1. baju berwarna cerah
2. jaket berlambang
3. cermin mata gelap
4. helmet putih
BERUSAHA UNTUK SELAMAT
Si penunggang motor mengambil sikap berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan nyawanya terjamin dalam tempoh perjalanannya ke destinasi yang dituju.
1. Memakai baju berwarna cerah memudahkan pengguna jalan raya yang lain melihatnya. Jadi ia mungkin memudahkan proses "memotong" kenderaan lain bagi si penunggang motor.
2. Jaket berlambang juga amat membantu melicinkan perjalanan si penunggang kerana sudah 2 kali terlepas daripada pemeriksaan polis tanpa memberhentikan motor dan mengeluarkan sebarang dokumen. (alhamdulillah...) . Selain itu, untuk mengelakkan tudung terbang menutup pandangan mata si penunggang dalam pecutan laju.
3. Cermin mata gelap berfungsi untuk meminimakan capaian sinaran UV light yang sangat kuat ke eyeball si penunggang. Hal ini kerana si penunggang mengalami sedikit masalah mata, iaitu silau cahaya.
4. Helmet putih pula untuk men"cover" warna hitam motor. jadi di situ tampak perbedaan yang ketara.
KAITAN SELAMAT AKHIRAT
Saya menggunakan analogi mudah bagaimana seseorang berusaha untuk selamat. Tapi, bagaimana mahu selamat dunia akhirat? Fasa 2 Ramadhan ada jawapannya sahabat.
Saya mahu mengambil konsep memahami tarbiyyah unggul Ramadhan sebagai huraian, yang mana manusia saling berkejaran untuk bersiap siaga menempuh medan pencarian keampunan Allah.
Satu falsafah besar perlu dipasakkan dalam diri untuk mendakap Ramadhan seerat-eratnya dengan ilmu kefahaman. Namun, berapa ramai antara kita yang menyambut Ramadhan dengan sambutan yang hangat? Terhangatkah Ramadhan kita berbanding Syawal kita?
Tidakkah kita terasa, mahu mendakap Ramadhan dengan seeratnya atas kasih kerana Allah. Seperti sahabat tercinta bertemu semula, itulah Ramadhan. Andai sahabat itu, kita dakap erat dan cium pipinya kerana kasih, bagaimana pula dengan Ramadhan? Siapakah antara kita, bercita-cita untuk mendakap Ramadhan kali ini dengan dakapan yang lebih hangat dan erat dari tahun sebelumnya?
Peluang yang Allah swt beri dalam Ramadhan ibarat durian runtuh untuk mentarbiyyah hambaNya. Kita berfikir, mengapa siangnya kita berpuasa menahan kehendak nafsu (makan, seks, dll) , tetapi malamnya dibebaskan nafsu? Mengapa tidak seharian suntuk kita berpuasa? Untuk apakah sebenarnya tarbiyyah (latihan) seperti ini?
Iftar itu bukan berbuka puasa untuk melempiaskan nafsu. Ia adalah masa untuk mengukur sejauh mana pencapaian kembali kepada fitrah dengan latihan puasa pada siangnya. Dalam kata lain, nafsu jasad itu, walaupun dibebaskan sesudah terbenam matahari bukan bermakna keberadaan kita di bawah pengaruh nafsu.
TARBIYYAH RAMADHAN
Setiap hari kita memujuk diri agar sentiasa kuat dalam beribadah kepada Allah. Kita mengukur tahap taqwa, penyerah diri secara total kepada Allah swt. Sayangnya, kita tidak mencapai tahap taqwa yang dijanjikanNya. Kerana apa? kerana kita ridak pernah memahami bentuk latihan yang disediakan Allah. Kita tidak tahu apa yang perlu kita ukur, lihat dan capai.
We are lost! especially me.....
Malam hari seolah-olah malam pesta sempena menyambut pembebasan nafsu bukan pesta tarawih. Kita tidak cuba menyedari di malam harinya sebagai ujian untuk mempertahankan kesucian rohani agar tetap tetap sedar kepada Allah.
Kita takut akan mati kerana tiada persiapan. Kita mahu selamat dunia akhirat walhal kita tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk mencari keampunan Allah. Ingatlah, Jibrail AS telah datang bertemu Rasulullah SAW dan berkata :
"wahai Muhammad, barangsiapa yang melalui Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka dia dijauhkan dari Allah. Katakanlah amin"
Dan Rasulullah SAW mengaminkannya. Ya Allah, ini adalah satu kecelakaan. Siapa yang tidak diampunkan dosanya di dalam Ramadhan, maka dia dijauhkan daripada Allah swt.
Kenapa?
Kenapa Allah menjauhkan diriNya dari orang-orang yang tidak diampunkanNya di dalam Ramadhan?
Hal ini kerana, jika manusia keluar dari Ramadhan tanpa diampunkan, ternyata ketika dia melalui Ramadhan, dia tidak bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan keampunan Allah swt.
Bayangkan sahabat, jika Ramadhan yang setiap detik di dalamnya adalah waktu-waktu pembukaan pintu taubat seluasnya, tetapi dosa-dosa tidak diampunkan juga. Apakah natijahnya? Sebab itulah siapa yang keluar dari bulan ini. tidak mendapat keampunan wzlaupun sudah diberi peluang besar ini, maka dia adalah CELAKA. naudzubillahi minzalik...astaghfirullahal'azim........
Kerana dia tidak menghargai dan tidak bersyukur dengan peluang yang Allah sediakan untuknya.
NOTA KAKI TERBAIK!
Maka, saya ingin mengingatkan kepada tuan empunya diri dan sahabat-sahabat,
Ayuhlah! Isikanlah Ramadhan dengan pengisian yang penuh keimanan dan kesungguhan. Usahlah persiakan.
Dakaplah Ramadhan ini seerat-eratnya. Layanlah Ramadhan ini sebaik-baiknya. Usahlah kita menganggap hari-hari dalam Ramadhan seperti hari-hari biasa. Janganlah persiakan umur kita yang Allah panjangkan untuk ketemu Ramadhan ini, Ambillah segala apa yang Allah sediakan untuk kita dalam Ramadhan ini.
Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menghidupkan Ramadhan kali ini dengan ketaatan, penuh keimanan dan kesungguhan. Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menggadakan amal kami dalam mencari redha dan keampunanMu. Ya Allah, bantulah kami, sisihkanlah kami dari maksiat, dan perkara-perkara yag melalaikan kami dari mencari rahmat-Mu dalam bulan yang Kau hadiahkan kepada kami ini. Ya Allah, jadikanlah hari-hari kami selepas ini hari-hari yang terbaik. Bantulah kami ya Allah. Sesungguhnya kami hanya mampu beramal jika Kau izinkan.
Wahai pembaca, katakanlah ameen....
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."