Sejauh mana slogan kebenaran mengatakan GMUKM atau dikenali sebagai Pro-Mahasiswa menggunakan politik untuk berdakwah?
Bertanding pilihanraya kampus dan memenangi kerusi, mendapat kuasa adakah itu dakwah?
Mengapa politik berdakwah?
DAKWAH BERPOLITIK atau POLITIK BERDAKWAH?
Bismillah. Ana bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang persoalan asas sebegini, tetapi ana cuba berkongsi pandangan dan kefahaman moga-moga ada insan yang dapat menegur ana jika ana tersilap.
Dakwah berpolitik adalah menggunakan pentas dakwah untuk berpolitik. Dakwah untuk politik.
Manakala politik berdakwah adalah menggunakan pentas politik untuk berdakwah. Politik untuk dakwah.
Pening kepala? Jangan terperangkap dengan kata-kata ana sebelum memahami firman Allah swt yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” ( Al-Baqarah: 208)
Syumuliah atau kesempurnaan dimensi-dimensi Islam menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah sistem dan pedoman hidup (minhajul hayah) yang sempurna. Dakwah islam tidak dapat dipisahkan dengan politik dan begitu juga sebaliknya (faslu din anil hayah)
Abu Sa’id Al-Khudri RA berkata , aku mendengar Rosulullah SAW bersabda:
“Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)
Ayat ini menjadi salah satu hujah kepada semangat pengintegrasian antara dakwah dan politik. Lantas terbukti dakwah dan politik tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan.
Sheikh Mustafa Sabri Afendi seorang yang lantang mengkritik gerakan sekular pimpinan Mustafa Kamal Attaturk pernah berkata,
“memisahkan agama dengan politik, adalah jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR !!!”.
Justeru, dapat kita simpulkan politik mempunyai nilai "advantage" dalam islam. Islam tidak sesekali memisahkan soal keagamaan dan keduniaan dengan politik. Malah politik dilabel sebagai wasilah untuk mencapai matlamat. bukan politik itu sendiri matlamat. tetapi matlamat yang sejati untuk memartabatkan Agama Allah.
Bagi ana, kita adalah da’ie (pendakwah) sebelum sesuatu. Oleh kerananya, kita berdakwah JUGA berpolitik. Jadi jangan pernah terjebak dengan statement, dakwah untuk politik DAN/ATAU politik untuk dakwah.
Namun, secara praktikalnya, memasuki pentas pilihanraya bermakna menggunakan medan siasah (politik) untuk berdakwah kepada masyarakat. Wajib kepada ummat islam berjuang dan menggantikan politik sekular Barat yang dikotori najis rasuah dan gila kuasa dengan politik Islam (siasah syar’iyyah) yang bersih dan benar.
Maaf jika ana tersilap dalam perkiraan lemah ana.
GMUKM MEDAN DAKWAH
GMUKM adalah satu proksi atau parti yang dipergunakan oleh sekelompok mahasiswa tegar dengan ideologi pembawaannya yang bertunjangkan idealisme keislaman dan kebajikan mahasiswa. Walaupun GMUKM terbuka kepada non-muslim namun tetap berbaur perjuangan Islam.
Secara simulasilnya, kita menyoal bagaimana GMUKM berdakwah?
Sekali lagi, ana bukanlah orang yang paling layak berkata soal asas sebegini malah tidak pernah diiktiraf sebagai golongan berilmu tinggi dan mempunyai pandangan luas. Walhal hujah ana cuma cebisan dan agak terbatas dari segi kepelbagaian. Namun, dari sudut perkongsian ilmu ana akan cuba memberi yang terbaik.
3 Persoalan utama dapat kita gariskan di bawah kata kunci GMUKM berdakwah.
- What? - dasar penubuhan
- Who? - pendokong dan penyokong
- How? - program dan aktivitas
1. Dasar penubuhan GMUKM masih lagi dalam kerangka 3K - Kebajikan, keintelektualan dan kefalsafahan universiti. Dari segi sudut tujuan penubuhan GMUKM, ana tidak bercadang mengupas lebih lanjut. Sorotan sejarah turun bangunnya GMUKM bolehlah dicari di helaian-helaian buku lama di kedai buku ataupun senior. Teapi, secara zahirnya pendekatan dakwah islam menjadi tunjang mati hidupnya GMUKM.
2. Soal manifestasi para pendokong dan penyokong GMUKM berdakwah boleh berlandaskan norma-norma akhlak, pemakaian, soft skill, kepimpinan, kebolehpasaran dan sebagainya, secara majoriti bukan MINORITI. Keseluruhannya, dari sudut kualiti masih lagi sekitar beralaskan norma islamiah walaupun dicoret sedikit arang dek fitrah alam tiada manusia seperfect Allah swt dan Nabi-Nya.
Mereka berdakwah melalui akhlak islamiah. Mereka berdakwah melalui pemakaian menutup aurat. Mereka berdakwah melalui menjaga (ikhtilat) batasan pergaulan lelaki dan perempuan, tidak berdua-duaan sekalipun kerna urusan rasmi. Mereka berdakwah melalui bahasa percakapan dan budi bahasa yang baik. dsb
Mereka menjadi maskot GMUKM. Idola, lambang atau simbolik kepada pembawaan ideologi GMUKM. Cerminan kepada masyarakat kampus siapakah GMUKM. Batang-batang tubuh mereka dijilat dan diratah oleh setiap mereka yang "hypersensitivity" dengan sesuatu yang asing dari yang normal. Tidak suka kepada suara-suara sumbang yang menegur dan mengkritik.
3. Program atau aktiviti GMUKM seperti berhimpun dan berforum seringkali dianggap mengacau ketenteraman awam, menyakitkan mata yang melihat dan melanggar peraturan universiti.
Sila senaraikan program GMUKM yang melanggar peraturan Allah, Ana bercakap tentang ruang lingkup yang lebih besar, mengapa perlu takut peraturan manusia selagi tidak melanggar hukum Allah. Mana satu yang perlu ditakuti? Mahu menjadi hamba kepada manusia atau hamba kepada Allah?
Dan juga adakah GMUKM berhimpun untuk mengajak mahasiswa bermaksiat seperti karaoke, konsert hiburan, program kebudayaan bersifat tidak islamik di kolej dan universiti? Adakah poster-poster GMUKM akan dicop JAKSA? Paperwork GMUKM diluluskan? Bolehkah GMUKM didaftarkan? Antum ada jawapannya sendiri. Melabel GMUKM persatuan haram seolah-olah melabel pihak berwajib juga haram.
GMUKM BUKAN PEMBANGKANG
Izinkan ana melencong sedikit dari tajuk.......Melihat kepada isu PEMBANGKANG dan KERAJAAN.
MAHASISWA adalah ANAK. biarpun mereka menangis, meraung, meronta-ronta dan melawan mereka tetap anak.
PENTADBIR adalah IBUBAPA. biarpun mereka pasif mahupun aktif atau agresif dalam melayan karenah anak-anak.
Ibubapa perlu melayan karenah anak mereka sesuai dengan fitrah mereka dengan penuh kesabaran dan menerapkan nilai kebaikan dalam mendidik. Bersikap profesional biarpun anak mereka nakal melawan ibubapa. Kenapa? Kerana ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih (anak) dalam proses mereka mematangkan pemikiran.
Adilkah ibubapa bersikap double standard kepada anak-anak dengan melabel "oh! yang ini anak nakal (GMUKM) bagi rotan. oh! yang itu anak yang baik (ASPIRASI) bagi gula"
Perlukah ibubapa menghukum anak-anak nakal dengan AUKU dan Akta Universiti demi menyekat kebangkitan suara anak-anak? Perlu baca dulu sejarah dan tujuan AUKU
Di mana rasionalnya jika ibubapa membantai anak-anak yang mereka tidak sukai dengan sekatan-sekatan, pak guard, felo, polis dan FRU?
Siapakah yang patut dipersalahkan jika anak terbantut dan terencat pembesarannya dek kerana sikap ibubapa? Maksud ana dari segi potensi diri, kebolehpasaran dan soft skill.
Antum sendiri boleh bezakan anak yang manja dengan anak yang nakal.
Ibubapa perlu sedar anak-anak melawan bukan kerana mereka benci dan tidak suka kepada ibubapa. Mungkin mereka bercanggah dan berselisih pendapat. Tidak semestinya,di dalam buaian (kampus) mereka melawan d,i luar buaian mereka melawan juga. Dalam kata lain, dalam kampus sokong GMUKM luar kampus sokong PAS. Tidak semestinya terjamin 100%.
Soal demonstrasi dan tunjuk perasaan. Mengapa benda ini berlaku? Adakah ibubapa melayan tuntutan anak secara baik? Salahkan apa yang anak tuntut? Mengapa mesti menjemput FRU datang memukul batin anak? Jahat sangatkah anak-anakmu?
kebebasan bersuara! |
Ibubapa harus bijak melayan dan tidak beremosi sekalipun anak beremosi dalam melawan. Jika anak menegur tetapi dengan cara salah ibubapa tidak harus bersikap agresif dan membuang mereka ke daerah hitam. Keperluan memahami sikap dan tuntutan si anak memainkan peranan penting malah dalam masa yang sama melatih si ibubapa menjadi ibubapa terbaik!
Ketepikan soal ideologi ibubapa. Ketepikan soal periuk nasi ibubapa. Ketepikan soal maruah ibubapa. Ketepikan soal kepentingan-kepentingan ibubapa. Takkan ibubapa PAS, anak UMNO pun salah?
Juga jangan samakan politik kampus dan politik luar baik di peringkat ibubapa dan anak-anak. Politik kampus tiada istilah PEMBANGKANG atau kerajaan. Kampus adalah tempat anak-anak belajar mengenal dunia politik sebelum mereka ke luar.
Juga jangan samakan politik kampus dan politik luar baik di peringkat ibubapa dan anak-anak. Politik kampus tiada istilah PEMBANGKANG atau kerajaan. Kampus adalah tempat anak-anak belajar mengenal dunia politik sebelum mereka ke luar.
Sayangnya yang melakukan perkara-perkara tidak sihat ini seperti halnya rasuah dan pembelian pangkat turut menjerumuskan ibubapa bertaraf golongan akademik, profesor, ustaz, doktor dan sebagainya. Mereka sepatutnya lebih profesional bukannya lebih isi dari kuah. Maksudnya bukan lebih PAS dari PAS sebagai contoh.
Mari kita raikan kepelbagaian ideologi dan pendapat secara berhikmah SELARI aturan Islam. Ingat bukan acuan sekular dan hedonisme.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang lalim. (QS. 9:23)
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."