TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

"AWAK, SAYA TAK NAK BERCINTA LAGI"


Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.

"Everytime ex-bf saya text balik, saya mudah sangat nak nangis. Saya tak nak bercinta lagi. Saya berjaya tak capel ngan mane-mane laki lepas tuh. Tapi hati saya sakit bila ingat ape yang dia pernah buat kat saya. Hari-hari saya bace doa minta petunjuk. Saya nak berubah. Saya tak suke ex-bf saya message saya. Setiap kali dia merayu, saya kata dalam hati, "Kau jangan capel. Kau bercinta lepas kahwin". Itu je yang mampu saya buat. Tapi hati saya kadang-kadang tak tahan. Kat FB kadang-kadang dia saje letak gambar mase saya dengan dia dulu".

Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!

TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. Mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?". Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Walaupun status hadis ini adalah hadis dhaif, namun apa yang boleh diiktibarkan, bahawa jihad dalam konteks islam bukan semata-mata jihad mengangkat senjata, mahu pun jihad menuntut ilmu, malah meliputi jihad menentang hawa nafsu sendiri. Betapa pentingnya kita memahami konteks jihad secara syumuliah (keseluruhan) agar sisi pandang kita terhadap keindahan agama Islam bertambah sempurna. Ia berhasil ke arah kemantapan iman dan kedewasaan pemikiran seseorang hamba dalam menjiwai agamanya.

Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, Nabi SAW bersabda: "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."








PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak. 

Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi. 


Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi kepala otak, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Bukankah itu lebih mengghairahkan?

18 comments:

  1. ya allah , kebetulan .
    sy baru shja lepas kan dia pergi .
    sy na minta izin owner blog ni , sy na copy beberapa ayat , blh ?

    ReplyDelete
  2. nice.. minta izin untuk berkongsi di blog saya ;)

    ReplyDelete
  3. thanks akak . semua firman , hadis dan kata2 akak amt bermakna sekali . :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih juge kepada semua sahabat, adik2, & para pembaca. sokongan & doa kalian amat bermakna juga utk saya terus istiqamah dalam kesibukan.

    insyaAllah, moga kita same2 dpt manfaatnye & berusaha utk berubah :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih akak.
    banyak membantu dri untuk muhasabah diri ini.
    sangat2 berguna :)

    ReplyDelete
  6. subhanallah...kata2 dan penulisan yg sgt bagus...sehingga terkesan di hati sy...trima kasih krna dh menerbitkan something yg sgt2 bermakna...sgt memotivasikan dri sy...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. saya minta copy dari mula hingga akhirnya... terima kasih banyak2.... semoga allah membalas kebaikan yang anda berikan ini..

    ReplyDelete
  9. mohon shre yer..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..

    Alhamdulillah...ana rse syukur jumpa artikel ini...membacanya saja buat ana tersenyum dan ana yakin keputusan melepaskn org yg ana syg tnpa sedar itu yg trbaik..moga hati ana trus dijaga Allah SWT...ana sendiri bru sahaja mengalami situasi ini..melepaskan bkn akhir sebuah cerita..tetapi permulaan pd cinta kita dengan Allah SWT....InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. salam..

    terima kasih..syukran ats perkongsian ini...sgt kene dgn situasi sy skg..

    ReplyDelete
  12. Allah..prnh melalui situasi ini.sgt perit utk mlepaskan..tp bila dh dahi menyentuh sejadah,air mata mengalir laju mengigtkn cinta Allah yg maha Hebat~

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...mohon share ya :)

    ReplyDelete
  14. subhanallah.
    terima kasih atas tulisannya.

    it was so nice. dan begitu dekat dengan hati.
    insyaallah, semoga allah permudahkan.

    :)

    ReplyDelete
  15. Bagus artikel nie. Mengingatkan saya dengan kehidupan saya sekarang. Saya nak sangat berubah tapi selagi dia ada kat sini, saya tak kuat. Saya benci dengan diri sendiri sebab tak kuat. Macam orang bodoh yang takde prinsip hidup. Saya kecewa dengan diri saya sendiri.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST