TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

NIKAH GANTUNG : PENCERAHAN

Situasi 1 :

"ustaz, saya sebenarnya sudah terlalu rapat dengan bf saya. kemana sahaja pasti kami berdua. Sudah serius ustaz. Jadi, kitaorang amek keputusan untuk nikah gantung sebab kami masih studi and tak cukup duit nak buat kenduri"

Situasi 2 :

"ustaz, saya suke-suke je kawan ngan dia. Selagi dia melayan saya dengan baiklah. Ataupun saya dah muak dengan dia, saya cari yang lain pulak ler. Lagipun belambak awek-awek cun kat luar sane. muke encem macam saya nie petik jari ja.  hahaha...tak payah kot nikah gantung nie".

Situasi 3 :

"ustaz, nikah gantung? nikah sebab tak tahan ke? nikah nafsu? kahwin muda? kenduri lepas setahun dua tahun? dah bunting ke? miskin sangat ke? macam keji je nikah gantung nie ustaz".




PENCETUS NIKAH GANTUNG 

Segan sebenarnya saya nak tulis tentang bab-bab kahwin dan cintan ni. Saya tiada pengalaman dan kurang berilmu. huhu...tolong pandu saya jika tersasar.

Di pagi hari sedang dalam perjalanan meneruskan misi menggempur Kuala Selangor,  tertatap wajah Sinar Harian yang mana terpampang gambar kacak ustaz nasya besar gedabak. Terus minta izin pak cik driver empunya akhbar. Membacanya dengan lahap sekali.

Nikah gantung takde dalam Islam. Dah nikah sahlah hubungan suami isteri. Tak perlu gantung-gantung.
Kawan saya kata ingatkan bernikah sambil bergantung atas para. Saya balas robohlah para tu.


 baca tulisan ust nasrudin di sini. jangan malas ye. Kalau baca dengan iman mungkin dah faham 
pasal nikah gantung nie. tak perlulah baca tulisan kerdil saya. 

Yup! double klik untuk paparan gergasi.

Saya rasa bersemangat nak menulis sebab.......



Prof Dr Harlina, Timbalan Presiden JIM merangkap OnG (Obstetric and gynaecolocy) specialist - pakar sakit puan yang dok ajar kami pasal subjek PPD (Personal and Profesional Development) pun turut sama merancakkan pesta Nikah Gantung.



NIKAH GANTUNG atau GANTUNG NIKAH

Saya suka situasi 1. Berterus terang dan ingin kembali setelah sedar akan kesilapan. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang Allah swt berikan hidayah. Namun perlu diingat hidayah Allah perlu dicari dengan berusaha bersungguh-sungguh. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

Halalnya nikah gantung (sebut nikah) kerna mengikut rukun dan syarat nikah yang digariskan dalam Islam walaupun terpisah sementara atas urusan. Walaupun kenduri ditangguhkan. Walaupun zahir tidak mampu. Segala hubungan rasmi suami isteri halal mengikut fitrah perkahwinan.

Indahnya Islam bukan? Semiskin mana pun, Nabi SAW tetap mahu umatnya berkahwin walaupun sebentuk cincin besi sebagai nilaian mas kahwin.

Khatam balik rukun nikah.

1. sighah (lafaz ijab kabul)
2. perempuan yang akan dinikahi
3. lelaki yang akan dinikahi
4. wali
5. dua orang saksi



Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Peliknya nikah gantung mengikut adat dan perspektif masyarakat Melayu kerna DITANGGUHKAN atau TIDAK DIBENARKAN tinggal bersama selepas akad nikah sehingga hari persandingan.

Payah bukan?  Jadi, mengapa terus berdegil untuk tidak mengamalkan dan mengangkat hukum Islam? Rakyat tak perlukan Orphan Care, sekolah hamil, dll. Ketepikan soal adat, budaya dan maruah. Ikutlah aturan yang Allah swt berikan sesuai dengan fitrah insani. Dia yang mencipta, jadi Dia tahu apakah keinginan yang diciptanya.

Ingatlah sahabat, agama Islam menggalakkan umatnya bernikah dan tidak menyukai amalan-amalan yang menyukarkan umatnya bernikah dan hidup seperti adam dan hawa. Apatah lagi jika amalan seperti kenduri besar-besar dan hantaran yang mahal, tidak mempunyai maslahat yang diakui oleh syara'. Malah menjadi sahabat kepada syaitan atas sifat pembaziran.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang BERFIKIR! (ar-rum ayat 21) 


NIKAH GANTUNG : MENGARUT! 

Yup! Nikah gantung memang benda yang mengarut bagi mereka yang berada di situasi 2. Keremajaan dan kecantikan dijadikan bahan keseronokan dan pameran seks. Kita tak boleh menyalahkan ibubapa dalam hal ini. Hal ini kerana, walaupun alimnya ibubapa cukup perfect mengajar dan mendidik anak-anak di rumah, tetapi langkah pertama anak keluar dari rumah adalah langkah penguatkuasa atau pemerintah. 

Psycology remaja inginkan hiburan, sifat ingin tahu dan berani mencuba, memberahikan meraka untuk berpakaian sarung nangka dan berpeleseran merempit di muka bumi Allah. Hidangan konsert dan fesyen tak pernah ditegah dan diminimakan dengan beralasan mengambil semangat 1 Malaysia, walhal negara Malaysia adalah negara islam dan agama rasminya adalah agama islam.


SYARIAH JALAN TERBAIK!

Situasi 3 hanya persepsi-persepsi buruk yang dicipta oleh masyarakat. Usah katakan nikah gantung, nikah bermaharkan hantaran kurang daripada RM1000 sudah menjadi bualan ketupat dosa orang kampung. 

Kita perlu berubah! Islam sudah ada formulanya. 

Ketegasan TG Nik Aziz biarpun berseteru dengan rakan PR yang lain, supaya mengambil langkah yang paling selamat iaitu kembali kepada hukum yang tercatat di dalam Al-quran, seperti hudud dan qisas perlu dihormati dan bukan dianggap politik murahan. Hanya yang berfikir mampu menilai. Terpulanglah. 

Namun di sini, kekuatan ummat Islam amat perlu untuk menerangkan betapa mulianya syariat Islam bukan semata-mata menghukum malah meliputi (syumuliah) pendidikan, kawalan, pencegahan dan sebagainya kepada non-muslim. Non-muslim mempunyai pilihan sama ada mahu mengikut atau tidak. Terserah. 

Kesalnya yang menghasut katakan TIDAK kepada hudud adalah mereka yang beragama islam  dengan pelbagai format alasan. Hudud tidak relevan di zaman canggih. Ini 1 Malaysia. Hudud kejam dan zalim. Hudud macam binatang tiada sense of humanbeing.

Siapakah pembuat hudud? Zalimkah Dia? Kejamkah Dia? Gilakah Dia? Tidak relevankah ciptaanNya? Kerana terlalu canggihlah dunia ini perlu kembali mengangkat hukum Islam untuk kebahagiaan sejagat. Syariat itu ditentukan oleh Allah swt dengan menetapkan beberapa tuntutan yang akan menghasilkan sesuatu sesuai dengan tujuan penciptaannya.




Utusan Meloya, 24 Ogos, muka 17 - Suasana tegang penunjuk perasaan. Penentang rancangan pembinaan masjid di Pusat Islam New York mengangkat sepanduk "SHARIA" dengan tulisan berdarah, menggambarkan undang-undang syariah Islam yang menjadi pengangan ummat islam adalah kejam dan zalim. Di satu sudut lain terpampang sepanduk gambar mangsa diseksa, dipukul dan direjam.


Kumpulan penyokong pembinaan masjid melaungkan "Islam dialu-alukan di sini!" dan "Kami katakan tidak kepada kebimbangan perkauman".


Apakah beza di antara mereka? tampak sama berpakaian pendek dan tidak menutup aurat. Bezanya ialah PENDIDIKAN. Pihak penyokong sedia terdidik dan faham apakah nilaian baik dalam Islam dan hukum syariatnya. 

Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini? Kita! 



SEMPENA KEMERDEKAAN

Jika benarlah pihak pemerintah tidak berupaya untuk menukar sistem sekular Barat yang telah lama ditinggalkan oleh penjajah buat 53 tahun lamanya, makanya berikanlah peluang kepada pihak lain yang sedia berjuang untuk mengembalikan daulah islamiyyah. Tolak soal kepentingan politik asalkan hukum syariat Islam dimartabatkan dan dipraktiskan. Kita tidak mahu Islam hanya pada nama dan menjadi budaya ikutan. 

Kita masih lagi terjajah
Kita masih lagi belum merdeka
Kita masih lagi belum bebas
Selagi Islam tidak dijulang 

Jasad kita merdeka
Pemikiran kita terjajah
Tiada nilai kemerdekaan yang hakiki

Globalisasi dan dunia tanpa sempadan bukan alasan terjajah akidah dan nilai manusiawi. 
Tugas kita , menakhluk ilmu kifayah dalam bidang kritikal duniawi menjadi kewajipan ummah untuk berjaya dunia akhirat.


Imam Malik meriwayatkan, daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :
 “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya ; Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulnya. Sekiranya seseorang muslim itu tidak menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan, bermakna dia belum lagi merdeka dari sudut yang sebenarnya.

"Islam is a complete way of life!" 

1 comment:

  1. assalamualaikum

    Syabas anakanda di atas segala kupasan yang jelas dan berani mengenai topik NIKAH GANTUNG...Memang menarik dan bermanfaat...

    Zaman dulu takrif NIKAH GANTUNG tu diwujudkan mungkin kerana mengikut adat....Orang dulu-dulu kalau dah bernikah tak diizinkan oleh parents untuk BERSAMA dengan pasangan selagi belum buat kenuri kenara..Kadang-kadang ummi pun pelik jugak..Dan jika pasangan berdegil dan tetap BERSAMA dan hamil,kononnya parents akan mendapat MALU BESAR..

    tapi kan,pada fikiran yang WARAS apalah nak dimalukan kan? Sebab BERSAMA dengan pasangan yang HALAL....mungkin persepasi dulu-dulu gitu kot...Kalau semua orang ikut ISLAM insyaALLAH tak akan timbul istilah NIKAH GANTUNG...NIKAH terus adakan majlis ala kadar kalau tak mampu just to masyhurkan perkahwinan pada umum

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST