TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

AKU SERU AYUHLAH BERFIKIR!



"MasyaAllah...cantiknya cahaya lampu ciptaan manusia. Alangkah Maha Bijaknya Si Pencipta, hati berbisik sambil mata melilau melihat panorama alam.

Dalam aku berfikir, hati menghantar impulse ke otak agar berzikir memuji-muji keagungan Allah swt supaya kepuasan menikmati tidak terencat di situ sahaja.


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur" (An-Nahl: 78)

(p/s: ini ayat mudah bersalin. Amalkan ye wahai muslimat)

Inilah dasar manusia dari zaman batu ke zaman penuh maksiat dan fitnah, kecuali Nabi Adam dan Siti Hawa yang mana Allah ciptakan cukup special tanpa mekanisme proses biologi seperti yang diceritakan dalam surah yaasin. Potensi Allah berikan kepada manusia tidak terhad untuk melihat, mendengar, membau, merasa dan menyentuh. cukup hanya 5 pancaindera. Oh, tidak!

Potensi berfikir perlu dimaknakan sesuai dengan perintah Allah untuk memahami dan mengaktualisasikan wahyu Allah sebagai pedoman hidup (hudal linnas).


MENGAPA TIDAK BERFIKIR?

Setiap segala sesuatu pasti ada hujah dan faktanya, maksud dan tujuan yang benar, dan akan berakhir sesuai dengan firman Allah dalam surah Ar-rum ayat 8
"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya."


Cuba kita fikirkan mengapa ada sebuah pertanyaan di sebalik pertanyaan. 
Mengapa manusia perlu kenal diri? Benarkah manusia mengenal Allah dengan mengenal diri sendiri? Bagaimana hal pula Allah mencipta manusia sedang mereka bersikap zalim?

Ayuh! Teruskan berfikir. Pasti akan ketemu jawapannya.

MELAYU MUDAH LUPA?




Satu slogan yang aku totally disagree! Bangsa Melayu bukan mudah lupa. Bangsa Melayu hanya cebisan. Bangsa hanya tinggal bangsa. Tiada apa yang perlu dimegahkan dengan banga. Tiada apa yang perlu diperjuangkan dengan bangsa. Ya! Tiada apa. 

Malah ada apa dengan bangsa? 

Maafkan aku. Aku cukup meluat si pejuang bangsa yang mengkesampingkan Islam sebagai nombor 2. Di mana letaknya roh ketuhanan yang sepatutnya dipertuhankan?

Semua perkara perlu back to the basic. Islam adalah jalan penyelesaian. Lemahnya sesuatu bangsa kerana bersikap tidak kepada Islam. Dalam kata lain tidak mengangkat hukum Islam dan mempraktikkan amalan agama dalam kehidupan seharian.

Allah muliakan bangsa Arab dengan lahirnya nabi-nabi dari suku arab. Allah muliakan bangsa Arab dengan membahasakan Al-quran dengan bahasa Arab. Allah muliakan bangsa Arab dengan mendramakan kehidupan para anbiya' di tanah Arab.

Jadi, ada apa dengan bangsa?

Anggapan atau dakyah bangsa melayu mudah lupa tidak selari dengan fitrah manusia berfikir. Bukan sahaja terbantut malah mematikan. Semangat futuristik dan ingin tahu perlu digegarkan oleh mereka yang punya akal. 

Bahkan soal SISTEM pendidikan dan METHOD pengajaran yang menjadi kunci kepada jatuh bangunnya sesuatu generasi. Siapa yang menentukan ini semua? Anda ada jawapannya. 

Pendidikan bukan sekadar soal bidang ikhtisas yang mahu diceburi, tetapi lebih dari itu adalah 'our deepest conviction', keyakinan terdalam kita bahawa hanya dengan sistem pendidikan sahaja faktor paling kritikal untuk mengembalikan maruah dan kualiti umat - ustaz syaari.

SEMANGAT BERFIKIR

Gejala kemerosotan taraf pencapaian adalah satu kesan daripada kejatuhan dalam pelbagai bidang penghidupan, iaitu bidang berfikir yang paling utama. Jika daya berfikir ini lemah, atau tidak ada dalam ummah sebagai tenaga penggerak pemikiran umum, maka bukan hanya banyak persoalan yang tidak boleh dihadapi, malah lebih teruk dari itu yang tidak disedari langsung!

Sebagai contoh dalam isu buang bayi, dari idea bodoh dan gila yang aku ikuti dari mulut pak-pak menteri mendangkalkan malah menjelekkan sekali. Bermula dengan cadangan Orphan Care, memandulkan pasangan lelaki, kahwin muda sehinggalah mewujudkan sekolah hamil dari Tok Ketua Menteri Melaka. Malu aku anak melaka. 

Mengapa begitu sukar sekali untuk renovate sistem pendidikan sekular acuan barat ini? Mengapa begitu sukar sekali untuk mengangkat hukum dan siasah islam sebagai sistem pentadbiran negara? Mengapa begitu sukar sekali untuk mengajak isteri sekalipun memakai tudung? 

Jika hal sekecil begini amat sukar untuk diselesaikan, inikan pula masalah besar ummah. Bersikap acuh tak acuh dalam membela nasib ummat palestin bagai menyorok di sebalik tembok keegoan. Anda ada mengikuti siri Mavi Marmara? 

Anda mampu menilainya. Ayuh! Teruskan berfikir!

Think, speak and action.




Wahai Sang Pemerintah. Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, isteri kamu, keluarga kamu, jiran kamu dahulu. Rakyat melihat pemimpin dari segi kaca mata pemerhati. Tiadakah qudwah hasanah yang kamu mahu tonjolkan? 

Rakyat kelemasan dan semakin tenggelam dalam kelemasan itu dengan tompok-tompok nanah busuk berupa maksiat dan seks bebas yang dimuntahkan dengan gejala pembuangan bayi. 

Jangan kau tidak endahkan rintihan kami yang kelemasan dengan hiburan artis yang seksi dan mengejar keglamouran. Fesyen-fesyen sarung nangka yang kau sarungkan di badan anak muda bagai menggali kubur untuk mereka. Aku sudah cukup malu melihat adik-adikku belasan tahun berpelukan dan berpimpinan tangan di hadapanku berbual mesra dengan pasangannya. Aku cukup malu! Aku sedih dan kecewa! 

Aku beristighfar panjang dalam keranda monorel itu tak sanggup melihat gelagat mereka di hadapan, di sebelah, di belakang ku. di setiap penjuru! Aku berfikir dan terus berfikir mencari Allah pasti ada jawapannya....

Kau berikanlah aku kekuatan dan hidayah kepada mereka...

- coretan di suatu hari yang sadis

1 comment:

  1. Saudari yg hebat dlm berfikir dan hebat dlm mentelaah Agama serta berpeluang mendapat ruang belajar di Institusi Pengajian Tinggi dan didalam bidang perubatan pulak tu. Otak mesti cukup hebat.

    Cuma soalan saya, memang Islam yg wajib kita utamakan dan bangsa menjadi no 2. Cuba buka cikit minda dan tengok sekeliling alam semesta di Malaysia ini sebagai contoh. Umat Islam di Malaysia ini bangsa manakah yg majoriti Islamnya. Bangsa Cina & India tidak dinafikan ada juga yang Islam TETAPI masih boleh dibilang dgn jari.

    Jadi, bila saudari kata bila sebut bangsa tu assobiyah... TETAPI siapa Bangsa Umat Islam dimlaysia ini? Dan perjuangan bangsa inilah yang membolehkan kau orang yg berbangsa Melayu ini dapat tempat belajar di Institusi pengajian Tinggi. Peperiksaan SPM/Matrikulasi pun rata2 cukup makan jer jika dibandingkan Bangsa Cina dan India. Jika tiada dasar digubal untuk kepentingan org Melayu memasuki IPTA ni, sudah tentu yg menjadi pelajarnya adlah Bangsa Lain. INI TIADA SIAPA DAPAT MENAFIKAN, Dan mungkin juga saudari pun belum tentu dapat belajar di UKM. Disamping itu, rata2 pelajar Melayu dari golongan miskin mcm saya nak dapat Ijazah saya kena kerja dulu baru ada duit nak belajar, TETAPI saudari mungkin dapat peluang PTPTN dan dasar ini yg membolehkan ratusan ribu umat Melayu dapat belajar di IPTA/IPTS dari dasar yang dibuat oleh siapa? Cuba agak2 siapa yg berjasa selama lebih 52 tahun ni!.

    Jgn jadi kacang lupakan kulit atau Melepaskan anjing tersepit, Masa susah2 nak belajar kerajaan datang bantu bermacam2 bila dah pandai menghentam tak Islam, kafir dan sebagainya.. Tahukah kamu siapa yg kamu kata itu, bukankah mereka2 tu lar yg mencipta dasar kamu dapat belajar dan berjaya menjadi manusia yg muslimin yg hebat, TAPI tolong ingat siapa yg menjadikan ANDA berjaya.

    ANDA diberikan akal dan otak yg bernas, tentu pandai memilih mane yg intan mana yg kaca, Yg berbuat baik tak menunjuk2 dan tak riak dan tak sanggup nak mengkafir sesama muslim,. Kerja jatuh kafir atau apapun itu Kerja Allah, kenapa kita makhluk yg kerdil ini nak ambik kerja ALLAH, manusia ni tahu ker apa yg ada didalam sanubari manusia?

    Oleh itu, biarlah kerja Allah itu pada haknya, dan siapa yg die yg mengkafir sesama Islam nih? Islam sanagt kah die, jgn sebab berserban dan berjubah dah hebat Islamnya. ASdakah Islam itu dilihat dari pakaiannya sehaja. berapa ramai pak arab yg berserban dan berjubah melacur, menegok air setan dan sebagainya. jd, Islan itu ada dihati manusia. Keikhlasan, kesederhanaan dan rendah diri pada Allah itu lah Islam sejati.

    Renung2kan lah, jgn menjadi Insan yg mudah lupa diri.....

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST