TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

HATIKU SAKIT KERANA RINDU



Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik-nitik manik putih.
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang ghaib secara tiba-tiba.

Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera sekeping hati.
Rindu yang telah terhijab meskipun dengan kecanggihan teknologi yang luar biasa.

Aku bukan orang yang kuat!!!

Apatah lagi mempunyai hati sekuat batu. Aku juga insan lemah. Punya perasaan. Punya jiwa dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang teramat mendalam. Rindu buat hati aku sakit. Rindu buat fizikal ku derita. Rindu buat aku seakan "angau".

Bisakah aku khabarkan kepadanya?

Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.

Tahukah?

Hati ini telah menyimpan perasaan rindu yang sarat. Ya, mungkin bumi beredar mengelilingi matahari dan bulan ber"tawaf" di sekeliling bumi. Beredarnya siang di ganti dengan malam. Perubahan itu sama sekali tidak merubah rasa rindu ini.

Oh!

Mengapakah mereka kata rindu adalah perkataan jiwang semata?
Mengapakah skeptikalnya rindu untuk bercanda?
Mengapakah rindu itu satu seksaan batin?
Mengapakah ke"innocent"an aku dicabar digoncang dengan ribut taufan rindu?

Tahukah?

Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa asing itu.

Saban detik, peredaran darahku meracau dan berderau. Si jantung pula berdentam dentum mengepam darah oksigen ke otak. Signal yang diterima ditafsir sebagai keracunan. Badan tidak mampu bertindakbalas maka diserahkan kepada hati untuk proses dinyahtoksin.

Tapi hati tidak mampu menolak. Racun itu sudah merebak sehingga membisa ke tulang sumsum. Racun apakah ini? Asing sungguh perasaan rindu bagai racun yang disengat oleh sekeping hati.

Maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksakah?
Untuk apakah?

Aku tidak bersedia. Kenapa aku yang harus bertarung?
Aku ada komitmen. Kenapa aku perlu tanggung semua ini?
Aku bukan orangnya. Kenapa seperti aku sahaja yang "syok" sendiri?

Mungkin sedikit kufahami bahasa sarat yang kelmarin belum sempat terungkap. Kenangan terindah, mana mungkin tidak membuahkan getaran rindu.

Semua ada saatnya kita bersama. Baik dan buruk penyempurna warna kehidupan fana'.  Kau ajar aku mengeja dan menikmati betapa indahnya musim semi di luar sana. Kau ajar aku ber"tasbih" bersama denyut nadi beriramakan kasih dan sayang.

Walau aku jauh.
Walau aku seorang.
Walau aku sepi.
Walau aku menangis.
Walau aku sayu.

Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah. Aku keraskan hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabaran tidak seutuh yang disangkakan. Krisis identiti bertambah kronik tatkala memikirkan betapa hinanya aku. Jijiknya aku yang berdosa. Keegoan aku tidak kenal rasa rendah diri.

Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?
Layakkah aku mengulang skrip sama dengan citarasa yang bahagia?

Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?

Semua itu dilema yang tidak boleh dicabut dengan sewenangnya dari hati yang punya pemikiran kompleks, si empunya bernama

P.E.R.E.M.P.U.A.N

Akukah?

17 comments:

  1. rindu itu adalah anugerah dari ALLAH,
    insan yg berhati nurani,
    punyai rasa rindu :)

    ReplyDelete
  2. ah suke bace ni.

    rindu itu perasaan y Allah hadirkan

    rindu bukan jiwang

    rindu kenyataan

    ReplyDelete
  3. adakah apa yang ditulis ini adalah untuk tinta kalam semata2 atau yang benar2 dirasai hati?
    kalau benar,maka kita di dalam situasi yang sama.
    dekatkanlah diri dengan Allah, nescaya rindu itu menjadi kekuatan untuk kita bermujahadah~
    :-)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 1528 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    From: Fariz Reza [Dot] Com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt...

    memang tu la yg diri ini rasai sejak suami bersamaNya..dan rasa tu sehingga sekarang tak pernah berkurang malah makin bertambah

    ReplyDelete
  6. msty muslimdoktor byk pengalaman berblog arn . . .byk ilmu yg sgt2 manfaat dlam nie .. thanxx sgt2

    ReplyDelete
  7. http://bingkisanchentahati.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Bila rindu berkunjung semuanya jadi tak keruan.. Hanya Tuhan yang tahu, apa yang tersimpan di dalam hati. Semakin fikiran cuba menidakkan, hati masih berdegil.. Sekiranya benar rindu itu dari-Nya, biarlah hanya Dia yang tahu. Kalau ditakdirkan ia baik untuk kita, moga dipermudahkan. Kalau ia hanya membawa takdir yang buruk, moga Yang Maha Pengasih menghilangkan perasaan yang mengusik jiwa. Sesungguhnya kita hanya insan yang lemah, yang takdirnya telah ditetapkan sejak dalam kandungan lagi..

    ReplyDelete
  9. boleh tak saya nak copy ><

    ReplyDelete
  10. Subhanallah..entry ini seakan-akan mengetahui perasaan dan jiwa saya yg bertarung dengan kemelut rindu. terima kasih untuk entry ini..sebagai peringatan utk diri yang hina disisiNya dan sememangnya tak layak untuk si dia yang dirindui dari jauh. Allahurabbi ampunkan daku~ :"(

    ReplyDelete
  11. Hi.. aslkum.. bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. salam.. SEBENAR2 RINDU adalah kepada insan2 tersayang yang telah berhijrah ke alam barzakh.. hanya yang mengalami akan memahami erti SEBENAR2 RINDU.. baik yang ditinggalkan (kita yang masih berada di dunia) ataupun yang meninggalkan (mereka yang telah berhijrah)..

    tiada ku sempat utk menatap dan mencium wajahnya buat kali terakhir.. namun ku pohon kepadaMu Ya Allah, walaupun seketika.. walaupun seketika.. pertemukan aku dengannya di dalam mimpiku.. izinkan ku menatap dan menciumnya buat kali terakhir.. semoga terlepas sedikit RINDU ku kpd Bondaku Esah Abu Bakar (tarikh penghijrahan 15.10.2009) Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  13. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  14. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  15. tersentuh hati membaca entry ini.. rindu nya pada seseorang smpai tak tertanggung sakitnya hati.. sgt2 menyentuh hati.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST