TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

KENAPA AKU YANG KAU PILIH??



“Tidakkkkkk!!!!! Mana boleh jadi macam ni? Aku dah usaha sungguh-sungguh. Kenapa aku!?”

Itulah kita.

Ujian hebat bila terkena di batang hidung sendiri baru diri terngadah. Selama ini gembira bukan kepalang berseronok dengan kawan-kawan. Bila diuji sedikit terus melatah.

Mana mungkin kita boleh mengelak daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah.

Ada satu ungkapan yang terkenal : We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.



HATI KITA BAGAIMANA?

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik terutamanya bila diuji hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah, yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurahNya.

Dalam apa jua takdir yang ditimpakanNya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah. Ingatlah Allah sudah berpesan bahawa :

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah berkata :

"barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."




SELALU GAGAL PULA BAGAIMANA?

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta.
Siapa tidak inginkan kejayaan, malah kita dituntut mencari ilmu.
Siapa tidak inginkan kebahagiaan, malah kita dituntut mencari isteri solehah.

Allah SWT sendiri meminta kita selalu berusaha seperti yang difirmankanNya dalam surah Ar-Ra’d , ayat 11 :

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.

Namun jika kita setelah berusaha sedaya upaya, masih juga tidak ketemu apa yang diinginkan, bersangka baiklah dengan Tuhan mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan.




SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT!

Contoh lain pula. Jika kita cantik kita gunakan ke arah kebaikan.

Tidak cantik? Berkulit gelap? Berbadan besar?

Kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stress dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini :

"Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allahlah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"





No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST