TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

MEMANG TIDAK MAHU BUAT SILAP.




Tidak terfikir pun nak buat silap. Malah di hati ini tidak terlintas pun bersungguh untuk buat silap. Apatah lagi melukakan hati orang lain terutamanya Pencipta hati-hati itu.

Tapi bila buat silap sekali lagaknya bom atom jatuh terhempas di Nagashaki Korigawa. Habis satu dunia termaklum dengan kesilapan yang macam disengajakan.

Yang dinampak dengan mata membulat sebesar-besarnya mungkin kesilapan yang jarang dibuat itu. Yang tidak disengajakan itu. Seolah-olah tiada setitis zarah pun kebaikan yang terizzah di pandangan zahirnya. Bagai ada hijab. Mungkinkah?

Apa perlu buat?

Ada ura-ura memujuk hati, "Allah sayang kitalah tu, Dia tak nak kita buat silap"

dan ada juga "memang kau suka buat silap"

Oh! Apa yang perlu diperkata? Dipersoal? Tidak dipuas hatikan?
Oh! Di dunia ini, si kerdil juga seperti hati-hati itu. Seorang manusia kerdil, si kecil-kecil hamba yang terlalu lemah. Termaktub sudah apa yang sunnatullah ingin tunjukkan.

Tunjukkan jalan itu wahai hati yang mulia. Jika ada benarnya. Sempurnakan hak hati masing-masing.
Redha. Redha. Redha.
Sabar. Sabar. Sabar.

Jangan dihukum wahai hati yang mulia. Kerna, dalam gelap dalam terang, setiap rentak dan irama nadi, ia masih teraba-raba. Teraba-raba mencari hidayah Penciptanya.

7 comments:

  1. fikir diri ini, memang tidak mahu buat silap.
    tapi tidak boleh lari dari kesilapan,
    kerana diri ini tidak sempurna dan mudah leka.

    but, everything happen for reason. Wallahu'alam..
    jazakillah kak :)

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullah.
    diri masih mencari di manakah cahayanya. berikan aku kekuatan yang Allah semoga saat ini menjadi titik tolak untuk ak sentiasa melakukan perubahan.

    syukran ya ukhti.

    ReplyDelete
  3. I've too abasement your rss and emphasis exhausted to seeing added of your air-conditioned posts. Also, I've accumulated your website with my accession of friends!
    wholesale Jewelry

    ReplyDelete
  4. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST