TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BUAT KAMU, BACALAH...

Setelah 7 tahun bersabar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk Islam dan kebenaran, GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM) akhirnya memecah rekod dengan menakhluki kerusi PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM) dengan gol 21


TARIKH KERAMAT MALAM KEMENANGAN : 16 MAC 2011

Saat itu..detik itu..tidak akan sesekali dilupakan.

Sejarah tercipta menghayunkan semangat cintakan universiti cintakan ilmu dan paling terpenting semangat cintakan Ilahi, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa.

Tatkala semboyan "Kun fayakun!" bertiup di segenap alam maya, maka tiada siapa yg mampu bangkang kun fayakun Allah!




TANGISAN PERJUANGAN MEMBURU PENGORBANAN!

Kemenangan itu bukan untuk dimegah! Malah untuk disyukuri, apatah lagi diisi dengan KOMITMEN, PERUBAHAN dan tuntutan terdahsyat yg dinamakan PENGORBANAN!

PENGORBANAN bukan sebuah, malah mungkin berpuluh, beratus dan mungkin juga beribu.

Asal namanya kau lelah, penat, pening, kepala kusut, sakit hati, kecewa, gagal, putus asa dan marah itulah namanya PENGORBANAN!

Menjalani hidup dengan penuh perjuangan dan pengorbanan tanpa henti-henti dalam balutan rasa sabar juga tawakal kepada sang pemilik hidup itulah namanya PENGORBANAN!

Allah SWT  telah berjanji bahawa :

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?
Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." - Surah Al Baqaarah:214.

Serta :
"Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti" - Surah At Taubah:41

Kehidupan ini adalah sebuah perjalanan mencari erti makna sebuah perjuangan, pengorbanan dan ketulusan hati dalam menggapai redha Tuhan (mardhotillah)




PESANAN : SAHABAT, APAKAH KITA?

Akan menjadi aktivis yang berdaya maju yang akan menggantikan generasi yang tidak mempedulikan.
atau
Akan menjadi aktivis yang tidak berdaya maju yang akan digantikan oleh generasi lain.

Semua pilihan menuntut kepada sebab dan akibat. Terpulanglah kepada kita dalam menggunakan hati nurani untuk membuat penentuan yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan dakwah.

"Ya Allah, jadikanlah kami aktivis dakwah yang kental yang mampu merubah masyarakat dan menyuntik roh baru ke dalam tubuh ummat. Jauhkanlah kami dari segala kelemahan samada yang berkait dengan jasadiyyah dan ruhiyyah sehingga kami mampu membawa obor yang akan menyinari semula alam ini dengan percikan nur dan api yang membara dari dalam hati kami yang paling dalam."




KHAS : LAGU PEMBAKAR SEMANGAT!

Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh





SELAMAT MENGUTIP ILMU DAN SINERGI PERUBAHAN DI BLOG :

pm-ukm.blogspsot.com
gm-ukm.blogspot.com
gmkkl.blogspot.com

1 comment:

  1. "Ya Allah, jadikanlah kami aktivis dakwah yang kental yang mampu merubah masyarakat dan menyuntik roh baru ke dalam tubuh ummat" betulkan ayat kamu..ayat kamu penuh dgn riak dan bongkak; tukarkan menjadi begini;

    "Ya Allah, jadikanlah kami aktivis dakwah yang mujahadah dijalanmu. Kami lemah, kami takde apa2, semoga dgn SEDIKIT pengorbanan yg kami lakukan, kau pandang ya Allah, yang boleh menjadi asbab hidayat utk agama datang dalam diri masyarakat dan menyuntik roh baru ke dalam tubuh ummat" note: Allah suke kite merendah diri dlm berdoa..

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST