Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf di hadapan ketika solat berjemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.
Yang muda, yang gagah bertenaga dan panas darahnya lebih selesa solat di barisan saf belakang. Fenomena ini sudah biasa-biasa untuk kita katakan luar biasa dan pelik.
Tetapi...
Tahukah kita di saf paling hadapan tersebut tidak ada pun dicop "ekslusif untuk orang tua sahaja"?
atau bahasa pekat orang Melaka "hanya untuk orang nak mampus cepat masuk kubur".
Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita solat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT?
Rasulullah SAW sendiri sudah banyak kali berpesan kepada kita semua :
“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umatnya agar berebut-rebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.
Ini tidak, terbalik. Masing-masing berebut-rebut untuk solat di saf paling belakang. Alahai...
Di saf belakang bukannya ada apa, hanya bapak-bapak syaitan yang berkeliaran sedang menanti untuk mengharu-birukan kekhusyukkan solat kita.
Ada orang tanya pula, "abistu..solat kat depan bukannya dapat apa-apa. Panas ada lah, kipas takde.."
Kalau tak cukup dengan doa oleh para malaikat dan pahala besar, maka jangan risau. Banyak lagi fadhilat yang boleh diperolehi. Kalau nak tahu, buat dulu, nanti di akhirat bila dah dapat baru tahu.
Jadi, seharusnya kita sebagai umat Islam bermotivasi dan bersemangat untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang patut-patut kita duduk bermuhasabah. Kenapa dan bagaimana?
Realiti menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kesayangan kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.
Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat.
Apa yang penting, asalkan solat berjemaah sahaja?
Hayati peringatan Nabi SAW ini :
Kaum wanita jangan salah faham pula dengan hadis ini. Cuba cek balik. Hadis ini ada maksud tersirat.
Di sini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat-sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka :
Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”.

Rasulullah SAW juga ada buat pengumuman secara besar-besaran bahawa jika manusia mengetahui fadhilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi, seharusnya kita sebagai umat Islam bermotivasi dan bersemangat untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang patut-patut kita duduk bermuhasabah. Kenapa dan bagaimana?
Realiti menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kesayangan kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.
Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat.
Apa yang penting, asalkan solat berjemaah sahaja?
Marilah kita berasa ghairah bersama-sama untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap lagi hebat supaya kita tidak ketinggalan saf paling depan itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah. Nanti tiadalah berebut-rebut dengan 'orang tua'.
Hayati peringatan Nabi SAW ini :
“Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).
Kaum wanita jangan salah faham pula dengan hadis ini. Cuba cek balik. Hadis ini ada maksud tersirat.
Di sini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat-sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka :
“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim).
Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”.
Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.
Hadis ini sangat sesuai untuk kaum Adam yang sengaja melambat-lambatkan masanya untuk pergi awal solat Jumaat. Sesungguhnya, tidak ada urusan dunia yang lebih penting daripada urusan akhirat.
Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.
Oleh itu, dapatlah kiranya saya tutup tazkirah ini dengan menekankan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.
Usah meng'ekslusif'kan saf paling hadapan mahu pun masjid/surau hanya untuk golongan warga emas. Bersamalah kita memakmurkan rumah Allah sebaiknya.
Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Hadis ini sangat sesuai untuk kaum Adam yang sengaja melambat-lambatkan masanya untuk pergi awal solat Jumaat. Sesungguhnya, tidak ada urusan dunia yang lebih penting daripada urusan akhirat.
Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.
Oleh itu, dapatlah kiranya saya tutup tazkirah ini dengan menekankan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.
Usah meng'ekslusif'kan saf paling hadapan mahu pun masjid/surau hanya untuk golongan warga emas. Bersamalah kita memakmurkan rumah Allah sebaiknya.
adakah maksud saf paling belakang bagi kaum wanita itu 'solat di rumah' atau paling belakang dalam kalangan lelaki? mohon pencerahan.
ReplyDelete