(tambahan)
Maafkan saya. ramai yang agak keliru dengan statement dan pegangan saya sama ada menyokong atau tidak idea NIKAH GANTUNG Ustaz Nasrudin Hassan , Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP)
MENYOKONG dan TIDAK
saya menyokong sebagai salah 1 cara untuk meminimakan masalah sosial dan buang bayi. iaitu terhad dan terbatas hanya sebagai langkah merawat penyakit dan bukannya langkah mencegah
saya tidak menyokong sebagai jalan penyelesaian (langkah pencegahan) kepada barah sosial yang sangat dahsyat mutakhir ini. hal ini kerana, nikah gantung tidak menjanjikan kebahagiaan rumah tangga. Memang ia mempermudahkan alam perkahwinan pada awalnya, tetapi bagaimana pula pada pertengahannya? Ingat, pasangan ini masih muda dan kurang mampu secara zahirnya.
badai ombak sentiasa menanti merempuh bahtera pelayaran sahabat. Namun bersediakah kapten muda untuk mengendalikannya?
jika pasangan tersebut masih lagi tidak berubah walaupun selepas kahwin, kemungkinan membawa parah yang lebih besar. barangkali menzalimi pasangan mereka dan tidak bertanggungjawab. jadi di sini, hukum syariah dan sistem pendidikan islam memainkan peranan dalam soal institusi keluarga, yang mana mendidik pasangan tersebut sebelum dan selepas pernikahan.
dan bagaimana pula kes pasangan muda yang tidak serius, hanya bersuka untuk berkongsi kasih dan memadu rasa. Ber”couple” hanya untuk suka-suka. Bukan untuk hubungan yang lebih serius. Bukankah golongan sebegini lebih banyak daripada golongan yang serius? Justeru, selesaikah masalah sosial? Soal keruntuhan akhlak remaja dan budaya berpakaian barat tidak akan selesai. Propaganda yahudi masih lagi rakus menyerap ke salur darah generasi kita.
maaf, di atas perkiraan lemah saya.
DEFENSIF atau AGRESIF
sahabat, sampai bila kite nak bertahan? penyakit sosial masyarakat kita sudah sampai ke peringkat kritikal, stage IV. memberi ubat dengan dos yang tinggi mana pun adalah kerja yang sia-sia. maaf...
sahabat, sampai bile kite nak bertahan? dengan menggunakan kaedah merawat. sedangkan untuk mengubati penyakit kronik dan kritikal seorang doktor perlu menggunakan kaedah mencegah supaya penyakit itu tak menular dan merebak.
bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?
kesimpulan saya, mari kite mencontohi Nabi dengan berfikiran futuristik memikirkan nasib ummah, nasib generasi kita yang bakal menjadi barisan pimpinan masa depan negara. Formula paling efektif perlu dikeluarkan seberapa segera dalam memberi penawar kepada racun ini.
jika zaman jahiliyyah, anak ditanam hidup-hidup dan turunnya Islam menyelesaikan masalah
maka akhir zaman ini?
kembalilah kita kepada Al-quran dan sunnah. Mengangkat sistem islam dan menggubal perundangan islam. Sekali lagi, jika penguatkuasa tiada upaya untuk menukar sistem sekular Negara ini, maka bersamalah kita menukar sistem sekular itu dengan menukar penguatkuasa.
tiada salahnya memberi peluang demi islam…
jika pihak oposisi tiada upaya badan-badan NGO sudah lama menunggu bukan?
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."