Uslub dakwah bukan hanya berpencak di atas pentas ceramah, bukan sahaja terpekik di corong-corong radio malah bukan sahaja dengan menghentak-hentak kaki keyboard komputer.
MENGISLAMISASI MEDIA
Pada zaman siber dengan berkiblatkan dunia internet, komik, kartun, animasi, poster dan seni gambar lainnya telah menjadi media komunikasi publik yang cukup efektif. Penyebaran budaya dan peradaban juga banyak dilakukan dengan menggunakan media ini.
Anak-anak dan generasi muda muslim kita, banyak menjadi mangsa korban kecanduan dan menjadi ketagih kepada produk media seperti ini, padahal rata-rata media yang menjadi santapan generasi muda, penuh dengan unsur-unsur pencucian otak dan pengkaburan akidah.
Daripada pertimbangan ini, tidak disangkal lagi bahawa media internet ini harus kita isi dengan saratan muatan yang berisi dakwah Islamiyyah, sehingga setidaknya kita mempunyai alternatif yang lebih baik untuk memalingkan dan melindungi generasi kita, terutamanya anak-anak kecil daripada pengaruh negatif komik dan kartun yang membawa misi bertentangan dengan ajaran agama dan akidah kita.
SEMARAK DAKWAH MELALUI POSTER
Setelah hampir sebulan lebih saya menulis entri bertajuk "HEBAT TAK BLOG SAYA" (klik) saya kembali sekali lagi untuk sesi koreksi diri.
Medium poster mahupun gambar dan komik dalam memeriahkan penulisan ada taring tersendiri.
Sebagai bukti, suka disertakan dengan satu contoh :
Di negara jiran kita sekarang sedang rancak dengan serangan pemikiran anak-anak kecil dengan produk "I Love My Al Quran" berkonsepkan penggunaan teknologi canggih. Satu inovasi pembelajaran yang dapat mendorong anak-anak Islam untuk lebih mencintai, memahami, dan menghayati Al Quran.
Yakni, cara yang paling tepat untuk membuat anak-anak mencintai Al Quran adalah dengan menggunakan bahasa mereka.
Di dalam Al Quran sendiri diperintahkan untuk menyampaikan pesan-pesan Allah kepada audiens "Menggunakan Bahasa Kaumnya" atau "Sesuai dengan tingkat pemikiran mereka" (biqadri 'uqulihim).
Li kulli maqam, maqal; wa likulli maqal, maqam.
Gambar, warna adalah bahasa anak-anak yang universal.
Gambar disini adalah "BAHASA" (sebagaimana bentuk bahasa lain, seperti bahasa verbal atau bahasa isyarat) yang kita gunakan untuk menyampaikan pesan-pesan Al Quran sesuai dunia anak.
Dengan pertimbangan inilah "I Love My Al Quran" dilengkapi atau dihiasi dengan bahasa visual sebagai salah satu media yang akrab dan menarik bagi anak-anak.
MENGINOVASIKAN BAHAN DAKWAH
Melihatkan permasalahan remaja pada hari ini, seharusnya para daie perlu merasa terpanggil untuk menyampaikan mesej tersebut melalui pendekatan yang lebih mudah difahami oleh golongan ini. Remaja memerlukan kefahaman yang lengkap mengenai sesuatu perkara dan melalui hasil karya, segalanya diterjemahkan dengan begitu tersusun serta lengkap dengan ilustrasi.
Pendekatan ilustrasi yang digunakan lebih berkesan untuk mereka memahami sekali gus memberikan impak jangka panjang kepada pembaca.
"Malah komik, illustrasi, gambar mahupun poster dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak" - Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.
"Belajar sama ada belajar berdakwah dan belajar didakwah ialah salah satu proses menuju kejayaan dunia dan akhirat, tetapi tidak semua orang seronok melakukannya. Illustrasi bergambar mampu menjadikan pembacanya berasa seronok belajar dan tidak sabar menggenggam kejayaan.” - Fadzli Yusof, Penulis Buku Bestseller ‘55 Petua Orang Berjaya’
“Komik islamik menjadikan cabaran peperiksaan dunia satu kembara adrenalin yang mendewasakan, daripada sekadar kaki komik kepada otak komik gred islamik!” - Hasrizal Abdul Jamil, www.saifulislam.com
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."