlu dimanfaatkan sebaiknya demi kelangsungan gerakan. Ada sesuatu pada muslimin yang tak ada pada muslimat, dan ada juga sesuatu pada muslimat yang tidak ada pada muslimin. Sebab itulah Allah jadikan kita semua unik. Tutup segala kekurangan sebelah pihak dengan kelebihan sebelah pihak yang lain. Apabila masing-masing berlapang dada dan saling menerima, barulah gerak kerja dapat dijalankan dengan suasana yang baik.

Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasanya kita tidak dapat lari dari peranan yang mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula. Mendidik anak-anak memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil, mencorakkan akhlak mulia, selanjutnya menanamkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.

Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita, iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad mereka dalam Islam. Bila tugas-tugas ini dikaitkan dengan jihad Islam, maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.

Pada zaman Rasulullah s.a.w para muslimat bukan hanya berfungsi sebagai penghias rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam, meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.

Antara halangan wanita untuk bergerak dalam perjuangan islam yang boleh disimpulkan adalah:

1- (bagi yang sudah berkahwin)
-suami tidak memberi keizinan(disebabkan tidak sama fikrah)
saranan/cadangan: pilihlah suami yang sefikrah dalam memperjuangkan Islam bukanlah setakat mengikut keinginan peribadi.Ini penting untuk memastikan survival perjuangan gerakan Islam dalam menegakkan daulah Islamiyyah terus utuh pada masa akan datang ..

-alsan menjaga anak dan sebagainya
saranan:hendaklah bagi para isteri bijak membahagikan masa antara kerja dakwah,keluarga dan kepentingan peribadi.

-kekangan masa
saranan:(susun waktu dengan baik dan yang paling penting utamakan gerak kerja Islam)

-bekerja dll
saranan:(selepas habis waktu kerja, bahagikan masa untuk gerak kerja Islam)



2- (bagi yang belum berkahwin)
-menganggu waktu belajar
saranan:susun masa dengan baik.

-tidak mendapat keizinan ibu bapa dll.
saranan:berusaha untuk menanam fikrah kepada ibu bapa tentang gerak kerja dakwah.

mujahidah yang disayangi sekalian..
Peranan wanita dalam memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami, tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak penjagaan lagi?

Tenaga mereka amat diperlukan dalam perjuangan Islam. Mereka boleh bergiat dalam masyarakat, menjalankan dakwah,memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan di kalangan ahli jamaah yang meluangkan waktu untuk mempengaruhi ahli jamaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya. Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam, kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat, terutama mereka yang masih belum memahami apakah Islam sebenar.

Wanita perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuk dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Tidak timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud:"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong keatas sebagaian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Di dalam negara yang majoriti undinya adalah di tangan wanita, para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam. Mereka perlu menyakinkan golongan yang masih tidak menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.

Untuk menjalankan usaha ini, para Muslimat hendaklah membuat persediaan awal. Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah. Kerana tanpa ilmu dan hikmah, bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.

Selain itu juga, muslimah-muslimah yang terbabit dalam memperjuangkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam, aktif semasa bujang, tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.

Alangkah sedihnya sekiranya ramai muslimat bersikap begini. Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti atas alasan sudah berkahwin.Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.



MUSLIMAT PERLU TERKEHADAPAN

Jadi, apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan. Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:

"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran"

Selain daripada itu, para muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman, sabar, istiqamah dalam menjalankan amal dan berani. Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia,suami atau orang lain, tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Golongan Allah itulah yang pasti Menang"

Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama ahli-ahli keluarga, iaitu suami dan anak-anak. Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar,khususnya di kalangan wanita sendiri.

READ MORE

THE MOST POPULAR POST