TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

MENCARI KEKUATAN...


Abu Hamid al-Ghazali berkata :

"Setiap orang yang tidak mengenal Allah SWT di dunia, tidak akan melihatNya di akirat. Dan setiap orang yang tidak pernah merasai kelazatan mengenal Allah di dunia, tidak akan merasai kelazatan memandang Allah di akhirat. Seseorg tidak akan menuai kecuali apa yang disemai." 
Semoga Allah menjadikan kita hamba-hambaNya yang diperkenankan merasai keindahan mengenal Allah, hidup bersamaNya di dalam kehidupan duniawi, sehinggalah mendapatkan kelazatan tak terkiran apabila hija disingkap dan memandang wajahNya dalam kehidupan ukhrawi.



RINTIHAN PADA MU YA ALLAH

“Ya Allah tetapkanlah kami dalam jalan istiqamah dan lindungi kami di dunia ini daripada perkara yang mengakibatkan penyesalan kami pada Hari Kiamat.

Ya Allah, ringankanlah bebanan dosa kami di akhirat dan kurniakanlah kami kehidupan hambamu yang baik- baik.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada segala kejahatan orang- orang yang jahat.
Ya Allah, lepaskanlah leher kami ini dan leher ibu bapa kami dan seluruh saudara kami yang lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka.
Semuanya itu dengan berkat rahmatMu yang Maha Mulia, Yang Maha Mengampuni, Maha Pemurah, Maha Menutup Keaiban Orang Lain dan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Tuhan yang merupakan segala permulaan daripada segala permulaan dan yang kemudian daripada segala yang kemudian.
Wahai Tuhan yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh dan Tuhan yang Mengasihi orang- orang yang miskin dan Tuhan yang terlebih kasih sayang daripada orang yang berkasih sayang. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Mu.”





Aku tahu terlalu banyak keegoan dalam diri ini. Apabila berdamping dengan orang soleh aku mempersia-siakan mereka. Tetapi apabila berjauhan dengan mereka baru ku tahu rasa kepahitannya. Hipokritnya aku...

Hati bermaksiat apabila tidak mengendahkan kemaksiatan berlaku di hadapan mata. Diri ini jua terkena fitnahnya. Tempias dosa kerananya.

Sebab apa?

Sebab mata hati sudah terbiasa-biasa dengan pemandangan maksiat, tidak pernah cuba untuk bersama mengingatkan.

Adakah hati sudah mati?

Naudzubillahiminzalik…

Semoga Allah gagahkan hati-hati kami di zaman penuh fitnah ini…sesungguhnya hati ini benar-benar tidak kuat




p/s : Berpesan kat diri sendiri, lepas exam nanti jangan jadi manusia HIPOKRIT. Jangan tiba-tiba semua ibadat sunat yang dilakukan bersungguh-sungguh ketika exam menjadi tawar dan tidak ber"roh" selepas exam. Jangan lupa plan tarbiyyah jassadiyyah post-exam.

Selamat bermujahadah untuk cabaran kehidupan yang seterusnya!

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST